1. tujuan - webapp2.risda.gov.mywebapp2.risda.gov.my/e-estet/reports/manualestet.pdf · menu...

19
MANUAL PENGGUNA e-ESTET Muka Surat 1 RISDA 1. TUJUAN Sistem Maklumat Estet Online atau lebih dikenali sebagai e-Estet merupakan sistem yang dibangunkan bagi kegunaan peserta-peserta Estet yang telah berdaftar dengan Bahagian Estet, RISDA. Ianya merupakan sistem yang mudah digunakan dan ramah pengguna. Sistem ini juga akan menggantikan kaedah penghantaran borang- borang tuntutan wang ses oleh peserta-peserta Estet RISDA yang dilakukan secara manual sebelum ini. Dengan kemudahan ICT yang ada di RISDA, adalah menjadi harapan pihak pengurusan RISDA agar proses pembayaran tuntutan wang ses oleh peserta-peserta Estet akan dapat di lakukan dengan lebih cepat, cekap dan efektif. Melaluinya peserta boleh mengakses sistem ini dari mana-mana tempat melalui pelbagai medium teknologi yang ada menerusi capaian internet. 2. LATAR BELAKANG Sistem Maklumat Estet Online atau e-Estet dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat RISDA Kuala Lumpur. Ianya akan menggantikan Sistem Maklumat Estet (SME) yang telah lama digunakan sejak tahun 1998 lagi yang mana sistem lama ini hanya menggunakan “local environment” dan menggunakan pangkalan data Microsoft Foxpro. Walaubagaimanapun , Sistem Maklumat Estet(SME) ini telah berupaya memproses dan menyelesaikan tuntutan wang ses peserta estet di antara RM10 14 juta setahun.

Upload: dinhtuong

Post on 18-Aug-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 1 RISDA

1. TUJUAN

Sistem Maklumat Estet Online atau lebih dikenali sebagai e-Estet

merupakan sistem yang dibangunkan bagi kegunaan peserta-peserta

Estet yang telah berdaftar dengan Bahagian Estet, RISDA. Ianya

merupakan sistem yang mudah digunakan dan ramah pengguna.

Sistem ini juga akan menggantikan kaedah penghantaran borang-

borang tuntutan wang ses oleh peserta-peserta Estet RISDA yang

dilakukan secara manual sebelum ini.

Dengan kemudahan ICT yang ada di RISDA, adalah menjadi harapan

pihak pengurusan RISDA agar proses pembayaran tuntutan wang ses

oleh peserta-peserta Estet akan dapat di lakukan dengan lebih cepat,

cekap dan efektif. Melaluinya peserta boleh mengakses sistem ini dari

mana-mana tempat melalui pelbagai medium teknologi yang ada

menerusi capaian internet.

2. LATAR BELAKANG

Sistem Maklumat Estet Online atau e-Estet dibangunkan oleh

Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat RISDA Kuala Lumpur.

Ianya akan menggantikan Sistem Maklumat Estet (SME) yang telah

lama digunakan sejak tahun 1998 lagi yang mana sistem lama ini

hanya menggunakan “local environment” dan menggunakan

pangkalan data Microsoft Foxpro. Walaubagaimanapun , Sistem

Maklumat Estet(SME) ini telah berupaya memproses dan

menyelesaikan tuntutan wang ses peserta estet di antara RM10 – 14

juta setahun.

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 2 RISDA

Pihak Pengurusan RISDA telah merumuskan agar sistem SME di

gantikan dengan sistem yang baru dan lebih merangkumi keperluan-

keperluan berdasarkan senario dan perkembangan teknologi semasa.

Maka hasilnya, lahirlah Sistem Maklumat Estet Online atau e-Estet

yang berorientasikan “Web Based” dan lebih “graphical” dan ianya

lebih mudah dikendalikan. e-Estet dibangunkan menggunakan

perisian Microsfot Visual Studio 2008 yang merangkumi ASP.Net dan

VB.Net dan menggunakan MS SQL Server 2005 sebagai pangkalan

data.

3. LOGIN SISTEM

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 3 RISDA

KETERANGAN

i. Taipkan www2.risda.gov.my/e-estet di dalam kotak bar alamat

(address bar).

ii. Masukkan nama / user name iaitu No RIB di dalam kotak yang

disediakan.

iii. Masukkan katalaluan/ password di dalam kotak yang disediakan.

Default password ialah “1234” tetapi pengguna boleh menukarkan

password selepas berjaya login ke dalam sistem ini.

iv. Klik pada butang “MASUK”

v. Sekiranya memasukkan nama atau katalaluan yang salah, satu

mesej akan dipaparkan seperti berikut:-

vi. Sila masukkan semula nama dan katalaluan dengan betul.

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 4 RISDA

4. MENU PILIHAN: UTAMA ->HALAMAN UTAMA

KETERANGAN

i. Sekiranya pengguna berjaya login ke dalam sistem ini, pengguna

akan di bawa ke halaman utama seperti mana yang tertera di atas.

ii. Di bahagian kiri adalah menu-menu pilihan. Klik mana-mana menu

yang pengguna inginkan.

iii. Di bawah menu pilihan adalah paparan nama-nama staf Unit Estet

yang boleh dihubungi.

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 5 RISDA

5. MENU PILIHAN : –> TUKAR KATA LALUAN

KETERANGAN

i. Masukkan katalaluan yang lama di dalam kotak pertama.

ii. Masukkan katalaluan yang baru di dalam kotak kedua.

iii. Masukkan katalaluan yang baru SEKALI LAGI di dalam kotak ketiga.

iv. Klik butang “TUKAR”.

v. Satu kotak mesej akan dipaparkan seperti berikut:-

vi. Klik butang “OK” sekiranya pengguna ingin meneruskan proses atau

klik butang “Cancel” sekiranya pengguna ingin membatalkan proses

ini.

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 6 RISDA

vii. Sekiranya pengguna klik butang “OK” kotak mesej berikut akan

dipaparkan:-

viii. Satu kotak mesej “ Maklumat Kata laluan Berjaya Dikemaskini”

akan dipaparkan.

ix. Mesej “DATA SEPADAN” juga akan dipaparkan di sebelah ruangan

kotak yang pertama bermaksud katalaluan lama yang dimasukkan

adalah betul.

x. Mesej “KATALALUAN PENGGUNA TELAH DIPINDA” juga akan

dipaparkan di sebelah butang “HANTAR”.

xi. Sekiranya maklumat yang dimasukkan TIDAK BETUL, mesej akan

memaparkan maklumat berikut setelah pengguna menekan butang

“TUKAR”.

xii. Sila masukkan semula katalaluan yang lama dengan betul.

xiii. Sekiranya pengguna memasukkan maklumat yang tidak tepat, kotak

mesej berikut akan dipaparkan:-

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 7 RISDA

xiv. Sila masukkan semula katalaluan yang baru dengan betul.

6. MENU PILIHAN : TUNTUTAN ONLINE -> TUNTUTAN ONLINE

i. Pertama kali pengguna menggunakan menu ini, paparan seperti di

bawah akan kelihatan.

ii. Ruangan NO RIB akan memaparkan No RIB yang telah di login tadi.

iii. Pilih sukutahun di ruangan “Tuntutan Bagi Suku Tahun Ke” untuk

memilih sukutahun yang dikehendaki.

iv. Klik butang “OK”.

v. Sistem akan mencari maklumat estet berdasarkan No RIB dan

sukutahun yang dimasukkan.

vi. Sekiranya maklumat dijumpai, sistem akan memaparkan semua

maklumat berkaitan nama estet, bayaran terakhir, proses setakat,

alamat estet, maklumat-maklumat RIB 3 dan RIB 7 sepertimana yang

tertera di bawah.

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 8 RISDA

vii. Maklumat estet dipaparkan dan pengguna tidak dibenarkan membuat

pindaan.

viii. Satu mesej akan dipaparkan seperti berikut:

ix. Sekiranya mesej berikut dipaparkan;

Bermaksud tuntutan ini telah dikemukakan kepada Unit Estet.

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 9 RISDA

x. Sekiranya maklumat yang dicari tidak dijumpai, sistem akan

mengatakan bahawa permohonan tersebut belum pernah dibuat dan

ianya merupakan data baru. Mesej seperti di bawah akan dipaparkan.

Pengguna perlu memasukkan data yang baru.

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 10 RISDA

xi. Klik butang “SIMPAN” sekiranya pengguna ingin menyimpan

maklumat yang telah dimasukkan.

xii. Mesej berikut akan dipaparkan :-

xiii. Klik pada butang “OK” untuk menyimpan maklumat.

xiv. Mesej berikut akan dipaparkan:-

xv. Sekiranya pengguna ingin membuat pindaan, klik semula pada suku

tahun yang baru dimasukkan tadi dan klik butang “OK”.

xvi. Sistem akan memaparkan satu mesej di bawah sekiranya maklumat

yang dijumpai masih disimpan dan belum “Confirm” untuk menghantar

maklumat tersebut ke Unit Estet. Pada masa yang sama sistem akan

memaparkan kesemua data yang telah pun diisi sebelum ini.

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 11 RISDA

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 12 RISDA

xvii. Setelah maklumat dipinda, klik butang “KEMASKINI”.

xviii. Mesej berikut akan dipaparkan:-

xix. Klik butang “OK” untuk kemaskini maklumat

xx. Mesej berikut akan dipaparkan.

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 13 RISDA

xxi. Sekiranya pengguna telah pasti untuk menghantar maklumat yang

telah dimasukkan, klik butang “HANTAR” seperti di atas.

xxii. Mesej berikut akan dipaparkan :-

xxiii. Klik butang “OK” untuk meneruskan proses hantar atau Klik butang

“CANCEL” untuk batalkan proses ini.

xxiv. Sistem akan memaparkan notis seperti berikut:-

xxv. Klik pada butang “Tutup” dan sistem akan kembali kepada paparan

awal.

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 14 RISDA

7. MENU PILIHAN : MUAT TURUN->CETAK BORANG

i. Pengguna juga boleh muat turun borang-borang seperti yang tertera di

menu muat turun.

ii. Klik pada pautan borang-borang yang terdapat di sebelah kanan. Sistem

akan memuat turun borang-borang tersebut seperti contoh di bawah.

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 15 RISDA

iii. Klik butang “OK” dan borang tersebut akan dipaparkan.

iv. Bagi cetakan tuntutan yang telah dibayar , klik pada pautan “Tuntutan

Online (Bayaran telah dibuat)”.

v. Paparan seperti di bawah akan tertera. Masukkan sukutahun yang

hendak dicetak.

vi. Klik butang “OK”

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 16 RISDA

vii. Sistem akan memaparkan maklumat-maklumat nama estet, bayaran

terakhir, proses setakat, alamat estet dan jumlah telah dibayar.

viii. Klik butang “Cetak Laporan”.

ix. Untuk mencetak, klik pada ikon berikut:-

x. Satu paparan “Print Option” akan tertera.

xi. Klik butang “OK” sekiranya ingin mencetak laporan.

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 17 RISDA

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 18 RISDA

8. MENU PILIHAN : LOG KELUAR->KELUAR ONLINE

Adalah disarankan kepada semua pengguna yang mengguna kan sistem

online untuk keluar dari sistem online mengikut tertib. Pengguna tidak

digalakkan keluar dari sistem dengan mengklik pada tpengguna X yang

terdapat di sebelah kanan hujung atas skrin.

i. Klik pada butang “KELUAR” seperti mana yang terdapat dalam

contoh di bawah.

MANUAL PENGGUNA e-ESTET

Muka Surat 19 RISDA

ii. Mesej berikut akan dipaparkan:-

iii. Klik butang “OK” untuk keluar.

iv. Jika butang “OK” di klik, sistem akan keluar dan kembali kepada

paparan login semula

T A M A T