031 kemahuan yang membaja

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 10-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 031 Kemahuan Yang Membaja

    1/3

    1

    KEMAHUAN YANG MEMBAJA

    Seorang mahasiswa yang berasal dari salah sebuah negara Islam belajar di barat, iaitu di

    London. Di sana dia tinggal bersama keluarga Britain yang bukan Islam untuk mendalami bahasa

    Inggeris. Dia adalah seorang pelajar Muslim yang sangat taat kepada ajaran Islam, selalu bangun

    seawal pagi untuk pergi ke tempat air dan berwuduk. Air di sana sangat sejuk kerana cuacanya.

    Selepas itu dia akan ke tempat solatnya untuk bersujud, rukuk, bertasbih dan bertahmid kepada

    Allah s.w.t.

    Bersama keluarga angkatnya terdapat seorang tua yang selalu memerhatikan setiap

    tingkahlakunya. Setelah beberapa hari berlalu, wanita itu pun bertanya. Apa yang engkau lakukan?

    Pelajar itu pun menjawab, Agamaku memerintahku untuk melakukan ini.

    Perempuan tua itu bertanya lagi, Mengapa tidak kamu tunda waktunya untuk beberapa

    saat agar kamu boleh lebih menikmati tidurmu? Pelajar itu menjawab, Tetapi Tuhanku tidak akan

    menerima jika aku menangguhkan waktu solat dari waktu yang telah ditentukan.

    Perempuan tua itu pun menganggukkan kepalanya dan berkata, Sungguh, ini adalah suatu

    kemahuan yang mampun mematahkan sebatang besi! Firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nur

    ayat 37;

    # [B rY0 Mo I !Q n RI $YWT

    lBn m3 U WTQ SP)d WTQ SZ

    DS UdU;$ S dU )U!Ok7Sn ^ (] WT

    (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan

    atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta

    memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

    Inilah tuntutan iman, bukti kuatnya keyakinan dan pengaruh tauhid. Kekuatan ini pulalah

    yang telah memberi inspirasi kepada para penyihir Firaun. Mereka terketuk untuk beriman kepada

    Allah s.w.t., Tuhan semesta alam ketika mereka terlibat dalam pertarungan antara Nabi Musa a.s.

    dan Firaun. Mereka berkata kepada Firaun;

  • 8/8/2019 031 Kemahuan Yang Membaja

    2/3

    2

    S UBUZ n 1 U 4sP!$4W [B$/ W< KpWT

    4 nU UU$^/4T% U[, 4 U!P l [FPQ SWkR

    Wl 4r Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang

    kepada Kami dari mukjizat-mukjizat Yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada)

    Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak

    hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini

    sahaja.

    Ini adalah suatu pertentangan yang jarang didengar. Ketika itu mereka merasa berkewajipan

    untuk menyampaikan risalah dan kalimat yang benar dan kuat (kalimat tauhid) kepada penguasa

    yang kafir dan diktator itu.

    Hubaib bin Zaid pernah menemui Musailamah Al-Kadzdzab untuk mengajaknya kembali

    kepada tauhid. Namun Musailamah menolak, bahkan mencincang tubuhnya. Walaupun dia

    diperlakukan seperti itu, Hubaib sama sekali tidak mengerang, berteriak dan sama sekali tidak gentar

    hingga akhirnya menemui ajalnya sebagai seorang syahid. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al -

    Hadid ayat 19;

    WTS < $ WrWT[ U T0 F

    DS d Fj A[jRMs WT[j;0 M J Wr1 IU0 F n AT

    0 F rS 4WTWTT nZ Z

    S l WTQ; ( d[ U TR T1k URI

    Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya, merekalah pada sisi (hukum)

    Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang

    Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang

  • 8/8/2019 031 Kemahuan Yang Membaja

    3/3

    3

    Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta

    mendustakan ayat-ayat keterangan kami, merekalah ahli neraka.

    Saat Hubaib bin Zaid di angkat ke tiang gantungan kematian malahan dia bersenandung;

    Aku tidak khuatir jika tewas dalam keadaan Muslim

    Di mana pun aku berada

    Kematianku ada dalam kekuasaan Allah s.w.t.

    Dari Buku Motivasi Islami Terlaris, La Tahzan, tulisan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni.