1. pendahuluan / pengenalan i. tajuk projek : mesin...

8
1. PENDAHULUAN / PENGENALAN i. Tajuk Projek : Mesin Mengutip Dan Mengetuk Kelongsong Peluru Di Lapang Sasar @ Cartridge Collector & Scraper (CCS) ii. Ringkasan Eksekutif : Pasukan Polis telah ditubuhkan pada tahun 1807. Sejak dari itu, sehingga kini iaitu selama lebih kurang 205 tahun, cara mengutip dan mengetuk kelongsong peluru selepas sesuatu latihan menembak di lapang sasar menggunakan tenaga manusia iaitu penembak-penembak akan mengutip dan mengetuk sendiri kelongsong peluru tersebut selepas sesuatu sesi latihan menembak. Penggunaan tenaga manusia yang ramai untuk mengutip dan mengetuk kelongsong peluru di lapang sasar juga diamalkan oleh jabatan-jabatan kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penjara, Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Awam dan lain-lain jabatan kerajaan yang menjalani latihan tembak termasuk orang awam yang memiliki lesen senjata api. Cartridge Collector & Scraper (CCS) adalah sebuah mesin baru ciptaan Kumpulan KIK, F Transform, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor. CCS bertujuan untuk mempercepat dan menjimatkan masa mengutip dan mengetuk kelongsong peluru serta mengurangkan penggunaan tenaga kerja manusia. Mesin ini dicipta bagi memenuhi kehendak dan keperluan di semua lapang sasar PDRM, tentera, lain-lain jabatan kerajaan dan lapang sasar awam. CCS terdiri daripada 13 komponen utama iaitu :- a) ENJIN Dijana menggunakan minyak petrol 6.5 hos power

Upload: vuonglien

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. PENDAHULUAN / PENGENALAN i. Tajuk Projek : Mesin ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/852-cartridge-collector.pdf · peluru selepas sesuatu latihan menembak di lapang sasar

1. PENDAHULUAN / PENGENALAN

i. Tajuk Projek : Mesin Mengutip Dan Mengetuk Kelongsong Peluru Di

Lapang Sasar @ Cartridge Collector & Scraper (CCS)

ii. Ringkasan Eksekutif :

Pasukan Polis telah ditubuhkan pada tahun 1807. Sejak dari itu, sehingga

kini iaitu selama lebih kurang 205 tahun, cara mengutip dan mengetuk kelongsong

peluru selepas sesuatu latihan menembak di lapang sasar menggunakan tenaga

manusia iaitu penembak-penembak akan mengutip dan mengetuk sendiri

kelongsong peluru tersebut selepas sesuatu sesi latihan menembak.

Penggunaan tenaga manusia yang ramai untuk mengutip dan mengetuk

kelongsong peluru di lapang sasar juga diamalkan oleh jabatan-jabatan kerajaan

seperti Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penjara, Jabatan Kastam, Jabatan

Pengangkutan Awam dan lain-lain jabatan kerajaan yang menjalani latihan tembak

termasuk orang awam yang memiliki lesen senjata api.

Cartridge Collector & Scraper (CCS) adalah sebuah mesin baru ciptaan

Kumpulan KIK, F Transform, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor.

CCS bertujuan untuk mempercepat dan menjimatkan masa mengutip dan

mengetuk kelongsong peluru serta mengurangkan penggunaan tenaga kerja

manusia.

Mesin ini dicipta bagi memenuhi kehendak dan keperluan di semua lapang

sasar PDRM, tentera, lain-lain jabatan kerajaan dan lapang sasar awam. CCS terdiri

daripada 13 komponen utama iaitu :-

a) ENJIN

Dijana menggunakan minyak petrol 6.5 hos power

Page 2: 1. PENDAHULUAN / PENGENALAN i. Tajuk Projek : Mesin ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/852-cartridge-collector.pdf · peluru selepas sesuatu latihan menembak di lapang sasar

Kelajuan: 3,600 rpm Fungsi: menyalurkan tenaga melalui pulley yang disambungkan kepada Shaft Collector dan Roller Scraper.

b) PULLEY

Saiz : A = Diameter 4½"

: B = Diameter 3"

: C = Diameter 3½"

Fungsi: Untuk mengerakkan pulley roller collector dan pulley

gearbox yang disambungkan menggunakan belting.

c) SHAFT COLLECTOR

Saiz : 20“ panjang , 7 ½ “ diameter Fungsi : Memusingkan Spring yang dipasang pada Shaft

Collector

Page 3: 1. PENDAHULUAN / PENGENALAN i. Tajuk Projek : Mesin ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/852-cartridge-collector.pdf · peluru selepas sesuatu latihan menembak di lapang sasar

d) SHAFT COLLECTOR PLATE

Saiz :Panjang 20mm

Fungsi :Dipasang bersama Shaft Collector

e) NET PLATE

Saiz : A = 180mm, : B = 330mm, : C = 480mm

Fungsi :Mengasingkan kelongsong peluru daripada bendasing seperti batu dan pasir.

f) SPRING KOIL

Saiz: Panjang 2 ½" Dipasang pada Shaft Collector Plate Fungsi : Untuk mengaut kelongsong peluru masuk dalam mesin Sebanyak 102 spring yang digunakan untuk mesin ini. Spesifikasi :-

i) Tahan hakis - Mempunyai keanjalan dan tidak mudah rosak

ii) Struktur - Diperbuat daripada carbon steel iaitu memiliki struktur besi yang padu serta tahan lasak dan berkualiti

iii) Harga yang murah

Page 4: 1. PENDAHULUAN / PENGENALAN i. Tajuk Projek : Mesin ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/852-cartridge-collector.pdf · peluru selepas sesuatu latihan menembak di lapang sasar

- Spring yang digunakan melibatkan kos yang minimum dan mudah didapati di pasaran

g) MUD GUARD

Saiz : Lebar 70mm : Panjang 480mm Fungsi: Sebagai penahan untuk menghalang kelongsong peluru

yang dikaut oleh roller collector keluar daripada mesin.

h) BELTING

Saiz :A = Ukur lilit 34" Lebar 8mm :B = Ukur lilit 38" Lebar 8mm

Fungsi : bertindak sebagai penyambung untuk mengerakkan pulley

Page 5: 1. PENDAHULUAN / PENGENALAN i. Tajuk Projek : Mesin ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/852-cartridge-collector.pdf · peluru selepas sesuatu latihan menembak di lapang sasar

i) GEAR BOX

Fungsi : memberikan kuasa tambahan dan tekanan kepada roller scraper serta mempunyai daya tahan bebanan.

j) ROLLER SCRAPER

Saiz : Panjang 184mm : Diameter 60mm Fungsi: Memusnahkan atau mengemekkan bentuk asal sisa peluru

yang dihantar kepadanya melalui vibrator plate.

k) BOX COMPARTMENT

Saiz : Panjang 280mm : Lebar 150mm : Tinggi 80mm

Page 6: 1. PENDAHULUAN / PENGENALAN i. Tajuk Projek : Mesin ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/852-cartridge-collector.pdf · peluru selepas sesuatu latihan menembak di lapang sasar

Fungsi: Sebagai bakul simpanan kelongsong peluru yang telah dirosakkan.

l) TAYAR

Saiz : A = Depan Diameter 170mm : B = Belakang Diameter 200mm

Fungsi : Mengerakkan mesin serta boleh dilaraskan mengikut keadaan permukaan muka bumi

2. LATAR BELAKANG PROJEK :

i. Tarikh Projek Dimulakan : 01 November 2011

ii. Tarikh Projek Dipersembahkan kepada

Pengurusan

: 09 Mac 2012

iii. Tempoh Pelaksanaan Projek : 01 November 2011 – 30 April 2012

iv. Punca-punca masalah utama :

a) Jangka masa terhad setelah latihan tembak anggota perlu melakukan kerja

hakiki mereka;

b) Proses mengutip dan mengetuk memerlukan anggota yang ramai;

c) Jika kelongsong peluru tidak diketuk, akan disalahgunakan oleh orang lain yang

tidak bertanggungjawab sama ada dijual atau digunakan semula;

Page 7: 1. PENDAHULUAN / PENGENALAN i. Tajuk Projek : Mesin ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/852-cartridge-collector.pdf · peluru selepas sesuatu latihan menembak di lapang sasar

d) Cara mengutip dan mengetuk kelongsong peluru secara manual yang telah

diamalkan sejak sekian lama;

e) Cara mengutip dan mengetuk kelongsong peluru secara manual yang telah

diamalkan sejak sekian lama;

f) Peralatan yang digunakan seperti batu, besi, tukul, benda keras yang boleh

mendatangkan kecederaan; dan

g) Boleh mendatangkan kecederaan kerana lantunan kelongsong yang diketuk

dan terketuk jari.

v. Cadangan Penyelesaian :

Mencipta mesin mengutip dan mengemek kelongsong peluru. Mesin ini

dicipta bertujuan untuk mengetuk kelongsong peluru bagi mengelakkan daripada

sesiapa yang mempunyai kemahiran mengenai teknikal, supaya tidak

menyalahgunakan kelongsong peluru yang telah digunakan.

Di samping itu,ia dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia,kos

operasi dan menjimatkan masa. Projek ini menunjukkan peningkatan hasil kerja.

Sehubungan itu,ia dapat menjamin keselamatan kepada semua pihak yang

menggunakan lapang sasar. Selain itu, melalui projek ini juga dapat melambangkan

imej pasukan yang tinggi,berinovatif dan mengikut perkembangan teknologi terkini

dalam dunia global secara amnya.

3. PENCAPAIAN HASIL PROJEK :

i. Meningkatkan mutu kerja ke arah cara kerja yang lebih berteknologi mengikut

peredaran masa kini.

ii. Boleh digunakan oleh Agensi Keselamatan lain seperti : Jabatan Imigresen,

Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penjara dan lain-lain.

4. FAEDAH PROJEK :

i. Pengurusan Kos Operasi

a) Menjimatkan masa mengutip dan mengetuk kelongsong peluru,sekaligus kos

operasi dapat dikurangkan dari segi pembayaran gaji pekerja.

ii. Penjimatan tenaga manusia

a) Menjimatkan tenaga manusia dalam proses mengutip dan mengetuk kelongsong

peluru selepas selesai latihan menembak.

iii. Perkiraan penjimatan masa

a) Mesin CCS ini menjimatkan masa mengutip dan mengetuk kelongsong peluru

iv. Peningkatan hasil kerja

a) Mewujudkan sistem kerja/prosedur kerja yang baru dan teratur.

Page 8: 1. PENDAHULUAN / PENGENALAN i. Tajuk Projek : Mesin ...habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/852-cartridge-collector.pdf · peluru selepas sesuatu latihan menembak di lapang sasar

b) Kualiti mutu kerja lebih baik.

c) Mengikut peredaran zaman teknologi masa kini.

v. Kemudahan dan keselamatan.

a) Meringankan tugas peserta menembak di lapang sasar.

b) Mengurangkan kemalangan semasa di lapang sasar.

4. TINDAKAN PENYERAGAMAN :

i. Surat sokongan dan penyeragaman daripada Ketua Polis Selangor bertarikh

18 Jun 2012

ii. Surat Penghargaan daripada Jabatan Logistik (Persenjataan), Bukit Aman bertarikh

21 Jun 2012

iii. Surat Penghargaan daripada PULAPOL Kuala Lumpur bertarikh 19 Jun 2012

iv. Surat Penghargaan daripada Persatuan Menembak Selangor bertarikh 05 Jun 2012

v. Surat sokongan daripada SIRIM Malaysia bertarikh 18 Jun 2012

5. KESIMPULAN:

Mengutip dan mengetuk kelongsong peluru tersebut perlu dilaksanakan bagi

tujuan keselamatan kerana dikhuatiri kelongsong tersebut disalahgunakan oleh

pihak yang tidak bertanggungjawab. Mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara

(PTKPN) Bahagian C115 Bil 1 menyatakan kelongsong peluru perlu dimusnahkan

dengan merubah bentuk asalnya.

Bersesuaian dengan perubahan masa kini iaitu penggunaan teknologi, maka

kumpulan F Transform telah mencipta sendiri sebuah mesin untuk mengutip dan

mengetuk kelongsong peluru di lapang sasar,selepas sesuatu latihan menembak.

Cetusan idea kumpulan ini telah direalisasikan melalui perbincangan di

antara ahli-ahli kumpulan. Terdapat ahli kumpulan yang memiliki kelulusan

kejuruteraan dan melaluinya satu reka bentuk mekanisme mengutip dan mengetuk

kelongsong peluru dicipta. Hasilnya terciptalah sebuah mesin mengutip dan

mengetuk kelongsong peluru cetusan idea ahli-ahli kumpulan F Transform dari Ibu

Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Mesin CCS adalah satu-satunya ciptaan asli kumpulan ini dan belum pernah

ada mesin sebegini dihasilkan oleh mana-mana pihak.