1 perkembangan diri

18
Pendidikan Moral Pendidikan Moral BIDANG PEMBELAJARAN 1 BIDANG PEMBELAJARAN 1 NILAI BERKAITAN DENGAN NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI PERKEMBANGAN DIRI

Upload: eng-hui-son-anong

Post on 30-Nov-2014

1.917 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 1 perkembangan diri

Pendidikan MoralPendidikan Moral

BIDANG PEMBELAJARAN 1BIDANG PEMBELAJARAN 1

NILAI BERKAITAN DENGAN NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRIPERKEMBANGAN DIRI

Page 2: 1 perkembangan diri

1.1Kepercayaan kepada Tuhan

1.2 Amanah

1.3 Harga diri

1.4 Bertanggungjawab

1.5 Hemah tinggi

1.6 Toleransi

1.7 Berdikari

1.12 Kesederhanaan

1.8 Kerajinan

1.9 Kasih sayang

1.10 Keadilan

1.11 Rasional

Perkembangan Diri

Page 3: 1 perkembangan diri

1.1 Kepercayaan kepada Tuhan1.1 Kepercayaan kepada Tuhan

•Bermaksud keyakinan wujudnya Tuhan Bermaksud keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun masing-masing selaras dengan prinsip Rukun NegaraNegara

Page 4: 1 perkembangan diri

Ciri-ciri Amalan Nilai Kepercayaan Kepada Tuhan

• Mempunyai keyakinan yang teguh bahawa Tuhan wujud dan berkuasa

• Mengikut segala suruhan Tuhan untuk berbuat baik sesama manusia dan makhluk yang lain

• Meninggalkan segala yang dilarang oleh Tuhan demi menjaga maruah diri dan keharmonian hidup

Page 5: 1 perkembangan diri

1.2 Amanah

• Bermaksud sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

Ciri-ciri Amalan Nilai amanah

• Tahu dan sedar akan tanggungjawab yang

perlu dipikul

• Berusaha melaksanakan tugas

• Tidak menyalahgunakan kuasa

Page 6: 1 perkembangan diri

1.3 Harga Diri• Bermaksud keupayaan dan keyakinan diri agar

mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

Ciri-ciri amalan nilai harga diri• Menyedari dan dapat menentukan matlamat

hidup• Perlakuan sopan dan tidak mencemarkan

maruah diri dan keluarga• Mengamalkan ajaran agama dan

mempertahankan maruah diri

Page 7: 1 perkembangan diri

1.4 Bertanggungjawab• Bermaksud kesanggupan diri seseorang untuk

memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

Ciri-ciri amalan nilai bertanggungjawab• Mengurus masa dengan bijak• Merancang aktiviti dengan bijak dan tidak

menangguh kerja• Mengisi masa terluang dengan kerja berfaedah• Berfikiran positif dalam semua bidang yang diceburi

Page 8: 1 perkembangan diri

1.5 Hemah Tinggi• Bermaksud beradab sopan dan berbudi pekerti

mulia dalam pergaulan seharianCiri-ciri amalan nilai hemah tinggi• Sentiasa bersopan apabila berinteraksi dengan

orang lain• Tidak kasar dan menggunakan bahasa yang

sopan serta tidak menyinggung perasaan orang lain

• Tidak sombong atau menunjuk-nunjuk• Mudah bergaul mesra tanpa mengira

agama,bangsa dan kedudukan

Page 9: 1 perkembangan diri

1.6 Toleransi

• Bermaksud kesanggupan bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

Page 10: 1 perkembangan diri

Ciri-ciri amalan nilai toleransi

• Suka bertolak ansur dan tidak membesar-besarkan perkara kecil

• Tidak mudah dipengaruhi emosi dan sentiasa bersabar apabila berhadapan dengan masalah

• Tidak mudah marah,mengawal diri,berfikir dan menyiasat untuk mendapatkan kebenaran sebelum bertindak

• Berusaha untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham dengan orang lain

Page 11: 1 perkembangan diri

1.7 Berdikari

• Bermaksud kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

Ciri-ciri amalan nilai berdikari

• Boleh berfikir secara positif bagi mencapai cita-cita

• Sanggup bertindak sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dalam membuat keputusan

• Menggunakan pengetahuan,pengalaman dan kebolehan sendiri

Page 12: 1 perkembangan diri

1.8 Kerajinan

• Bermaksud usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara

Ciri-ciri amalan nilai kerajinan

• Melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh

• Mempunyai semangat bersaing untuk maju

• Tidak mudah berasa jemu atau bosan

• Sikap tabah,cekal, gigih dan tidak mudah putus asa

Page 13: 1 perkembangan diri

1.9 Kasih sayang

• Bermaksud kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

Ciri-ciri amalan nilai kasih sayang

• Sentiasa tulus dan ikhlas dalam perasaan kasih

• Bersikap peri kemanusiaan terhadap semua makhluk

• Prihatin terhadap seseorang atau sesuatu yang disayangi dan menjaganya dengan baik

Page 14: 1 perkembangan diri

1.10 Keadilan

• Bermaksud tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

Ciri-ciri amalan nilai keadilan

• Membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang objektif,teliti dan wajar

• Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

• Membuat penyiasatan sebelum bertindak atau membuat keputusan

Page 15: 1 perkembangan diri

1.11 Rasional

• Bermaksud boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar

Ciri-ciri amalan nilai rasional

• Berupaya mengambil kira baik buruk sebelum membuat keputusan

• Berfikiran matang dan tenang tanpa dipengaruhi oleh emosi

• Membuat pertimbangan berdasarkan bukti konkrit dan kesedaran sivik

Page 16: 1 perkembangan diri

1.12 Kesederhanaan

• Bermaksud bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,petuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

Ciri-ciri amalan nilai kesederhanaan

• Tidak keterlaluan dalam pemikiran dan tindakan

• Membuat keputusan dengan menimbang kepentingan diri dan orang lain

• Pertuturan dan tingkah laku yang sopan serta tidak menyinggung perasaan orang lain

Page 17: 1 perkembangan diri

Manusia memikul satu tanggungjawab yang besar untuk menguruskan alam secara bijaksana.

Jelaskan nilai-nilai yang perlu diamalkan dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Soalan Esei

Page 18: 1 perkembangan diri