04 - connecting repositories · 2018. 4. 11. · adalah haiwan yang terancam di dunia dan untuk...

5
KUALA LUMPUR, 4 Disember 2016 - Arca Orang Utan ciptaan pelajar Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Arca 3R anjuran SWCorp Malaysia bersempena Sambutan Karnival Kesejahteraan Bandar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ahli kumpulan terdiri daripada Nor Fatihah Yusof, Putri Intan Sari Binti Amrizal, Ain Munirah Binti Ahmad Kamil, Intan Eva Natasha Binti Hadzamee, Muhammad Riduan Bin Raja Yunus dan Noor Hafizah Binti Rosli dan diselia oleh pensyarah Seni Halus, Norshahidan Mohamad. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... ARCA ORANG UTAN USM JOHAN PERTANDINGAN ARCA 3R SWCORP MALAYSIA 04 DEC

Upload: others

Post on 07-Mar-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 04 - COnnecting REpositories · 2018. 4. 11. · adalah haiwan yang terancam di dunia dan untuk mewujudkan kesedaran buat umum tentangnya. Pun begitu katanya, selain itu, arca ini

KUALA LUMPUR, 4 Disember 2016 - Arca Orang Utan ciptaan pelajar Pusat Pengajian Seni UniversitiSains Malaysia (USM) berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Arca 3R anjuran SWCorp Malaysiabersempena Sambutan Karnival Kesejahteraan Bandar Kementerian Perumahan dan KerajaanTempatan.

Ahli kumpulan terdiri daripada Nor Fatihah Yusof, Putri Intan Sari Binti Amrizal, Ain Munirah BintiAhmad Kamil, Intan Eva Natasha Binti Hadzamee, Muhammad Riduan Bin Raja Yunus dan NoorHafizah Binti Rosli dan diselia oleh pensyarah Seni Halus, Norshahidan Mohamad.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

ARCA ORANG UTAN USM JOHAN PERTANDINGAN ARCA3R SWCORP MALAYSIA04

DEC

Page 2: 04 - COnnecting REpositories · 2018. 4. 11. · adalah haiwan yang terancam di dunia dan untuk mewujudkan kesedaran buat umum tentangnya. Pun begitu katanya, selain itu, arca ini

Hadir ke pertandingan ini di Kuala Lumpur adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal PembangunanPelajar dan Alumni) USM Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein yang memaklumkan selaku johan, USMmembawa pulang wang tunai RM3,000.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Seni, Profesor Madya Omar Bidin, haiwan orang utan dipilih kerana iaadalah haiwan yang terancam di dunia dan untuk mewujudkan kesedaran buat umum tentangnya.

Pun begitu katanya, selain itu, arca ini juga memperlihatkan bagaimana pelajar dapat mengumpulbahan terbuang iaitu tayar untuk digunakan bagi pembuatan arca ini (waste to wealth) melalui konsep3R (Recycle, Reuse, Reduce).

Page 3: 04 - COnnecting REpositories · 2018. 4. 11. · adalah haiwan yang terancam di dunia dan untuk mewujudkan kesedaran buat umum tentangnya. Pun begitu katanya, selain itu, arca ini

Sementara itu, ahli kumpulan Nor Fatihah menyifatkan kemenangan ini merupakan satu kejayaan buatsemua ahli kumpulan yang bertungkus lumus dalam penghasilan arca ini dalam menyedarkanmasyarakat tentang isu kepupusan dan kitar semula yang acap kali dilupakan dan juga PusatPengajian Seni yang tidak putus memberi sokongan, dorongan dan semangat untuk penghasilan ini.

Fatihah dan ahli kumpulannya juga ingin membuktikan kepada orang ramai bahawa bahan yangdigunakan untuk pembuatan arca iaitu tayar ada kegunaan dan kelebihannya selain hanya dibakaratau dibuang di merata-rata tempat dan tidak terurus dengan baik.

Page 4: 04 - COnnecting REpositories · 2018. 4. 11. · adalah haiwan yang terancam di dunia dan untuk mewujudkan kesedaran buat umum tentangnya. Pun begitu katanya, selain itu, arca ini

Pembuatan Arca berdimensi 6 kaki tinggi 6 kaki lebar ini mengambil masa selama 168 jammenggunakan lebih 3,000 skrew dan lebih 200 tayar kitar semula.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah Foto: Prof. Dato' Dr. Adnan Hussein / Nor Fatihah Yusof

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Page 5: 04 - COnnecting REpositories · 2018. 4. 11. · adalah haiwan yang terancam di dunia dan untuk mewujudkan kesedaran buat umum tentangnya. Pun begitu katanya, selain itu, arca ini