1 - surat jemputan (1)

2

Click here to load reader

Upload: bavani-sagathevan

Post on 21-Dec-2015

278 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

nmmmmmmmmmmmmmmmmm

TRANSCRIPT

Page 1: 1 - Surat Jemputan (1)

9 Februari 2015 Ruj.Kami: VM/ON15/01

Pengarah

………………………………………..

………………………………………..

………………………………………..

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PERTANDINGAN “ORANGA NADAGAM 2015”

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk:-

Kami VanakkamMalaysia DotCom Sdn Bhd sebuah syarikat penerbitan akhbar harian online

www.vanakkammalaysia.com serta penerbit rancangan televisyen ingin menganjurkan

Pertandingan Drama Pentas Tamil bagi pelajar IPTA/ IPTS/ IPG/ ILP/ POLITEKNIK dengan

kerjasama Astro Vaanavil. Ini adalah kali ketiga kami menganjurkan pertandingan ini.

Tujuan kami menganjurkan Pertandingan Drama Pentas ini adalah untuk memberi pendedahan

dan mendorong pelajar-pelajar institut pengajian tinggi meningkatkan daya kreativiti serta

mencungkil bakat yang ada pada pelajar dalam aspek ‘lakonan pentas”. Program ini juga akan

memberi keyakinan dan akan menjadi rangsangan bagi menjamin kejayaan para pelajar dari segi

kurikulum dan kokurikulum pada masa hadapan.

Untuk makluman Tuan, kami telah pun mendapat surat sokongan dari Jabatan Pengajian Tinggi,

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Tenaga Manusia

untuk menganjurkan pertandingan ini.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar-pelajar India dari IPTA/ IPTS/ IPG/ ILP/

POLITEKNIK. Program ini akan dirakam dan disiarkan di Astro Vaanavil, saluran 201 (tarikh

dan masa akan ditentukan kemudian). Tiada yuran atau tambang dikenakan untuk menyertai

pertandingan ini.

Page 2: 1 - Surat Jemputan (1)

Pertandingan ini akan diadakan secara berperingkat di 4 zon(saringan), pusingan separuh akhir,

satu sesi bengkel lakonan dan pusingan akhir. Berikut adalah cadangan untuk program tersebut :-

TARIKH

Saringan - Zon 1 14 March 2015 *

Saringan - Zon 2 21 March 2015 *

Saringan - Zon 3 28 March 2015 *

Saringan – Zon 4 29 March 2015 *

Pengumuman Keputusan 29 March 2015 *

Pusingan Separuh Akhir 18 April 2015 *

Bengkel Lakonan 2 May 2015 *

Pusingan Akhir 30 May 2015 *

*kemungkinan ada perubahan dalam tarikh mengikut kekosongan dewan pertandingan.

Sehubungan perkara di atas kami memohon jasa baik pihak Tuan untuk memberi kebenaran dan

memberi sokongan kepada para pelajar institusi Tuan untuk mengambil bahagian dalam

pertandingan ini. Segala kerjasama pihak Tuan dihargai dengan ikhlas.

Beriku adalah senarai borang yang disertakan sekali bersama surat ini :

A Surat sokongan

- Jabatan Pengajian Tinggi

- Institut Pendidikan Guru Malaysia

- Jabatan Pengajian Politeknik

- Jabatan Tenaga Manusia

B Peraturan Pertandingan

C Mekanisma Pertandingan

D Borang Penyertaan

E Borang Disclaimer

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Cik.Vetha di talian 03-2284 3000 atau 016-9760 501.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

………………………….………….

THIAGA RAJAN MUTHUSAMY

PENGARAH URUSAN