1 design process system

8
ETE702 KAWALAN MOTOR 2 ajmt67 1 1. REKABENTUK SISTEM PROSES (DESIGN PROCESS SYSTEM) 1.1 Jujukan Proses Takrifan: Pelaksanaan proses-proses secara berturut-turut atau serentak dalam sesebuah sistem automasi menggunakan pengawal stesen kerja. Dilakukan oleh pengawal sel kerja. 1.1.1 Fungsi Pengawal sel kerja: 1. Pengawal jujukan aktiviti dalam sel kerja. 2. Pengawal aktiviti yang dijalankan serentak. 3. Pembuat keputusan samada untuk meneruskan atau tidak kitaran berdasarkan pada peristiwa yang berlaku dalam sel kerja. 4. Pembuat keputusan samada memberhentikan atau melengahkan kitaran kerja berdasarkan pada peristiwa yang berlaku. 5. Memastikan berbagai kitaran bermula pada masa yang tertentu. 6. Berhubung dengan pelbagai peralatan dalam sel kerja. 1.1.2 Tujuan Pengawalan: 1. Mengawal kelancaran pelaksanaan proses-proses supaya tidak berlaku percanggahan (conflict) atau pelagaan (overlapping) dalam pelaksanaan proses-proses tersebut. 2. Mempastikan keselamatan pengendali proses. 1.1.3 Mod Kawalan Jujukan: 1. Satu persatu 2. Serentak Contoh Mod Kawalan Jujukan Satu Persatu: Rajah 1.1: Bahagian Pembungkusan HASIL SAMPAI BERGERAK KE BEKAS KOTAK DITUTUP BERGERAK ATAS CONVEYOR TUNGGU UNIT SETERUSNYA

Upload: ahmad-jamil-tahir

Post on 17-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ETE702

TRANSCRIPT

  • ETE702 KAWALAN MOTOR 2

    ajmt67 1

    1. REKABENTUK SISTEM PROSES (DESIGN PROCESS SYSTEM) 1.1 Jujukan Proses Takrifan: Pelaksanaan proses-proses secara berturut-turut atau serentak dalam sesebuah sistem automasi menggunakan pengawal stesen kerja. Dilakukan oleh pengawal sel kerja. 1.1.1 Fungsi Pengawal sel kerja:

    1. Pengawal jujukan aktiviti dalam sel kerja. 2. Pengawal aktiviti yang dijalankan serentak. 3. Pembuat keputusan samada untuk meneruskan atau tidak kitaran berdasarkan pada

    peristiwa yang berlaku dalam sel kerja. 4. Pembuat keputusan samada memberhentikan atau melengahkan kitaran kerja berdasarkan

    pada peristiwa yang berlaku. 5. Memastikan berbagai kitaran bermula pada masa yang tertentu. 6. Berhubung dengan pelbagai peralatan dalam sel kerja.

    1.1.2 Tujuan Pengawalan:

    1. Mengawal kelancaran pelaksanaan proses-proses supaya tidak berlaku percanggahan (conflict) atau pelagaan (overlapping) dalam pelaksanaan proses-proses tersebut.

    2. Mempastikan keselamatan pengendali proses. 1.1.3 Mod Kawalan Jujukan:

    1. Satu persatu 2. Serentak

    Contoh Mod Kawalan Jujukan Satu Persatu:

    Rajah 1.1: Bahagian Pembungkusan

    HASIL SAMPAI

    BERGERAK KE BEKAS

    KOTAK DITUTUP

    BERGERAK ATAS

    CONVEYOR

    TUNGGU UNIT

    SETERUSNYA

  • ETE702 KAWALAN MOTOR 2

    ajmt67 2

    Contoh Mod Kawalan Jujukan Serentak:

    Rajah 1.2: Pemasangan Komponen

    1.2 Penggunaan Robot Dalam Sistem Kawalan Jujukan Tiga Kaedah Susunatur Robot Dalam Kawalan Jujukan:

    1. Tengah 2. Dalam garisan 3. Atas landasan

    1. Susunatur Robot di Tengah

    Rajah 1.3: Susunatur Robot di Tengah

    MESIN 1

    ROBOT

    MESIN 2

    MESIN 3 MESIN 4

    MESIN 5

    MESIN 6

    PEMPROSESAN KOMPONEN A

    PEMPROSESAN KOMPONEN B

    PEMPROSESAN KOMPONEN C

    PEMPROSESAN KOMPONEN A & B

    PEMPROSESAN C KE HASIL A & B

  • ETE702 KAWALAN MOTOR 2

    ajmt67 3

    2. Susunatur Robot dalam Garis

    Rajah 1.4: Susunatur Robot dalam Garis

    3. Susunatur Robot Atas Landasan

    Rajah 1.5: Susunatur Robot Atas Landasan

    Contoh Penggunaan susunatur robot dalam penghasilan kawalan jujukan

    Rajah 1.6: Susunatur sel kerja pusat pemesinan CNC dengan robot di tengah

    MESIN 2

    ROBOT

    TITIK PUNGGAH

    TITIK ANGKUT

    MESIN 1

    ROBOT

    MESIN 2 MESIN 1

    LANDASAN

    ROBOT3 ROBOT5 ROBOT4 ROBOT1 ROBOT2

    CONVEYOR

  • ETE702 KAWALAN MOTOR 2

    ajmt67 4

    Aktiviti Jujukan 1. Robot mengangkut bahan mentah dari palet di titik angkut dan menghantar komponen

    tersebut ke mesin 1(MESIN 1 dan MESIN 2 melahu (idle). 2. Robot memunggah komponen ke dalam lekapan (jig) pada pusat pemesinan 1 (MESIN 1

    dan MESIN 2 melahu). 3. Pusat pemesinan 1 memulakan kitaran mesin automatik (robot dan MESIN 2 melahu). 4. Kitaran automatik mesin 1 berhenti. Robot memunggah keluar komponen dari mesin dan

    meletakkannya ke lekapan mesin 2 (MESIN 1 dan MESIN 2 melahu). 5. Mesin 2 memulakan kitarannya (MESIN 1 dan robot melahu). 6. Kitaran mesin 2 dihentikan dan robot memunggah komponen dan meletakkannya ke atas

    palet di titik punggah (MESIN 1 dan MESIN 2 melahu). 7. Robot kembali semula ke titik angkut untuk pemprosesan komponen berikutnya. (MESIN

    1 dan MESIN 2 melahu). Tips Penting:

    Pengawal bertugas bertanggungjawab menentukan segala aktiviti dalam jujukan berlaku dengan betul.

    Setiap langkah dalam jujukan mesti diselesaikan sebelum aktiviti yang berikutnya bermula.

    Contoh 2 Jujukan Serentak Kendalian/pengawal sel kerja akan menentukan supaya mesin memproses bahan DAN pada masa yang sama robot bergerak untuk melakukan aktivitinya. Kebaikan: Masa kitaran pembuatan dapat dikurangkan. Kelemahan: Menjadikan program pengawalan lebih kompleks.

    Rajah 1.7: Kedudukan pengawal dalam sel kerja robot

    ROBOT

    CONVEYOR LINE

    MESIN 2 MESIN 3 MESIN 1

    PENGAWAL SEL KERJA

  • ETE702 KAWALAN MOTOR 2

    ajmt67 5

    Fungsi-fungsi Tambahan Pengawal Sel kerja (khusus untuk sel kerja yg canggih) 1. Kerja-kerja pengiraan. 2. Pengurusan dengan peristiwa tertentu umpamanya kerosakan peralatan. 3. Pelaksanaan kitaran tidak tentu umpamanya pertukaran mata pada masa-masa tertentu.

    1.3 Sistem Kawalan Sistem kawalan biasanya terdiri daripada sebuah komputer atau mikropemproses, di mana program kawalan ini mengendalikan data dari sensor dan menghantar isyarat ke peranti output dan kotak antara muka menukar isyarat antara sensor dan pemproses. Sistem kawalan adalah satu set alat-alat untuk mengurus, perintah, arah atau mengawal selia perjalanan sistem. Dalam kebanyakan sistem akan ada masukan input) dan keluaran (output).

    Rajah 1.8: Isyarat dari keluaran, melalui sistem dan menghasilkan output.

    Contoh: Sistem Kawalan Manusia (Proses memaku)

    Rajah1.9: Sistem Kawalan Manusia

    1.3.1 Peranti Masukan Definisi: Perkakasan peranti yang membolehkan maklumat dimasukkan ke dalam komputer. Terdapat 2 kategori peranti masukan iaitu:

    1. Peranti Masukan Manual memasukan data menggunakan tangan. 2. Peranti Masukan Automatik memasukan data menggunakan mesin atau komputer.

    OUPUT

    MAKLUMBALAS

    INPUT Melihat artikel

    ELEMEN DERIA OTAK

    MATA LENGAN KUASA

    PENGGERAK KEDUDUKAN TANGAN

    INPUT OUPUT SISTEM

  • ETE702 KAWALAN MOTOR 2

    ajmt67 6

    Contoh peranti masukan Manual

    Rajah 1.10: Peranti Masukan Manual

    Contoh Peranti Masukan Automatik

    Rajah 1.11: Peranti Masukan Automatik

    Thumb print reader Optical Mark Recognition (OMR) Optical Character Recognition (OCR)

    Magnetic Stripe Reader Chip and Pin Reader Barcode Reader Magnetic Ink Character

    Recognition

    Light Pen

    Touch Screen

    Graphic Table

    Webcam

    Digital Camera Numeric Keypad

    Mouse

    Keyboard

    Remote Control Laptop Microphone

    Scanner

  • ETE702 KAWALAN MOTOR 2

    ajmt67 7

    1.3.2 Peranti Keluaran Definisi: Peranti perkakasan yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada komputer Contoh Peranti Keluaran

    Rajah 1.12: Peranti Keluaran

    1.3.3 Sensor Definisi: Peranti yang dapat mengesan perubahan seperti perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dan sebagainya. Gambaran Keseluruhan sensor Digunakan untuk mengesan maklumat di persekitaran yang sentiasa berubah Contoh: Jangkasuhu mengukur haba dalam bilik. Cahaya mengawal lampu jalan. Pressure mengawal tekanan air/cecair atau angin/gas Maklumat ini adalah adalah dalam bentuk fizikal dan analog pada titik ia dikesan. Komputer tidak memahami data analog, oleh itu ia ditukar kepada digital menggunakan penukar analog ke digital (ADC).

    CRT Monitor TFT Monitor Pencetak Laser (Laser Printer)

    Pencetak dakwat (Inkjet Printer)

    Pencetak Titik Matriks (Dot Matrix Printer)

    Pencetak Plot (Plotter)

    Projektor LCD Projector Pembesar Suara

    (Speaker)

  • ETE702 KAWALAN MOTOR 2

    ajmt67 8

    Contoh Sensor

    Rajah 1.13: Sensor

    Temperature Sensor Sound Sensor Pressure Sensor

    pH Sensor Light Sensor