1. pengenalan pada 1 june 2010, bersempena hari ulang...

23
SISTEM INTERAKTIF PESAWAT F-5E TIGER II (FTIS) MUZIUM TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang Tahun TUDM yang ke 52 KDYMM Sultan Pahang(Kolonel Yang Dipertua TUDM ) telah melancarkan moto strategik “Airforce Next Generation”. Bermula dari detik itulah Muzium TUDM telah sedar akan cabaran membawa nama TUDM seiring dengan arus masa dan medenesasi telah pun bermula (Rajah 1). Muzium TUDM telah menjalani proses modenisasi fasa kedua pada tahun 2008 yang merangkumi penambahan bilangan pesawat bagi pameran statik dan penambahan infrastruktur bagi menarik lebih ramai lagi bilangan pengunjung. Sejak itu, Muzium TUDM telah beroperasi dengan 27 buah pesawat untuk pameran statik, 3 buah galeri yang mengandungi barangan artifak bersejarah yang berkaitan dengan TUDM dan sebuah arkib yang menyimpan segala data-data bersejarah berkenaan TUDM. Pihak Muzium TUDM sedar segala usaha ini tidak mencukupi malah suatu anjakan besar perlu dilakukan untuk terus kekal relevan dalam masyarakat melenium ini. Justeru perbincangan demi perbincangan telahpun dijalankan bagi mengetengahkan suatu ikon yang mampu memikul cabaran seiring kehendak dan keperluan semasa dan akan menjadi pemangkin suatu usaha lebih besar untuk masa akan datang. Dari itu tehasillah sistem FTIS. Muzium TUDM memilih pilihan interaktif yang diyakini dan terbukti dalam menambah minat pengunjung. Muzium TUDM pada awalnya menghadapi masalah berikutan tiada perisian penyelaku pesawat F5E-Tiger II dipasaran. Namun Muzium TUDM telah mengambil langkah berani untuk mencuba sendiri membuat rekaan agar menghasilkan pesawat ini. Sistem penyelaku ini akhirnya berjaya dan telah mula beroperasi pada 10 Nov 11. Sistem ini dinamakan F5E-Tiger II Interactive System (FTIS). FTIS membolehkan pengunjung merasa sendiri pengalaman menerbangkan pesawat F5E-Tiger II. FTIS telah memberikan impak yang sangat tinggi, dimana kefahaman pengunjung meningkat secara drastik, dan pengunjung terutama generasi muda mula berminat untuk mengulang kunjungan ke Muzium TUDM (Rajah 2). 2. Objektif Projek sistem FTIS pada asalnya diilhamkan bagi memenuhi keperluan semasa Muzium TUDM dan menjadi ikon kepada visi permodenisasi TUDM. Pihak Muzium TUDM juga telah menjalankan kajian terhadap tahap kefahahaman pengunjung berkenaan penerangan ilmu asas penerbangan yang diberikan ketika berkunjung ke Muzium TUDM dan mendapati hampir 80 peratus bilangan pengunjung menghadapi kesukaran untuk memahami penerangan yang diberikan 2.1 Objektif (Fasa 1 dan Fasa 2) adalah: a) Menjadi agen penarik, bagi menambah jumlah pengujung (khasnya generasi muda) ke Muzium TUDM.

Upload: others

Post on 20-Jan-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

SISTEM INTERAKTIF PESAWAT F-5E TIGER II (FTIS) MUZIUM TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)

1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang Tahun TUDM yang ke 52 KDYMM

Sultan Pahang(Kolonel Yang Dipertua TUDM ) telah melancarkan moto strategik “Airforce Next Generation”. Bermula dari detik itulah Muzium TUDM telah sedar akan cabaran membawa nama TUDM seiring dengan arus masa dan medenesasi telah pun bermula (Rajah 1).

Muzium TUDM telah menjalani proses modenisasi fasa kedua pada tahun 2008 yang merangkumi penambahan bilangan pesawat bagi pameran statik dan penambahan infrastruktur bagi menarik lebih ramai lagi bilangan pengunjung. Sejak itu, Muzium TUDM telah beroperasi dengan 27 buah pesawat untuk pameran statik, 3 buah galeri yang mengandungi barangan artifak bersejarah yang berkaitan dengan TUDM dan sebuah arkib yang menyimpan segala data-data bersejarah berkenaan TUDM.

Pihak Muzium TUDM sedar segala usaha ini tidak mencukupi malah suatu anjakan besar perlu dilakukan untuk terus kekal relevan dalam masyarakat melenium ini. Justeru perbincangan demi perbincangan telahpun dijalankan bagi mengetengahkan suatu ikon yang mampu memikul cabaran seiring kehendak dan keperluan semasa dan akan menjadi pemangkin suatu usaha lebih besar untuk masa akan datang. Dari itu tehasillah sistem FTIS.

Muzium TUDM memilih pilihan interaktif yang diyakini dan terbukti dalam menambah minat pengunjung. Muzium TUDM pada awalnya menghadapi masalah berikutan tiada perisian penyelaku pesawat F5E-Tiger II dipasaran. Namun Muzium TUDM telah mengambil langkah berani untuk mencuba sendiri membuat rekaan agar menghasilkan pesawat ini. Sistem penyelaku ini akhirnya berjaya dan telah mula beroperasi pada 10 Nov 11. Sistem ini dinamakan F5E-Tiger II Interactive System (FTIS). FTIS membolehkan pengunjung merasa sendiri pengalaman menerbangkan pesawat F5E-Tiger II. FTIS telah memberikan impak yang sangat tinggi, dimana kefahaman pengunjung meningkat secara drastik, dan pengunjung terutama generasi muda mula berminat untuk mengulang kunjungan ke Muzium TUDM (Rajah 2).

2. Objektif

Projek sistem FTIS pada asalnya diilhamkan bagi memenuhi keperluan semasa Muzium TUDM dan menjadi ikon kepada visi permodenisasi TUDM. Pihak Muzium TUDM juga telah menjalankan kajian terhadap tahap kefahahaman pengunjung berkenaan penerangan ilmu asas penerbangan yang diberikan ketika berkunjung ke Muzium TUDM dan mendapati hampir 80 peratus bilangan pengunjung menghadapi kesukaran untuk memahami penerangan yang diberikan

2.1 Objektif (Fasa 1 dan Fasa 2) adalah:

a) Menjadi agen penarik, bagi menambah jumlah pengujung (khasnya generasi muda) ke Muzium TUDM.

Page 2: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

b) Memudahkan tatakerja anggota yang bertugas. c) Mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti pengeluaran produk(

pelanggan yang kefahaman tinggi dan berpuashati dengan perkhidmatan). d) Projek yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dengan mengunakan kos

pembangunan yang rendah.

Justeru itu, Muzium TUDM telah memilih pilihan interaktif yang diyakini dan terbukti dalam menambah minat pengunjung dan seterusnya menambah kefahaman mereka terhadap ilmu penerbangan.

Sistem yang dinamakan Sistem Interaktif Pesawat F-5e Tiger II atau F-5E Tiger II Interactive System (FTIS) membolehkan pengunjung merasa sendiri pengalaman menerbangkan pesawat F5E-Tiger II. FTIS telah memberikan impak yang sangat tinggi, dimana kefahaman pengunjung meningkat secara drastik, dan pengunjung terutama generasi muda mula berminat untuk mengulangi kunjungan ke Muzium TUDM

Namun begitu dalam masa yang singkat pengoperasian sistem ini kesemua objektif telah pun dicapai dan telah menerima pengiktirafan. Setelah dinilai semula sistem ini dilihat mempunyai potensi yang tinggi untuk terus dibangunkan. Maka pihak Muzium TUDM telahpun mengariskan suatu objektif baru yang menggantikan sistem FTIS ini kepada Program Pembangunan FTIS.

2.2 Berikut merupakan objektif terkini (meliputi keseluruhan program Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3)Program Pembangunan FTIS:

a) Menjadi modal kapital sosial dan asset sosial terhadap masyarakat tempatan dan para ilmuan.

b) Menjadi aset pembudayaan ilmu. (memupuk kebolehan untuk berkreativitif dengan mencipta dan bereksperimen dengan projek. FTIS juga dijadikan sebagai platform, mesej atau demonstrasi serta sumber rujukan merangkumi sejarah penciptaannya.)

c) Menjadi pusat di mana kemahiran boleh suling dan disebarkan dan memberi manfaat kepada keseluruh rantau, dan bukan sahaja kepada aktiviti yang benar-benar mengambil tempat di muzium.

3. Proses Pelaksanaan Inovasi.

Program pembangunan projek FTIS ini telah melalui beberapa proses perancangan rapi, ini adalah disebabkan beberapa kekangan yang menjadi cabaran bagi menjayakan FTIS. Kekangan-kekangan ini telah dijadikan pembolehubah, agar mudah diterjemahkan kepada solusi. Pemboleh ubahnya adalah:

a) t, Masa (masa yang terhad oleh kerana sumber manusia hanya boleh digembeling selepas waktu kerja).

b) L, Jumlah anggota yang terhad, terlibat dalam projek. c) c, Kos yang berkenaan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan projek.

Q,Kuantiti pengguna yang memperoleh kualiti perkhidmatan. (Kualiti perkhidmatan adalah perbandingan jangkaan dengan prestasi)

Page 3: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

d) Gen Y dan F, generasi muda mudi dan pengujung antarabangsa adalah kumpulan sasaran khidmat pelanggan organisasi.

Dengan mengambil kira faktor diatas, pihak organisasi telah mengambil inisiatif menubuhkan suatu organisasi yang terdiri dari sukarelawan profesional dari pihak masyarakat bagi mengadakan kolabrasi intelektual untuk menjayakan usaha pembangunan sistem FTIS. Penubuhan organisasi awam yang dinamakan “Beliung Works” ini telah ditubuhkan semasa pembikinan Fasa 1 dalam pembangunan FTIS. Ini bagi mengurangkan beban pelaksaan dan masih mampu mendapat hasil yang berkualiti, selaras dengan polisi mendekatkan TUDM dengan masyarakat.

Organisasi telah membahagikan pelaksanaan projek kepada tiga fasa. Fasa-fasa ini pula dibahagikan kepada dua bahagian utama. Percaturan ini berlandaskan empat faktor diatas dan menjadikan garis panduan program sebelum, semasa dan masa akan datang. (Graf 1) bagi melihat hubung kait kesemua faktor-faktor ini.

Fasa pembangunan 1 dan 2 berada didalam kawasan zon aktiviti ekonomik, dimana pada ketika ini zon tersebut memberikan kos margin lebih rendah daripada jumlah purata kos. Disini juga dilihat jumlah purata kos menurun. Produktiviti dalam keadaan terbaik dalam kontek kos yang rendah untuk menghasilkan kuantiti prlanggan yang produktif.

Fasa pembangunan 3 berada dalam kawasan zon aktiviti tidak ekonomik. Ini adalah kerana ia berada selepas titik persilangan antara kos margin dan purata jumlah kos adalah sama. Kawasan ini dikira tidak ekonomik kerana kos margin adalah lebih besar daripada jumlah purata kos. Organisasi tidak lagi mampu menghasilkan kuantiti produk(pelangan menerima khidmat terbaik) kerana jumlah purata kos meningkat. Ini merupakan titik optimum kapasiti organisasi. Jadi satu pendekatan revolusi telahpun diatur iaitu memfrancaiskan sistem pembangunan FTIS ke pengkalan-pengkalan TUDM yang lain.Ini akan membolehkan organisasi dapat mengekalkan momentum pengeluaran kuantiti pengguna yang berkualiti.

FASA 1 ( Penyediaan platfom)

a) Pengumpulan data teknikal (data penerbangan, model pesawat dan ruangan ergonomik juruterbang). Kualiti data-data yang dicerap dipantau oleh pegawai kejuruteraan dan juruterbang pesawat.

b) Menggunakan kemudahan perisian ”open source” data-data diterjemahkan dalam bentuk model matematik untuk tujuan disimulasikan dalam alam maya.

c) Penghasilan pekakasan sokongan asas bagi mendapat capaian visual dan kawalan pesawat maya.

d) Platfom integrasi ini kemudian digunakan untuk ditambahbaik dengan kolabrasi organisasi sukarela. Maklum balas yang diterima kemudian diterjemah kepada penghasilan antaramuka yang mesra pengguna.

e) Sistem FTIS sekali lagi dikalibrasi oleh pegawai kejuruteraan dan juruterbang bertauliah.

f) Sistem mula dibuka untuk kegunaan orang ramai bagi tujuan memberikan fokus kepada ilmu asas penerbangan dan perasaan penerbangan pesawat pejuang

Page 4: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

FASA 2 (Menaiktarafkan sistem)

a) Perolehan dana, hasil kejayaan dinobat juara kategori pengurusan teknologi maklumat pertandingan inovasi Kementrian Pertahanan, sistem FTIS telah bertukar kepada Program Pembangunan FTIS.

b) Penaik taraf secara terperinci telah dilakukan dengan menambahbaik sistem perisian sedia ada. Hasil dari penaiktarafan ini organisasi sekali lagi berjaya menghasilkan model matematik keduanya (pesawat pejuang MIG-29).

c) Penambahbaikan juga dalam menaik taraf mutu visual realistik telah diadaptasi kepada sistem dengan menggunakan perisian TRACK IR.

d) Langkah lebih besar ialah hasil kolabrasi intelek barsama pihak awam, suatu kajian aksesori pekakasan sokongan bagi menambah baik penampilan fizikal telah pun dijalankan dan proses penghasilan struktur statik “mock up cockpit” sedang pun dilaksanakan (Rajah 3). Bertitik tolak dari itu organisasi berhasrat untuk menghasilkan juga struktur dinamik bagi menghasilkan pergerakan realistik 3 dimensi keatas sistem FTIS sedia ada.

e) Menghasilkan program-program sokongan seperti hari terbuka Muzium bagi merialisasikan Program pembangunan FTIS. Organisasi merancang untuk mengadakan seminar, bengkel dan kelas yang berkaitan sistem FTIS seiring dengan pembangunan teknikal program.

f) Penghasilan “templat” program yang bakal dikompilasikan untuk menghasilkan suatu produk bakal dilakukan untuk tujuan meluaskan kawasan capaian Program Pembangunan FTIS.

g) Antara elemen utama dalam menjayakan “booth” pameran TUDM di LIMA 13, Langkawi.

FASA 3 (Pengembangan jaringan)

a) Proses pembangunan modal insan dan pemindahan teknologi ke jaringan muzium pengkalan yang lain.

b) Menyediakan hub rujukan yang berkesan untuk menjadi rujukan jaringan dua hala antara Muzium TUDM dan Muzium Pangkalan Udara yang lain.

c) Memulakan kembali proses RnD untuk mengasilkan program berdaya saing baharu.

4. Elemen penurunan kuasa.

Program Pembangunan FTIS menekankan kepada lima element penurunan kuasa utama, bagi menyelarikan praktikaliti dan objektif program, iaitu:

a) Organisasi dan pengguna mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. b) Organisasi dan pengguna mempunyai akses kepada maklumat dan sumber. c) Organisasi dan pengguna mempunyai akses kepada pembelajaran kemahiran

(contohnya, komunikasi) tertakluk kepada difinisi kepentingan terhadap individu. d) Organisasi dan pengguna dapat meningkatkan nilai positif imej diri.

Pelaksaan elemen penurunan kuasa ini diharapkan dapat membolehkan individu atau kumpulan untuk mengakses sepenuhnya kuasa peribadi atau kolektif,otoriti dan

Page 5: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

pengaruh, untuk diterjemahkan apabila berhadapan dengan organisasi atau entiti masyarakat lain. Dalam erti kata lain, Ia menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan mereka untuk mengatasi halangan dalam kehidupan atau persekitaran kerja dan akhirnya, membantu mereka membangunkan dalam diri mereka dan masyarakat.Sehubungan ini Organisasi Muzium TUDM ingin membangunkan program ini bagi meperkasakan kembali masyarakat dengan budaya partriotik.

5. Impak inovasi.

Impak terhadap kumpulan sasar:

Kumpulan sasar yang kami tentukan adalah generasi muda dan pengunjung luar negara. Ternyata FTIS memberikan impak yang tinggi dimana interaksi kepuasan pengunjung luar negara dan generasi muda menyatakan mereka amat berpuas hati dengan FTIS. Proses kerja semasa yang telah berjaya dikurangkan sebanyak 75%, dan peningkatan kunjungan secara purata 2012 adalah 120 orang/bulan. Sistem FTIS mampu menjana kesedaran penerbangan dengan cepat, mudah dan interaktif. Elemen pembelajaran melalui interaktif terbukti mengurangkan penglibatan fasilitator, dan sistem ini telah terbukti di Muzium TUDM (Graf 2).

Impak terhadap Muzium TUDM dan TUDM:

Pihak Muzium TUDM menerima impak yang sangat positif kerana memajukan sistem ini. Secara tidak langsung keadaan ini memberikan gambaran yang positif terhadap TUDM yang menonjolkan sistem pintar ini di mata masyarakat.

Impak terhadap kerajaan Malaysia:

FTIS secara langsung memberikan suatu perasaan kagum terhadap pertahanan udara negara yang seterusnya menambah keyakinan masyarakat terhadap pengurusan aset pertahanan negara. Ini secara langsung akan meningkatkan semangat patriotisme rakyat.

6. Elemen inovatif atau kreativiti.

a) Sifat Unik:

i. FTIS adalah sebuah sistem yang mensimulasikan penerbangan pesawat yang dikonfigurasi Muzium TUDM agar mampu memberi perasaan penerbangan pesawat pejuang kepada pengunjung jauh berbeza dari teknik konsevertif. Uniknya FTIS adalah sistem ini dikonfigurasikan dengan simulasi pesawat model F-5E Tiger II, M29-12 yang terdapat di Muzium TUDM.

ii. Keunikan ini terserlah apabila sistem ini telah mampu memberikan impak yang sangat signifikan terhadap Muzium TUDM, kefahaman terhadap dunia aviasi dan peningkatan semangat patriotisme.

b) Penggunaan teknologi terkini:

Page 6: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

i. Teknologi yang digunakan untuk FTIS adalah yang terkini dengan sistem kawalan terbaharu Logitech G940 Combat Flight Control dan perisian yang terbaharu X-Plane Ver 8 dan X-Plane Ver 10. (Rajah 4)

ii. Rekaan pesawat F5E-Tiger II yang dijana khas adalah hasil usaha Muzium TUDM untuk menambah sifat realisme terhadap penerbangan pesawat tersebut.

c) Memenuhi keperluan semasa

i. Muzium TUDM mendapati keinginan generasi muda untuk mendekatkan diri dengan sejarah dan dalam konteks kami sejarah Tentera Udara DiRaja Malaysia amat kurang berikutan mereka tidak dapat memahami fungsi dan tidak melalui zaman konflik.

ii. Atas dasar ini, kami telah membangunkan sistem yang interaktif dan terbukti mampu menarik perhatian generasi muda. Fakta ini adalah dimana generasi muda ini dapat memahami penerbangan melalui interaksi mereka sendiri (self interaction).

iii. Kesan yang terbaik selama penubuhan Muzium TUDM telah kami rasai melalui komen generasi muda dan sokongan ibu-bapa. Malah golongan yang senior juga memperoleh kefahaman dan keseronokan melalui sistem FTIS.

iv. Melalui kefahaman dan minat ini, pengunjung mampu untuk meminati sejarah TUDM yang berusia 55 tahun.

d) Mempermudahkan kerja/ praktikal/ memendekkan proses kerja:

i. Usaha kami yang sebelum ini untuk menarik minat pengunjung dari kalangan rakyat Malaysia dan antarabangsa kepada sejarah TUDM dan penerbangan telah dipermudahkan FTIS.

ii. Kefahaman terhadap kesukaran proses pertahanan udara dan aviasi meningkatkan semangat patriotisme mereka dan minat terhadap dunia penerbangan. Lantas keadaan ini mampu menjadikan Muzium TUDM sebagai pusat untuk penerangan teknologi aviasi dan sejarah TUDM.

iii. Perbandingan proses kerja dahulu dan proses kerja sekarang adalah untuk menerangkan cara pesawat terbang dan fungsinya mengambil masa hampir 30 minit manakala kini ianya cuma memerlukan 10 minit serta impak dahulu berbanding impak sekarang adalah kefahaman meningkat secara drastik.

7. Elemen Keberkesanan.

a) Faedah nyata : Pembuktian melalui data statistik :

i. Peningkatan kefahaman pengunjung terhadap penerbangan dan dunia aviasi sebanyak tiga kali ganda.

Page 7: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

ii. Peningkatan kemudahan tatakerja sebanyak 75% berbanding tatacara kerja sebelumnya.

iii. Purata peningkatan kunjungan untuk menyelami pengalaman berinteraksi dengan sistem FTIS adalah sebanyak 120 orang peserta sebulan. Lantas menambah bilangan pengunjung Muzium TUDM sebanyak 6% bagi tahun pertama pengoperasian.

b) Mempunyai nilai ciptaan:

i. FTIS mempunyai nilai ciptaan tersendiri di mana ianya mampu untuk menarik minat dan menambah kefahaman. Ciptaan ini yang menggabungkan aset lama ketenteraan dan unit pengoperasian (Muzium TUDM) kearah capaian teknologi baharu.

ii. FTIS didirikan diatas suatu platfom yang mudah untuk direplikasi dan sistem “open source” nya memudahkan bagi menaiktarafkan sistem, ini akan menyebabkan FTIS akan menjadi releven dalam masyarakat dalam jangka masa yang panjang sekurang-kurangnya 10 tahun.

iii. Platfom FTIS juga memberi ruang untuk menghasilkan produk baru dalam keupayaan yang lebig baik.

iv. Program pembangunan FTIS mengetengahkan elemen pengurusan kerja yang mampan, ini membuka ruang untuk proses RnD dan melaluinya dapat terhasil sesuatu mekanisma peningkatan mutu dan potensi baharu produk.

c) Mampu mengekalkan dan meningkatkan pencapaian unit secara mantap dan berterusan.

i. Penambah baikan sistem dan peningkatan kemampuan sistem juga amat mudah dijalankan. Kini peningkatan kemampuan FTIS sedang dimajukan dan akan terus digunakan pada pameran antarabangsa LIMA 13. Ini membuktikan FTIS diyakini oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM dan secra langsung menunjukkan FTIS mempunyai standard antabangsa.

ii. Bagi mengekalkan momentum yang dijana oleh FTIS pihak kami telah mewujudkan sebuah program pembangunan berkala sebagai kesinambungan terhadap FTIS.

iii. Latihan yang mudah dikoordinasi kepada staf-staf operasi juga amat mudah dan penerimaan yang amat memberansangkan.

d) Meningkatkan tahap kepuasan kumpulan sasar melalui kajian kepuasan pelanggan.

i. Kajian yang telah dibuat pada tahun lalu semasa fasa pertama FTIS mula beroperasi amat memberansangkan. Analisis terhadap dokumen kajian kepuasan pelanggan mendapati rakyat Malaysia amat berminat dengan sistem

Page 8: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

interaktif dalam proses penerangan. Keadaan ini adalah hasil daripada cetusan elemen komunikasi dua hala yang mudah dan menarik.

ii. Kajian kedua akan dijalankan ketika fasa kedua mula berfungsi kelak. Sasaran kami adalah ketika pameran antarabangsa LIMA 13.

8. Elemen signifikan.

a) Mencapai objektif signifikan:

Organisasi melalui Program Pembangunan FTIS telah pun berjaya mencapai objektif utama dalam Fasa 1 dan Fasa 2

i. Objektif yang tercapai dengan wujudnya program pembangunan FTIS ini adalah mendekatkan rakyat Malaysia dengan TUDM. Sistem ini telah menarik minat generasi baharu lantas memastikan penerusan minat sekurang-kurangnya 10 tahun. Unjuran tren minat berterusan ini adalah melalui kajian dan analisis terhadap pengunjung Muzium TUDM semenjak awal lagi. Pencapaian ini adalah sangat signifikan di mana impak berterusan dan minat yang bertambah secara eksponen dapat dijangka.

ii. Memudahkan tatakerja anggota yang bertugas, dimana nilai produktiviti bertambah secara mendadak. iii.Mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti pengeluaran produk( pelanggan yang kefahaman tinggi dan berpuashati dengan perkhidmatan).Ini telahpun dibuktikan melaui kajian kepuasan penggan. Media Facebook “RMAF Museum” milik organisasi merupakan manifes kepada anjakan positif program pembangunan. iv. Projek yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dengan mengunakan kos pembangunan yang rendah.Sistem FTIS yang mengunakan sistem sedia ada dan mengunakan sumber sedia ada organisasi, berjaya melahirkan suatu platfom berjaya walaupun dalam peringkat awal. penerimaan pengguna amat memberangsangkan.

v. Muzium TUDM mula menjadi lokasi pilihan masyarakat untuk tujuan readah, dan bersosial, ini selaras dengan dasar organisasi menjadikan fasiliti ini modal kapital sosial dan asset sosial terhadap masyarakat tempatan dan para ilmuan.

vi. Penubuhan organisasi sukarelawan profesional dalam berkerjasama dalam Program PembangunanFTIS telahpun mencerminkan suatu pembudayaan ilmu, dimana memupuk kebolehan untuk berkreativitif dengan mencipta dan bereksperimen dengan projek. FTIS juga dijadikan sebagai platform, mesej atau demonstrasi serta sumber rujukan merangkumi sejarah penciptaannya. vii. Di dalam Program Pembangggunnnan FTIS antara elemen yang ditekankan adalah konsep francais. Ini antara elemen yang dapat membawa organisasi

Page 9: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

menjadi pusat di mana kemahiran boleh suling dan disebarkan dan memberi manfaat kepada keseluruh rantau, dan bukan sahaja kepada aktiviti yang benar-benar mengambil tempat di muzium. Objektif ini belum tercapai oleh pihak organisasi.

. b) Menjimatkan kos dan sumber:

i. Dengan sistem FTIS, penjimatan kos dapat diperoleh. Pernyataan ini dibuktikan dengan kurangnya masa penerangan terhadap pengenalan pesawat sebanyak 45 minit tiap sesi berbanding sebelumnya selama satu jam tiap sesi. FTIS memudahkan kefahaman pengunjung dengan hanya memerlukan 15 minit penerangan terhadap pengenalan pesawat.

ii Penjimatan ini menjurus kepada pengurangan tenaga kerja, dimana dahulu tiap sesi memerlukan 1 jam masa berkerja bagi tiap sesi, namun kini dalam satu jam masa berkerja sebanyak empat sesi boleh dijalankan. Peningkatan produktiviti ini menunjukkan keberhasilan sebanyak 400 peratus dengan penggunaan FTIS (Graf 3).

iii. Apabila elemen anggota dimasukkan seperti di dalam graf kuantiti melawan jumlah anggota ∆L1 jumlah anggota yang kecil, apa yang didapati nilai ∆Q1 memperolehi nilai perbezaan yang tinggi pengeluarannya dan jika dipadankan didalam graf kos melawan kuantiti apa yang didapati dengan hasil ∆Q1 yang sama perolehan ∆C1 kos mempunyai nilai perbezaan yang kecil. Zon ini adalah zon kawasan ekonomik yang telah dibincangkan di dalam topik 3. Ini adalah zon paling produktif dan penjimatan paling maksima dalam fasa Pembangunan Program FTIS.

iv.Berbeza jika dilihat dalam zon tidak economik, apabila jumlah anggota yang ramai ∆L2 diperlukan bagi menghasilkan ∆Q2 perbejaan kuantiti yang sedikit dan ∆C2 perbezaan kos yang tinggi diperlukan bagi operasi tersebut. Pada ketika ini fasa 3 diimplementasikan bagi meningkatkat kembali momentum produktiviti organisasi.

9. Elemen relevan.

a) Selaras agenda nasional iaitu:

i. Peranan Muzium TUDM untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai adalah suatu tangguangjawab yang berat kerana ia tidak membenarkan anggota sekadar menjalankan tugas atau melaksanakannya dengan cara yang sedia ada, sebaliknya perlu memikirkan cara-cara baru untuk menambah baik prosedur sedia ada. Anggota Muzium TUDM merupakan wajah hadapan TUDM sering berhadapan pelbagai kerenah dan watak masyarakat justeru keperluan menganjak dari tampok lama kepada pemikiran berbentuk kreatif dan inovatif yang bermakna anggota Muzium TUDM bersikap proaktif dalam mencapai matlamat. Matlamat ini telah tercapai dengan anggota-anggota Muzium TUDM mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi disertai

Page 10: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

dengan sikap yang positif, peribadi yang mulia dan nilai-nilai yang unggul untuk membentuk masyarakat lestari. Sifat-sifat ini terbukti selaras dengan Agenda Nasional: Pelan 1 Malaysia dan terbukti dengan kejayaan sistem FTIS.

b) Kolaborasi strategik dengan masyarakat (pengguna):

i. Setelah projek ini mencapai tahap petama, projek ini kemudiannya telah berjaya untuk diteruskan kepada tahap kedua. Pada tahap kedua ini, projek ini akan dibawa untuk menjadi elemen utama booth pameran TUDM di pameran LIMA 13.

ii. Untuk tahap ini satu program sukarelawan Muzium TUDM telah dimajukan dan mereka yang mempunyai kepakaran khas telah berminat untuk menyumbangkan tenaga dan kepakaran mereka secara sukarela.

iii. Muzium TUDM telah bermula untuk menggembeling tenaga bersama masyarakat dan projek FTIS ini telah menjadi satu titik tolak utama dalam gabungan usahasama intelektual ini.

c) Mengambil kira kesesuaian persekitaran tempatan dan global:

i. Muzium TUDM terletak di Kuala Lumpur, Ibu Negara Malaysia. Sehubungan dengan itu organisasi dan kemudahan di kawasan ini memerlukan fasiliti yang selaras dengan kemajuan teknologi terkini.

ii. Projek FTIS ini telah menyahut penyelarasan ini dan bukan sahaja sesuai bagi kawasan setempat malahan pengunjung yang tiba dari negara-negara maju juga telah memberikan maklumbalas yang amat positif.

iii. Penanda aras yang berasaskan kepuasan pelanggan seperti ini adalah bukti yang kukuh dan menarik untuk dijadikan motivasi serta standard.

10. Pengiktirafan yang diterima (Rajah 5)

a) Juara Projek Inovasi Kategori Pengurusan Teknologi Maklumat 2012. b) Permohonan 2 unit FTIS oleh Perbadanan Muzium Melaka 2013. c) Diiktiraf untuk digunakan semasa Pameran Antarabangsa LIMA 13. d) Minat tajaan daripada Petronas Bhd. e) Permohonan khusus untuk National Blue Ocean Strategy Hari ATM pada April

2013

Disediakan oleh:

Kapt Ahmad Fitri Faizi Bin Baharuddin TUDM 019-5678054 [email protected]

Page 11: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

RAJAH 1

Gambarajah 1: Logo visi Tentera Udara Diraja Malaysia.

Matlamat AF-NG adalah untuk membentuk TUDM sebagai satu tentera udara

berkeupayaan full spectrum yang boleh melaksanakan tugas dan misi di dalam semua keadaan

aman atau perang dengan berkesan.

Inisiatif bagi transformasi AF-NG tersebut telah diketengahkan oleh Panglima Tentera

Udara bagi melonjakkan TUDM ke satu tahap tinggi sebagai tentera udara bertaraf dunia.

TUDM perlu berubah untuk menjadi ketumbukan yang lebih berwibawa dan berkaliber

dari apa yang ada sekarang.

Sumber rujukan: http://www.airforce.gov.my/organisasi/air-force-next-generation-af-ng/

KEMBARAN KEPADA

LAPORAN INOVASI FTIS

MUZIUM TUDM

Page 12: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

RAJAH 2

Gambarajah 2:Sistem FTIS berwajah baru.

Page 13: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

dan kuantiti pengeluaran.

Graf 1: Hubungan diantara program pembangunan sistem FTIS , kos, kos perunit dan kuantiti pengeluaran.

Zon a

kti

vit

i ti

dak

eco

nom

ik

Zon a

kti

vit

i

econom

ik

Kos margin

Kuantit

i

Kos per unit

Purata jumlah kos

Graf kos per unit melawan kuantiti

Fasa 3

Bahagian B

Akan Datang

Fasa 1

Bahagian A

Telah berlalu

Fasa 2

Bahagian A

Semasa

Aturan program pembangunan sistem FTIS

Graf kos melawan kuantiti Kuantiti

Kos Jumlah kos

Jumlah kos pembolehubah

Page 14: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

Panduan

Jumlah kos = Jumlah kos pemboleh ubah + Kos tetap

Jumlah kos pemboleh ubah adalah perbelanjaan yang berubah di bahagian aktiviti harian

program.

Kos tetap adalah caj berkala yang tidak berbeza dengan jumlah perniagaan (seperti insurans

atau sewa atau bayaran gadai janji dan lain-lain.)

Kos margin =

Kos margin adalah perubahan dalam jumlah kos yang datang daripada pembuat atau

menghasilkan satu item tambahan. Tujuan menganalisis kos margin adalah untuk menentukan

apa titik mencapaian skala ekonomi dalam pengeluaran organisasi . Pengiraan yang sering

digunakan organisasi sebagai satu cara menentukan tahap pengeluaran yang optimum.

Jumlah purata kos = Jumlah kos

Kuantiti pengeluaran

Jumlah purata kos adalah jumlah kos bagi semua unit yang dibeli (atau dihasilkan) dibahagikan

dengan bilangan unit.

Page 15: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

RAJAH 3

Model prototiap struktur statik sistem pekakasan sokongan FTIS “mock up cockpit”

Model prototiap struktur statik sistem pekakasan sokongan FTIS “mock up cockpit” dari sudut

belakang.

Page 16: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

RAJAH 4

Unit kawalan penerbangan Unit kawasan penerbangan asas. “control column” dan “throttle”

Set unit kawalan simulasi pernebangan kompleks beserta sistem maklum balas.

Page 17: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

GRAF 2: STATISTIK PERTAMBAHAN BILANGAN PENGUNJUNG KE MUZIUM TUDM (IMPAK FTIS)

STATISTIK BILANGAN PENGUNJUNG TAHUN 2011

STATISTIK BILANGAN PENGUNJUNG TAHUN 2012

Page 18: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

STATISTIK BILANGAN PENGUNJUNG TAHUN 2013

Page 19: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

GRAF 3: Hubungan diantara kos, kuantiti dan keperluan jumlah anggota

C, Kos

Q, Kuantiti

Jumlah Kos

Pemboleh

ubah

Lekuk jumlah

produk

L , Anggota ∆ L1

∆ C1

∆ C2

∆ Q1 ∆ Q2

Q, Kuantiti

∆ Q1

∆ Q2

∆ L1

Zon kawasan tidak

ekonomik

Petunjuk

Zon kawasan

ekonomik

Graf kos melawan kuantiti

Graf kuantiti melawan jumlah anggota

Page 20: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

RAJAH 5: GAMBAR-GAMBAR PENGIKTIRAFAN PROGRAM PEMBANGUNAN FITS

MEMENANGI TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT

KEMENTRIAN PERTAHANAN.

KERATAN AKBAR SINAR HARIAN, KEMENANGAN TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT KEMENTRIAN PERTAHANAN ,PROGRAM

PEMBANGUNAN FTIS

Page 21: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

Lawatan dari AKS Kejuruteraan.

Lawatan dari Indian Airforce.

Lawatan dari BTMK.

Page 22: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

Lawatan tapak dari Team Inovasi (finalis).

6: lawatan ta

Lawatan tapak dari Team Inovasi (finalis).

Lawatan dari SUK Melaka dan PERZIM.

Page 23: 1. PENGENALAN Pada 1 June 2010, bersempena Hari Ulang ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/900-sistem-interaktif-pesawat-f-5e... · kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan

Lawatan dari Institut Perubatan Penerbangan (IPP).

Lawatan dari MRSM Gemencheh.

Lawatan dari Aviation Colleague.