1 pendidikan... · web viewkanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: jab. pendidikan khas...

16
1 KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS HASIL PEMBELAJARAN Pelajar dapat: 1. Menjelaskan konsep kanak-kanak berkeperluan khas 2. Menerangkan definisi dan konsep Pendidikan Khas. 3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia. Latihan 1.1 Apakah perbezaan antara ‘murid berkeperluan khas’ dengan ‘murid kurang upaya’ daripada segi konsep dan ciri? Pada pendapat anda mengapakah program pendidikan khas perlu diwujudkan di negara ini? Rumuskan definisi Pendidikan Khas. Apakah perbezaan dan persamaan antara program Pendidikan Khas dengan program pendidikan biasa? KEPELBAGAIAN ISTILAH BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kanak-kanak luar biasa (exceptional children) Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa. Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities) Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children) Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran. Kanak-kanak berisiko (at risk children)

Upload: phungmien

Post on 31-Mar-2018

266 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 Pendidikan... · Web viewKanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak

1

KULIAH 1PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat:1. Menjelaskan konsep kanak-kanak berkeperluan khas2. Menerangkan definisi dan konsep Pendidikan Khas.3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia.

Latihan 1.1• Apakah perbezaan antara ‘murid berkeperluan khas’ dengan ‘murid kurang upaya’

daripada segi konsep dan ciri? • Pada pendapat anda mengapakah program pendidikan khas perlu diwujudkan di

negara ini?• Rumuskan definisi Pendidikan Khas.• Apakah perbezaan dan persamaan antara program Pendidikan Khas dengan

program pendidikan biasa?

KEPELBAGAIAN ISTILAH BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak luar biasa (exceptional children)• Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka yang

mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities)• Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan

secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa.

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children)• Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau

kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran.

Kanak-kanak berisiko (at risk children)• Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang

besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.

Page 2: 1 Pendidikan... · Web viewKanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak

2

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS• Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama

golongan kanak-kanak khas, tetapi perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS • Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan

keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.

• Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.

• “Special education means specially designed instruction that meets the unusual needs of exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994)

• "...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau biasa."

(Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999)

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS:

" Pendidikan khas di Malaysai adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan peroduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”

OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS• Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan

keperluan khas• Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan

keperluan khas• Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan

keperluan khas• Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan

terkini

Page 3: 1 Pendidikan... · Web viewKanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak

3

• Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

CIRI-CIRI ‘KHAS’ PENDIDIKAN KHAS1. Guru-guru terlatih khas2. Pendekatan pelbagai disiplin3. Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme)4. Kurikulum yang khas5. Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka pendek.6. Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran7. Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang sesuai8. Kaedah pengajaran yang khas9. Kaunseling ibu bapa

KHIDMAT YANG DISEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (Maklumat Pendidikan Khas 2007)

• Cacat fizikal yang teruk• Rencatan akal sederhana dan teruk• Pelbagai kecacatan dan• Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-

sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah:

• Sindrom Down• Autisme ringan• Attention Deficit Hyperaktif Disorder• Terencat akal minimum• Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

KONSEP PROGRAM KHAS MENURUT AKTA PENDIDIKAN 1996Program Khas bererti:

1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.

2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan

3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa.

Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961• Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk

murid-murid yang kurang upaya.

Page 4: 1 Pendidikan... · Web viewKanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak

4

Latihan 1.2

• Siapakah yang layak mengikuti program pendidikan khas di sekolah penuh kerajaan?• Jelaskan konsep “least restricted environment”.• Beri penerangan ringkas tentang:

a. sekolah khas b. program pendidikan khas integrasi c. Pendidikan inklusif

SENARIO PENDIDIKAN KHAS

Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi:

• Kanak-kanak Down Syndrom• Kanak-kanak Autistik Ringan• Kanak-kanak kurang keupayaan mental• Kanak-kanak bermasalah emosi• Kanak-kanak bermasalah kesihatan• Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan

1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow learner).

Syarat Penyertaan Program Khas:

Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak yang boleh dididik adalah layak untuk mengikuti program khas, kecuali mereka yang: (a) cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa (b) mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan anggota yang terlalau serius, atau yang terencat akal yang berat (homes/hospital/bawah JKM). Jadi murid berkeperluan khas adalah mereka yang boleh dididik jika mereka mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada : pengamal perubatan, pegawai dari kementerian pendidikan dan pegawai dari JKM sebagai berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.

Page 5: 1 Pendidikan... · Web viewKanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak

5

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPM

• Dikendalikan oleh:i. J.P. Khas (JPK)ii. J.P. Negeri (JPN)

iii. J.P. Teknikal (JPT)• 3 jenis program:1. Sekolah Pendidikan Khas (SPK)2. Program Inklusif3. Program Pendidikan Khas Integrasi

STRUKTUR PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk:

• merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah,• merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi

(percantuman),• merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang

pendidikan yang seimbang, khidmat Bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas

• merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas,• menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas,• menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan • menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.

JABATAN PENDIDIKAN

NEGERI

JABATAN PENDIDIKAN

KHAS

JABATAN PENDIDIKAN

TEKNIKALPROGRAM PENDIDIKAN

KHAS INTEGRASI/

INKLUSIF

PROGRAM SEKOLAH

PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM PENDIDIKAN

KHAS INTEGRASI & VOKASIONAL

SEK. MEN. & REN. BIASA

SEK. MEN. & REN.

PENDIDIKAN KHAS

SM. TEKNIK &

POLITEKNIKMASALAH PENGLIHATANMASALAH

PENDENGARANMASALAH PEMBELAJARANPROGRAM

PUMULIHAN KHAS

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS

Page 6: 1 Pendidikan... · Web viewKanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak

6

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Program pendidikan khas bererti (AKTA PENDIDIKAN 1996)1. Satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai

kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.2. Satu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai

kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan

3. Satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa.

JENIS PROGRAM PENDIDIKANKHAS:

(1) SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK) • Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK)• Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid bermasalah

pendengaran dan penglihatan (rendah dan menengah).

(a) Prasekolah • Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

- berumur tidak kurang dari lima (5) tahun- disahkan oleh pengamal perubatan- boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Page 7: 1 Pendidikan... · Web viewKanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak

7

(b) Pendidikan Rendah• Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian Pendidikan

Malaysia ialah: berumur 6+ hingga 14+ tahun Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun

maksimum) disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan

orang lain. Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran)

mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Mereka akan menduduki UPSR semasa Tahun Enam.Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM50 sebulan (bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU).

Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif

(c) Pendidikan Menengah• Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan

Malaysia ialah: berumur 13+ hingga 19+ tahun Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun

maksimum) disahkan oleh pengamal perubatan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional. Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti pendidikan

menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi atau di Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK Persekutuan Pulau Pinang atau SMPK Setapak)

Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) spt murid di arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti Program Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.

Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya mengambil STPM bagi yang layak.

Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas Integrasi.

Page 8: 1 Pendidikan... · Web viewKanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak

8

BILANGAN SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS MENGIKUT KATEGORI KETIDAKUPAYAAN DI BAGI TAHUN 2010

Kategori Prasekolah & Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah

Masalah Penglihatan + 28 (+ 1 kelas BP) 4 (+23 kelas BP) 32 Masalah Pendengaran

Nota: BP-Bermasalah Pembelajaran;Sekolah Menengah: SMPK Setapak, SMPK Persekutuan, SMPVK Shah Alam (ada 8 kelas

BP), & SMPVK Indahpura (ada 15 kelas BP)Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

JUMLAH KELAS MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS MENGIKUT KATEGORI KETIDAKUPAYAAN DI SEKOLAH KHAS BAGI TAHUN 2010

Kategori Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah

Masalah Penglihatan 5 49 22 76Masalah Pendengaran 22 263 51 336 Masalah Pembelajaran 1 17 23 41Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

(d) Pendidikan Pasca Menengah Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah

pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-kursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen.

Politeknik yang terlibat ialah: Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Politeknik Johor Bharu Politeknik Shah Alam

Kursus yang ditawarkan ialah: Penyelenggaraan mekanikal Awam Pembinaan Rekaan dan Fesyen dan Pakaian Hotel dan Ketering Rekabentuk grafik

Page 9: 1 Pendidikan... · Web viewKanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak

9

(2) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)• Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan. • Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap

yang minimum (LRE).• Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat

bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.• Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah

teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Page 10: 1 Pendidikan... · Web viewKanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak

10

Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi

PERKEMBANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MENGIKUT KATEGORI KETIDAKUPAYAAN TAHUN 2010

Kategori Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah

Masalah Penglihatan - 27 25 52Masalah Pendengaran - 66 50 116 Masalah Pembelajaran 144 1,089 532 1,785Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

PERKEMBANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MENGIKUTI BILANGAN MURID KETIDAKUPAYAAN TAHUN 2010

BIL MURID Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah

Masalah Penglihatan - 169 292 461Masalah Pendengaran - 531 859 116 Masalah Pembelajaran 665 25,038 15,331 41,034Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL

Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, manakala JPK bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

Murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran vokasional atau elektif mata pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah menengah teknik.

(a) Pendidikan Teknik dan Vokasional di SPK Tahun 2010 1. SMPK Persekutuan Pulau Pinang (bermasalah pendengaran)

2. SMPKV Shah Alam (bermasalah pendengaran & bermasalah pembelajaran)3. SMPKV Indah pura, Kulai, Johor (bermasalah penglihatan, bermasalah

pendengaran & bermasalah pembelajaran 4. SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu (bermasalah pendengaran) 5. SMK Dato’ Patinggi Haji Abdul Gapor, Kuching, Sarawak (bermasalah pendengaran)

6. SMK Tunku Ampuan Durrah, N. Sembilan (bermasalah pendengaran)

(b) Pendidikan Khas Integrasi Teknik dan Vokasional - Untuk murid PK bermasalah pendengaran - Sekolah-Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tahun 2010: 1. SMT Jalan Stadium 2. SMV Kerian, Perak 3. SMV Batu Pahat, Johor 4. SM Teknik Tanah Merah, Kelantan 5. SMT Keningau, Sabah

Page 11: 1 Pendidikan... · Web viewKanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak

11

PENTAKSIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan menduduki

peperiksaan awam spt UPSR, PMR, SPM, dan STPM (pasca menengah) Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif:

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan boleh ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia. Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas: akan mengikuti penilaian berasaskan sekolah dan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

(3) PROGRAM INKLUSIF (PI) Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid

berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: “…satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.

Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.”

• Ditadbir oleh JPN• Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh

guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.• Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan

seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996)

• Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu.

• Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh.

• Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.

• Terdapat 2 jenis PI: Inklusif Penuh Inklusif Separa/Separuh Inklusif

• Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6 Rendah di SM. Methodist (L), KL.

• 1994- Pembukaan kelas PI secara projek perintis di 14 buah sekolah di seluruh negara (pemilihan pelajar adalah melalui program percantuman/sekolah khas, 2 atau 3 orang dalam 1 sekolah).

• 1998- 53 buah sekolah rendah; 10 buah sekolah menengah • 1999- Jab. Teknikal melaksanakan Inklusif penuh untuk pelajar Masalah

Pendengaran (24 orang di 11 S.M. Teknik/ Vokasional).

Page 12: 1 Pendidikan... · Web viewKanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak

12

• 2000- diubahsuai kepada separa inklusif, program diluaskan kepada murid Masalah Pembelajaran di S.M. Teknik/vokasional.

• 3 buah Politeknik melaksanakan Inklusif bagi pelajar Masalah Pembelajaran pada Jun 2000.

(4) PROGRAM PEMULIHAN KHAS• Merupakan program yanG disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi

masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M). Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini berada di hampir semua sekolah rendah. Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M 1 (murid Tahun 1), IPP3M2 (murid Tahun 2), dan IPP3M 3 (murid Tahun 3). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (withdrawal)

(5) PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA KPM mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia sebagai

murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis.

Syarat kemasukan ke program ini:- murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1

sekurang-kurangnya 6 bulan,- murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah

atau pemulihan khas,- keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)

menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan.

Program rintis disleksia dilaksanakan pada tahun 2004:- 2 buah sekolah di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3

buah)- sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan- jumlah: 31 buah

Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan Khas Integrasi melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau pengasingan

Page 13: 1 Pendidikan... · Web viewKanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak

13

RUJUKAN

Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan khas Dan pemulihan : bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Data Pendidikan Khas 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia

Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children (7th ed.). Boston: Allyn and Bacon.