1 sumber maklumat: garis panduan lukisan terukur (pelan susun

7
1 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) – JKR 21600-0013-12. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 1.0 PENDAHULUAN Panduan ini menjelaskan tatacara ringkas bagi menyediakan Lukisan Terukur untuk bangunan- bangunan di dalam sesebuah premis kerajaan. 2.0 OBJEKTIF Objektif panduan ini ialah untuk menyediakan pelan lukisan terukur bagi bangunan kerajaan untuk di kemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, “JPPH” bagi tujuan perakaunan akruan. 3.0 RUJUKAN PENGGUNAAN Garis panduan ini dibangunkan berdasarkan Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susur Atur Ruang) - JKR 21600-0013-12 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). 4.0 LAMPIRAN Sila rujuk kepada Lampiran 1 untuk contoh lakaran pelan bagi kuarters yang telah lengkap. Langkah 1: Tentukan Blok yang hendak dilukis Bagi setiap premis, tentukan blok yang hendak diukur dan dilukis. Jalankan lawatan ke setiap aras blok yang telah ditentukan untuk mengenalpasti aras yang mempunyai reka bentuk yang berlainan. Rajah 1: Contoh pelan tapak Nota Untuk tujuan perakaunan akruan, hanya penilaian blok utama sahaja yang perlu dibuat. Oleh itu, pondok pengawal, kabin, blok tandas kecil dan stor tidak perlu diukur dan dilukis.

Upload: vonhan

Post on 08-Dec-2016

405 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun

1 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) – JKR 21600-0013-12.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

1.0 PENDAHULUAN

Panduan ini menjelaskan tatacara ringkas bagi menyediakan Lukisan Terukur untuk bangunan-bangunan di dalam sesebuah premis kerajaan.

2.0 OBJEKTIF

Objektif panduan ini ialah untuk menyediakan pelan lukisan terukur bagi bangunan kerajaan untuk di kemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, “JPPH” bagi tujuan perakaunan akruan.

3.0 RUJUKAN PENGGUNAAN

Garis panduan ini dibangunkan berdasarkan Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susur Atur Ruang) - JKR 21600-0013-12 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

4.0 LAMPIRAN

Sila rujuk kepada Lampiran 1 untuk contoh lakaran pelan bagi kuarters yang telah lengkap.

Langkah 1: Tentukan Blok yang hendak dilukis

Bagi setiap premis, tentukan blok yang hendak diukur dan dilukis. Jalankan lawatan ke setiap aras blok yang telah ditentukan untuk mengenalpasti aras yang mempunyai reka bentuk yang berlainan.

Rajah 1: Contoh pelan tapak

Nota Untuk tujuan perakaunan akruan, hanya penilaian blok utama sahaja yang perlu dibuat. Oleh itu, pondok pengawal, kabin, blok tandas kecil dan stor tidak perlu diukur dan dilukis.

Page 2: 1 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun

2 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) – JKR 21600-0013-12.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Langkah 2: Ukur Blok

Senarai peralatan yang diperlukan: Bil. Peralatan Gambar 1 Buku catatan

2 Pita Pengukur 25 meter kerja ukur umum 150 meter = Kerja Luaran Bangunan 6 meter = Kerja terperinci

3 Alat Pengukuran Laser

4 Kamera Digital

a) Ukur panjang dan lebar keseluruhan blok tersebut dan catitkan ke dalam buku catatan. b) Pastikan ukuran diambil dalam piawai metrik. c) Jika blok tersebut berbentuk selain daripada segi empat tepat, kesemua sisi hendaklah diukur. d) Pastikan kesemua ukuran sudahpun diambil dan dicatitkan ke dalam buku sebelum maju ke blok

seterusnya. e) Ambilkan gambar bagi keseluruhan blok bagi tujuan rujukan dan untuk dikepilkan bersama pelan

lantai.

Nota Jika ukuran dan reka bentuk bagi kesemua aras di dalam sesebuah blok adalah serupa, maka memadai jika langkah-langkah mengukur dibuat pada satu aras sahaja.

Page 3: 1 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun

3 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) – JKR 21600-0013-12.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Langkah 3: Lakar blok

Senarai peralatan yang diperlukan:

Bil. Peralatan Gambar 1 Kertas graf

2 Pen Felt Tip mengikut ketebalan mata pen yang bersesuaian

3 Pembaris Skala

a) Dari ukuran yang diambil di Langkah 2, lukiskan bentuk luaran blok tersebut mengikut skala yang

sesuai. b) Labelkan semua sisi dengan ukuran yang telah diambil (sila rujuk Rajah 2). c) Jika ukuran dan reka bentuk kesemua aras adalah serupa, maka lukisan pelan lantai hanya perlu

dilakarkan sekali sahaja. d) Sekiranya terdapat blok bangunan yang mempunyai halaman terbuka di tengah (‘void’), luas untuk

ruang tersebut hendaklah di ukur dan dilukiskan kedudukan “void’ tersebut di dalam pelan lantai. Sila rujuk Rajah 3.

Rajah 2: Contoh lakaran blok

Nama bangunan: Blok A Bilangan aras yang serupa:

5

No. aras yang dilukis:

1 Disediakan oleh: En. Nadzir

Tarikh lukisan: 21/10/2013

Nota Bagi blok yang mempunyai ukuran atau reka bentuk yang berbeza di setiap aras, lakaran pelan lantai hendaklah disediakan secara berasingan.

Page 4: 1 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun

4 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) – JKR 21600-0013-12.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Langkah 3: Lakar blok (bersambung)

Rajah 3: Contoh lakaran blok yang beserta ‘void’

Nama bangunan: Blok A Bilangan aras yang serupa:

5

No. aras yang dilukis:

1 Disediakan oleh: En. Nadzir

Tarikh lukisan: 21/10/2013

5500m

1500m VOID

Page 5: 1 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun

5 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) – JKR 21600-0013-12.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Langkah 4: Menentukan bahan binaan setiap aras

a) Pada lukisan pelan lantai tersebut, sila senaraikan jenis struktur, kemasan dinding, kemasan lantai dan kemasan siling seperti Rajah 4 di bawah. Untuk pilihan bahan binaan, sila rujuk Jadual 1.

Rajah 4

Nama bangunan: Blok A Bilangan aras yang serupa: 5 No. aras yang dilukis: 1 Disediakan oleh: En. Nadzir Tarikh lukisan: 21/10/2013

Jadual 1: Bahan binaan

Bahan Binaan

Struktur Batu-bata, Konkrit Tetulang, Dinding Panel, Dinding Tanggung Beban

Kemasan Dinding Plaster & Cat, Plaster, Panel Kayu, Dinding Pemisah, Dinding Jubin, Panel Cermin

Kemasan Lantai Kemasan Simen, Kemasan Karpet, Kemasan Jubin, Lantai Kayu, Raise Floor, Lantai Cat (Epoxy), Plat Keluli Berpetak

Kemasan Siling Siling Gantung, Siling Plaster, Siling Konkrit, Siling Strip, Tiada Siling

1) Struktur : Batu Bata 2) Kemasan Dinding : Panel Kayu 3) Kemasan Lantai : Simen 4) Kemasan Siling : Siling Plaster

Nota Sekiranya terdapat aras yang mempunyai bahan binaan yang berbeza, nota tambahan hendaklah diletakkan pada lakaran lukisan itu bagi menerangkan bahan binaan aras tersebut.

Page 6: 1 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun

6 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) – JKR 21600-0013-12.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Langkah Alternatif : Lukisan Pelan Kecemasan

Sekiranya sesebuah bangunan tersebut mempunyai lukisan pelan kecemasan, maka pegawai yang bertanggungjawab bolehlah menggunakan pelan tersebut sebagai pelan lantai untuk tujuan permohonan penilaian kepada JPPH. Walaubagaimanapun, sekiranya pelan tersebut tidak mempunyai ukuran, maka proses seperti Langkah 2 di atas perlulah dilakukan bagi mendapatkan ukuran. Sila rujuk Rajah 5 untuk contoh lukisan pelan kecemasan.

Rajah 5: Contoh Lukisan Pelan Kecemasan

Page 7: 1 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun

7 Sumber Maklumat: Garis Panduan Lukisan Terukur (Pelan Susun Atur Ruang) – JKR 21600-0013-12.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN LUKISAN TERUKUR PELAN LANTAI BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Lampiran 1 : Contoh Lakaran Pelan Kuarters di Klinik Kesihatan Batu 9.