1 pendidikan bahasa melayu

Click here to load reader

Upload: jasmineteong

Post on 08-Apr-2016

237 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Pendidikan Bahasa Melayu

Dr. Azhar Bin Md. [email protected] January 20151Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Penilaian Kerja kursus : 70%

Peperiksaan Akhir : 30%

31 January 2015edu 33092

A. Kerja kursus (70%)

Esei pendek : 5 %Ujian 1 objektif : 20%Tugasan Kumpulan: 40%Kesungguhan: 5 %

31 January 20153

Tugasan Kumpulan: 40%

Membina bahan multimedia interaktif pengajaran Bahasa Melayu Kandungan:modul pengajaran bahasa MelayuPengajaran tiga kemahiran bahasa Lisan (mendengar dan bertutur) Bacaan Tulisan31 January 20154

Elemen MultimediaTeksGrafikAudioAnimasiVisualTentukan aktiviti kemahiran bahasa dengan berdasarkan elemen multimedia31 January 2015edu 33095

Satu kumpulan : 4 -6 orang

Setiap orang bangunkan bahan pengajaran mengikut kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, bacaan, tulisan)

Ciri-ciri bahan :Mengandungi aktiviti, latihan, dan penilaianKandungan : berdasarkan sukatan KSSRInteraktif (hypermedia) - pautan

Serahan : pada/sebelum 20.4.2015 (Isnin)

31 January 20156

PengenalanMenurut Laudon dan Laudon (1996), teknologi maklumat merupakan gabungan teknologi komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan teks, bunyi, video, dan animasi disalurkan melalui talian31 January 20157

Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya (Norizan Abdul Razak, 1997). 31 January 20158

Profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari.

Keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran itu masih banyak bergantung pada faktor manusia, iaitu guru yang membuat perancangan.

Teknologi hanyalah sebagai faktor pemangkin ke arah mempercepat proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.31 January 20159

Keperluan guru BM kini31 January 201510Ilmu bahasaPedagogiPsikologi dan sosiologi pendidikanICTKomitmen dan profesionalisme

(Clark, 1983,1994; Morrison, 1994; Ross & Morrison, 1989) menunjukkan bahawa teknologi atau media tidak memberi kesan kepada pembelajaran.Benarkah?

31 January 201511

31 January 201512Yang lebih penting adalah strategi pengajaran spesifik yang direka bentuk dan diimplementasikan oleh guru atau pereka bentuk pengajaran yang menentukan keberkesanan pembelajaran.

31 January 201513Teknologi komputer membuka pelbagai peluang kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan kebanyakan sekolah gagal melaksanakan dengan sempurna dalam kurikulum (US Office of Technology Assessment, 1995).

Kebanyakan pendidik dan pengurus pendidikan gagal memahami keperluan melibatkan pelajar dengan pengalaman pembelajaran yang menyediakan mereka memasuki masyarakat yang semakin bergantung pada komputer.

31 January 201514

Faktor penentu kejayaan penggunaan komputer dalam pengajaran31 January 201515Faktor pertama adalah sekolah membeli fasiliti komputer tanpa memberi peruntukan kewangan kepada keperluan:

baik pulih , upgrade, dan latihan

Perubahan mendadak dalam teknologi menyebabkan sekolah tersadai dengan komputer yang ketinggalan teknologi (obsolete).

Ada pula yang mempunyai peralatan yang rosak atau tidak dapat dipakai.

31 January 201516

31 January 201517Faktor kedua adalah sikap guru terhadap aplikasi komputer dalam bilik darjah. Ross(1991) melaporkan sikap guru terhadap komputer daripada penerimaan sepenuh kepada ketakutan. Ada yang menerima komputer sebagai :alat pengajaran yang berkesan, dan ada yang menjarakkan diri dan enggan mencuba peluang yang ada.

31 January 201518Pelbagai alasan disarankan seperti:aktiviti komputer mengambil masa berharga yang sepatutnya digunakan untuk pengajaran (Evans-Andris, 1995) atau lebih sesuai digunakan untuk pengajaran tradisi. Ramai yang berpegang kepada penggunaan komputer untuk mengulang kaji pengetahuan atau sebagai permainan untuk menarik minat pelajar.

31 January 201519Guru enggan menukar gaya pengajaran mereka kepada suatu yang dapat mengintegrasikan komputer dalam bilik darjah (Ellis, 1992).

National Assessment of Educational Progress (1990) dalam kajian ke atas pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mengenai komputer mendapati sebilangan besar pelajar tidak pernah menggunakan komputer di bilik darjah.

Faedah(a) Pelajar dapat belajar/memilih maklumat dengan cara sendiri. Web serasi dengan cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar kita pada hari ini. Pelajar dapat belajar berdikari31 January 201520

(b) Menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat, untuk rujukan pantas.

(c) Membolehkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif.Pelbagai kemudahan yang berasaskan teknologi (penyebaran, penambahan dan pengeditan kandungan/maklumat kursus).Bahan yang diterbitkan dan disampaikan kepada pelajar dengan teknologi mutakhir ini boleh dalam bentuk bertulis, foto, dalam bentuk audio/video ataupun secara langsung.31 January 201521

(d) Menggalakkan minat pelajar terhadap komputer.Jurang digital dan fobia komputer dapat dikurangkan.Pelajar dapat membiasakan diri dengan pemikiran yang terbuka tanpa tekanan.

(e) Menjimatkan pengagihan tenaga guru.Teknologi dapat menggantikan keperluan penempatan guru bahasa di setiap kawasan.

31 January 201522

(f) Menyediakan kesempatan belajar yang baik untuk golongan masyarakat yang sibuk.Golongan profesional dapat memanfaatkan waktu-waktu terluang (waktu rehat/ makan tengah hari ataupun waktu malam) untuk mencapai dan melayari internet dan meneruskan pembelajaran tanpa perlu bergegas ke kampus, terutamanya apabila kampus terletak jauh dari tempat kerja/tinggal.

(g) Membolehkan proses pembelajaran yang lebih teratur dan lebih lentur. Tiada had waktu belajar seperti dalam bilik darjah nyata (30-40 minit sehari untuk satu mata kuliah) proses pembelajaran boleh dilanjutkan sehingga selesai atau pun boleh dihentikan untuk disambung semula pada kesempatan yang lain.31 January 201523

(h) Meningkatkan kemahiran berfikir.Dalam banyak kajian, komputer telah didapati berkesan dalam pengajaran bahasa kerana kaedah ini menggalakkan pelajar untuk berfikir dan menjadi lebih inkuisitif dan peka terhadap aspek-aspek bahasa dan budaya yang dipelajari.

(i) Menjimatkan kos percetakan dan penghantaran.Kos untuk mencetak buku dan bahan ajar serta enghantarkan bahan-bahan tersebut ke setiap pusat/institusi pendidikan dapat dijimatkan dengan adanya kemudahan pengaliran bahan dan maklumat melalui teknologi internet.31 January 201524

Halangan

guru kekurangan masa untuk membentuk pelajaran yang melibatkan penggunaan komputer, tidak cukup masa dalam jadual waktu, kekurangan sokongan kewangan, tidak cukup perkakasan, tidak cukup fasilitator untuk menyelia pelajar, guru kurang minat, dan kekurangan strategi pengajaran untuk melibatkan komputer dalam aktiviti pembelajaran.

31 January 201525

KesimpulanPerkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan31 January 2015LHE 310726

Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu.

Usaha ini harus dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara.31 January 2015LHE 310727

Tugasan 1Apakah peranan teknologi dalam pengajaran? 31 January 201528Apakah benar bahawa teknologi masa kini akan merevolusikan cara guru mengajar, cara murid belajar dan cara pendidikan dikendalikan?Beri pendapat anda.

Penilaian : 5 markah

Sila hantar jawapan anda ke e-mel saya pada/sebelum 10.2.2015 [email protected]

31 January 2015edu 330929