03 - aqidah mukmin 3

245

Upload: ade-faszli

Post on 01-Jul-2015

249 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

Page 1: 03 - Aqidah Mukmin 3
Page 2: 03 - Aqidah Mukmin 3

USTAZ

ASHAARIMUHAMMAD

Siri 3

Page 3: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Cetakan Pertama Jun 1993

0 PENERBlTAN HIKMAH

Hakcipta terpelihara.Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam

sistem simpankekal atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang carasama ada cara elektronik. sawatan, salinan foto, rakaman dan sebagainya tanpa

terlebih dahulu mendapat izin daripada penerbit.

Diterbitkan olehPENERBITAN HIKMAH

163-A. Jalan Aminuddin BakiTaman Tun Dr. Ismail60000 Kuala Lumpur

Aturhuruf dan Rekabentuk olehUnit Rekabentuk,

Bahagian Pengeluaran Minda Syeikhul ArqamKuala Lumpur.

Muka taip teks: TimesSaiz taip teks: 1 l/13

ISBN 9834978659

Dicetak olehPercelabn CSKuala Lumpur

Page 4: 03 - Aqidah Mukmin 3

K A N D U N G A N

Sekapur SirihPrakataMuqaddimahBAB 19:BAB 20:

BAB 21:

BAB 22:

BAB 23:BAB 24:BAB 25:BAB 26:BAB 27:

BAB 28:

BAB 29:BAB 30:

BAB 31:

BAB 32:

Sifat Yang Mustahil Bagi ALLAHBahasan Sifat-SifatMustahil Bagi ALLAHBahasan Sifat-SifatYang Mustahil pp ada ALLAHBahasan Sifat Yang MustahilBagi ALLAHSifat Harus Bagi ALLAHHukum-Hukum Mengenal ALLAHDali1 Wujud ALLAHDali1 ALLAH Bersifat QidamDalil. ALLAH Bersifat Ba a’dan Mukholafatuhu %Lilhaa isiDali1 ALLAH Bersifat QiamuhuTaala BinafsihiDali1 ALLAH Bersifat WahdaniahDali1 ALLAH Bersifat Qudrah,Iradah, Ilmu dan HayatDali1 ALLAH Bersifat Samak,Basar dan KalamBahaDua !s

ian-Bahagian Sifatuluh Bagi ALLAH

iV

1

13

29

476583

103120

137

153169

185

203

221

Page 5: 03 - Aqidah Mukmin 3
Page 6: 03 - Aqidah Mukmin 3

SEJAK Islam mula berkembang hinggalah ke hari ini,umat Islam tidak pemah rehat daripada menghadapicabaran berbentuk aqidah. Muncul satu demi satu faha-

man atau aqidah yang menyeleweng daripada aqidah yangsebenar, sama ada yang timbul akibat kejahilan umat Islamsendiri atau yang diasak oleh musuh-musuh Islam secarahalus.

Dalam situasi seperti ini, Ustaz Ashaari Muhammadmuncul dengan membawa aqidah Ahli Sunnah wal Jamaahyang jelas dan mampu diimplementasikan dalam segenapbidang kehidupan termasuk dalam ekonomi, politik, pendi-dikan dan sebagainya. Dengan kata lain, beliau membawa fik-rah Islamiah yang jelas bersandarkan aqidah yang tepat.

Kehadiran beliau kena pada masanya untuk menyelamat-kan aqidah yang kukuh dalam diri masing-masing, dan supa-ya setiap orang dapat membetulkan aqidah yang salah yangmenjadi pegangan mereka selama ini. Tanpa kekuatan aqidah,umat Islam sudah pasti akan terjebak dengan aqidah-aqidahyang sesat sama ada secara disedari atau tidak. Mereka bo-leh terjebak kepada aqidah qadariah, jabariah, bahai qadiani,wahabi, syiah dan sebagainya. Aqidah mereka juga bolehrosak kerana menganut fahaman atau isme yang tidak dikait

ii

Page 7: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

I

Idengan agama Seperti komunisme, nasionalisme dan sebagai-

/ nya, yang sudah berkembang luas di seluruh dunia Islam

itermasuk di Malaysia.

Ustaz Ashaari telah menyalurkan fikrah beliau dalamkuliah-kuliah fardhu ain, ceramah-ceramah umum dan tarbiah,serta menerusi buku-bukunya yang berjumlah 53 buah seta-kat ini. Setiap buku yang dikarangnya tidak terlepas darimenyentuh persoalan iman dan aqidah. Dan khusus untukmenyerang golongan syiah dan wahabi, beliau telah menga-rang buku Bahaya Syiah dan Berhati-hati Membuat Tuduhan.

Buku AQIDAH MUKMIN ini merupakan siri terakhirdaripada tiga siri, yang khusus membicarakan persoalan aqi-dah yang merangkumi keyakinan kepada Rukun Iman yangenam.

Ustaz Ashaari telah bertemu dan berbincang dengan ula-ma-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di merata dunia terma-suk di Mesir, Turki, Pakistan, Jordan, Tunisia, Maghribi,Indonesia, dan sebagainya. Beliau juga bertemu dengan ula-ma-ulama syiah dan wahabi di Iran, Kuwait dan Arab Saudi.Dan beliau telah menjelajah ke banyak negara Barat tempatberkembangnya berbagai-bagai aliran fikiran dan isme yangsesat, termasuk ke Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali,Yugoslavia dan lain-lain. Dari situlah beliau memperolehigambaran yang sejelas-jelasnya mengenai segala macamfahaman dan aliran aqidah yang ada di dunia hari ini.

Oleh itu melalui buku ini, beliau menghurai kembali isikitab tua dengan gaya pengolahan yang segar dan bahasa yang

1

mudah berserta contoh-contoh yang dekat dengan kehidupanmasyarakat hari ini.

I Apa yang menarik, dalam membicarakan persoalan aqi-

i

dah ini, Ustaz Ahaari tidak langsung memisahkannya daripersoalan tasawuf dan syariat. Beliau mahu menekankanbahawa ilmu usuluddin (aqidah), tasawuf (akhlak) dan feqah(syariat) merupakan tiga serangkai dalam ajar-an Islam yang

h tidak boleh dipisab-pisahkan dari kehidupan seorang Mukmin.I Oleh itu huraian beliau tentang aqidah seringkali dikaitkan

1 1 1

Page 8: 03 - Aqidah Mukmin 3

SEKAPUR SIRIH

dengan aspek-aspek lain dalam Islam khususnya akhlak dansyariat.

Membaca buku ini, anda bukan saja mendalami persoal-an aqidah tetapi juga menerima ilmu dan didikan berhubungperkara-perkara asas yang lain dalam ajaran Islam, sehinggatimbul satu dorongan yang kuat untuk beramal dan memben-

.tuk diri menjadi orang yang bertaqwa.

-Penerbit

i v

Page 9: 03 - Aqidah Mukmin 3
Page 10: 03 - Aqidah Mukmin 3

BBUKU yang bertajuk AQIDAH MUKMIN ini merupa-kan hasil kuliah usuluddin yang telah pun saya sam-paikan. Kuliah fardhu ain ini kembali bertemu saudara

dalam bentuk buku, yang moga-moga dapat memberi manfaatyang lebih besar lagi. Kalaulah selama ini ianya hanya diku-liahkan dan jemaah Darul Arqam atau jemaah Aurad Muham-madiah sahaja, sejak 20 tahun yang lalu, kini biarlah ianyadapat menjadi khazanah yang dapat saudara-saudari abadikan,dan biarlah ia bertebar ke seluruh pelusuk dunia. Kuliah-kuliahyang saya anggap penting ini, saya bukukan atas permintaanbanyak pihak, supaya ilmu yang dikuliahkan itu tidak hilangpercuma begitu saja.

vi

Page 11: 03 - Aqidah Mukmin 3

P R A K A T A

Kuliah-kuliah ini ialah berdasarkan matan kitab yang:terkenal di Malaysia terutamanya di Johor, Selangor, Melaka!dan Wilayah Persekutuan, serta berkembang luas di Bruneidan Singapura, iaitu kitab Risalah Tauhid dalam tulisan jawi,keluaran Jabatan Agama Negeri Johor. Ia telah pun menjadibuku teks dan bahan rujukan di sekolah-sekolah agama ter-6

utamanya di negeri Johor, Selangor dan Brunei, sejak berpu-luh-puluh tahun yang lalu. Dan hinggalah ke hari ini ianyamasih digunakan lagi.

Ilmu usuluddin yang dihuraikan dalam Risalah Tauhid inijuga telah dijadikan buku teks dalam kuliah-kuliah fardhu aimdi dalam jemaah Darul Arqam atau jemaah Aurad Muham- rmadiah. Metod atau kaedah yang digunakan adalah mengikutmetod Syeikh Abul Hassan Al Asyaari. Beliau merupakanseorang tokoh ulama yang terkenal di awal kurun ketiga Hijrah.Kehebatannya itu melayakkan ia menjadi seorang mujaddiddi kurunnya.

Ilmu usuluddinnya sangat hebat dan mengkagumkan.’Perbahasan-perbahasan yang dibuat oleh Abul Hassan Al:Asyaari ini telah memecah tradisi di zamannya dengan meng- :gunakan dalil Al Quran serta diperkuatkan atau diperteguhkandengan hujah atau dalil akal. Bahkan metod daripada ulama;besar inilah yang diterima sebagai pegangan atau aqidah olehempat mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu pengikut-pengi-:kut Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafi’i dan imamHambali, sejak ribuan tahun yang lampau hinggalah sekarangini.

Bahkan pegangan usuluddin mengikut kaedah Abul Has-~san Al Asyaari inilah yang menjadi aqidah umum bagi selu-ruh umat Islam di Malaysia. Dan telah menjadi salah satumata pelajaran di sekolah-sekolah agama sama ada di sekolahagama rasmi kerajaan ataupun swasta, termasuklah sekolalnyang bercorak pondok.

Walhasil usuluddin mengikut kaedah (metod) Abul Has-,san Al Asyaari ini telah jadi pegangan semua pejabat agama.seluruh Malaysia kecuali Perlis dan beberapa individu teruta-

vii

Page 12: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

manya segelintir ulama di akhir-akhir ini yang telah terpenga-ruh dengan fahaman wahabiah yang datang dari negara Saudi.

Sejak tertegaknya Kerajaan Ibnu Saud sejak 80 tahun yanglampau barulah datangnya perubahan di mana mereka meno-lak ajaran usuluddin mengikut metod Abul Hassan Al Asyaariini. Bahkan tanpa malu dan segan-silu serta dengan penuhangkuh menganggap kaedah atau metod usuluddin yang diba-wa oleh Abul Hassan Al Asyaari ini bid’ah.

Bahkan di akhir-akhir ini telah kedengaran di Kelantan,ada ulama-ulama yang turut bersuara sumbang mengatakanmetod yang menjadi pegangan Abul Hassan Al Asyaari inibid’ah. Ini juga merupakan tali barut atau pengikut fahamanwahabi sama ada sedar atau tidak. Sejak itu timbullah kontro-versi yang hebat di kalangan ulama-ulama Ahli Sunnah WalJamaah terutamanya di kalangan guru-guru pondok di sana.

Buku ini selain daripada menjadi panduan kepada merekayang menganut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, ianyasekaligus menjadi scud yang dapat menolak dan memben-dung fahaman wahabi. Kalau tidak, mereka dengan sewenang-wenangnya berani ‘menembak’ dengan tuduhan-tuduhanbid’ah, sesat dan sebagainya. Terutamanya pada Abul HassanAl Asyaari dan pengikut-pengikutnya, yakni mereka yangberpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang tinggal dimerata pelusuk dunia ini.

. Perlu diingatkan kepada para pembaca budiman bahawaisi buku ini mengekalkan bahasa percakapan sewaktu mem-beri kuliah tersebut, dengan tujuan memudahkan anda parapembaca memahaminya.

Buku ini kalau ada manfaatnya knhadiahkan pahalanyakepada kedua ibu bapaku, guru-guruku dan semua yang per-nah berjasa padaku. Serta juga kepada mereka yang akuberdosa padanya. Dan juga khusus untuk guruku pengasasAurad Muhammadiah, Sayidi Syeikh Muhammad binAbdullah As Suhaimi. Ampunkan dosaku, ya ALLAH,

. . .VI11

Page 13: 03 - Aqidah Mukmin 3

sekiranya apa yang tercatat dalam buku ini ada perkara-per-kara yang tidak Engkau redhai. Selamatkan kami dari azab-Mu dunia dan Akhirat.

PRAKATA

Sekian, wassalam

Al hakir wal fakir,

ASHAARI MUHAMMAD

ix

Page 14: 03 - Aqidah Mukmin 3
Page 15: 03 - Aqidah Mukmin 3

D I DALAM ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu yangpenting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagianiaitu:

1 Usuluddin (aqidah)2. Feqah (syariat)3. Tasawuf (akhlak)

Dalam pengamalannya, setiap orang Islam mestilah me-laksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi. Sama adadari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah danamaliahnya.

Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak bolehdipisah-pisahkan. Kalau dipisah-pisahkan salah satu daripadatiga serangkai itu, maka akibatnya rosaklah yang lainnya.Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmutersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. Ia tidak bolehdiamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain. Ber‘feqah’ sajaatau ber‘usuluddin’ saja atau berakhlak saja, tentu akan me-rosakkan ke-Islaman seseorang. Jadi tiga serangkai ilmu itutidak boleh dipisah-pisahkan dalam seluruh tindakan hidup.Kalau dipisahkan dalam pengamalan seharian, paling tidakseseorang itu akan jadi orang fasiq. Bahkan berkemungkinan

xi

i

Page 16: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

ia akan jatuh kepada kafir tanpa ia sedar.

Dari ketiga-tiga ilmu ini, tapak atau asasnya adalah ilmuusuluddin. Di atas tapak ilmu yang menjadi pegangan dankeyakinan setiap orang Islam itu, maka ditegakkan syariat(feqah) dan akhlak (tasawuf). Kalau diibaratkan kepada se-buah bangunan, usuluddin itu adalah faundationnya Bangun-an rumah serta peralatan-peralatannya itulah syariat dan akhlak.Kalau begitu rumah dan peralatan rumah itu tidak dapat dite-gakkan sekiranya foundation rumah tersebut tidak ada. Atauia tidak kukuh dan tidak kuat. Juster-u itu, dalam ajaran Islam:

1. Usuluddin itu adalah asas Islam atau tapak Islam.2. Syariat’dan tasawuf ialah furu’ dan cabang-cabangnya.

Kalau begitu, ilmu usuluddin dalam ajaran Islam amatenting dan utama. Kerana ia mengesahkan syariat dan akh-lak. Syariat dan akhlak tidak ada nilai di sisi ALLAH, kalauaqidah atau usuluddinnya telah rosak.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu usuluddinialah:

1. Keyakinan kita dengan ALLAH dan sifat-sifat-Nya samaada sifat-sifat yang wajib, sifat-sifat yang mustahil atausifat-sifat yang harus.

2. Keyakinan kita dengan para rasul dan sifat-sifatnya.3. Keyakinan kita dengan kitab-kitab yang pernah ditu-

runkan oleh ALLAH yakni Al Quran, Zabur, Injil danTaurat .

4. Keyakinan kepada para malaikat.5. Keyakinan pada Qadha dan Qadar ALLAH.6. Yakin kepada Syurga dan Neraka serta perkara-perkara

lain yang merangkumi perkara di Alam Ghaib.

Maka ilmu usuluddin yang menjadi asas kepada ajaranIslam merupakan ilmu yang paling penting. Ia menjadi perka-ra utama dan pertama untuk setiap individu Islam yangmukallaf mempelajarinya. Belajar ilmu usuluddin ini hukum-nya fardhu ain yakni wajib bagi setiap individu yang mukal-

xii

Page 17: 03 - Aqidah Mukmin 3

MUQADDIMAH

laf. Jatuh berdosa besar bagi orang yang tidak mempelajari-nya. Hatta boleh jatuh kufur secara tidak sedar kalau jahiltentang ilmu ini.

Ilmu usuluddin yang berkait dengan ALLAH dan sifat-sifat-Nya, kalau tidak dipelajari, paling mudah untuk menye-babkan terjatuh kepada kufur. Sebab itu dihukumkan wajibbagi setiap mukallaf mempelajarinya terlebih dahulu menda-hului ilmu-ilmu yang lain. Dalam Hadis, Rasulullah SAW adamenyebut:

Awal-awal agama ialah mengenal ALLAH.

Oleh itu ilmu usuluddin itu tidak boleh dicuaikan darimempelajarinya. Supaya ia dapat dijadikan pegangan dankeyakinan yang mantap (teguh) di hati. Tanpa dicelahi de-ngan unsur-unsur jahil, syak, zan dan waham. Sekiranyadicelahi oleh jahil, syak, zan dan waham, atau salah satudarinya, maka seluruh amal ibadah itu tidak sah atau tertolak.Ertinya tidak dapat apa-apa di sisi ALLAH. Amalan itu hanyasia-sia sahaja. Walau bagaimana baik dan kemas sekalipunibadah yang dipersembahkan pada ALLAH, sekiranya dice-lahi oleh salah satu daripadanya, maka ibadah itu akan dicam-pak semula ke muka pengamalnya.

Mengikut kebiasaan, walaupun cantik amalan syariat atauakhlak, ia masih tetap bergantung kepada aqidah. Sekiranyaaqidahnya baik, maka baiklah syariat dan akhlaknya. Tetapikalau aqidahnya rosak, maka rosaklah syariat dan akhlaknya.

Tamsilannya seperti sebatang pokok. Kalau pokoknyasubur, itu adalah kesan daripada akar tunjang yang kuat tadi.Yang menjadikan ianya. berdaun, menghijau, menghasilkanbunga cantik dan harum mewangi serta buah yang banyak(lebat) lagi sedap rasanya. Sehingga menjadikan kepinginsemua makhluk terutama manusia untuk mendekati dan ber-naung di bawahnya serta mengambil manfaat darinya.

. . .x111

Page 18: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Begitulah juga bagi mereka yang aqidahnya baik, tentu-’nya sytariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik. Semuahukum-hakam yang lima yakni yang wajib dan sunat dapatditegakkan, yang haram dan makruh dapat dijauhi, dan yangharus (mubah) terpulang, hingga ia mencorak hidup individu’dan masyarakat.

Di sinilah pentingnya pelajaran aqidah atau usuluddin ini’kerana ia boleh mencorakkan hati seseorang. Sehingga yanglahir dalam tindakan adalah gambaran hatinya itu.

Alhasil, kalau sudah ramai yang aqidahnya tepat dan kuat,maka akan lahirlah negara yang aman makmur yang menda-pat keampunan ALLAH. Kerana aqidah yang tepat dan kuatitu mendorong hamba-hamba-Nya bersyariat dan berakhlakatau menjadi orang yang bertaqwa.

xiv

Page 19: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAB 19

SIFAT YANGMUSTAHIL BAG1

ALLAH

Page 20: 03 - Aqidah Mukmin 3

SETAKAT ini, kita telah mempelajari sebanyak 13 sifatyang wajib bagi ALLAH SWT. Sepatutnya kita akanperkatakan hingga sampai kepada sifat yang ke-20 te-

tapi ada setengah ulama mengatakan bahawa dengan menge-tahui 13 sifat yang wajib bagi ALLAH SWT adalah mema-dai. Ini adalah kerana huraian mengenai 7 sifat yang lain itusebagai tokok tambahnya sahaja.

Ketujuh-tujuh sifat yang tidak kita perkatakan itu ter-masuk dalam bahagian sifat maknawiyah. Sifat-sifat tersebutialah keadaan ALLAH yang berkuasa (sifat ke-14), keadaanALLAH yang menghendaki (15), keadaan ALLAH yangmengetahui (16), keadaan ALLAH yang hidup (17), keadaanALLAH yang mendengar (18), keadaan ALLAH yang me-lihat (19) dan keadaan ALLAH yang berkata-kata (20). Per-bahasan tentang sifat-sifat ini akan kita buat apabila kitamemperkatakan sifat maknawiyah nanti.

Perbahasan kita tentang sifat maknawiyah sama sajadengan perbahasan yang telah kita buat dalam pengajian ter-dahulu tentang sifat maani. Ini adalah kerana sifat maani dansifat maknawiyah lazim-melazimi. Kerana itu, untuk menge-tahui perbahasan tentang sifat ke-14 hingga sifat yang ke-20,sila rujuk kembali perbahasan kita tentang sifat maani iaitu

2

Page 21: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

daripada sifat Qudrah hingga kepada sifat Kalam. Ertinya,kalau kita dapat memahami sifat maani maka akan fahamlah.kita tentang sifat maknawiyah.

Hukum Meyakini Sifat Mustahil Bagi ALLAH

Sebagaimana wajibnya setiap mukallaf mempelajari, mema-hami dan meyakini 20 sifat yang wajib pada ALLAH SWT,maka wajib juga bagi setiap mukallaf mempelajari, mema-hami dan meyakini 20 sifat yang mustahil pada ALLAHSWT, secara terperinci atau secara tafsili. Dan wajib di siniadalah wajib pada syarak. Ertinya, apabila kita buat dapatpahala manakala ditinggalkan berdosa.

Siapa Yang Diwajibkan Mengetahui Sifat-Sifat ALLAH

Seorang itu dikatakan mukallaf apabila dia akil baligh iaituberakal dan sampai had umur baligh, baik pancaindera yanglima (mendengar, berkata, melihat, menghidu dan merasa)serta sampai kepadanya seruan Islam. Apabila seseorang itumukallaf, bukan saja dia wajib mengetahui sifat-sifat ALLAHsama ada yang wajib mahupun yang mustahil dan yang hat-us,malah semua perintah lain juga wajib dikerjakannya sepertibersembahyang, berpuasa, berzakat, menunaikan haji dan lain-lainnya.

Dalam persoalan ini, katalah seseorang itu duduk disebuah pulau yang manusia tidak pernah sampai kepadanya.Orang lain tidak tahu tentang pulau itu dan tidak pernah tahuadanya manusia di pulau itu. Dia yang di pulau itu pula tidaktahu langsung adanya makhluk lain di dunia ini. Perhubung-an mereka terputus sama sekali. Kerana itu bukan saja ajar-an Islam yang tidak pernah sampai kepadanya, bahkan ada-nya umat Islam pun dia tidak tahu.

Orang ini tidak dianggap mukallaf lagi walaupun diasudah akil baligh dan baik pula pancainderanya. Dia dianggap‘ahli fitrah’ yakni panggilan bagi manusia yang hidup di

3

Page 22: 03 - Aqidah Mukmin 3

SIFAT YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH

antara zaman seorang rasul dengan seorang rasul yang lain.Zaman dahulu, apabila seorang rasul itu wafat, kadang-ka-dang sampai 500 tahun dan kadang-kadang lebih baru se-orang rasul lain diutus oleh ALLAH. Jadi di antara rasuldengan rasul itu, manusia sudah terbiar dan tidak ada bim-bingan dan tidak ada yang menyedarkan mereka lagi. Ahli fit-rah ini tergolong dalam orang-orang yang “lepas daripadaNeraka”.

Dalam hal ini juga, perlulah kita fahami bahawa orangyang dikatakan ahli fitrah ini tidak ada pada zaman ini.Kerana perhubungan manusia antara satu tempat dengan satutempat yang lain sudah ada, bahkan baik sekali. Dengandemikian tidak ada golongan manusia yang boleh mengata-kan dia tidak tahu Islam. Dan dengan itu, tidak ada seorangpun yang boleh terlepas daripada Neraka semata-mata keranadia tidak kenal Islam.

Kemudian, kalau seseorang itu baligh tetapi tidak berakalwalaupun pancainderanya baik dan seruan Islam sampaikepadanya, dia bukan juga dinamakan mukallaf. Maka diaterlepas daripada Neraka. Atau kalau seseorang itu baligh danada akal tetapi pancainderanya cacat seperti pekak atau bisudan sebagainya, walaupun seruan Islam sampai kepadanya, diabukan mukallaf. Terlepas juga dia daripada Neraka.

Jadi orang-orang yang bukan tergolong dalam golonganmukallaf ini adalah bernasib baik juga. Umpamanya, bagiorang yang tidak berakal percuma saja dia dapat Syurga.Tidak payah mujahadah, tidak payah berjuang berjihad, tidakpayah laksanakan semua perintah ALLAH, tetapi dapatSyurga. Cuma, kalau barang yang dapat percuma itu, tingkat-nya agak rendah. Ibarat di dunia ini, dia adalah office boy ataupelayan-pelayan saja. Jadi di Syurga nanti tarafnya hanyapelayan kepada Mukmin yang lain.

Tetapi macam kita ini, kenalah sungguh-sungguh melak-sanakan semua perintah ALLAH. Terpaksalah kita berjuangsungguh-sungguh. Kalau berjaya, maka hadiahnya tentulahlebih besar dan hebat. Betapa tidak hebat kalau bertaraf super

4

Page 23: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

scale di Akhirat. Sebaliknya kalau tidak berjaya melaksana-kan perintah yang diwajibkan kepada kita sebagai mukallaf,tarafnya pun hebat juga. Cuma hebat ini di Neraka!Wal’iyazubillah.

Pengertian Mustahil Pada Akal

Maka sebagai mukallaf, wajib bagi kita mengetahui danmeyakini sifat-sifat yang mustahil pada ALLAH. Erti mus-tahil di sini ialah mustahil pada akal, iaitu suatu perkara yangakal tidak mahu menerima akan adanya. Akal tidak mahumenerima akan wujudnya tetapi yang akal mahu menerimaialah tiadanya.

Umpamanya, kalau dikatakan mustahil ALLAH itu lemahdan lain-lainnya ertinya akal tidak mahu menerima yangALLAH itu lemah. Untuk lebih mudah memahaminya, cubakita kiaskan kepada makhluk. Katalah ada orang mengatakan,“anak lebih tua daripada ayah” atau "anak lebih dahulu dari-pada ayah”. Mahukah akal kita menerimanya? Tentunya tidak.Inilah yang dikatakan mustahil pada akal.

Satu lagi contoh yang boleh kita bawa ialah mustahilterjadinya gerak dan diam dalam satu masa. Akal tidak akanmahu menerimanya. Tetapi kalau gerak dan diam itu berlakusecara bergilir-gilir, itu adalah harus Ia boleh berlaku. Keranakalau sesuatu itu bergerak, hilang diam, dan kalau ia diam,hilang geraknya.

Dan demikianlah yang berlaku kepada ALLAH Taala.Adalah suatu yang mustahil ALLAH itu bersifat lemah,misalnya. Inilah yang dikatakan mustahil pada akal.

Pengertian Wajib Pada Akal

Kemudian pengertian “wajib pada akal” ialah, suatu perkaraitu tidak diterima oleh akal akan tiadanya. Tetapi yang dite-rima oleh akal ialah adanya. Umpamanya, wajib ayah itu lebihtua daripada anak. Akal tidak akan mahu menerima kalauayah itu lebih muda daripada anak.

5

Page 24: 03 - Aqidah Mukmin 3

SIFAT YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH

Ini adalah bahasan kita tentang wajib pada akal, nisbahkepada makhluk atau yang baharu. Perbahasan seperti iniadalah satu perbahasan secara falsafah atau secara mantik.Bagi orang yang suka dan biasa berbahas demikian, mung-kin dia boleh dapat memahaminya dengan cepat. Tetapi bagiorang yang jarang membuat perbahasan demikian, maka susahsekali untuk memahaminya. Namun kalau kita merasakan ter-lalu berat untuk memahaminya, perlulah diingatkan bahawahal itu jangan dipaksa sangat kepada otak kita.

Fahaman Muktazilah

Terjadinya pelajaran falsafah dimasukkan ke dalam ilmutauhid adalah bermula di waktu fitnah zaman dahulu, iaituzaman Hassan Al Basri dan kemudiannya zaman Abu Has-san Al Asyaari dan juga zaman Abu Mansur Al Maturidi.Fitnah yang timbul ketika itu berpunca dari ulama Islam yangdi samping mendalami pengetahuan Al Quran dan Sunnah,juga mendalami ilmu falsafah. Oleh kerana ulama tersebutmendalami ilmu falsafah lebih dari ilmu Al Quran dan Sun-nah, akhimya dia terperangkap dengan fahaman falsafah. Diaseorang murid Hassan Al Basri yang bemama Wasil bin Ataq.

Hassan Al Basri memang terkenal sebagai guru AhliSunnah Wal Jamaah. Dia seorang ulama besar di zamandahulu. Di samping seorang ahli feqah, dia juga seorang ahlisufi yang ulung bahkan seorang waliyullah. Beliau pemah ber-temu dengan seorang Sahabat. Jadi Hassan Al Basri inimengajar kepada ramai murid. Muridnya yang bernama Wasilbin Ataq itu, dengan ilmu falsafah yang ada padanya, telahbertanya kepadanya, “Bagaimanakah pendapat tuan guru ter-hadap seorang Mukmin yang mati membawa dosa besar?”

Hassan Al Basri menjawab, “Kalau dia seorang Mukmin,dan kalau ALLAH tidak ampunkan dosanya, dia akan masukNeraka lebih dahulu. Kemudian di suatu masa nanti, ALLAHakan masukkan dia ke dalam Syurga.”

Wasil bin Ataq terus memberi pendapatnya pula dengan

6

Page 25: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

berkata, “Saya tidak bersetuju dengan pendapat tuan guru.Pendapat saya adalah begini. Kalau seorang itu mati denganmembawa dosa besar, dia Mukmin pun tidak dan kafir puntidak. Kerana itu, di Akhirat kelak, kedudukannya adalah diantara Syurga dan Neraka. Ertinya dia itu, masuk Neraka tidakdan masuk Syurga pun tidak, dan dia bersandar pada satutiang.”

Dengan itu Hassan Al Basri pun menjawab: Iktazala‘anna Wasil' (Nampaknya sudah berpisahlah Wasil dengankita).

Daripada kalimah Iktazala itulah maka timbul perkata-an “muktazilah” iaitu fahaman yang dibawa oleh Wasil binAtaq. Wasil telah menyimpang jauh daripada Al Quran danSunnah. Fahamannya bergantung semata-mata kepada ilmufalsafah. Orang yang menganuti fahaman ini ialah ahli fikir.

Fahaman muktazilah yang dipelopori oleh Wasil bin Ataqitu semakin menggugat umat Islam hinggakan keadaan dansuasana menjadi begitu gawat apabila sampai kepada zamanAbu Hassan Al Asyaari. Abu Hassan pada mulanya belajardengan seorang murid kepada Wasil bernama Ali Jabari yangjuga berfahaman muktazilah. Kerana itu, pada mulanya AbuHassan Al Asyaari mengikut fahaman tuan gurunya. Tetapiapabila dia sudah pandai dan bijak dan boleh pula berfikirsendiri, ALLAH telah memimpinnya kembali.

Ketika itu ALLAH telah member-i Abu Hassan Al Asya-ari taufiq dan hidayah yang membuatkan dia sedar tentangkesalahan tuan gurunya. Lantaran itu, Abu Hassan Al Asya-ari terus mempertahankan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah.Dan untuk membolehkan dia berhadapan dengan golonganmuktazilah yang menggunakan falsafah dan mantik, AbuHassan Al Asyaari juga belajar ilmu falsafah dan mantik.Tujuannya ialah untuk menggunakan ilmu itu bagi memukulbalik golongan muktazilah itu.

Jadi dalam memahami pengertian wajib pada akal danmustahil pada akal ini, kita telah membawakan perbahasansecara mantik dan secara lojik. Dan ianya kalau boleh kita

7

Page 26: 03 - Aqidah Mukmin 3

SIFAT YANG MUSTAHIL BAG1 ALLAH

fahami, adalah baik tetapi kalau tidak dapat difahami, janganpula dipaksa-paksakan otak kita untuk memahaminya.

Mempelajari, memahami serta meyakini sifat-sifat mus-tahil pada ALLAH Taala itu adalah dituntut pada ilmu tauhidatau usuluddin yang oleh sesetengah orang disebut al fequlakbar (ilmu feqah yang besar) dan ada yang mengatakan ihnusifat atau ilmu zat, yang hakikatnya satu saja.

Yang dituntut pada pengertian ilmu tauhid ini pula ada-lah untuk menetapkan keyakinan dan aqidah kita tentang 20sifat yang wajib dan juga 20 sifat yang mustahil bagi ALLAHSWT. Ilmu yang dituntut itu pula bukan secara sepintas laluatau secara ringkas-ringkas sahaja tetapi mestilah secara ter-hurai dan secara satu-persatu.

Umpamanya, dalam kita mempelajari dan memahami sifat20 yang wajib pada ALLAH itu, ia mestilah dibuat satu-persatu daripada sifat yang pertama hingga ke-20. Kemudiandalam kita mempelajari 20 sifat yang mustahil bagi ALLAHpula, ianya kita buat satu-persatu dengan huraiannya sekalibermula dari sifat mustahil yang pertama hinggalah kepadasifat mustahil yang ke-20. Tidaklah boleh kita buat secaramenterjemahnya saja dan kemudian kita hafal. Sebaliknyahendaklah kita buat dengan huraiannya sekali, walaupunmungkin huraiannya tidak luas. Kerana yang demikian ituakan menetapkan keyakinan dan aqidah kita. Dan itulah yangdikatakan ‘aqoidul iman yang tercantum di dalam ucapan:

Demikianlah peri mustahaknya mempelajari dan mema-hami sifat-sifat yang wajib, sifat-sifat yang mustahil dan jugasifat yang harus pada ALLAH Taala. Di samping itu kita jugawajib mempelajari dan memahami sifat-sifat kerasulan iaituyang wajib, yang mustahil dan yang hams pada rasul. Keranayang demikian itu dapat menetapkan pegangan kita hingga iamenjadi keyakinan kita.

Kalau seorang mukallaf itu tidak mahu mempelajari danmemahami sifat-sifat yang wajib pada ALLAH SWT, sifat-

8

Page 27: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

sifat yang mustahil dan yang harus pada-Nya, serta sifat-sifatyang wajib, yang mustahil dan yang harus pada rasul, hinggaia tidak dapat menjadi keyakinan dan pegangannya, makaorang mukallaf itu telah melakukan satu kesalahan yang besar;lebih daripada kesalahan tidak mengetahui ilmu feqah (ilmusyariat). Jadi paling besar dosa seseorang mukallaf itu ialahmanakala dia jahil tentang sifat-sifat yang wajib, yang mus-tahil dan yang harus pada ALLAH, dan juga sifat-sifat yangwajib, yang mustahil dan yang harus pada rasul.

Orang Jahil Dan Ilmu Ketuhanan

Kalau seseorang itu jahil tentang ilmu feqah, dia hanya jatuhkepada ‘asi atau derhaka. Dia hanya dianggap ingkar danmungkar atau hanya jadi orang fasiq ataupun zalim. Tetapikalau seseorang itu jahil tentang sifat-sifat ketuhanan dankerasulan hingga dia tidak kenal ALLAH dan rasul, dan tidakmempunyai pegangan dan keyakinan kepada ALLAH danrasul, maka menurut ulama-ulama usuluddin, dia adalah kafir.Kalau kafir, maka kekal abadi di dalam Neraka. Sebaliknyakalau seseorang itu jatuh kepada fasiq ataupun zalim, dia tidakkekal abadi di dalam Neraka. Cukup masa, dia ada peluanguntuk masuk ke Syurga.

Bagi orang yang tidak dapat menetapkan keyakinan danpegangannya kepada ALLAH dan rasul disebabkan dia tidakmengetahui serta memahami sifat-sifat yang wajib, yang mus-tahil dan yang harus pada ALLAH dan pada rasul, maka diatetap terjun ke Neraka dan kekal abadi di dalamnya. Walau-pun dia banyak bersembahyang, banyak berpuasa, berzakat,sudah puluhan kali naik haji ataupun dia berjuang dan ber-jihad serta berkorban dan sebagainya, tetapi oleh kerana diaterjatuh kepada hukum kafir, maka semuanya itu tidak adanilai di sisi ALLAH SWT.

Dan lagi sekali kita katakan bahawa pengertian yangdituntut ke atas setiap mukallaf tentang ilmu usuluddin atauilmu tauhid ini ialah secara terhurai satu-persatu, bukan se-

9

Page 28: 03 - Aqidah Mukmin 3

SIFAT YANG MUSTAHIL BAG1 ALLAH .

cara ringkas-ringkas. Kalau ilmu tauhidnya tidak sempurnawalaupun ilmu-ilmu lairmya banyak seperti ilmu sainsnyabanyak, ilmu hisabnya tinggi dan sebagainya, dia tetap ter-hukum kepada kafii. Ini adalah kerana seseorang yang tidakmempelajari dan memahami ilmu tauhid hingga ia menjadikeyakinan dan pegangannya, dia tidak mengetahui tapak didalam ajaran Islam. Dia hanya mengetahui batang-batangnya,ranting-ranting atau dahan-dahannya sahaja.

Sedangkan tapak atau asas di dalam ajaran Islam itupenting. Kalau diibaratkan pokok, ilmu tauhid adalah akartunjangnya. Apakah pokok boleh tertegak kalau akar tunjang-nya tidak ada? Tentunya tidak, sebab semakin lebat dahan danrantingnya, semakin lebat buahnya serta daun-daunnya, se-makin cepat ia rebah.

Jadi bagi seseorang yang lemah ilmu tauhidnya, makinbanyak dia bergerak di tengah masyarakat, makin banyakperjuangan dan jihadnya, makin banyak usaha dan ikhtiamya,semakin cepat dia jatuh. Sebab itulah dikatakan 81 &>&II j>imula-mula sekali dalam agama Islam itu ialah mengenalALLAH. Kalau seseorang itu tidak mengetahui sifat-sifat yangwajib, yang mustahil dan yang hams pada ALLAH, ertinyaorang itu belum mengenal ALLAH, walaupun ilmu feqahnyaatau ilmu tafsimya hebat, ilmu Hadisnya banyak hingga diaboleh syarah pada orang lain, ilmu nahu dan ilmu balaghah-nya tinggi dan lain-lainnya.

Sebab itulah, kalau kita hendak didik anak kita bermuladari umur tujuh tahun lagi, hendaklah kita kenalkan diadengan ALLAH dahulu di samping kita menyuruh dia ber-sembahyang. Tetapi malangnya, umat Islam di seluruh duniahari ini, anak-anak yang berumur 7 tahun mereka ajar ilmuhisab lebih dahulu. Diperkenalkan kepadanya nombor-nom-bor, angka dan sebagainya. Kemudian diajar ilmu sains.Diperkenalkan kepadanya ulat-ulat, pokok-pokok, bunga danlain-lainnya. Tidak diperkenalkan langsung kepadanyaALLAH lebih dahulu. Inilah silapnya.

1 0

Page 29: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Apabila seseorang itu tidak kenal ALLAH, seluruh amal-nya sama ada yang berbentuk fardhu mahupun sunat, tidakditerima oleh ALLAH SWT. Ini adalah kerana, kita membuat

kebajikan seperti bersembahyang, berpuasa, berjuang danberjihad, bersedekah dan berkorban, naik haji dan lain-lain-nya, semuanya itu merupakan hadiah ataupun persembahan.Dan tentulah kita perlu tahu kepada siapa kita hendak beri-kan persembahan kita itu. Oleh kerana persembahan ituhendak kita berikan kepada ALLAH, maka tentulah kita perlukenal ALLAH. Kalau kita tidak kenal ALLAH, walau banyakmana sekalipun persembahan kita, kepada siapakah yanghendak kita berikan? Takut-takut bukan kepada ALLAH,tetapi kepada syaitan.

Kalau begitu, sia-sia sahaja sembahyang kita, sia-siasahaja puasa kita, sia-sia sahaja perjuangan dan jihad kita, sia-sia sahaja haji kita dan sebagainya. Betapa tidak kalau kitapersembahkan ia kepada syaitan. Inilah yang dikatakan, orangberbuat tetapi macam tidak berbuat., Macamlah kita hendakmemberi persembahan kepada raja tetapi raja pun kita tidakkenal. Sampai di istana, kita ingat penjaga istana itu raja lalukita persembahkan hadiah itu kepadanya. Bukankah sia-siahadiah kita itu? Tidak ada apa-apa faedah kerana ia tidaksampai kepada raja.

Untuk mengenal ALLAH agar amal kebajikan kita sampaikepada-Nya, kita mesti mempelajari ilmu tauhid yang men-jadi tapak di dalam ajaran Islam. Kalau tauhid tidak ada,aqidah kita rosak dan iman tidak ada. Dan kalau berlakudemikian, tidak ada tempat bagi sembahyang kita, puasa kita,haji kita, perjuangan dan jihad kita, dan sebagainya.

Kalau kita tidak ada ilmu tauhid, kita tidak dapat meng-hurai apa yang terkandung di dalam kalimah syahadah. Be-rerti, tidak ada ertinya kita membaca Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah berulang kali. Walau kita jadikan ia wiriddan zikir berpuluh-puluh ribu kali sekalipun, tetapi ia tidakmemberi erti apa-apa kepada kita. Kita tidak dapat apa-apadaripadanya, kerana kita tidak kenal ALLAH. Kita tidak ada

11

Page 30: 03 - Aqidah Mukmin 3

SIFAT YANG MUSTAHII. BAGI ALLAH

ilmu yang menjadi akar umbi agama.Sebaliknya, kalau kita sudah ada ilmu itu, maka bererti

tapak agama kita sudah kuat. Agama kita sudah bertapak.Tinggal hendak membangunkan sahaja lagi di bidang-bidanglain seperti sembahyangnya, hajinya, puasanya, sedekahnya,perjuangan dan jihadnya, pengorbanannya dan lain-lainnya.Dan semua yang kita bangunkan itu merupakan hadiah yanghendak kita persembahkan kepada ALLAH. Manakala kitasudah kenal ALLAH, maka mudahlah bagi kita untuk mem-persembahkan kepada-Nya.

Oleh yang demikian, perlulah kita menilai kedudukanpengajian kita di bidang tauhid. Sudabkah kita laksanakantuntutan ke atas diri kita sebagai seorang mukallaf yangmewajibkan kita mempelajari serta memahami semua sifatketuhanan dan kerasulan. Setelah kita fahami, hendaklah kitapegang sungguh-sungguh hingga ia benar-benar menjadikeyakinan kita.

12

Page 31: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAB 20

BAHASANSIFAT-SIFAT

MUSTAHIL BAG1ALLAH

1. ‘Adam (tiada)2. Hudus (baharu)3. Thurul ‘Adam (ada kesudahan)4. Almumasalatu lilhawadisi(bersamaan dengan segala baharu)5. Ihtiajuilal khairi(berhajat kepada yang lain)

Page 32: 03 - Aqidah Mukmin 3

MATAN .

W

ajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifatyang mustahil pada Tuhan yang jadi lawan daripada

dua puluh sifat yang wajib baginya dengan dinyatakansatu-persatunya. manakala telah ditetapkan satu-persatu sifatyang wajib bagi ALLAH Taala dua puluh sifat, maka tetaplahmustahil lawannya yang kekurangan itu. Kerana yang ditentu-kan pada alam ini mensabitkan segala ‘aqoid atas jalan tafsilpada segala sifat. Dari itu terlalu besar salah mereka yangtiada mengetahui hal ini lebih daripada tiada mengetahuihukum-hukum feqah kerana jahil akan barang yang wajibbagi ALLAH Taala dan yang mustahil atas-Nya dihukumkankafir tetapi jahil akan hukum-hukum feqah hanya maksiat jua.Maka dengan sebab itulah dinyatakan di sini sifat- sifat yangmustahil satu-persatunya.Yang pertama - ‘Adam ertinya tiada maka tiap-tiap yanglain daripada Tuhan dinamakan ‘adam (boleh 'adam)Yang kedua - Hudus ertinya baharu iaitu ada permulaanbagi wujud Tuhan.Yang ketiga - Thuruwul 'adam ertinya kedatangan ‘adam.Yang dinamakan fana iaitu ada kesudahan bagi wujudTuhan.Yang keempat - Almumasalatu lilhawadisi ertinya bersa-maan dengan segala yang baharu. Seperti ia jirim atauaradh atau baginya pihak atau pada pihak atau bertempat ataubermasa atau kecil atau besar atau bersifat sebagaimana sifat-sifat yang baharu atau mengambil faedah pada perbuatannyadan hukumnya.Yang kelima - Ihtiyaju ilal ghairi ertinya berhajat kepadalainnya seperti berhajat kepada tempat berdiri dan berkehen-dak kepada yang menjadikan dia.

.

Page 33: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALAM bab ini, kita akan perbahaskan sebahagian daripadasifat-sifat yang mustahil bagi ALLAH Taala. Dan mustahildi sini adalah mustahil pada akal yakni: sesuatu perkara itutidak akan diterima oleh akal akan adanya, tetapi yang mahuditerima oleh akal ialah akan tiadanya.

Jadi bila kita memperkatakan sifat-sifat yang mustahilpada ALLAH SWT, ertinya kita akan membahaskan sifat-sifatyang tidak akan berlaku dan yang tidak akan mahu terjadipada zat ALLAH SWT. Akal kita tidak akan mahu menerimayang sifat-sifat itu akan terjadi pada Zat ALLAH SWT.

1. ‘Adam

Sifat mustahil yang pertama bagi ALLAH ialah ‘adam $.Lc)yang ertinya “tiada”. Apa-apa yang selain dari ALLAH SWT,boleh dinamakan ‘adam dan boleh jadi ‘adam. Ertinya selaindari ALLAH SWT, boleh berlaku dan boleh terjadi sifat tiadaitu kerana yang mengada dan yang mentiadakan sesuatu ituialah ALLAH SWT.

Tetapi bagi ALLAH SWT, tidak akan berlaku dan mus-tahil berlaku, sifat tiada ini. Dan akal juga tidak mahu mene-rima yang ALLAH itu tiada. Yang mahu akal terima ialahadanya ALLAH SWT. Kerana kalau ALLAH itu tiada, berertiALLAH itu ada yang mentiadakan dan mengadakan-Nya.

Dan kalaulah ALLAH itu ada yang menyebabkan Diatiada dan Dia ada, maka lemahlah ALLAH. Tentulah yang

1 5

Page 34: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN SIFAT-SIFAT MUSTAHIL BAGIALLAH

mentiada dan yang mengadakan Allah itu lebih gagah. Dankalau ALLAH itu lemah, maka bukanlah dinamakan ALLAHlagi. Sedangkan ALLAH SWT itu Maha Besar dan MahaGagah. Tidak ada yang lebih besar dan lebih gagah dariALLAH. Kerana itu, mustahil ALLAH itu bersifat tiadaatau 'adam tetapi selain daripada ALLAH SWT, akanmenerima ‘adam.

Harus ALLAH Mentiadakan Alam

Ertinya selain dari ALLAH SWT, akan berlaku padanya tiadaatau boleh jadi juga tiada. Jadi semua makhluk dan seluruhalam termasuk kita, haiwan-haiwan, pokok-pokok, binatang-binatang, matahari, langit dan lain-lainnya diadakan dan di-tiadakan oleh ALLAH. Dan mentiadakan semua itu boleh jadisahaja kerana mentiadakan seluruh alam ini harus sahaja bagiALLAH SWT.

Tidak mesti atau tidak wajib bagi ALLAH mentiadakansemua alam dan makhluk yang telah dijadikan-Nya itu keranakalau mesti bagi ALLAH maka bererti ALLAH terpaksamelakukannya. Kalau Allah terpaksa, maka ada yang memak-sa-Nya. Dengan demikian, lemahlah ALLAH. Kalau ALLAHlemah, maka bukan Tuhanlah namanya. Kerana ALLAH ituMaha Gagah dan Maha Besar. Sebab itu, tidak boleh kitakatakan yang wajib bagi ALLAH itu mentiadakan alam ini.Tetapi oleh kerana ALLAH sudah menceritakan di dalam AlQuran yang suatu masa nanti akan ALLAH tiadakan makhlukdan alam ini, maka yang demikian itu pasti berlaku tetapidengan kehendak ALLAH sendiri, bukan ada sesiapa yangmemaksa.

Jadi, seluruh makhluk dan alam ini akan berlaku pada-nya tiada setelab ia diadakan oleh ALLAH SWT. TetapiALLAH SWT itu, mustahil pada-Nya berlaku keadaan tiadakerana tidak ada siapa yang akan mentiadakan-Nya, tidak adasiapa yang akan mematikan-Nya, tidak ada siapa yang akanmembinasakan-Nya dan tidak ada siapa yang akan memfana-

1 6

Page 35: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

kan-Nya. Sebab ALLAH itu berkuasa di atas segala-galanyadan tidak ada siapa pun yang boleh menguasai ALLAH.Kerana itu mustahil ALLAH itu tiada di suatu masa yangakan datang.

2. Hudus

Sifat mustahil yang kedua bagi ALLAH SWT ialah hudus( &3 b) yang ertinya “baharu”. Iaitu ada perrnulaan bagi wujudALLAH SWT. Mustahil ALLAH itu baharu atau ada per-mulaan. Dengan kata lain, mustahil bagi ALLAH itu padamula-mulanya tiada dan kemudian baharu ada sebagaimanajuga mustahil pada ALLAH itu disudahi dengan tiada.Sebaliknya, ALLAH SWT itu bersifat kekal yang tidak ber-mula dan tidak berakhir. Ertinya, tidak ada permulaan bagiALLAH dan tidak ada kesudahan bagi-Nya.

Ini mesti kita yakin sungguh-sungguh kerana kalau ter-gelincir keyakinan kita, maka kita akan jatuh syirik. Kalauketika itu kita mati, tidak sempat untuk bertaubat, maka kitaakan kekal abadi di dalarn Neraka.

3. Thuruwul ‘Adam

Sifat mustahil yang ketiga bagi ALLAH ialah thuruwul‘adam (? ~JI >A) ertinya kedatangan ‘adam yang dinamakan

fana’ iaitu ada kesudahan bagi wujud Tuhan. Dengan lain-lain perkataan, adalah mustahil bagi ALLAH itu menerimakesudahan. Tidak akan berlaku pada ALLAH SWT itu tiadadi satu masa nanti. Mustahil ada akhir bagi ALLAH SWT.

Tetapi selain daripada ALLAH SWT, ada kesudahannya.Seluruh alam dan makbluk ini termasuklah kita, haiwan-hai-wan, alam ini dan lain-lainnya, di satu masa nanti akan mene-rima kesudahan yakni diiringi dengan tiada, dan yang men-tiadakannya ialah ALLAH SWT. Cuma di dalam kitab dise-butkan, ada beberapa perkara yang ALLAH jadikan, tidakakan menerima kesudahan, sebaliknya akan dikekalkan-Nya.Perkara-perkara yang 10 banyaknya itu telah kita sebut dalarn

1 7

Page 36: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN SIFAT-SIFAT MUSTAHIL BAGIALLAH

bab yang lalu. Kekalnya 10 perkara itu adalah kekal aradhi,bukan kekal hakiki; kalau ALLAH tidak mahu mengekalkannya, ALLAH boleh berbuat demikian. Yang kekal hakikihanyalah zat ALLAH SWT.

Antara 10 perkara yang ALLAH kekalkan itu ialah jasadorang yang mati syahid. Ini sebagai penghormatan yangALLAH hendak berikan kepadanya. Begitu sekali ALLAHmuliakan jasadnya, sama seperti jasad para nabi dan rasul.Orang yang mati syahid ini, jasadnya macam jasad orang yangbaharu mati walaupun sudah lama dikebumikan. Darah merah-nya seperti hidup mengalir.

Ada keterangan sejarah yang mengatakan ada orang yangmenemui jasad para Sahabat yang ditanam di tepi sungaiterapung-apung akibat dihakis ‘oleh air. Orang yang menemui-nya mendapati jasad itu seperti jasad orang yang baharu mati,padahal ia sudah tertanam beratus-ratus tahun.

Kalau kita hendak mendapat penghormatan dari ALLAHdengan dikekalkan jasad kita setelah kita mati, hendaklah kitaberniat untuk mati syahid. Malah ada keterangan Hadis yangmengatakan, barang siapa bemiat untuk mati syahid, kalau-pun dia tidak mati syahid, dia masih diberi oleh ALLAHpahala syahid.

Tetapi untuk mendapatkan mati syahid bukanlah mudah.Yang boleh mendapatkannya ialah orang yang mati dalamkeadaan menegakkan hukum-hakam ALLAH. Seorang Saha-bat pemah bertanya kepada Rasulullah tentang mati yangdikira mati syahid. Sahabat itu bertanya, apakah mati keranakeberanian, kerana menegakkan bangsa dan sebagainya itudikira mati syahid? Rasulullah menjawab, tidak. KemudianRasulullah mengatakan bahawa orang yang mendapat matisyahid itu ialah orang yang mati berjuang bagi menegakkankalimah ALLAH agar menjadi tinggi.

Apakah yang dikatakan kalimah ALLAH itu? Ia adalahhukum-hakam yang telah ALLAH turunkan kepada manusia.Orang yang berjuang agar kalimah ALLAH itu menjadi ting-gi, bererti dia berjuang untuk menegakkan hukum-hakam yang

18

Page 37: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

lima iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.Dia berjuang mengajak manusia menerima semua hukum

yang wajib dari ALLAH dan mengamalkannya dalam ke-hidupan sebagai perintah wajib. Kemudian dia berjuang agarhukum yang sunat dari ALLAH diterima sebagai hukum sunatoleh semua manusia dan diamalkan dalam kehidupan mengi-kut kemampuan masing-masing.

Seterusnya dia memperjuangkan hukum yang haram dariALLAH sebagai perintah yang semua manusia mesti tinggal-kan dan mesti jauhi sungguh-sungguh. Dan dia juga memper-juangkan agar hukum yang makruh dari ALLAH diterima se-bagai makruh oleh semua manusia dan dijauhi perbuatan itudi dalam kehidupan mengikut yang terdaya.

Akhirnya dia berjuang menegakkan hukum yang harusdari ALLAH agar semua mengakui keharusannya Dan kalauada yang hendak membuatnya atau hendak meninggalkannya,maka tidak dikira apa-apa kerana hukum harus itu ditakrif-kan sebagai perbuatan yang kalau dilakukan tidak men-datangkan dosa dan kalau ditinggalkan pun tidak berdosa.

Inilah yang dikatakan orang yang berjuang supaya kali-mah ALLAH itu menjadi tinggi. Ertinya, dia berjuang agarkelima-lima hukum ALLAH itu dapat ditingkatkan di dalamkehidupan manusia di semua aspek atau bidang, sama ada didalam ibadahnya, di dalam akhlaknya, di dalam rumah-tangganya, di bidang mengatur pendidikan anak-anak danisterinya, di bidang kemasyarakatannya, di bidang pergaulan-nya, di bidang kenduri-kendaranya, di bidang iktisadnya, dibidang politiknya, di bidang negaranya, perjuangan dan jihad-nya hinggalah kepada perhubungan antarabangsanya. Semuahukum yang lima itu mesti disuluh di bidang-bidang terse-but. Dan kelima-lima hukum itulah yang hendak kita tegak-kan di dalam kesemua bidang kehidupan kita itu.

Jadi kalau seseorang itu berjuang hendak menegakkanhukum yang lima dari ALLAH itu di dalam dirinya, di dalamrumahtangganya, di dalam masyarakat, di dalam ekonominyahinggalah kepada persoalan negara dan antarabangsanya,

1 9

Page 38: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN SIFAT-SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH

maka kalau ditaqdirkan dia mati dibunuh orang ketika itu,matinya itu adalah mati syahid. Dan barulah jasad orang itudikekalkan oleh ALLAH SWT dan dia dimasukkan ke dalamSyurga tanpa soal jawab dan tanpa sebarang hisab.

Mati yang demikian saja yang dikatakan oleh Rasulullahsebagai mati syahid. Selain dari itu, iaitu selain dari berjuangmenegakkan kalimah ALLAH, kalau ditaqdirkan dia matiketika itu, maka matinya itu bukan mati syahid. Jadi bukan-lah mudah untuk mendapat mati syahid ini. Orang yang benar-benar dapat mati syahid, jasadnya ALLAH muliakan denganALLAH kekalkan ia. Segala dosanya ALLAH ampunkan dandia ibarat kanak-kanak yang baharu lahir.

Kalaulah semangat ingin mati syahid ini dapat kita hidup-kan kembali di dalam jiwa umat Islam, semua orang akanberjuang mati-matian untuk meninggikan kalimah ALLAH.Semua orang akan berjuang dan berjihad agar hukum-hakamALLAH itu dapat dibangunkan di dalam semua bidang ke-hidupan dari persoalan diri, rumahtangga, anak isteri, aqidah,ibadah, masyarakat hinggalah kepada persoalan alam sejagat.Kemudian mana yang ALLAH sudah tentukan mati syahid,maka dia akan dapat mati syahid tetapi mana yang ALLAHtidak tentukan mati sy’ahid, dia mendapat kemuliaan di du-nia. Dia akan menjadi kuat dan gagah di dunia. ALLAH akanhidupkan ia sebagai orang yang terhormat dan mulia.

Orang yang mati syahid ALLAH kekalkan jasadnya

Kerana dia berjuang untuk mati, maka ALLAH hidupkan diasebagai orang yang mulia. Tetapi kalau dia berjuang keranahendak hidup, insya-ALLAH akan ALLAH matikan dia.Kalaupun tidak mati jasad, jiwanya atau rohnya mati. Di sini-lah syaitan begitu pandai sekali mencelah untuk menghasutmanusia supaya mati kerana pangkat, kerana perempuan,kerana dunia, kerana hendak nama, kerana bangsa, kerananegara dan lain-lainnya. Semua orang akan bersungguh-sung-guh berjuang. Tetapi kalau kita sebut mati syahid, tidak ada

20

Page 39: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

orang yang mahu. Sedangkan mati syahid itu mati yang palingmulia di sisi ALLAH SWT hingga ALLAH kekalkan jasad-nya. Cuma kekal itu bukan kekal yang hakiki tetapi kekalaradhi.

4. Al Mumasalatu lilhawadisi

Kemudian sifat yang keempat yang mustahil pada ALLAHSWT ialah al mumasalatu lilhawadisi (ASI+ iL”MI) iaitu“bersamaan dengan segala yang baharu”. Kita mesti tolak dannafikan yang ALLAH itu bersamaan dengan segala yangbaharu. Dan perlu kita ingat di sini bahawa apabila kitamemperkatakan yang baharu, maksudnya ialah ma siwallah(selain ALLAH) iaitu makhluk, alam dan segala yang baharu.

Deng,an lain-lain perkataan, ALLAH tidak sama denganmakhluk, tidak sama dengan alam dan tidak sama denganyang baharu, Tidak sedikit pun ada persamaan ALLAH itudengan segala yang baharu sama ada alam manusia atau alamhaiwan, alam tumbuhan, Alam Syahadat, Alam Jabarut, AlamKubur dan sebagainya. Kalau kita katakan ada sedikit sahajapersamaan ALLAH dengan yang baharu itu, maka kita telahkufur; kita telah murtad. Jadi hendaklah kita iktiqadkan yangALLAH itu langsung tidak ada persamaannya dengan segalayang baharu.

Ertinya, ALLAH itu tidak serupa dengan manusia, tidakserupa dengan jin, tidak serupa dengan pokok-pokok, tidakserupa dengan bulan, tidak serupa dengan bintang, tidak se-rupa dengan malaikat dan apa saja. Sebab itu, bersamaanALLAH itu dengan sebarang makhluk adalah mustahil. Akal-kita tidak akan mahu menerimanya.

Cuba kita bahaskan di antara sifat-sifat makhluk atau yangbaharu itu. Salah satu darinya ialah setiap makhluk itu ada-lah jirim, iaitu sesuatu yang mengarnbil lapang atau ruang.Dari segi sains, takrif jirim itu ialah sesuatu yang mengisi ataumenempati ruang, dan jirim itu sama ada berbentuk pejal,cecair ataupun gas. Kalau demikian pengertiannya, maka se-tiap makhluk sama ada manusia, binatang, kerusi meja, buku-

2 1

Page 40: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN SIFAT-SIFAT MUSTAHIL BAG1 ALLAH

buku, bulan, bintang, udara, langit, lautan dan apa saja,semuanya adalah jirim. Kalau besar jirim itu, maka besarlahruang yang diambilnya, dan kalau kecil jirim itu, maka kecil-lah ruang yang diisinya.

ALLAH SWT tidak menyerupai sebarang jirim keranaALLAH tidak mengambil lapang dan tidak mengisi ruang.Mengapa? Sebabnya, lapang dan ruang itu sendiri punALLAH yang menjadikan. Kerana itu ALLAH tidak perlukepada lapang dan ruang. Yang perlu kepada lapang danruang ialah jirim kerana jirim yang mengisi ruang dan lapang.Jadi, mustahil ALLAH itu menyerupai jirim.

Kemudian di antara sifat jirim ialah aradh yakni sifat-sifatyang mendatang pada jirim itu. Bolehlah kita katakan bahawadi antara sifat-sifat jirim ialah aradh iaitu setiap jirim, pada-nya akan berlaku keadaan gerak ataupun keadaan diam. Erti-nya, jirim itu kadang-kadang bergerak dan kadang-kadangdiam. Gerak dan diam itu berlaku silih berganti. Kalau jirimitu bergerak maka hilang diamnya tetapi kalau jirim itu diammaka hilang geraknya.

Apakah boleh berlaku pada jirim itu keadaan diam dankeadaan gerak dalam satu masa? Atau bolehkah jirim itu diamdan bergerak serentak? Tentunya mustahil. Akal kita tidakakan mahu menerima akan berlakunya keadaan gerak dandiam serentak pada jirim.

ALLAH SWT tidak menyerupai aradh pada makhluk.Sebab ALLAH itu tidak terlibat dengan gerak dan diam.Sedangkan gerak dan diam itu pun ALLAH yang menjadi-kannya. Yang demikian itu ALLAH tidak memerlukan gerakdan diam.

Kalau begitu, bagaimanakah keadaan ALLAH itu?Jawabnya, wallahu a‘lam. ALLAH sahaja yang Maha Me-ngetahui sifat-Nya. Kita tidak wajib mengetahui itu semua.Para nabi dan rasul pun tidak mengetahuinya. Kerana itu tidakperlu kita bahaskan.

Perbahasan tauhid ini tidak sama dengan perbahasanfeqah. Di dalam mempelajari tauhid, setelah kita bahaskan

22

Page 41: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

sifat ALLAH itu hingga kita tidak tahu hakikatnya, makaitulah yang dikatakan orang yang telah mengetahui. Ertinya,perbahasan tauhid bukan hendak dilakukan sampai dapatkerana kalau dibahaskan tauhid itu sampai dapat, sampai tahuhakikat sifat Tuhan, maka itulah yang dikatakan tidak dapat.Salah-salah langkah, boleh tersesat.

Berlainan dengan feqah, yang mana kita perlu mem-bahaskan sesuatu itu hingga kita dapat dan mengetahuinya.Selagi kita tidak mengetahui hakikatnya, kita akan terusmelakukan kesalahan dan dosa. Tetapi bagi tauhid, yang perlubagi kita ialah meyakininya. Itu saja. Keyakinan kita tidakboleh tergelincir walau sedikit pun.

Selanjutnya, sifat yang baharu ini ada baginya pihak-pihak. Umpamanya, kalau tidak di hadapan, ia di belakang;kalau tidak di kanan, ia di kiri; kalau tidak di atas, ia dibawah; kalau tidak di timur, ia di barat; kalau tidak di utara,ia di selatan dan seterusnya. Tiap-tiap ketika, ada baginyapihak-pihak. Tetapi ALLAH SWT tidak demikian. ALLAHtidak terlibat dengan pihak-pihak.

ALLAH tidak di hadapan atau di belakang; tidak di kiriatau di kanan; tidak di atas dan di bawah atau pihak manasekalipun. Tegasnya, ALLAH itu tidak bertempat keranaALLAH tidak memerlukan ruang. Yang memerlukan ruanghanyalah jirim, dan kerana itu jirim sahaja yang perlukanpihak dan bertempat-tempat.

Kemudian jirim pula selain dari ada baginya pihak-pihak,ia juga berpihak-pihak. Ertinya pada jirim ada pihak yangsebelah kiri dan yang sebelah kanan; ada pihak yang sebelahbawah dan yang sebelah atas; ada pihak yang luar dan adapihak yang di dalam. ALLAH tidak boleh dikatakan demi-kian. Mustahil ALLAH itu berpihak-pihak. Tidak ada bagiALLAH itu kiri atau kanan, atas atau bawah, dan sebagai-nya. Akal akan menolak berlakunya sifat demikian padaALLAH kerana bersalahan ALLAH itu dengan segala yangbaharu.

Seterusnya, setiap makhluk terlibat dengan masa. Kata-

23

Page 42: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN SIFAT-SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH

lah seorang kanak-kanak baharu lahir. Maka lahirnya itu,kalau tidak hari Ahad, hari Isnin dan kalau tidak Isnin,’ hariSelasa, dan begitulah seterusnya pada hari-hari yang kita kira.

, Kemudian kalau dia tidak lahir pagi, dia lahir pada petang-nya atau pada malamnya dan seterusnya pada waktu-waktuyang tertentu. Ertinya, dia tetap akan terlibat dengan masa.Begitulah juga dengan semua makhluk, tidak ada yang bolehmengelak daripada terlibat dengan masa.

Tetapi ALLAH SWT tidak demikian. ALLAH tidak ter-libat dengan hari-hari Isnin atau Selasa, Rabu dan seterusnya.ALLAH juga tidak terlibat dengan masa siang, malam, pagidan petang. ALLAH juga tidak terlibat dengan sebarangwaktu, detik atau saat. Demikianlah hebatnya ALLAH diban-dingkan dengan makhluk seperti manusia. Walaupun sese-orang itu besar kuasanya, besar pangkat dan darjatnya, ban-yak hartanya, ternama dan terbilang, namun dia tidak bolehberbangga kerana tarafnya dengan makhluk lain sama saja.Iaitu masing-masing tidak boleh melepaskan diri daripadaterlibat dengan masa. Hanya ALLAH yang tidak terlibatdengan sebarang ketika. Sedangkan ketika, masa, hari dansebagainya itu pun ALLAH yang jadikan.

Kalau begitu, makhluk seperti kita ini kerdil sangat di sisiALLAH. Kerana itu, tidaklah boleh kita bersikap sombongdan bongkak kepada ALLAH. Dan kerana itu, tidaklah bolehtunjuk lagak tidak mahu menyembah ALLAH, tidak mahuikut perintah ALLAH, tidak mahu pakai peraturan hidupALLAH dan sebagainya.

Kemudian makhluk ada ukuran kecil dan besar. TetapiALLAH tidak ada ukuran kecil dan besar. Bila kita sebutALLAH itu Maha Besar, perlu kita faham bahawa besar yangdimaksudkan bukan macam besar yang baharu seperti besarkita, besar gunung, besar langit, besar bumi dan sebagainya.Besar ALLAH itu bukan serupa dengan yang baharu. Kalaubegitu, bagaimana besar ALLAH yang kita sebut-sebut AllahuAkbar itu? Jawabnya, kita tidak tahu, wallahu a’lam.ALLAH sahaja yang mengetahui sifat-Nya. Kita tidak perlu

24 I

Page 43: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

mengetahui hakikat besarnya ALLAH. Itu adalah hakALLAH.

ALLAH tiada mengambil faedah pada perbuatan danhukum-Nya

Yang wajib kita ketahui ialah ALLAH itu Maha Besar sesuaidengan kehendak-Nya, sesuai dengan segala sifat-Nya. Keranaitu jangan kita bayang-bayangkan ALLAH itu dengan sifat-sifat yang baharu, berkulit, berdaging, ada berwarna sepertihitam, putih, kuning dan sebagainya. Kalau kita berbuatdemikian, kelak kita akan bertuhankan syaitan. ALLAH itutidak bersifat sepertimana sifat segala yang baharu.

Begitu juga, mustahil bagi ALLAH mengambil faedahpada perbuatan-Nya dan pada hukum-Nya. ALLAH jadikanmanusia, jin, haiwan, malaikat, bumi, langit dan segala yangbaharu ini, bukan kerana hendak mengambil faedah darinya.Sebaliknya, ALLAH jadikan semua itu untuk faedah makhluksendiri. ALLAH tidak perlu kepada segala yang dicipta-Nyaitu.

Begitu juga hukum-hukum yang telah ALLAH tetapkanseperti hukum wajib, sunat, haram, makruh dan hams, hukumsah dan batal dan lain-lainnya, ALLAH tidak mengambil fa-edah darinya. ALLAH jadikan semua itu untuk faedahmakhluk ini sendiri. Kalau makhluk dapat menghormatihukum-hukum ALLAH itu, bukan sahaja di Akhirat dia akanselamat, di dunia lagi dia selamat.

Betapa tidaknya. Kalau semua makhluk dapat menghor-mati hukum ALLAH, maka tentunya tidak akan timbul per-gaduhan, pembunuhan, peperangan, curi-mencuri, maksiat danlain-lainnya. Tirnbuhnya kemungkaran dan kedurjanaan ituadalah akibat dari manusia tidak mahu menghormati hukumALLAH. Akhimya yang hidup susah ialah manusia sendiri.Sedangkan ALLAH tidak susah di atas kesusahan manusia.

Samalah seperti sebuah kerajaan yang mengadakan hukumlalulintas. Kalau manusia menghormatinya dengan mematuhi

25

Page 44: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN SIFAT-SlFAT MUSTAHIL BAG1 ALLAH

undang-undang itu, maka manusia itulah yang mendapatfaedah darinya. Tetapi kalau dia tidak mahu ikut hukum,hendak langgar perintah lalulintas yang telah disediakan itu,tiba-tiba dia berlanggar dan masuk parit, siapakah yangmenderita?

Hukum-hukum yang ALLAH jadikan untuk manusiademikian juga. Kalau semua manusia dapat menghormatinya,maka manusia akan hidup aman dan damai, tidak berlaku

kekacauan dan sebagainya. Jadi faedahnya adalah untukkeselamatan hidup manusia itu sendiri, sama ada di Akhiratmahupun di dunia. ALLAH tidak mengambil sebarang faedahdarinya.

Sama ada manusia hendak menghormati hukum-hukumitu ataupun tidak, ALLAH tidak susah. Kebesaran ALLAHtetap juga sepertimana kebesaran-Nya. Bagi ALLAH, adaorang menyembah-Nya ataupun tidak, Dia tetap begitu. Tidakada satu pun cacat celanya. ALLAH tidak bertambah kebesar-an-Nya kalau ramai orang yang menyembah-Nya dan tidakpula berkurang kebesaran-Nya kalau seorang saja yang me-nyembah-Nya. Katalah semua manusia di dunia ini boikottidak mahu sembah ALLAH. Apakah ALLAH akan merasayang kebesaran dan kekuasaan-Nya tergugat? Tidak sekali-kali. Tidak merosot kekuasaan dan kebesaran kerajaanALLAH, kalau manusia kempen tidak mahu menyembah-Nya.ALLAH tetap Maha Besar, Maha Hebat, Maha Gagah, MahaKuasa dan sebagainya.

Yang akan merosot kekuasaan dan kebesaran, kalaumanusia kempen tidak mahu sokong ialah kerajaan manusiadi dunia. Kalau seseorang raja itu, manusia pakat ramai-ramaitidak mahu sokong dia, maka merosotlah kekuasaannya. Manaboleh seseorang itu isytihar jadi raja kalau orang lain tidakmahu menerimanya! Tetapi, kalau semua rakyat memberisokongan kepadanya, maka besarlah pemerintahannya.

ALLAH tidak langsung mengambil faedah dari sebarangperbuatan-Nya sama ada makhluk yang dijadikan ataupunhukum yang ditetapkan. Yang mengambil faedah dari sesuatu

26

Page 45: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

perbuatan ialah makhluk. Umpamanya, kalau kita buat rumah,faedahnya untuk kita duduk di dalamnya atau kalau kita tidakduduk, kita akan sewakan. Begitu juga dengan pemerintahanmanusia di dunia ini; segala peraturan dan undang-undangadalah untuk faedah manusia. Sekurang-kurangnya untukmenjaga kepentingan kerajaan manusia itu supaya jangan adayang mengancam dan sebagainya.

Kerana manusia berkepentingan dalam setiap perbuatandan peraturannyalah, maka sampai ada setengah-setengahpemerintah di dunia tolong membuatkan peraturan bagi ne-gara lain. Disediakannya peraturan berekonomi negara itu,disediakannya peraturan pendidikan negara itu, disediakan-nya peraturan ketenteraan negara itu dan sebagainya. Tuju-annya adalah untuk menjajah negara itu. Kita yang tidak tahuini menyangka yang pemerintah itu begitu baik sekali hing-ga tolong menyediakan peraturan negara kita. Kita tidak sedaryang rupa-rupanya dia ada kepentingan.

Begitulah sifat makhluk yang mengambil faedah daripadaperbuatannya. Tetapi ALLAH tidak demikian. KeranaALLAH itu tidak langsung menyerupai makhluk walau disudut mana sekalipun. Jadi mustahil ALLAH itu menyamaisegala yang baharu. Hal ini tidak akan terjadi pada zatALLAH SWT. Akal kita juga tidak akan mahu menerimanya.

5. Ikhtiyaju ilal Ghairi

Seterusnya sifat mustahil bagi ALLAH yang kelima ialah“berhajat kepada yang lain”. Misalnya, mustahil ALLAH ituberhajat kepada tempat berdiri ataupun ALLAH itu berhajatkepada yang menjadikan Dia. Tidak akan dapat diterima olehakal kita yang ALLAH itu berhajat demikian. Yang demikiankita kata ALLAH itu Ihtiyaju ilal ghairi &I JI C&~). Kitamesti tolak keyakinan ini.

27

Page 46: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAB 21

BAHASAN SIFAT-SIFAT MUSTAHIL

BAG1 ALLAH

6. Anla yakuna wahidan7. ‘Ajzun8. Karahiyah

Page 47: 03 - Aqidah Mukmin 3

/ MATAN .ang keenam - Anla yakuna wahidun (Lb&&i)

@ertinya bahawa tiada Ia esa. Seperti berbilang Tuhan

pada zat umpama bersusun daripada beberapa unsuratau ada zat yang lain menyamai seperti zat-Nya dan tiadaesa pada sifat umpama dua Qudrat atau ada sifat yang lainmenyamai seperti sifat Tuhan dan tiada esa pada perbuatanseperti ada perbuatan yang lain menyamai seperti perbuatanTuhan memberi bekas pada mengadakan dan mentiadakan.

Yang ketujuh - 'ajzun &) ertinya lemah seperti lemahTuhan daripada menjadikan segala mumkinat.

Yang kelapan - karahiyah (+I$) ertinya tergagah um-pama menjadikan alam dengan tidak kehendak atau denganlupa serta lalai atau mengadakan dengan ‘illah atau tabiat.

Adapun makna lupa iaitu pada mulanya ada pengetahuankemudian masa menjadikan tiada pengetahuan dan maknalalai am sama ada pada mulanya ada pengetahuan atau tiadamaka lupa itu khas kerana tertentu ada pengetahuan dahulu-nya. Dan lalai itu am (sama ada ada pengetahuan terdahuluatau tiada).

Dan makna menjadi dengan ‘illah itu iaitu dikatakanwujud ALLAH Taala itu melazimkan wujud kainat sepertilazim ma’lul dengan ‘illah umpama gerak tangan ‘illah gerakcincin dan makna menjadi dengan tabiat seperti api tabiatnyamenghanguskan. Adapun jalan lupa dan lalai menafikaniradah itu ialah keduanya melazimkan temafi ilmu yangmembawa kepada lazim temafi iradah kerana iradah menya-haja pada menentukan setengah yang hams atas mumkin. Danmenyahaja daripada yang jahil itu mustahil dan jalan ‘illahatau tabiat menafikan iradah kerana jika dikatakan adanyaalam ini dengan ‘illah atau tabiat nescaya alam itu qadim. Juaketika itu adanya tiada dapat diqasadkan yang demikian terbittahsilul hasil.

.

Page 48: 03 - Aqidah Mukmin 3

6. Anla Yakuna Wahidan

SIFAT mustahil yang keenam pada ALLAH SWT ialah anlayakuna wahidan (ILK d,& Y J); ertinya “tiada Tuhan itu esa(atau tiada Tuhan itu satu atau Tuhan itu tunggal)“. Mustahilbagi ALLAH Taala bersifat tidak satu atau tidak esa. Yangmesti kita yakini ialah, ALLAH itu satu atau esa atau tung-gal. Sama ada pada zat-Nya, pada sifat-Nya atau pada per-buatan-Nya.

ALLAH itu esa pada zat dengan ertikata mustahil zatALLAH SWT itu tersusun daripada anasir seperti darah,daging, tulang, lemak-lemak dan sebagainya. Tidak boleh kitakatakan yang zat ALLAH Taala itu demikian.

Begitu juga mustahil pada ALLAH Taala itu, adanya zatyang lain seumpama zat-Nya. Zat ALLAH SWT adalah suatuzat yang tidak dapat kita fikirkan kerana zat ALLAH itu tidakserupa baginya sesuatu. Ertinya, zat ALLAH SWT tidakserupa dengan makhluk atau dengan segala yang baharu.Sebab itu, kita tidak boleh menggambarkan dengan akal fikir-an kita akan keadaan zat ALLAH SWT. Sabda RasulullahSAW:

3 1

Page 49: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN TENTANG SIFAT-SIFAT YANG MUSTAHIL PADA ALLAH

Maka apa saja yang terlintas pada hati kamu itu,ALLAH menyalahi yang demikian.

Jadi, bukan saja kita nafikan yang zat ALLAH SWT itutersusun daripada berbagai anasir, bahkan kita juga menafi-kan adanya zat yang lain seumpama zat ALLAH. Zat yangtidak serupa dengan yang baharu ini hanya zat ALLAH SWTsahaja. Tidak boleh kita katakan adanya zat yang lain samaseperti zat ALLAH SWT. Tidak akan diterima oleh akalberlakunya demikian.

Tiada yang dapat menggugat kuasa ALLAH

Ini yang dikatakan bahawa mustahil keesaan ataupunketunggalan ALLAH itu berbilang kerana Dia tidak tersusundaripada anasir-anasir kulit, daging, darah, tulang dan seba-gainya, dan Dia juga tidak seumpama dengan zat makhlukatau zat yang baharu. ALLAH tidak serupa dengan manusia,dengan binatang, dengan pokok, dengan batu, dengan jin,dengan malaikat, dengan bulan, bintang, matahari dan lain-lainnya. Kalau begitu, bagaimanakah rupanya zat ALLAH itu?Jawabnya, wallahu a’lam. ALLAH sahaja yang mengetahuizat-Nya.

Di dalam Al Quran, ALLAH tegaskan betapa Dia tidakserupa dengan makhluk dengan firman-Nya:

Tiada menyerupainya (ALLAH) dengan segala sesuatu.(As Syura: 11)

Kalaulah ada suatu zat yang lain serupa dengan zatALLAH SWT, maka berertilah ada yang menyamai ALLAHSWT. Yang demikian bererti adanya dua Tuhan. Kalau adadua Tuhan yang serupa, sudah tentulah lebih awal lagi duniaini hancur kerana masing-masing akan berebut kuasa. Macam-lah kita manusia; kalau ada ramai yang sama kuat dan sama

32

Page 50: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQiDAH MUKMIN (III)

gagah, maka masing-masing akan berebut kuasa.Tetapi apa yang kita dapati, dunia kita ini begitu aman

dan damai. Matahari, bulan, bintang, haiwan, tumbuhan danlain-lainnya, elok saja. Ini menunjukkan bahawa ALLAHhanya satu. Tidak ada siapa yang dapat menggugat kuasa-Nya.Jadi mustahillah zat ALLAH SWT itu berbilang-bilang. Diaadalah esa.

Kemudian, sifat ALLAH Taala juga tidak berbilang. SifatALLAH SWT adalah tunggal atau esa sebagaimana juga zat-Nya. Mustahilnya berbilang sifat ALLAH SWT ini boleh kitabahaskan dalam dua makna. Yang pertama, maksud sifatALLAH SWT itu tidak berbilang ialab bahawa tidak ada duasifat pada ALLAH SWT. Umpamanya tidak ada dua QudrahALLAH SWT atau tidak ada dua Sama’, atau tidak ada duaBasar dan seterusnya bagi sifat-sifat ALLAH yang lain. Jadisifat ALLAH SWT ini tidak berbilang iaitu tidak dua, tidaktiga dan seterusnya. Berbeza dengan sifat makhluk yang berbi-lang-bilang.

Kita ambil contoh sifat melihat kita; keadaannya bolehberbeza-beza. Misalnya bila kita melihat satu benda yang jauh,kecil saja kelihatannya tetapi kalau benda itu dekat sedikit,kita nampak besar sedikit. Kalau dekat lagi, ia menjadi lebihbesar. Manakala kalau terlalu dekat dengan mata kita, lang-sung tidak jelas benda itu. Kemudian kalau kita melihat satubenda dalam gelap, lain pula penglihatannya, manakala kalauterlalu terang, boleh jadi tak nampak langsung.

Di sini kita dapati yang sifat melihat kita ada berbagai-bagai. Ini yang dikatakan berbilang. Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain pada kita. Misalnya qudrah atau tenaga kita.Kalau kita mengambil sebiji cawan kopi, cukup dengan duabatang jari. Tetapi kalau mengangkat sebaldi air, terpaksagunakan lima batang jari. Manakala kalau hendak mengang-kat seketul batu besar pula, mungkin kita tidak boleh meng-angkatnya seorang diri. Jelaslah bahawa qudrah kita berbi-lang-bilang.

Contoh lain ialah sifat mendengar kita. Bila jauh, sesuatu

3 3

Page 51: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN TENTANG SIFAT-SIFAT YANG MUSTAHIL PADA ALLAH

suara itu tidak jelas pada pendengaran kita. Bila dekat, baru-lah jelas sedikit. Tetapi kalau terlalu dekat dengan telinga,boleh jadi pecah pula telinga kita kerana bunyi yang terlalukuat.

Begitulah keadaannya sifat yang ada pada makhluk sepertikita ini. Semuanya berbilang-bilang. Tetapi sifat ALLAHSWT tidak demikian. Umpamanya sifat Qudrah yang adapada ALLAH SWT tetap satu. Kalau ALLAH kehendaki se-suatu perkara itu dijadikan, tidak kira sekecil mana ataupunsebesar mana, ALLAH hanya berkata, “kun” - fayakun iaitu“Jadi” kata ALLAH, maka jadilah ia. Tidaklah pada ALLAHitu, hendak menjadikan bumi dan langit susah sedikit mana-kala hendak menjadikan manusia ini senang sedikit. Ataukalau hendak menjadikan Akhirat yang ada Syurga danNeraka, bertambah susahnya. Qudrah ALLAH tidak demi-kian.

Pada ALLAH, sama saja menjadikan benda kecil ataubesar, berat atau ringan, bulat atau tirus, dan apa saja. KalauALLAH kehendaki ia jadi, maka jadilah ia. Begitu kuasaALLAH.

Kemudian, ALLAH juga berkuasa untuk membinasakansesuatu perkara yang telah dijadikan-Nya. ALLAH yangbersifat Qudrah itu kata, “Hapus” maka hapuslah perkara itu.Tidak kira perkara itu sebesar jarum mahupun sebesar duniaini. Setaraf saja ALLAH hendak menghapuskan benda yangbesar dengan benda yang kecil. Kalau ALLAH hendak hapus-kan jarum itu dengan sekelip mata kita, maka ALLAH jugaberqudrah menghapuskan dunia ini dengan sekelip mata. Jadi,satu bentuk saja sifat Qudrah yang ada pada ALLAH SWT.

Begitulah juga dengan sifat melihat ALLAH SWT. Tidakboleh kita katakan yang sifat melihat ALLAH itu berpering-kat-peringkat yang mana kalau dalam gelap ALLAH tidaknampak tetapi kalau dalam terang ALLAH nampak. Mana-kala kalau jauh kecil saja pada penglihatan ALLAH dan kalaudekat, baru jelas ALLAH nampak. Tidak demikian sifatmelihat bagi ALLAH SWT. Pada penglihatan ALLAH, tidak

3 4

Page 52: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

kira jauh atau dekat, kecil atau besar, dalam gelap atau dalamterang, terlindung atau tidak, semuanya sama saja dan setaraf.

Begitu juga bagi sifat kehendak atau Iradah ALLAHSWT; sama ada kehendak ALLAH itu perkara yang mudahatau susah pada pandangan kita, pada ALLAH sama saja.Kalau sesuatu perkara itu kecil, mudah bagi kita mendapat-kannya. Tetapi kalau ia terlalu besar, terpaksalah kita meran-cangnya, lima tahun, 10 tahun dan sebagainya. Sebab itujugalah manusia terpaksa merancang projek-projeknya men-jadi 5 atau 10 tahun dan sebagainya.

Seterusnya bagi ilmu ALLAH, ia tidak seperti ilmumakhluk. Ilmu makhluk berbilang-bilang seperti kadang-kadang kita boleh dapat banyak ilmu dan kadang-kadang ilmukita kembali berkurang kerana banyak yang dah terlupa.Sedangkan ilmu ALLAH sentiasa lengkap, sempuma dantetap. Tidak pula ada ketikanya kurang dan ada ketikanyalebih.

Jadi sifat ALLAH SWT itu adalah esa dan tidak berbi-lang-bilang. Dan mustahil juga adanya satu sifat lain yangsama dengan sifat-sifat ALLAH. Tidak akan terjadi adanyasatu kuasa lain sama ada kuasa itu yang kita beri nama atautidak, yang sama sifatnya dengan sifat ALLAH.

Katalah ada orang berkata, “Sifat benda itu macam sifatTuhan yang kita sembah.” Mustahil! Akal kita tidak dapatmenerima terjadinya satu kuasa lain yang padanya ada sifat-sifat yang serupa dengan sifat ALLAH seperti qudrahnyasama dengan Qudrah ALLAH iaitu kalau kuasa itu hendakmenjadikan sesuatu, dia juga boleh menjadikannyasebagaimana ALLAH menjadikan sesuatu. Ini mustahil.Kerana, sifat-sifat yang esa atau tunggal itu hanya berlakupada zat ALLAH SWT sahaja. Ia tidak akan berlaku danmustahil berlaku pada makhluk-makhluk yang lain.

Seterusnya, perbuatan ALLAH juga esa dengan maksudtidak ada perbuatan lain yang menyamai perbuatan ALLAHyakni memberi bekas pada mengadakan dan mentiadakan.

Kalaulah ada orang berkata yang ada satu perbuatan sama

3 5

Page 53: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN TENTANG SIFAT-SIFAT YANG MUSTAHIL PADA ALLAH

ada perbuatan malaikat atau perbuatan jin atau perbuatan wali-wali ALLAH atau perbuatan sebarang makhluk yang menya-mai perbuatan ALLAH SWT pada mengadakan sesuatu ataumentiadakannya, pada hendak menjadikan sesuatu atau tidakmahu menjadikannya atau memusnahkannya, maka hukum-nya adalah syirik. Sedangkan ALLAH berfiian:

Sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan mengampunkanmereka yang mensyirikkan-Nya sebaliknya DIA meng-ampunkan dosa-dosa selain itu terhadap siapa yangDIA kehendaki.

(An Nisa’: 48)

Dalam ha1 ini, jangan sekali-kali kita percaya akan ada-nya suatu kuasa yang lain selain kuasa ALLAH, pada men-gadakan atau mentiadakan, pada menjadikan atau memusnah-kan. Hendaklah kita percaya yang hanya perbuatan ALLAHsahaja yang boleh memberi bekas. Lain dari perbuatanALLAH tidak boleh memberi bekas. Jin atau syaitan atausebarang makhluk lain misalnya, semuanya tidak boleh mem-beri bekas kepada perbuatannya.

Tetapi inilah yang susah hendak kita tanamkan di dalamjiwa kita. Jiwa yang telah dapat berkeyakinan bahawa hanyaperbuatan ALLAH saja yang boleh memberi bekas, itulahyang dikatakan jiwa tauhid. Hanya jiwa tauhid sahaja yangboleh mengelakkan diri daripada terjerumus kepada dosasyirik. Fikiran tauhid masih lemah kalau berhadapan dengansituasi-situasi yang mencemaskan.

Katalah kita sedang berjalan-jalan, dan tiba-tiba terserem-pak dengan seekor anjing besar yang ganas. Bagaimanakahperasaan kita ketika itu? Tentunya kita akan berkata, “Kalauanjing ini menggigit aku, binasalah aku. Matilah aku dibuat-nya.” Kata-kata yang demikian terus membawa kita kepadasyirik. Seandainya benar anjing itu menggigit dan ditaqdir-

36

Page 54: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH M U K M I N ( I I I )

kan kita mati tanpa sempat membetulkan keyakinan awal tadi,maka matilah kita dalam aqidah yang syirik. Akan kekallahdi dalam Neraka selama-lamanya.

Perhatikanlah betapa mudahnya kita boleh jatuh syirik.Dalam keadaan yang secemas itu, tentunya kita tidak dapatmemikirkan pengajian kita mengenai ketauhidan kepadaALLAH. Tetapi kalau hati kita yang telah bertauhid kepadaALLAH, dalam keadaan yang cemas itu, kita masih lagitenang kerana hati kita mempunyai keyakinan bahawa anjingyang walau macam mana besar dan ganas sekalipun tidakakan boleh merosakbinasakan kita.

Yang boleh merosakbinasakan kita hanyalah ALLAH.Cuma sudah ALLAH jadikan yang tiap-tiap sebab itu mem-bawa akibat. Oleh itu, sekiranya ditaqdirkan kita digigit anjingitu dan kemudian binasa, maka itu memang sudah kehendakALLAH. Hakikatnya ALLAH-lah yang membinasakan kita,bukan anjing itu.

Hanya dengan jiwa tauhid sahaja yang boleh membantupemikiran dan tindakan kita di dalam keadaan yang cemasseperti itu. Dengan sekadar berakal tauhid sahaja, kita bolehterjerumus kepada syirik. Tetapi kalau kita dapat menanam-kan jiwa tauhid, kita tidak akan cemas berhadapan dengansituasi demikian. Jangankan berhadapan dengan anjing besardan ganas itu, berhadapan dengan kuasa-kuasa yang lebihbesar pun kita tidak takut. Datanglah kuasa besar mana se-kali pun hatta kuasa besar seperti Rusia atau Amerika, umatIslam yang benar-benar berjiwa tauhid tidak akan gentar.

Malangnya, perasaan dan roh demikian tidak ada lagi didalam jiwa umat Islam. Roh tauhid sebenarnya sudah ALLAHcabut daripada jiwa umat Islam hingga menjadikan umatIslam pengecut-pengecut belaka. Sedangkan umat Islam yangbenar-benar mempunyai roh tauhid adalah umat yang berani-berani belaka. Tidak takut dan tidak gentar dengan ancaman-ancaman atau cakap-cakap gertak.Dan inilah yang beratnya dalam mengkaji dan mempelajariilmu tauhid. Sekadar hendak mendapatkan ilmunya sahaja

3 7

Page 55: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN TENTANG SIFAT-SIFAT YANG MUSTAHIL PADA ALLAH

adalah mudah tetapi untuk benar-benar mempunyai roh tauhidamat sukar sekali. Hendak belajar taubid sampai terasa didalam hati pergantungan diri kita hanya kepada ALLAH,itulah yang susahnya. Hendak merasakan di dalam hatibahawa hanya kuasa dan perbuatan ALLAH saja yang bolehmemberi bekas pada diri kita, itulah yang susahnya. Kalauberlaku sesuatu pada diri kita umpamanya, hendaklah kitayakini sungguh-sungguh yang perbuatan itu hakikatnyaperbuatan ALLAH kerana tidak ada perbuatan lain yangmenyamai perbuatan ALLAH. Inilah yang amat sukar.

Kalau keyakinan kita tepat, sebab-sebab yang membawakepada akibat itu hanyalah sunnatullah saja. Memang sudahALLAH kehendaki yang tiap-tiap perkara itu terjadinya ber-sebab. Kalau mati misalnya, ia adalah disebabkan sakit; bolehjadi digigit anjing atau dilanggar kereta atau terjatuh dalamsungai atau sakit perut dan sebagainya. Begitu jugalah dalamkejadian-kejadian yang lain; seperti hendak anak disebabkan i

perkahwinan, kenyang disebabkan makan, berjaya disebabkanpandai dan lain-lainnya.

Namun demikian, seperti yang telah kita sebut dalam babterdahulu, kalau ALLAH hendak jadikan sesuatu itu tanpasebab, boleh juga. Lihat saja betapa api yang panas tidakmembakar ketika Nabi Ibrahim dilontarkan oleh Namrud kedalamnya; lahirnya Nabi Isa a.s. tanpa bapa; Nabi Adam a.s.dijadikan tanpa bapa dan ibu. Semua perkara ini ALLAHjadikan tanpa sebab untuk menunjukkan kepada kita betapa,kalau ALLAH kehendaki sesuatu itu tanpa sebab, ALLAHberkuasa berbuat demikian. Dengan ini akan terselamat aqidahumat yang kelak akan menyangka bahawa ALLAH tak ber-kuasa menjadikan sesuatu tanpa sebab.

Jadi, sekali-sekala ALLAH tunjukkan kepada manusiayang ALLAH itu berkuasa menjadikan sesuatu walaupuntanpa sebab. Dengan ini kita sedar bahawa kuasa ALLAHitu adalah mutlak. Tak ada sebab pun, ALLAH boleh jugamenjadikan sesuatu itu.

Seterusnya, yang dimaksudkan esanya perbuatan ALLAH

38

Page 56: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

itu juga ialah bahawa perbuatan ALLAH hendak menjadikansesuatu itu tidak ada campurtangan perbuatan-perbuatan kuasalain. Umpamanya, ALLAH menjadikan alam ini sama adayang dapat kita lihat mahupun yang tidak dapat kita lihat,tanpa pakatan dengan sebarang perbuatan kuasa lain. Ertinya,tidak ada perbuatan kuasa lain yang bergotong-royongbersama ALLAH untuk menjadikan alam ini. Semuanyaperbuatan ALLAH SWT sahaja.

Jadi, nyatalah pada kita bahawa mustahil ALLAH Taalaitu berbilang sama ada pada zat-Nya, pada sifat-Nya ataupunpada perbuatan-Nya. Hal ini tidak mahu diterima oleh akal.Yang mahu diterima oleh akal ialah wajibnya ALLAH Taalaitu bersifat esa sama ada pada zat-Nya, pada sifat-Nya atau-pun pada perbuatan-Nya.

7. ‘Ajzun

Sifat mustahil yang ketujuh pada ALLAH SWT ialah ajzuniaitu lemah. Mustahil ALLAH SWT itu lemah. Seperti kitakatakan, ALLAH itu membuat segala mukminat iaitu segalayang baharu, segala yang harus atau sekalian alam ini.Dikatakan mumkinat adalah kerana terjadinya alam ini samaada alam yang dapat kita lihat seperti alam manusia, alamhaiwan, alam tumbuhan dan lain-lainya mahupun alam yangtidak dapat kita lihat seperti Alam Malaikat, Alam Kubur,Alam Akhirat dan lain-lainnya, semuanya harus bagi ALLAH.

Bukan mesti bagi ALLAH menjadikannya. Tetapi olehkerana ALLAH sudah memilih untuk menjadikannya, makaterjadilah semuanya itu. Namun ALLAH berkuasa memilihuntuk tidak menjadikannya. Inilah yang dikatakan, harussahaja bagi ALLAH menjadikan yang baharu ini.

Jadi, ALLAH mengadakan segala yang harus ini, tidakboleh kita katakan yang ALLAH lemah memperbuatnya.Lebih-lebih lagi segala yang harus itu, seperti bulan, bintang,langit dan matahari, manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dansebagainya, telah terjadi dan dapat kita saksikan depan mata

3 9

Page 57: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN TENTANG SIFAT-SIFAT YANG MUSTAHIL PADA ALLAH

kita sendiri. Tentulah ia membuktikan kepada kita yangALLAH itu tidak lemah menjadikannya kerana kalau ALLAHlemah, tentunya seluruh alam ini tidak akan terjadi.

Begitu juga mustahil pada ALLAH Taala itu, setelahmenjadikan alam ini, lemah pula hendak menghapuskannya.Tidak mungkin terjadinya demikian. Kerana sepertimanaberdaya upayanya ALLAH mencipta, maka berdaya upayajugalah ALLAH menghapuskannya. Maka di sini, keyakinankita ialah, mustahil ALLAH itu lemah sama ada lemahmenjadikan sesuatu mahupun lemah menghapuskan sesuatuitu setelah menjadikannya.

8. Karahiyah

Sifat mustahil yang kelapan bagi ALLAH ialah karahiyahyakni “tergagah”. Ertinya, mustahil bagi ALLAH SWTmenjadikan alam ini tanpa berkehendak. Sekiranya ALLAHtidak berkehendak, tetapi tiba-tiba alam ini terjadi, tentulahterjadinya alam ini akibat digagahi. Kalau begitu, tentulah adasuatu kuasa lain yang menggagahi atau memaksa ALLAH.Seolah-olah alam ini terjadi kerana ALLAH dipaksa berbuatdemikian. Dan kalaulah ALLAH dipaksa, tentulah yangmemaksa ALLAH itu lebih gagah. Jika demikian, dengan sen-dirinya akal kita mengatakan yang ALLAH itu lemah keranaada yang lain lebih gagah yang dapat memaksa ALLAHmenjadikan alam ini.

Manakala kalau ALLAH lemah, maka tentulah ALLAHtidak dapat menjadikan alam ini termasuk diri kita. Yangdemikian, dengan sendirinya akan ternafi bahawa ALLAH itulemah.

Jelaslah bahawa ALLAH itu gagah dan berkuasa keranatelah berdaya upaya menjadikan alam ini. Dan kerana telahterjadinya alam ini, maka tentulah terjadinya itu dengan pilih-an dan kehendak ALLAH sendiri. Mustahil ALLAH menjadi-kannya secara terpaksa.

Dan mustahil juga ALLAH menjadikan alam ini secara

40

Page 58: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

lupa. Makna lupa ini ialah suatu keadaan yang mulanya adailmu pengetahuan dan kemudian melalui masa, ilmu penge-tahuan itu hilang. Jadi bila kita sebut lupa, ertinya padamulanya memang kita tahu satu-satu perkara itu tetapi kemu-diannya pengetahuan kita itu hilang, menjadikan kita lupa.Kalau awal-awal lagi kita memang tidak tahu tentang satu-satu perkara, tiba-tiba kita hendak memikirkannya, itu bukandinamakan lupa.

Lupa ini pula berbeza dengan lalai. Kerana lalai bolehberlaku sama ada pada mulanya sudah ada ilmu pengetahuanitu atau pun tidak ada. Jadi lalai ini dikatakan am atau suatukeadaan yang umum manakala lupa ialah suatu keadaan yangkhusus kerana tertentu pada mulanya ada berilmu pengetahu-an.

Dengan itu, adalah mustahil ALLAH menjadikan alam inidalam keadaan terlupa ataupun Ialai. Kerana kalau ALLAHitu lalai atau lupa, maka dengan sendirinya temafi sifat IradahALLAH SWT. Kerana Iradah atau kehendak itu berkaitdengan ilmu pengetahuan. Sekiranya ALLAH lupa atau lalai,bererti ALLAH tidak ada ilmu. Dengan sendirinya kalausudah tidak ada ilmu, maka tidaklah ada di dalam ingatan.Manakala kalau sesuatu itu tidak ada di dalam ingatan, makatentulah tidak ada kehendak.

Mana mungkin kita berkehendak kepada sesuatu kalau iatidak ada di dalam ingatan kita. Katalah kita tidak pemah tahutentang sate, tidak pemah melihatnya dan tidak pemah dengarorang bercerita mengenainya. Dengan kata lain, pengetahuanmengenai sate langsung tidak ada dalam ingatan kita. Boleh-kah terjadi yang kita berkehendak kepada sate itu? Tentu tidakmungkin kerana ia tidak ada di dalam pengetahuan kita.

Jadi kalau ALLAH itu menjadikan alam ini secara lupaatau secara lalai, maka akan temafilah Iradah ALLAH. KeranaIradah itu akan berlaku dengan adanya ilmu pengetahuan.Kalau tidak ada ilmu pengetahuan, tidak akan adalah kehen-dak. Dan kalaulah ALLAH tidak berkehendak, tentunya tidakakan terjadi alam ini. Sedangkan alam ini sudah pun terjadi

4 1

Page 59: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN TENTANG SIFAT-SIFAT YANG MUSTAHIL PADA ALLAH

di depan mata kita. Kerana itu, tentulah ALLAH berkehen-dak dalam menjadikan alam ini. Dan dengan itu, tentulah alamini sudah ada dalam pengetahuan ALLAH. Oleh itu, mustahilALLAH SWT menjadikan alam ini dalam keadaan lupa ataulalai

Dan mustahil juga ALLAH menjadikan alam ini secara‘illah (&) atau secara sebab. Maknanya, dikatakan wujudALLAH Taala itu melazimkan wujud kainat (auk) yaknisegala yang ada (makhluk). Seperti lazim ma’lul dengan‘illah, umpamanya gerak tangan ‘illah gerak cincin.

Untuk mudah kita faham pernyataan bahawa adalahmustahil ALLAH menjadikan alam ini dengan‘illah, kitaambil jari kita sebagai contoh. Pada jari kita itu pula katalahada sebentuk cincin. Kita bertujuan hendak mengerakkan jaritetapi apabila jari kita bergerak, ia menjadi sebab pula cincinyang ada di jari itu bergerak. Itulah dikatakan ma’lul.

Sebab jari kita bergerak, maka menjadi sebab pula cin-cin itu bergerak. Secara automatik, cincin itu bergerak. Pada-hal yang hendak digerak hanyalah jari; tidak temiat dan tidakterlintas hendak menggerakkan cincin. Cuma kerana kebetul-an cincin berada di jari, maka ia ikut bergerak sama.

Tetapi ALLAH dalam menjadikan alam ini tidak demi-kian. Tidak boleh kita katakan yang disebabkan zat ALLAHSWT itu wujud, maka menjadi sebab pula wujudnya alam.Inilah yang dimaksudkan dengan mustahil ALLAH menjadi-kan alam ini dengan ‘illah.

Tidak mungkin atau mustahil berlaku yang alam ini ter-jadi disebabkan adanya zat ALLAH. Kerana alam ini terjadidengan kehendak ALLAH. Sudah sengaja ALLAH memilihuntuk menjadikan alam ini, maka terjadilah ia, bukan secaraautomatik. Bukan disebabkan adanya zat ALLAH seperti-mana gerakan jari menjadi sebab cincin bergerak. Dalam‘menggerakkan jari hingga menjadi sebab cincin tergerak, ituperbuatan kita. Perbuatan ALLAH tidak demikian.

Begitu juga, tidak boleh kita katakan yang ALLAHmenjadikan alam ini secara tabiat. Untuk memahaminya, kita

42

Page 60: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

contohkan api yang tabiatnya menghanguskan; air tabiatnyamenyejukkan; angin tabiatnya menyejukkan; dan sebagainya.

Jadi, kalau kita mengiktiqadkan yang ALLAH menjadi-kan alam ini secara tabiat, maka ertinya, tabiat zat ALLAHitu adalah menjadikan. Yang demikian nanti, kita akan me-Iazimkan yang disebabkan adanya zat ALLAH, maka terjadi-nya alam ini. Dan manakala kita mengatakan yang adanyaalam ini disebabkan adanya zat ALLAH, maka nanti secaraautomatik pula kita akan mengiktiqadkan yang alam ini jugaqadim. Kerana, sepertimana yang telah kita pelajari, zatALLAH itu qadim. Kerana zat ALLAH itu qadim, dan kitapula mengatakan yang terjadinya alam ini sebab adanya zatALLAH (dengan ‘illah atau tabiat), maka secara tidak lang-sung kita telah mengiktiqadkan yang alam ini qadim.

Ini tidak betul kerana yang qadim hanya zat ALLAHsahaja. Selain zat ALLAH, tidak ada yang qadim.

Tetapi inilah keyakinan setengah-setengah ahli falsafahtermasuklah setengah-setengah ahli falsafah Islam yangkurang berhati-hati. Mereka sanggup mengatakan yang alamini qadim sepertimana qadimnya zat ALLAH. Kerana, merekameyakinkan yang alam ini terjadi dengan ‘illah ataupun tabiat.Dan di antara mereka yang mengiktiqadkan demikian ialahsetengah-setengah golongan muktazilah.

Iktiqad demikian akan membawa kepada syirik. Iaterkeluar daripada Al Quran dan Sunnah. Sebab itulah, akalkita ini perlu kita kawal supaya jangan terkeluar dari Al Qurandan Sunnah. Peranan ilmu falsafah atau ilmu mantik adalahuntuk mempertajamkan akal serta memperluaskan ilmu pe-ngetahuan, tetapi dalam pada itu, akal mestilah sentiasa di-suluh oleh Al Quran dan Sunnah agar tidak membawa kitakepada jurang kesesatan.

Sebenarnya, perkembangan pengajian ilmu falsafah atauilmu mantik ini bermula ribuan tahun sebelum lahirnya NabiIsa as. lagi. Ilmu ini dimiliki oleh orang-orang Yunani. Cuma,timbulnya ilmu falsafah ini di dalam masyarakat Islam ialahdalam zaman pemerintahan Abbasiyah terutamanya semasa

43

Page 61: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN TENTANG SIFAT-SIFAT YANG MUSTAHIL PADA ALLAH

pemerintahan Al Makmun. Di waktu itu pemerintahan umatIslam sudah luas dan ilmu yang telah dimiliki oleh umat Islamsudah semakin bertambah terutamanya ilmu Al Quran danHadis. Al Makmun selanjutnya menggalakkan ulama-ulamayang mampu, untuk mengkaji dan memiliki ilmu-ilmu bangsalain pula, termasuklah ilmu pengetahuan orang-orang Yunani.Agar dengan itu, semakin luas lagi ilmu pengetahuan umatIslam.

Maka Al Makmun pun menyuruh ulama-ulama Islamketika itu mendapatkan naskhah-naskhah pengajian orangYunani terutamanya yang ditulis oleh ahli falsafah merekayang terkenal seperti Socrates, Pluto dan lain-lain, untukditerjemahkan ke bahasa Arab supaya dapat dibaca olehsemua umat Islam.

Pada mulanya, bangsa Yunani tidak mahu memberinyakerana mereka tidak mahu umat Islam menjadi pandai denganilmu pengetahuan mereka. Tetapi kemudiannya mereka mem-benarkannya setelah mereka fikirkan betapa inilah peluangbagi mereka untuk menghancurkan aqidah umat Islam me-lalui ilmu pengetahuan dan ilmu mantik yang mereka susun.Atas maksud ini, mereka pun memberikan naskhah-naskhahilmu falsafah mereka yang tersimpan ribuan tahun itu untukditerjemah dan dikaji oleh umat Islam.

Dan umat Islam terutamanya pakar-pakar dan para ulamaketika itu mulalah menyusun buku-buku ilmu pengetahuanberdasarkan ilmu falsafah bangsa Yunani. Mereka kaji sertamereka halusi dan mereka saring mana yang salah, yangkhurafat dan yang bercanggah dengan Islam. Terjemahan-terjemahan itu pun mereka edarkan kepada seluruh umat Islamhingga lahirlah ahli-ahli cerdik pandai Islam kesan dari mem-pelajari ilmu mantik itu. Di antaranya seperti Imam Ghazalirahimahullahu taala, Ibn Rusyd, Al Farrabi, Ibn Sina danlain-lain lagi.

Malangnya, dalam berhati-hatinya umat Islam menyusundan menghalusi ilmu falsafah Yunani itu, ada juga ahli fal-safah Islam yang terseleweng. Berjaya juga maksud bangsa

44

Page 62: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Yunani itu. Mereka yang terseleweng itu ialah ahli-ahli fal-safah Islam yang mengiktiqadkan bahawa alam ini qadimsepertimana qadimnya ALLAH SWT.

Bahkan setengah-setengahnya hingga mahukan Syurgadan Neraka itu pun dilojikkan dengan akal. Ertinya, merekamahu mengkaji Syurga dan Neraka itu secara falsafah juga.Dan dalam pada itu, ada pula setengah-setengah ahli falsafahyang terseleweng mengiktiqadkan bahawa nikmat yang diper-olehi oleh orang Mukmin di dalam Syurga itu bukan nikmatjasmani dan rohani tetapi nikmat rohani sahaja. Padahal me-ngikut iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah, nikmat di dalamSyurga bagi orang-orang Mukmin ialah kedua-dua jasmanidan rohani.

Ada pula yang mengiktiqadkan bahawa orang yang matimembawa dosa-dosa besar, duduknya di Akhirat adalah diantara Syurga dan Neraka. Kerana, pada mereka, yang diSyurga itu ialah orang Mukmin dan di Neraka itu ialah orangkafir. Sedangkan orang yang berdosa, kafir pun tidak, Muk-min pun tidak.

Demikian jauhnya terseleweng ahli-ahli falsafah Islamyang terlalu bergantung kepada lojik akal hingga terlupakepada Al Quran dan Sunnah. Mereka ketepikan Al Qurandan Sunnah, dan berpegang kepada lojik akal mereka.

45

Page 63: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAB 22

BAHASAN SIFAT-SIFAT MUSTAHIL

BAG1 ALLAH9. Jahil10. Maut11. Samam12. ‘Amma13. Al Bakamu

Page 64: 03 - Aqidah Mukmin 3

F

ang kesembilan - Jahil. Ertinya tiada mengetahuiseperti dikatakan Tuhan tiada mempunyai pengetahuan

sama sekali atau seumpamanya iaitu syak, zan danwaham pada barang yang diketahui daripada yang wajib,yang mustahil dan harus.Yang kesepuluh - Maut.Ertinya mati, seperti dikatakan Tuhan hidup denganbemyawa atau bersusun daripada anasir yang empat; api, air,tanah dan angin, atau hidup-Nya berkehendakkan makan danminum.Yang kesebelas - Samam.Ertinya tuli, seperti dikatakan Tuhan mendengar dengan alatlubang telinga, atau Ia mendengar pada yang hampir tetapitiada mendengar pada yang jauh atau Ia mendengar padayang bersuara sahaja.Yang kedua belas - ‘Amma.Ertinya buta, seperti dikatakan melihat Tuhan dengan bijimata atau tiada melihat ketika gelap atau tertentu melihatpada yang hampir jua.Yang ketiga belas - Al Bakamu.Ertinya kelu, seperti dikatakan Ia berkata-kata denganberhuruf, bersuara, berlidah atau ada dahulu kemudiansebagaimana yang baharu berkata.

48

Page 65: 03 - Aqidah Mukmin 3

9. Jahil

SIFAT yang ke-9 yang mustahil pada ALLAH SWT ialahjahil, yang bererti tidak mengetahui. Adalah mustahil padaALLAH SWT itu terjadinya sifat tidak mengetahui. Akal kitatidak dapat menerima yang ALLAH itu memiliki sifat jahilini. Lantaran akal juga tidak mahu manerima kalau ada orangyang mengatakan bahawa ALLAH langsung tidak mem-punyai ilmu pengetahuan atau sama sekali tidak mengetahui.Begitu juga, akal kita tidak dapat menerima bahawa bagiALLAH, sebahagian saja yang diketahui-Nya dan sebahagi-an yang lain tidak.

Seterusnya mustahil juga berlakunya pada ALLAH SWTitu keadaan syak atau zan atau waham kepada perkara-per-kara yang diketahui-Nya sama ada perkara itu yang wajib,yang mustahil ataupun yang harus. Keadaan syak ialah suatukeadaan yang sama berat di antara mengetahui dengan tidakmengetahui. Ertinya, 50 peratus daripadanya mengetahui dan50 peratus lagi tidak mengetahui. Mustahil keadaan syakbegini berlaku pada ALLAH SWT.

Seperti umpamanya, ALLAH itu syak tentang perkarayang wajib, yang mustahil dan yang harus. Perkara-perkarayang wajib ialah zat ALLAH SWT dan sifat-sifat-Nya. Tidak

49

Page 66: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN SIFAT YANG MUSTAHIL BAG1 ALLAH

boleh kita katakan yang ALLAH SWT itu syak pada zat dansifat-sifat-Nya. Mustahil ALLAH SWT syak pada sifat-sifat-Nya seperti ALLAH itu syak pada sifat Qudrah-Nya, sifatIlmu-Nya, sifat Iradah-Nya atau sifat-sifat yang lain. Inisemuanya tidak boleh berlaku. Ia adalah mustahil.

Begitu jugalah, tidak akan berlaku pada ALLAH SWT itusyak pada perkara-perkara yang mustahil. Mustahil ALLAHitu syak dan ragu tentang ada dan tidaknya perkara yang mus-tahil seperti ALLAH itu syak pada “tiada Tuhan yang lainyang disembah melainkan ALLAH”. Kita tahu bahawa tidakada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH. HanyaALLAH saja yang kita sembah. Tentang ini, mustahil ALLAHmerasa syak dan ragu tentang apakah benar atau tidak tiadaTuhan lain yang disembah melainkan ALLAH.

Sebaliknya ALLAH memang mengetahui betul bahawatiada Tuhan lain yang disembah melainkan Dia.

Dan seterusnya, mustahil juga berlaku pada ALLAH SWTitu syak atau ragu tentang perkara yang harus atau perkarayang mumkin yakni perkara-perkara selain ALLAH (mahasis-wallah) - alam atau seluruh makhluk seperti manusia, hai-wan, tumbuh-tumbuhan, langit dan bumi. Mustahil ALLAHbersifat syak atau ragu pada perkara-perkara yang harus ini.Katakan ada orang mengatakan yang ALLAH itu syak, “Ada-kah atau tidak negara Malaysia ini?” Mustahil ALLAHmempunyai syak demikian. Adalah suatu kesalahan besar bagiorang yang mengatakan bahawa ALLAH itu mempunyai syaktentang perkara-perkara yang harus

Yang sebenamya, setiap perkara yang harus itu ada didalam pengetahuan ALLAH, kerana setiap perkara yang harusitu, ALLAH yang menjadikan. ALLAH mengetahui semua-nya secara terperinci. Katalah buku ini. Kita mengetahuinyamelalui apa yang dapat kita lihat dan kita rasa saja. Berapabanyak juzuk yang menjadi kertas itu hingga kepada juzukyang sebesar zarah pun, ALLAH tetap mengetahuinya.

Kemudian, adalah mustahil yang ALLAH SWT itu ber-sifat zan iaitu satu keadaan, 75 peratus mengetahui dan 25

50

Page 67: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

peratus tidak mengetahui (lebih berat kadar mengetahuinyadaripada syak). Tidak boleh kita katakan yang ALLAH itu zanpada perkara-perkara yang diketahui-Nya.

Umpamanya, kita tidak boleh mengatakan yang ALLAHitu zan kepada perkara yang wajib seperti zan pada zat dansifat-Nya. Atau misalnya, kita tidak boleh mengatakan yangALLAH SWT itu zan pada yang mustahil dan juga pada yanghams. Semua ini mustahil pada ALLAH SWT.

Mustahil juga bagi ALLAH SWT itu bersifat waham padaperkara yang diketahui-Nya. Waham adalah suatu keadaandalam mana yang tidak diketahui lebih banyak daripada yangdiketahui. Hanya 25 peratus saja yang diketahui, 75 peratustidak diketahui. Mustahil ALLAH bersifat waham pada per-kara-perkara yang wajib, yang hams mahupun yang mustahil.

Seterusnya, kalau dikatakan yang ALLAH itu bersifatjahil, maka akan temafilah sifat Iradah ALLAH SWT. Mana-kala temafi sifat Iradah ALLAH SWT, maka akan temafipulalah sifat Qudrah-Nya. Ertinya, kalaulah ALLAH bersifattidak mengetahui, maka tentulah ALLAH juga bersifat tidakmenghendaki kerana mungkin ALLAH menghendaki sesuatuyang Dia tidak tahu.

Setiap yang ALLAH kehendaki tentunya sudah ada didalam pengetahuan ALLAH. Jadi, kalaulah ALLAH itu jahilatau bersifat tidak mengetahui, sudah tentulah kehendak-Nyatidak akan berlaku. Sedangkan, segala kehendak ALLAHdengan terjadinya seluruh alam ini sudah pun berlaku di depanmata kita. Sudah tentulah apa yang terjadi itu semuanya sudahada di dalam pengetahuan ALLAH. Yang demikian, tidakmungkinlah ALLAH bersifat tidak mengetahui.

Seterusnya, bila dikatakan ALLAH bersifat menghendakikerana segala-gala itu ada di dalam pengetahuan-Nya, tentu-lah terjadinya segala yang dikehendaki itu adalah denganQudrah-Nya juga. Ertinya, sebelum wujud seluruh alam ini,ALLAH sudah mengetahui apa yang hendak diwujudkan-Nya,dan apa yang hendak diwujudkan-Nya itu dijadikan denganQudrah-Nya juga.

51

Page 68: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN SIFAT YANG MUSTAHIL BAG1 ALLAH

Kerana berkehendaknya ALLAH untuk menjadikan alamini, maka terjadilah ia seperti yang kita lihat di depan matakita. Kalau ALLAH tidak berkehendak untuk menjadikanalam ini, sudah tentu ia tidak akan terjadi. Tetapi oleh keranaALLAH sudah memilih untuk menjadikannya, maka terjadi-lah alam ini. Semuanya itu adalah kehendak ALLAH sendiri,dan ia dijadikan atas Qudrah-Nya.

Dengan itu, berkehendaknya ALLAH kepada yang dijadi-kan-Nya bererti ALLAH ‘itu bersifat mengetahui. MustahilALLAH bersifat tidak mengetahui atau jahil. Tidak bolehkita mengiktiqadkan yang ALLAH bersifat tidak mengetahuisama ada tidak mengetahui langsung atau sebahagiannyamengetahui dan sebahagiannya tidak mengetahui. Juga, tidakboleh kita katakan yang ALLAH bersifat syak atau zanatau waham kepada perkara-perkara yang wajib, yangmustahil dan yang harus.

10. Maut

Sifat yang ke-10 yang mustahil pada ALLAH SWT ialahmaut atau mati. Sifat ini juga tidak mahu diterima oleh akalpada ALLAH SWT. Sebab, kalau kita katakan yang ALLAHitu mati, tentulah ada yang mematikan. Dan kalau ada yangmematikan, tentulah yang mematikan itu lebih kuasa dan,lebihgagah daripada yang dimatikan. Yang demikian pula, bererti-lah yang dimatikan itu bersifat lemah. Sekiranya yang ber-sifat lemah itu ALLAH SWT, maka tentulah alam ini tidakboleh terjadi. Sedangkan alam ini sudah pun terjadi.

Hal ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa ALLAHSWT tidak lemah. Dengan itu juga, kalau kita bahaskan se-terusnya, nanti kita akan dapati yang ALLAH itu tidak mati.Kerana itulah mustahil ALLAH bersifat mati.

Seterusnya, tidak boleh juga dikatakan yang ALLAHhidup dengan bemyawa. Kerana kalau ALLAH hidup denganbemyawa, berertilah ALLAH pasti mati. Kerana ALLAHtelah mengatakan dalam fir-man-Nya:

52

Page 69: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

>gyq?$g

Setiap yang bernyawa akan menempuh mati.(Ali Imran: 185)

Jadi, mustahil ALLAH hidup dengan bemyawa keranakalau ALLAH hidup dengan bemyawa, akan ada penyudah-an bagi ALLAH SWT. Yang demikian, akan temafi pulalahsifat Baqa’ pada ALLAH SWT sepertimana yang telah kitaperkatakan dalam bab yang terdahulu.

Oleh itu, akal kita bukan saja tidak boleh menerimabahawa ALLAH SWT bersifat mati, bahkan akal kita tidakjuga boleh menerima yang hidupnya ALLAH SWT adalahdengan bemyawa. Sepertimana juga, akal kita tidak bolehmenerima yang hidupnya ALLAH SWT dengan terdiri dariempat anasir iaitu tanah, air, api dan angin. Yang terjadidaripada empat bahan itu adalah makhluk terutamanyamanusia. ALLAH SWT tidak demikian.

Kemudian, mustahil bagi ALLAH itu hidup denganmemerlukan makan dan minum. Yang hidup memerlukanmakan dan minum adalah makhluk.

11. Samam

Sifat yang ke-11 yang mustahil pada ALLAH ialah samamatau tuli. Mustahil ALLAH bersifat tuli. Akal kita tidak mahumenerima berlakunya tuli pada ALLAH.

Begitu juga, mustahil dikatakan ALLAH mendengardengan menggunakan lubang telinga. Yang mendengar denganalat lubang telinga adalah makhluk seperti manusia ini.ALLAH SWT tidak mendengar demikian.

Kalau demikian, bagaimanakah caranya ALLAH men-dengar? Caranya ialah yang selayaknya dengan ALLAHSWT; yang selayaknya dengan kebesaran-Nya; yang selayakdengan kemahasucian-Nya. Hakikatnya, tidak ada siapa yang

53

Page 70: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN SIFAT YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH

mengetahui. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya.Juga, mustahil ALLAH SWT hanya mendengar yang

hampir sahaja, manakala yang jauh tidak didengar-Nya.Sebaliknya, ALLAH SWT mendengar sama ada yang dekatmahupun yang jauh. Ertinya, pendengaran ALLAH SWTadalah mutlak.

Dan, bukan sahaja ALLAH SWT boleh mendengar yangdekat dan juga yang jauh, cara ALLAH SWT mendengaryang dekat dengan yang jauh itu adalah sama. PendengaranALLAH SWT tidak berbilang-bilang sepertimana pendengar-an makhluk. Kita telah pun perkatakan betapa zat, sifat (ter-masuk sifat mendengar) dan juga perbuatan ALLAH SWTtidak berbilang-bilang seperti yang berlaku pada makhlukseperti manusia. Bagi kita, kalau sesuatu perkara itu terlalujauh, kita tidak akan dapat mendengarnya. Kalau agak jauhsedikit, mungkin kita dengar sayup-sayup. Manakala kalauperkara itu dekat sedikit, kita boleh mendengarnya dengankuat. Tetapi kalau ia terlalu dekat dengan telinga kita, kitaakan mendengamya terlalu kuat. Di sini kita dapati pende-ngaran kita terdiri dari beberapa peringkat. Ertinya pende-ngaran kita berbilang-bilang.

Tetapi mendengamya ALLAH SWT sama saja tidak kirasama ada perkara itu dekat atau jauh. Tidak ada bezapendengaran ALLAH SWT, sebab sifat mendengar-Nya tidakberbilang-bilang.

Jadi mustahillah ALLAH hanya mendengar yang dekatsahaja dan tidak mendengar yang jauh.

Seterusnya, adalah mustahil juga kalau ada orang berkatayang ALLAH hanya mendengar yang bersuara saja manakalayang tidak bersuara tidak dapat didengar-Nya. Ini tidak benardan tidak dapat diterima oleh akal. Yang sebenamya, ALLAHboleh mendengar sesuatu itu sama ada bersuara atau tidakbersuara; sama ada berbunyi atau tidak berbunyi. Malah bisik-an dan lintasan hati kita pun ALLAH dapat mendengarnya.

Kita, umpamanya, tidak dapat mendengar bisikan hati kitakerana ia tidak bersuara. Cuma kita mengetahui apakah yang

54

Page 71: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

dibisikkan oleh hati kita itu. Tetapi, ALLAH bukan sajamengetahuinya malah mendengamya.

Begitu hebatnya pendengaran ALLAH SWT hinggakanbisikan hati kita yang kita sendiri tidak dapat dengar, tetapboleh didengar oleh-Nya. Sebab itulah, kalau kita dapatbelajar ilmu tauhid hingga hati kita dapat menghayatiilmu itu, bukan sekadar akal saja mengetahuinya, timbulrasa takut dan gentar kita kepada ALLAH. Bila hati kitadapat merasakan kehebatan ALLAH SWT, jangankan kata-kata dan perbuatan kita hendak menderhakai ALLAH, malahhati kita pun takut membisikkan sesuatu yang akan men-derhakai ALLAH SWT. Kerana, bukan sahaja ALLAH dapatdengar kata-kata kita dan mengetahui perbuatan kita, malahbisikan hati kita pun ALLAH tahu dan ALLAH dengar.

Sebab itulah bila kita belajar ilmu tauhid, selepas kitamempelajarinya dengan akal kita, hendaklah kita usahakanjuga supaya hati kita dapat benar-benar menghayatinya agarkita dapat berjiwa tauhid. Cuma ha1 inilah yang paling susahhendak diusahakan. Hendak berilmu tauhid mudah keranadengan mengkaji dan membahaskan sifat-sifat yang wajib,yang mustahil dan yang harus pada ALLAH SWT, kita dapatmemperolehi ilmu itu. Jadilah kita orang yang berfikirantauhid tetapi belum lagi berjiwa tauhid.

Orang yang berfikiran tauhid masih lemah dalam melak-sanakan perintah-perintah ALLAH dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Tetapi orang yang berjiwa tauhid, dia akan taatmenjaga syariat ALLAH SWT; melaksanakan yang disuruhdan menjauhi yang dilarang. Sebab itu, kita perhatikan sete-ngah-setengah orang itu begitu banyak ilmu tauhidnya hinggaboleh mensyarah dart membahaskannya tetapi kita dapati diacuai dengan syariat ALLAH. Orang begini baharu berfikirantauhid atau dengan kata lain, ilmunya yang banyak itu baharudi akalnya sahaja, belum dapat dihayati oleh hatinya. Diabelum lagi berjiwa tauhid.

Sebaliknya, kita perhatikan setengah-setengah orang itu,ilmu tauhidnya tidak sebanyak mana. Mungkin dia hanya

55

Page 72: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN SIFAT YANG MUSTAHIL BAG1 ALLAH

mengetahui sekadar yang mesti dipelajarinya sahaja. Tetapipada perlaksanaan, kita dapati dia begitu kuat berpegangkepada syariat ALLAH. Orang demikian itu walaupun ilmu-nya sedikit tetapi telah dapat dihayati oleh hatinya hinggahatinya dapat merasakan kebesaran dan kehebatan ALLAHSWT. Dia sudah berjiwa tauhid.

Orang yang berjiwa tauhid adalah sebenarnya orang yangmakrifah dengan ALLAH, iaitu orang yang benar-benarmengetahui ALLAH. Kerana itu, untuk makrifah atau benar-benar mengetahui ALLAH SWT, mestilah dengan hati. Bilailmu dapat dibawa ke dalam hati, maka itulah hakikat menge-tahui yang sebenamya. Kalau dari segi takrif, ilmu (FL) danmakrifah itu sama. Kedua-duanya bererti “mengetahui”. Tetapiilmu itu hanya pada peringkat akal manakala makfirahlebih dari itu. Ia sudah sampai ke hati.

Jadi orang yang dapat mengetahui ALLAH dengan hati-nya, maka dialah orang yang dikatakan hebat kerana orangyang mengenal ALLAH dengan hati dapat menjaga, danmengawal syariat serta dapat membangunkan Sunnah keranadia benar-benar rasa takut, gerun dan malu kepada ALLAHSWT. Tetapi kalau akal saja yang mengenal ALLAH, rasatakut kepada ALLAH tidak ada. Yang demikian dia akan cuaimelaksanakan perintah-perintah ALLAH.

Ibarat dalam pemerintahan sesuatu negara, bila seseorangitu tidak dapat merasakan takut kepada pemerintah ataupembesamya, dia akan melanggar hukum-hukum dan peratur-an pemerintah itu. Mungkin ketika dia diawasi, dia akan takutmelakukan sesuatu yang salah tetapi apabila orang tidakmelihatnya, perbuatan-perbuatan salah itu akan berani jugadilakukannya.

Begitu jugalah kalau seseorang itu tidak dapat benar-benarmerasakan yang ALLAH boleh mendengar apa saja sama adayang bersuara mahupun yang tidak bersuara, dia akan cuaidengan perintah-perintah-Nya serta berani melanggar larang-an-larangan-Nya. Tetapi kalau seseorang itu benar-benar dapatmengetahui ALLAH boleh mendengar walaupun sesuatu yang

56

I < ,,

Page 73: 03 - Aqidah Mukmin 3

I AQIDAH MUKMIN (III)

tidak bersuara seperti bisikan hatinya, dia akan menjaga

)syariat ALLAH sungguh-sungguh.

Jadi mustahil ALLAH mendengar hanya yang bersuarasaja manakala yang tidak bersuara tidak didengar-Nya. Yangsebenarnya, sama ada bersuara mahupun tidak bersuara,semuanya dapat didengar oleh ALLAH SWT. Tetapi kalauada orang yang mengiktiqadkan bahawa ALLAH hanya bolehmendengar yang bersuara manakala yang tidak bersuaraALLAH tidak boleh dengar, maka rosaklah aqidahnya. Danbilamana cacat di bidang tauhid, kalau dia mati tanpa sem-pat membetulkan aqidahnya, kekal abadi dia di dalam Neraka.

Kemudian, kalau kita mengatakan ALLAH mendengardengan alat lubang telinga, bukan sahaja kita telahmenyerupakan ALLAH dengan makhluk, bahkan secara sedarataupun tidak, kita telah menuduh ALLAH bersifat tuli.Kerana sifat lubang telinga, adakalanya tersumbat; sekurang-kurangnya tersumbat oleh tahi telinga. Sekiranya ALLAHmendengar dengan lubang telinga, tentulah keadaannya samadengan makhluk, seperti kadang-kadang terlindung atau ter-tekan. Ketika itu, tentulah ALLAH tidak dapat mendengar.Jadi kalau seseorang itu mengatakan yang ALLAH mende-ngar dengan lubang telinga, walaupun dia tidak menuduhALLAH tuli secara langsung, tetapi secara tidak sedar diatelah menuduh ALLAH tuli.

Oleh itu, walaupun seseorang itu tidak mengiktiqadkanyang ALLAH bersifat tuli, tetapi kalau dia mengiktiqadkanyang ALLAH mendengar dengan lubang telinga, hakikatnyadia telah menuduh ALLAH itu tuli kerana kalau kita p.er-bahaskan keadaan lubang telinga itu seterusnya, maka akanberlakulah sifat tuli itu pada ALLAH. Jadi, mustahil ALLAHmendengar dengan alat lubang telinga. Akal kita tidak dapatmenerima terjadinya keadaan demikian pada ALLAH SWT.

Begitu jugalah, kalau ada orang yang mengiktiqadkanbahawa ALLAH hanya mendengar yang dekat saja manakalayang jauh ALLAH tidak dapat mendengarnya, maka orang itujuga telah menuduh ALLAH tuli. Kerana kalau yang jauh

57

I

Page 74: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN SIFAT YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH

tidak didengar, ertinya ALLAH tuli pada yang jauh. Keranaitu mustahil juga ALLAH hanya mendengar yang dekat sajasedang yang jauh tidak boleh didengar kerana mustahil padaALLAH itu ada sifat tuli.

12. ‘Amma

Sifat yang ke-12 yang mustahil pada ALLAH SWT ialah‘amma (&), ertinya “buta”. Akal tidak dapat menerima yangbuta itu- berlaku pada ALLAH SWT. Kerana kalau kitamengatakan ALLAH SWT bersifat buta, maka tentu ada yangmembutakan. Dan kalau ada yang membutakan, tentulah yangmembutakan itu lebih gagah daripada yang dibutakan. Dengansendirinya lemahlah ALLAH. Kalau ALLAH lemah, masa-kan boleh terjadi alam. Itu menunjukkan ALLAH tidak le-mah. Bermakna tidak ada yang lebih gagah daripada ALLAH.Kalau begitu, ALLAH tidak buta tetapi tetap melihat.

Dan bila kita mengatakan yang ALLAH SWT bersifatmelihat, tidak boleh pula kita katakan yang ALLAH melihatdengan menggunakan biji mata. Adalah salah juga, kalau adaorang yang mengiktiqadkan demikian. Kerana, dia telahmenyamakan ALLAH dengan makhluk. Malah dia telahmelakukan dua kesalahan di situ. Pertama, dia telahmenyerupakan ALLAH dengan makhluk kerana yang melihatdengan biji mata ialah makhluk sedangkan ALLAH tidakdemikian. Dan ALLAH itu tidak serupa dengan segala yangbaharu. Manakala kesalahan yang kedua, dengan secara tidaklangsung dia telah menuduh ALLAH bersifat terlindung atausebagainya.

Kalau ALLAH melihat dengan biji mata, maka sekali-sekala penglihatan-Nya akan terlindung. Apabila terlindung,tentulah mata itu tidak melihat. Maka hakikatnya adalah buta.Ertinya, kalau ada orang mengatakan yang ALLAH itu me-lihat dengan menggunakan biji mata, maka secara tidak lang-sung dia telah menuduh ALLAH itu buta. Sebab itu mustahilALLAH melihat dengan menggunakan biji mata. Hal ini tidakdapat diterima oleh akal.

58

Page 75: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Begitu juga mustahil pada ALLAH SWT, tidak bolehmelihat ketika gelap. Yang sebenarnya, gelap atau terang,semuanya tetap dilihat oleh ALLAH SWT. Jauh atau dekat,tetap juga dilihat oleh ALLAH SWT. Terlindung atau tidakterlindung, semuanya tetap juga dapat dilihat oleh ALLAH.Kerana penglihatan ALLAH SWT tembus disebabkanALLAH SWT tidak melihat dengan biji mata. Tidak terbataslangsung penglihatan ALLAH SWT.

Kalau demikian, bagaimanakah melihatnya ALLAHSWT? Wallahu a’lam, kita tidak dapat mengetahuinya. Haki-kat melihat bagi ALLAH SWT, hanya ALLAH saja yangmengetahuinya. Dalam kita belajar ilmu tauhid ini, jangansampai kita mengetahui hakikat sifat ALLAH yang sebenar-nya. Kerana kalau kita sampai mengetahui hakikat itu, erti-nya kita tidak mengetahui. Tetapi orang yang tidak menge-tahui hakikat sifat ALLAH itulah yang benar mengetahui.Hendaklah kita faham benar-benar konsep mempelajati ilmutauhid ini.

Jadi, mustahil ALLAH hanya boleh melihat di waktuterang, manakala di waktu gelap ALLAH tidak boleh melihat.ALLAH bukan saja boleh melihat di waktu terang, malah diwaktu gelap. Di samping itu, penglihatan ALLAH sama adawaktu terang ataupun waktu gelap, sama saja. Tidak adaperbezaan di antara melihat dalam terang dengan melihat didalam gelap.

Ertinya, bagaimana ALLAH melihat pada yang terang,begitu jugalah ALLAH melihat pada yang gelap. Kalau adaperbezaan dalam penglihatan ALLAH di dalam gelap dan didalam terang, maka terbatal pula tentang mustahilnya ALLAHitu berbilang-bilang pada zat, sifat dan perbuatan. Jadi, kalauada orang yang mengiktiqadkan bahawa penglihatan ALLAHitu berbeza-beza di antara dalam gelap dengan dalam terang,maka dengan sendirinya dia telah mengiktiqadkan sifatALLAH itu berbilang-bilang. Sedangkan sifat yang berbi-lang-bilang ini adalah sifat makhluk.

Betapa tidaknya, kalau kita melihat sesuatu di dalam gelap

5 9

Page 76: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN SIFAT YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH

umpamanya, kita tidak akan nampak apa-apa. Kalau keadaansamar-samar, penglihatan kita juga tidak jelas. Kalau kitamelihat dalam terang yang sederhana, barulah baik penglihat-an kita tetapi kalau cahaya itu terlalu terang, kabur balikpenglihatan kita. Nyatalah penglihatan kita berbilang-bilang.

Tetapi penglihatan ALLAH tetap sama. Di dalam gelappun ALLAH melihat, dan penglihatan ALLAH itu sama sajadengan di dalam terang. Wajib ALLAH itu melihat sama adadalam terang, mahupun dalam gelap.

Begitu juga mustahil pada ALLAH SWT itu melihat yanghampir saja manakala yang jauh tidak dapat dilihat-Nya. Yangsebenarnya, ALLAH bukan saja melihat yang dekat, malahyang jauh. Bukan itu saja, yang terlindung dan yang tidakterlindung pun dilihat oleh ALLAH. Bahkan, yang jauh danyang dekat itu, ALLAH melihatnya sama saja, tidak ber-peringkat-peringkat dan tidak bertingkat-tingkat.

Dan kalau ada orang yang mengatakan bahawa ALLAHhanya melihat yang dekat dan tidak boleh melihat yang jauh,maka dengan sendirinya dia telah menuduh ALLAH bersifatbuta, sedangkan adalah mustahil ALLAH bersifat buta.

13. Albakamu

Sifat yang ke-13 yang mustahil pada ALLAH SWT ialahAlbakamu (‘$1) ertinya “bisu”. Mustahil yang ALLAH SWTbersifat bisu. Tidak diterima oleh akal yang pada ALLAHSWT terjadinya sifat bisu dan kelu. Dan sekiranya ada yangmengatakan bahawa ALLAH bersifat bisu atau kelu, makadengan sendirinya akal kita pula akan mengatakan yang ten-tulah ada yang membisukan. Kalau ada yang membisukan,tentulah yang membisukan itu lebih gagah daripada ALLAHyang dibisukan itu. Jadi, berertilah ALLAH bersifat lemahkerana ada yang lebih gagah dari-Nya. Kalau ALLAH itulemah, tentulah ALLAH tidak boleh menjadikan alam ini.Sedangkan alam ini sudah pun terjadi di depan mata kita.

Maka dengan sendirinya, ia menunjukkan bahawa

60

Page 77: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

ALLAH tidak lemah. Kalau ALLAH tidak lemah, maka tidakadalah yang membisukan-Nya. Jadi mustahil ALLAH SWTbersifat bisu atau kelu. Kalau begitu, wajib bagi ALLAHSWT bersifat dengan berkata-kata.

Begitu juga, adalah mustahil ALLAH berkata-kata de-ngan berhuruf. Yang berkata-kata dengan berhuruf itu ada-lah makhluk. Kalau kita mengatakan ALLAH berkata-katadengan berhuruf, kita juga telah menuduh yang ALLAH itusifat-Nya berbilang-bilang. Sedangkan yang berkata denganberbilang-bilang itu adalah sifat pada makhluk keranamakhluk yang berkata-kata dengan berhuruf. Umpamanya,“Saya makan nasi...”

Di dalam perkataan di atas saja sudah ada tiga perkataanyang berhuruf iaitu “saya”, “makan” dan “nasi”. Keranaperkataan pada makhluk itu berhuruf, maka ia sudah berbi-lang-bilang. ALLAH tidak berkata-kata sepertimana makhlukberkata-kata. Yang demikian mustahil ALLAH berkata-katadengan berhuruf.

Seterusnya mustahil juga ALLAH berkata-kata denganbersuara. Kalau ALLAH berkata-kata dengan bersuara, mak-nanya sudah serupa jugalah sifat berkata-kata ALLAH dengansegala yang baharu ini. Dengan itu, maka bersifat baharujugalah ALLAH itu. Dan kalau ALLAH bersifat baharu,tentulah ada yang membaharukan. Dan yang membaharukanitu tentunya lebih gagah dari yang dibaharukan. Kalau demi-kian, tentulah ALLAH yang dibaharukan itu bersifat lemah.Kalau lemah, tentulah tidak terjadi alam ini. Sedangkan alamini sudah terjadi. Bermaknalah ALLAH bersifat gagah. Dankalau ALLAH itu gagah, tentulah tidak ada yang bolehmembisukan ALLAH.

Jadi mustahillah ALLAH itu berkata-kata dengan ber-suara. Begitu juga, mustahil ALLAH berkata-kata denganmenggunakan lidah. Kerana kalau ada orang yang mengikti-qadkan bahawa ALLAH berkata-kata dengan menggunakanlidah, ,maknanya secara tidak langsung dia telah menuduhALLAH itu kelu atau bisu. Kerana lidah ini sifatnya kalau

61

Page 78: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHASAN SIFAT YANG MUSTAHIL BAG1 ALLAH

sudah sakit, ia tidak boleh berkata-kata. Maka hakikatnyaadalah bisu juga.

Maka itu, kalau ada orang mengatakan yang ALLAHberkata-kata dengan lidah, dengan sendirinya dia telahmenuduh ALLAH itu bisu. Jadi, mustahil ALLAH berkata-kata dengan lidah. Yang sebenarnya ALLAH berkata-katadengan tidak menggunakan lidah.

Begitu jugalah kita tidak boleh mengatakan yang ALLAHberkata-kata, ada dahulu dan ada kemudian. Yang berkata adadahulu, ada kemudian itu ialah sifat yang baharu seperti kita.Seperti kita berkata, “Saya hendak makan nasi...”

Di dalam kata-kata itu, kita telah berkata dengan ada yangdahulu dan ada yang kemudian. Kata-kata “saya” itu dahuludan “nasi” itu kemudian. Tetapi ALLAH tidak demikian danmustahil ALLAH berkata-kata sepertimana kita berkata-kata.

Oleh itu, bagaimana Allah berkata-kata? Wallahua’lam, ALLAH saja yang maha mengetahui hakikat sifat-Nya.Kita tidak dapat mengetahuinya. Kalau kita cuba bahas-bahasdan fikir-ftikan bagaimana keadaan berkata-kata ALLAH itusebenarnya, maka apa yang terlintas dalam fikiran kita itu,ALLAH bukan demikian. Sabda Rasulullah SAW:

Maka apa saja yang terlintas di hati kamu, makaALLAH menyalahi yang demikian.

Ertinya, selagi akal fikiran kita boleh dilintas untukmembayangkan sama ada sifat ALLAH atau zat-Nya, makaapa yang terlintas itu, ALLAH bukan demikian. Tidak akandapat dilintaskan sama sekali sifat-sifat dan juga zat ALLAHSWT. Kalau dapat dilintaskan dan difikir-fikirkan sifat atau-pun zat ALLAH itu dengan mengatakannya begian-begian,maka itu bukan ALLAH. Itu adalah was-was daripada syaitan.

Jadi adalah mustahil ALLAH berkata-kata dengan adadahulu dan ada kemudian kerana yang berkata-kata denganada dahulu dan ada kemudian itu adalah sifat yang baharu.

62

Page 79: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Sedangkan ALLAH Maha Suci dari segala sifat yang baharu.Dia adalah tunggal dan tidak ada yang menyerupai-Nya.

Yang demikian adalah mustahil ALLAH itu bisu dan keludan mustahil juga ALLAH berkata-kata dengan mengguna-kan huruf serta bersuara. Dan mustahil ALLAH juga berkata-kata menggunakan lidah serta ada yang dahulu dan ada kemu-dian.

Kelak nanti akan ada orang berkata, kalaulah semua yangdikatakan itu mustahil terjadi pada ALLAH SWT, bagaimanapula dengan Al Quran, kerana Al Quran itu adalah Kalamul-lah atau kata-kata ALLAH.

Kita boleh ambil kata-kata yang berbunyi:Alif-Lam-MimKata-kata yang singkat itu sahaja terdiri dari huruf-huruf

serta ada bunyinya. Kemudian ada dahulu dan ada yangkemudian iaitu Alif-nya dahulu dan Mim-nya kemudian.Bagaimana pula keadaan yang demikian ini.

Dalam persoalan ini, perlulah kita ingat bahawa Al Quranitu hanya merupakan makna atau terjemahan daripadaKalamullah yang sebenarnya yang ada di azali sana yangkita tidak tahu hakikatnya. Itulah yang sebenamya Al Quranitu. Kerana itu jangan sekali-kali kita mengiktiqadkan bahawaALLAH berkata-kata macam Al Quran itu. Rosak sekaliaqidah kita, kalau kita mengiktiqadkan demikian. KeranaKalamullah pada Al Quran itu merupakan maksud daripadaKalamullah yang sebenar yang ada di azali sana. HakikatKalamullah yang sebenar itu kita pun tidak tahu. HanyaALLAH saja yang mengetahuinya.

Kalamullah yang ada di azali sana itulah yang tidakberlafaz, tidak berhuruf, tidak bersuara dan yang tidak adadulu dan tidak ada kemudian itu.

63

Page 80: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAB 23

SIFATHARUS BAG1 ALLAH

65

Page 81: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALAM bab ini, kita akan membahaskan sifat harus bagiALLAH SWT. Sepertimana yang telah kita ketahui, sifat yangwajib bagi ALLAH SWT ada 20, dan sifat yang mustahilbagi-Nya juga ada 20. Tetapi sifat yang harus bagi hak ALLAHSWT hanya satu sahaja, iaitu harus bagi-Nya menjadikansegala makhluk atau segala yang baharu ataupun segala yangada ini.

Ertinya, tidak wajib bagi ALLAH menjadikan segalamakhluk atau segala yang ada ini, dan tidak wajib juga bagiALLAH hendak mentiadakannya. Dan bukan pula mustahilbagi ALLAH menjadikan dan mentiadakan makhluk ini.Semuanya harus sahaja bagi ALLAH SWT.

Dalam bab-bab terdahulu, kita telah memperkatakan ten-tang makhluk iaitu segala kejadian selain dari ALLAH (masiwallah) Yakni seluruh yang baharu atau yang ada ini; yangjuga dikatakan seluruh alam sama ada alam manusia, alamjin, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, alam jamadat (batu,besi, tanah, langit, bumi, bulan, bintang dan lain-lain), AlamBarzakh, Alam Akhirat dan lain-lainnya. Semua itu harus sajabagi ALLAH untuk menjadikan serta mentiadakannya.Umpamanya, harus saja bagi ALLAH menjadikan manusia,menjadikan bumi, langit, bulan, bintang dan lain-lainnya. Tidak

66

Page 82: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

wajib bagi ALLAH menjadikan semuanya itu. Dan tidak wajibjuga bagi ALLAH untuk mentiadakannya. Seterusnya, tidakpula mustahil bagi ALLAH untuk memperbuat kejadian-ke-jadian itu serta mentiadakannya.

Sekiranya wajib bagi ALLAH SWT mengadakan ataupunmentiadakan segala yang ada ini, maka kewajipan itu me-nandakan kemestian. Dan sekiranya mesti bagi ALLAH SWTmengada serta mentiadakan yang ada ini, maka seolah-olahALLAH terpaksa mengada dan mentiadakannya. Kalaudemikian, tentulah ada yang lebih berkuasa yang dapatmemaksa ALLAH mengada dan mentiadakan segala yang adaini. Kerana itulah tidak boleh kita katakan yang ALLAH SWTwajib mengada dan mentiadakan segala yang baharu ini.

Kemudian pula, sekiranya mustahil bagi ALLAH SWTuntuk mengadakan segala suatu ini, maka bererti pulalah yangALLAH tidak ada daya upaya untuk menjadikan segala se-suatu termasuk manusia. Sedangkan segala makhluk itu sudahpun terjadi dan telah dapat kita lihat dengan mata kepala kitasendiri. Ini bererti bahawa tidak mustahil bagi ALLAH untukmenjadikan segala yang baharu ini. Kerana kalau mustahilbagi ALLAH, tentunya seluruh yang ada ini tidak akan ter-jadi.

Dengan itu, nyatalah kepada kita bahawa terjadinya se-kalian alam atau sekalian yang baharu ini adalah harus sahajabagi ALLAH SWT. Ertinya, kalau ALLAH suka hendakmenjadikan sesuatu perkara itu maka ALLAH jadikan, dankalau ALLAH tidak suka hendak menjadikannya, makaALLAH tidak jadikan. Cuma, apa yang telah terjadi ini sepertialam manusia, alam jin, alam jamadat, Alam Barzakh, AlamMalaikat dan lain-lainnya itu, memangnya telah ALLAHkehendaki untuk menjadikannya. Ertinya, memang sudahALLAH pilih untuk menjadikannya, maka sebab itulah semua-nya terjadi. Kalau taqdirnya ALLAH memilih untuk tidakmenjadikan semuanya itu, maka sudah tentulah ianya tidakakan terjadi.

Katalah, ketika saudara sedang membaca buku ini, tidak

67

Page 83: 03 - Aqidah Mukmin 3

SIFAT HARUS BAG1 ALLAH

berlaku hujan di tempat saudara. Keadaan demikian memangsudah ALLAH kehendaki. Tidak pula bererti wajib bagiALLAH untuk tidak mengadakan hujan pada ketika ini keranakalau wajib, bermakna ada pula yang menghendaki ALLAHberbuat demikian. Bermakna pulalah bahawa ALLAH terpaksatidak mengadakan hujan itu. Sedangkan ALLAH tidak ada se-siapa yang memaksa-Nya.

Dan tidak pula mustahil bagi ALLAH untuk tidak men-tiadakan hujan pada ketika ini. Kerana kalau mustahil, berertiALLAH tidak ada upaya untuk menjadikan hujan. Sedangkanhujan telah kita lihat terjadi di dalam kehidupan kita. Jadi,tidak berlakunya hujan pada ketika ini di tempat saudara adalahharus bagi ALLAH dan sudah sememangnya dalam pilihandan kehendak ALLAH SWT.

Seterusnya, di dalam kerajaan langit dan bumi yangALLAH miliki ini, ALLAH mempunyai perintah dan kuasa-Nya. Firman ALLAH:

Milik ALLAH-lah kerajaan langit dan bumi ini.(Ali Imran: 189)

Ertinya, langit dan bumi serta seluruh isinya yang telahALLAH jadikan secara harus ini, ALLAH mempunyai pe-rintah dan suruhan-Nya. Apa saja yang menjadi suruhan sertaperintah ALLAH di dalam kerajaan langit dan bumi-Nya, didalam kekuasaan-Nya serta di dalam pentadbiran-Nya, semua-nya itu boleh berlaku. Dan bagaimana bentuk suruhan sertaperintah, semuanya boleh berlaku di dalam kerajaan ALLAHini tanpa siapa yang boleh menahan. Tidak ada siapa yangboleh menyekat kehendak ALLAH SWT itu.

Segala apa yang berlaku di dalam kerajaan ALLAH inisama ada di langit atau di bumi, mahupun di antara langit danbumi, begitu juga yang berlaku di alam yang dapat kita lihatserta di alam yang tidak dapat kita lihat, semuanya di dalam

6 8

I

Page 84: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

kebijaksanaan ALLAH. Demikian juga, segala apa yangberlaku yang pada lahimya kita lihat dapat memberi mudaratkepada makhluk, ada mengandungi hikmah-hikmahnya yanghakikatnya adalah baik belaka pada pandangan ALLAH SWT.Cuma, kita saja yang tidak tahu menilainya kerana akal kitatidak sampai ke tahap itu.

Jadi yang sebenarnya, apa saja yang berlaku kepadamakhluk, termasuk yang pada zahirnya seperti memberimudarat kepada makhluk, semuanya itu ALLAH laku-kan dengan keadilan dan kebijaksanaan-Nya. Semuanyamengandungi muslihat-muslihat yang membawa kebaikankepada makhluk. ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu untukmemberi mudarat kepada makhluk-Nya, khususnya manusia.

Cuma, kadang-kadang sesuatu itu kita nampak seperti tidakbaik dan tidak adil dilakukan oleh ALLAH, tetapi yang se-benarnya mengandungi hikmah dan kebaikan yang tidak dapatkita nilai dan cungkil disebabkan terhadnya kekuatan akalkita. Dan kebaikan itu sebenamya kembali kepada makhlukitu sendiri. Di situlah letaknya keadilan ALLAH ke atasmakhluk-Nya. Ini ditegaskan oleh ALLAH sendiri di dalamfirman-Nya:

Tidaklah Tuhanmu bersikap zalim terhadap hamba-hamba-Nya.

(Fussilat: 46)

Jelas yang ALLAH tidak sekali-kali menzalimi hamba-hamba-Nya melalui apa yang dilakukan-Nya secara halus itu.Walaupun setengah-setengah perbuatan itu seperti memberimudarat kepada hamba-Nya, namun segala-segalanya adalahbaik belaka untuk hamba-hamba-Nya. Yang menzalimi dirisendiri ialah hamba-hamba-Nya jua, kerana tidak dapat menilaihikmah-hikmah yang tersirat di sebalik kejadian ALLAH itu.Oleh kerana kekuatan akal manusia tidak dapat menilai hik-

69

Page 85: 03 - Aqidah Mukmin 3

SIFAT HARUS BAG1 ALLAH

mah kejadian ALLAH itu, maka timbullah sikap-sikap yanglain atau bentuk-bentuk tindakan yang merosakkan diri sen-diri bila berhadapan dengan apa yang telah ALLAH jadikanitu. Padahal ALLAH tidak bertujuan untuk merosakkan.

Dalam hal ini, cuba kita bahaskan tentang kejadian manusiaini misalnya. Kita lihat ada yang gemuk, ada yang kurus, adayang pendek, ada yang tinggi, ada yang miskin, ada yangkaya, ada yang cantik, ada yang buruk, ada yang bijak, adayang bodoh, ada yang sempurna kejadian, ada yang cacatkejadian, ada yang sihat dan ada yang tidak sihat. Kalaulahkita nilai setiap kejadian itu dengan kekuatan akal kita yangterbatas ini, kelak kita akan membuat kesimpulan yang ALLAHtidak adil. Seolah-olah ada pihak-pihak tertentu yang teraniaya.

Padahal yang sebenamya tidak ada yang teraniaya dantidak ada yang terzalim. ALLAH maha mengetahui segalakejadian-Nya. Segala muslihat kebaikan itu kembali kepadamanusia jua.

Katalah ALLAH jadikan semua manusia ini cerdik-cerdikbelaka. Tentulah semuanya mencapai taraf profesor. Akibat-nya, tidak ada siapa yang hendak mengaji lagi kerana semua-nya sudah pandai-pandai belaka. Kalau demikian, tentulah tidakada pertemuan. Akhirnya tidak ada masyarakat. Sebaliknya,kalau ALLAH jadikan semua manusia ini bodoh-bodoh belaka,keadaannya sama berat. Orang bodoh tentulah tidak akanmengaji kepada yang bodoh.

Tetapi, oleh kerana ALLAH jadikan manusia ini ada yangcerdik dan ada yang bodoh, maka tercetuslah pertemuan. Orangyang cerdik akan terasa dirinya cerdik kerana ada orang yangbodoh yang hendak mengaji dengannya. Daripada pertemuanitu, maka lahirlah kasih sayang, tolong-menolong serta per-talian kerjasama antara yang bodoh dengan yang cerdik.Akibatnya, terjadilah masyarakat. Di sinilah hikmahnyamengapa ALLAH jadikan manusia ini ada yang bodoh danada yang cerdik. Terhasil perlu-memerlukan antara satu samalain; yang cerdik memerlu kepada yang bodoh kerana kalautidak ada yang bodoh tentunya tidak ada yang menilai dia

70

Page 86: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

cerdik. Yang bodoh pula memerlu kepada yang cerdik untukmendapatkan ilmu pengetahuan. Yang demikian, lahirlahjemaah.

Begitu jugalah hikmahnya ALLAH jadikan ada yang kayadan ada yang miskin. Sekiranya ALLAH jadikan manusia inikaya-kaya belaka, maka tidak ada siapa yang memerlukanupah lagi. Akibatnya, kalau kita hendak membuat rumah pun,tidak ada siapa yang hendak membuatnya. Terpaksalah kitaduduk di tengah padang macam ayam dan kambing; kita hanyakaya dengan wang ringgit. Tetapi kerana adanya yang kayadan yang miskin, maka timbul perlu-memerlukan tenaga. Hasil-nya, lahirlah pertemuan dan timbullah perpaduan dan kasihsayang. Wujudlah jemaah di kalangan manusia. Perhatikanlahbetapa cantik dan indahnya kejadian ALLAH SWT itu.

Jadi, dengan meninjau beberapa hikmah kejadian itu saja,dapatlah kita perhatikan betapa ada faedahnya ALLAH jadi-kan manusia ini dengan berbagai-bagai kejadian. Dengankejadian yang berbeza-beza itu, tercantumlah perpaduan sertakasih sayang kerana masing-masing perlu-memerlukan antarasatu sama lain.

Dengan kejadian yang berbeza-beza itu juga, barulah terasakepada manusia ini rasa kuat dan juga rasa lemah. Ertinya,adakalanya satu-satu pihak merasa dirinya kuat tetapi padakala yang lain dia akan merasa dirinya lemah. Di sini besarhikmahnya kerana kalau manusia ini.merasakan yang dia kuatsentiasa, maka dia akan menjadi orang yang sombong dantakabur. Manakala kalau manusia ini merasakan dirinya lemahsentiasa,, maka dia akan menjadi orang yang hina diri.

Tetapi, dalam pada dia merasakan dirinya lemah, ada kala-kalanya dia juga merasakan yang dia ada kekuatan. Orangmiskin misalnya, di samping dia merasakan dirinya lemah,namun dia boleh berbangga kerana ada khidmatnya kepadaorang kaya. Orang kaya memerlukan tenaganya untuk mem-buat kerja itu dan ini seperti membina rumahnya. Kalau tidakada orang miskin, tentulah orang kaya pun duduk di tengahpadang. Kerana itu, orang kaya tidak boleh sombong dengan

71

Page 87: 03 - Aqidah Mukmin 3

SIFAT HARUS BAG1 ALLAH

kekayaannya kerana kalau kekayaannya itu tidak bolehmembeli khidmat orang miskin, tentulah kekayaannya itu tidakada nilai. Nilai kekayaan itu ialah dengan adanya orang yangmemerlukannya.

Begitu besar hikmahnya mengapa ALLAH jadikan manu-sia ini berbeza-beza. Kerana daripada kejadian itu akanmembawa manusia kepada perimbangan rasa antara lemahdan kuat. Si miskin adakalanya merasakan dirinya lemah tetapidapat juga merasakan dirinya ada kekuatan kerana ada sum-bangan dan jasanya kepada masyarakat dan negara. Ketikadia merasakan dirinya lemah, dia akan ingat kepada kebesaranALLAH. Seperti jugalah dengan si kaya. Ketika dia merasa-kan dirinya lemah, dia akan merasakan pula kebesaranALLAH. Tidaklah dia sombong memanjang. Dan orang miskinpula tidaklah sentiasa merasakan dirinya hina kalau keadaandemikian sentiasa berlaku. Tidaklah dia akan merasa kecewadengan ALLAH. Rasa demikian amat merbahaya.

Sebab itulah bila ALLAH telah meletakkan diri kita didalam sesuatu suasana, hendaklah kita redha. Jangan sekali-kali kita berdukacita dan jangan sekali-sekali kita bersusahhati kerana setiap orang itu ada nilainya. Pokoknya, suasanayang ALLAH letakkan pada diri kita itu dapat kita letakkanpada tempatnya yang sebenar. Cuma, kalau manusia itu tidakboleh menilai dirinya sendiri, maka dia akan tersalah danbersikap secara yang tidak dikehendaki oleh ALLAH.

Umpamanya, bila seseorang itu dijadikan hodoh, dia mulamengeluh dan merasa kesal. “Mengapa orang itu cantik tetapiaku ini hodoh!” Tidak boleh kita berkata demikian. Atau kalaukita miskin, kita mengeluh, “Aku ni miskin. Hidup aku puntak serupa orang.!" Mana boleh kita berkata demikian keranamasing-masing yang dijadikan ALLAH itu ada nilainya.

Kalau kita miskin, maka kenalah kita letakkan diri kitasebagai orang miskin. Setidak-tidaknya orang miskin ini,tanggungjawabnya tidak berat. Ini adalah kerana ALLAHmeletakkan tanggungjawab pada seseorang itu berdasarkantahap kekuatan yang ALLAH berikan. Kalau seseorang itu

72

Page 88: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

dikuatkan oleh ALLAH SWT seperti dikuatkan-Nya dengantenaga, dikuatkan-Nya dengan harta, dikuatkan-Nya dengankepandaian, maka akan lebih banyak tanggungjawabnya.Seandainya dia tidak boleh bertanggungjawab, Nerakalahbaginya di Akhirat.

Sebaliknya, kalau seseorang itu dilemahkan oleh ALLAHseperti lemah ilmu pengetahuan, lemah dari segi fizikal, miskinpula, maka dia tidak ada banyak tanggungjawab. Dan diAkhirat esok, dia lebih mudah. Tidak banyak yang akandipersoalkan darinya. Yang demikian satu keuntungan bagi-nya.

Kerana itulah, mengapa dikatakan kita kena pandai me-letakkan suasana yang telah ALLAH jadikan kepada kita padatempatnya. Kalau kita diberi ALLAH kelebihan seperti kaya-raya, rumah besar, kereta besar, pangkat besar dan sebagai-nya, jangan sekali-kali kita berbangga. Hendaklah kita guna-kan untuk kepentingan masyarakat Islam terutamanya dalammenegakkan agama ALLAH. Hendaklah kita berada dalamsuasana yang sentiasa takut kepada ALLAH kerana bimbangterhadap tanggungjawab yang telah dipikulkan oleh ALLAH;takut-takut tidak dapat dilaksanakan. Kalau di Akhirat kitatidak dapat menjawab soalan yang dipertanggungjawabkan itu,kita akan terjerumus ke Neraka. Seandainya kelebihan yangALLAH berikan itu dapat diletakkan pada tempatnya, makabalasan yang akan ALLAH berikan ialah Syurga di Akhirat.

Jadi, janganlah kita ohjek atau bantah kepada ALLAHSWT tentang mengapa kita dijadikan berbeza denganorang lain. Kalau kita dimiskinkan oleh ALLAH, kenalahkita redha menerimanya. Begitu juga kalau kita diburukkanatau dibodohkan. Kadang-kadang manusia ini memang sudahperangainya suka objek apa saja yang ALLAH berikan ke-padanya. Kalau dia miskin, dia buruk atau dia tak lulus SRP,dia akan objek Tuhan. Dan yang hebatnya, kalau dia kaya punkadang-kadang dia objek Tuhan juga.

Nampaknya, bagi manusia ini semuanya salah terhadapapa yang telah ALLAH jadikan. Cuma satu saja yang tidak

73

Page 89: 03 - Aqidah Mukmin 3

SIFAT HARUS BAGI ALLAH

pernah kita dengar manusia mengobjek Tuhan. Iaitu, tentangkejadiannya sama ada lelaki atau perempuan. Nampaknya,orang yang telah dijadikan lelaki oleh ALLAH, redha dengankejadiannya dan orang yang telah dijadikan perempuan olehALLAH, redha dengan kejadiannya Yang satu ini yangmanusia jarang objek tetapi perkara-perkara yang lain, adasaja yang tidak kenanya.

Perkara objek-mengobjek kejadian Tuhan ini amat selalukita dengar terutamanya di kalangan orang-orang kafir.Kadang-kadang di kalangan umat Islam hari ini pun kitaterdengar juga kata-kata seperti Tuhan tak adil dan sebagai-nya kerana menjadikan manusia ini berbagai-bagai seperti adayang miskin dan kaya, ada yang bodoh dan pandai dan lain-lainnya. Dan kita pun kadang-kadang terperangkap juga denganpersoalan seperti ini.

Lojiknya dapat kita kaedahkan begini. Katalah kita adamembela ayam sereban. Di antara ayam-ayam itu ada yangkita jual, ada yang kita sembelih, ada yang kita beri kepadakawan, ada yang kita pelihara dan sebagainya. Sekali pan-dang, perbuatan kita itu macam tidak adil kerana mengapapula ada yang disembelih, ada yang dijual, ada yang diberikepada kawan dan sebagainya. Mengapa tidak disembelih sajasemuanya atau dijual saja semuanya atau dipelihara semua-nya? Namun siapakah yang berani objek perbuatan kita?

Atau kita kiaskan dengan memelihara berbagai-bagaibinatang seperti kucing, kambing, ayam dan itik. Di antarabinatang-binatang itu, kucing kita bawa naik ke rumah sampaitidur sebilik pula. Manakala binatang-binatang yang lain kitaletakkan di kandangnya. Kalau hendak dikira, tentulah tidakadil perbuatan kita kerana, mengapa kucing dibenarkan naikke rumah sedang yang lain-lain tidak? Begitu jugalah per-buatan ALLAH. Siapakah yang boleh objek perbuatan-Nya.

Sebab itulah, walaupun kekuatan akal kita ini agak ter-batas, namun dengan kita menilai hikmah-hikmah yang ter-mampu oleh akal ini, sedikit sebanyak dapat juga membantukita memahami keadilan dan kebijaksanaan ALLAH SWT.

74

Page 90: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Ada faedah dan kebaikarmya mengapa ALLAH jadikanmakhluk ini berbagai-bagai, dan kebaikan dan faedah itukembali kepada manusia itu sendiri. Sepertilah dengan jarikita yang lima ini yang ALLAH jadikan ada yang panjang,ada yang pendek. Cuba kita bayangkan, apa akan terjadi kalauALLAH jadikan sama panjang. Dapatkah kita memegang gelasair minum atau memegang barang-barang. Tentu menggeng-gam pun tidak boleh! Apakah ALLAH tidak adil dalam men-jadikan jari manusia ini?

Yang demikian, kalau jari-jari yang seringkas itu punALLAH jadikan berbeza-beza kerana ada hikmah-hikmahnyayang tersembunyi, betapalah makhluk yang begitu unik dankompleks ini.

Oleh itu, hendaklah kita terima semua kejadian ALLAHSWT itu dengan sebaik-baiknya, dan hendaklah kita akuibahawa ALLAH melakukamrya dengan penuh bijaksana sertapenuh keadilan walaupun kadangkala kita rasa ada kejadian-kejadian itu seperti membawa mudarat kepada kita. Dengankita berbuat demikian, kita akan sentiasa berbaik sangka kepadaALLAH dan dapat meletakkan diri kita pada tempatnya yangsebenar sesuai dengan suasana yang ALLAH jadikan padadiri kita. Umpamanya, kalau kita miskin, kita redha dengankemiskinan manakala kalau kita kaya, kita akan meletakkandiri kita sebagai orang yang dipertanggungjawabkan olehALLAH untuk menegakkan agama ALLAH serta memba-ngunkan masyarakat Islam.

Jadi, semua kejadian dan perbuatan yang ALLAH laku-kan kepada makhluk, ada muslihat dan faedahnya. Setiapperintah yang ALLAH suruh laksanakan dan setiap perintahyang berbentuk larangan, semuanya itu ada faedahnya kepadamakhluk. Ada sebab-sebab mengapa ALLAH suruh berbuatsesuatu dan ada sebab-sebab mengapa ALLAH melarangsesuatu itu.

Cuma, kadang-kadang yang ALLAH larang itu adalahperkara-perkara yang kita suka yang menyebabkan hati kitasakit dengan larangan itu. Padahal yang ALLAH larang itu

75

Page 91: 03 - Aqidah Mukmin 3

SIFAT HARUS BAG1 ALLAH

ada faedahnya kepada diri kita. Kita saja yang tidak tahu.Tetapi ALLAH Maha Mengetahui tentang diri kita lahir danbatin. Dia mengetahui tentang perkara yang boleh member-imudarat kepada diri kita, kalau tidak mudarat di dunia, akanmudarat di Akhirat. Sebab itulah ada larangan-larangan dariALLAH yang kita sendiri tidak dapat menilainya tetapiALLAH saja yang dapat menilainya.

Sebab itu, bila ALLAH melarang sesuatu, hendaklah kitaterima baik-baik. Jangan sekali-kali kita sakit hati denganlarangan itu. Dan bila ALLAH menyuruh sesuatu itu, kenalahkita buat sungguh-sungguh kerana ada faedahnya bagi dirikita, sedangkan ALLAH tidak mendapat faedah darinya. Segalafaedah dan kebaikan itu kembali kepada makhluk itu sendiri.

Tetapi manusia tidak dapat melihat dan menilainya. Yangkita dapati sikap manusia hari ini, bila berhadapan denganperintah dan larangan ALLAH ialah, rata-rata mereka akanberkata, “Mana boleh jadi. Susahlah kita kalau itu tak bolehdan ini tak boleh. Macam mana kita nak membangun. Macammana kita nak lawan bangsa asing. Itu sebablah kita tak maju.”

Dalam suasana demikian, kita akan dengar manusia ber-kata, “Kalau ikut perintah ALLAH, akan huru-hara dan kucar-kacir kehidupan manusia.” Sedangkan, kita mengatakan yangkalau semua manusia ikut perintah ALLAH, tidak akan huru-hara kehidupan ini.

Jelas betapa jahat dan sombong serta takabumya manusiahari ini. Seolah-olah mereka lebih tahu dari ALLAH. Mung-kin mereka sudah mencapai kebijaksanaan dan kepandaianhingga menjadi profesor yang botak kepala, maka itu merekahendak tunjuk pandai dari ALLAH. Apakah mereka tidaksedar, betapa yang membotakkan kepala mereka itu juga adalahALLAH SWT!

Kerana itu, janganlah kita bersikap sombong dan takaburdengan ALLAH. Apa saja yang ALLAH suruh, terimalah sajadan laksanakan. Mana-mana yang ALLAH larang, jauhilah,kerana ALLAH lebih mengetahui tentang muslihat kebaikan-nya kepada makhluk. Akal kita tidak dapat menilainya. Lebih

76

Page 92: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

baiklah kita tunduk dan patuh saja kepada ALLAH SWT yangmengetahui makhluk-Nya lahir dan batin.

Seterusnya, di samping ALLAH menjadikan seluruh yangbaharu ini atas dasar harus saja, bagi ALLAH menjadikannyapun mudah sahaja. Ibarat kita manusia, kalau hendak men-jadikan sesuatu itu adalah dengan jalan susah dan payah.Kenalah berusaha dan berikhtiar sungguh-sungguh. Tetapi, bagiALLAH tidak. ALLAH hendak menjadikan segala makhlukatau seluruh alam ini adalah dengan jalan mudah saja. ALLAHhanya menyebut: “Jadi”, maka jadilah!

Ertinya, bagi ALLAH, kalau sesuatu itu hendak dijadi-kan, ALLAH hanya berkata, “Jadi”, maka perkara itu punterjadi. Begitu mudah sekali pada Allah SWT. ALLAH bolehmenjadikan perkara yang .kecil atau perkara yang besar denganhanya berkata, “Jadi” sahaja. Bagi ALLAH sama saja tarafmenjadikan yang kecil dengan menjadikan sesuatu yang besarpada pandangan mata kita. Begitulah kuasa ALLAH dalammenjadi sesuatu perkara itu dengan cara yang mudah sahaja.

Cuma, yang hendak kita bahaskan sedikit di sini ialah,mengapakah pada pengalaman kita, bila ALLAH’ hendakmenjadikan sesuatu itu seperti hendak menjadikan manusiaataupun haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan, tidak denganhanya menyebut “Jadi”. Kerana, dalam pengalaman kita ini,bila manusia hendak dijadikan, ia bermula dengan beransur-ansur. Mula-mula dalam kandungan, kemudian dilahirkan danmembesar sedikit demi sedikit. Daripada dia meniarap, diamulai merangkak dan kemudian mula berjalan serta tumbuhgigi dan seterusnya membawa kepada dewasa. Ketika itu,barulah menjadi besar, boleh bercakap serta boleh bertenaga.Dan seluruh proses ini berjalan selama beberapa tahun.

Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Mula-mula dicam-bah benih, kemudian baru ia tumbuh menjadi pokok. Dari situbarulah ia membesar hingga bertahun-tahun. Akhimya baru-lah berbunga dan berbuah. Tidak pula kita lihat pokok-pokoktents terjadi begitu saja. Padahal, kita tahu yang kalau ALLAHhendak menjadikan sesuatu itu, Dia hanya menyebut “Jadi”,

77

Page 93: 03 - Aqidah Mukmin 3

SIFAT HARUS BAG1 ALLAH

maka jadilah perkara itu. Mengapa pula di dalam kejadianyang kita lihat ini tidak begitu?

Bahkan, di dalam Al Quran pun ada ALLAH berfirman:

Dan DIA-lah (ALLAH) yang menjadikan langit dan bumidalam masa enam hari.

(Hud: 7)

Daripada ayat ini, kita dapati yang ALLAH menjadikanlangit dan bumi ini dalam masa enam hari. Mengapa pulademikian, sedangkan dikatakan, ALLAH boleh menjadikansesuatu itu de,ngan hanya menyebut “Jadi” saja. Apakah susahpula bagi ALLAH untuk menjadikan langit dan bumi ini hinggaterpaksa melakukannya selama enam hari?

Sebenamya, kalau ALLAH hendak menjadikan sesuatuitu dengan hanya menyebut “Jadi” saja pun, boleh bagiALLAH. Tetapi sengaja ALLAH lambatkan kejadian sesuatuitu kerana ada hikmah-hikmahnya, Di dalam kelahiran bayisaja misalnya, apakah tidak boleh ALLAH jadikan seorangmanusia terus berjanggut, bermisai serta sudah cukup dewasaseperti orang berumur 25 tahun. Jawabnya, boleh!

Tetapi, cuba kita bayangkan seorang ibu hendak melahir-kan anak yang besar dan panjang berumur 25 tahun. Sesudahdewasa, tunggu hendak kahwin saja. Sedangkan hendakmelahirkan bayi sepanjang kira-kira satu kaki yang beratnyalebih kurang 7 paun itu pun payah. Inikan pula seorang yangbesar panjang. Mungkin, apabila lahir saja, ibu pun mati.

Jadi, walaupun ALLAH boleh lakukan satu-satu kejadianitu secara menyebut “Jadi,” maka perkara itu akan terjadi,namun ALLAH tidak lakukan demikian kerana ada hikmah-hikmah yang tersembunyi. ALLAH tetap melakukan kejadi-an-kejadian di langit dan di bumi ini secara beransur-ansur.

Apakah yang dapat kita fahamkan daripada cara ALLAHmelakukan kejadian-kejadian-Nya dengan cara beransur-ansuritu? Sebenamya, inilah cara ALLAH mendidik manusia supaya

78

Page 94: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

apa saja yang kita buat, jangan gopoh-gapah, sebaliknyahendaklah berhati-hati dan berhalus-halus. Yang demikiansetiap kerja yang kita lakukan akan menjadi lebih sempurna.Sebab, membuat kerja secara gopoh-gapah, secara melulu dansecara cepat, hasilnya tidak sempurna.

Kerana itulah ALLAH didik manusia supaya membuatsatu-satu kerja lambat-lambat dan secara perlahan-lahanSedangkan ALLAH SWT, yang boleh melakukan sebarangkejadian dengan hanya menyebut “Jadi” saja itu pun mem-buat sesuatu secara beransur-ansur, apatah lagi kita yang tidakmempunyai kuasa apa-apa untuk menjadikan sesuatu denganhanya menyebut “Jadi”.

Amat patut sekalilah kita memahami pendidikan ALLAHini supaya kita juga membuat kerja-kerja dengan cara ber-ansur-ansur serta perlahan-lahan. Kerana, hasil dari kerja demi-kian adalah lebih baik daripada kerja yang gopoh-gapah.

Banyak perkara yang ALLAH didik kita supaya jangangopoh dan melulu. Satu darinya ialah dalam membuat kerja-kerja kita. Hendaklah kita membuatnya secara perlahan-lahandan beransur-ansur mengikut kemampuan tenaga dan masa.Kalau kita membuat sesuatu kerja itu dengan tujuan hendakcepat siap, kalau siap pun mungkin tak sempurna. Boleh jadilangsung tak siap. Sebab itulah di dalam sebuah HadisRasulullah bersabda:

$2-1 ‘q Lws , , ..,p ’ ‘a,’ A, & >Qi

Bertenang-tenang itu daripada ALLAH SW. Dan ber-segera atau bergopoh-gapah itu adalah daripadasyaitan.

Jadi, kita tidak boleh bergopoh-gapah membuat sebarangkerja. Bahkan perkara yang sudah nyata baik pun, kita tidakboleh juga bersegera-segera. Umpamanya dalam hendakmendapatkan pahala sembahyang berjemaah atau surau, kitapun tergopoh-gopoh kerana barangkali imam sudah pun takbirsedangkan kita masih di luar masjid. Kita pun bergegas-gegas

79

Page 95: 03 - Aqidah Mukmin 3

SIFAT HARUS BAG1 ALLAH

ke tandas dan kemudian bersegera mengambil air sembah-yang. Cepat-cepat kita lilit serban dan masuk berjemaah. Per-buatan ini amat dilarang oleh syariat. Setidak-tidaknya ia jatuhkepada makruh.

Sepatutnya, walaupun kita sudah terlambat, kita tidak bolehtergopoh-gopoh. Hendaklah kita perlahan-lahan Kalau dapatdua rakaat berjemaah pun jadilah. Atau kalau tidak, satu rakaatpun jadilah. Asalkan, jangan kita bergopoh-gapah.

Selain dari itu, kita juga tidak boleh gopoh dalam mene-rima berita-berita sama ada berita yang baik mahupun beritayang buruk. Ini juga dijelaskan oleh syariat. Di dalam AlQuran dikatakan betapa kalau datang orang fasiq membawaberita hendaklah diperiksa lebih dahulu, jangan mudah di-terima. Hendaklah diteliti dan dikaji lebih dahulu sebelummembuat keputusan. Bertawaquflah lebih dahulu kerana kalaukita terus bertindak, takut-takut kita akan menyesal kemu-diannya

Begitu juga, kita tidak boleh bergopoh-gapah secara buruksangka dengan seseorang. Sesuai juga dengan apa yang diper-katakan oleh syariat dalam firman ALLAH:

Sesungguhnya sebahagian daripada buruk sangka ituadalah dosa.

(Al Hujurat: 12)

Kemudian, kita juga dilarang bergopoh-gapah menghu-kum ke atas sesuatu kesalahan. Syariat ada menyatakan kepadakita supaya biar kita tidak menghukum terhadap sesuatukesalahan daripada kita menghukum tetapi salah memberikanhukuman. Sebab itu, menghukum juga jangan gopoh-gapah.Kenalah dipertimbangkan sungguh-sungguh.

Seterusnya, kita jangan mudah gopoh-gapah berputus asa.Katalah kita sudah belajar sungguh-sungguh tetapi tidak jugalulus. Jangan mudah kita berputus asa. Atau katalah kita sudahberusaha sungguh-sungguh dalam perniagaan tetapi jatuh papa

80

Page 96: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

juga. Di sini juga kita tidak boleh gopoh-gapah berputus asa.Begitu jugalah, kalau kita sudah lama berumahtangga tetapitidak juga memperoleh seorang anak, jangan mudab kita putusasa. Sekurang-kurangnya kita boleh berpakat baik-baik untukmendapatkan seorang isteri lagi agar dapat menghasilkan anak.

Jadi, berputus asa dalam sebarang perkara adalah amatdilarang, lebih-lebih lagi kalau kita terburu-buru dengannya.Firman ALLAH SWT:

Jangan kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH.(AZ Zumar: 53)

Firman ALLAH lagi:

Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmatALLAH melainkan kaum yang kafir.

(Yusuf: 87)

Jadi, jelas kepada kita bahawa pendidikan yang kita terimadaripada cara ALLAH menjadikan sesuatu kejadiannya itusecara beransur-ansur dan tidak dengan cara “Kun fayakun”padahal cara itu boleh ALLAH lakukan, ialah supaya kitajuga beransur-ansur dalam banyak perkara. Dengan demikian,hidup kita akan menjadi teratur dan aman damai.

Walau bagaimanapun, untuk menunjukkan kekuasaanALLAH kepada umat, sekali-sekala ALLAH jadikan jugasesuatu perkara itu secara “Kun fayakun”. Ini dapat kita bacamelalui peristiwa-peristiwa manusia yang diceritakan di dalamkitab-kitab. Salah satu daripadanya ialah peristiwa yang ber-laku pada seorang hamba ALLAH yang selama-lamanya ter-lalu pelik dengan kejadian ALLAH secara “Kun fayakun” itu.Dia sentiasa memikir-mikir tentang bagaimanalah kuasaALLAH dalam menjadikan sesuatu perkara itu dengan hanya

8 1

Page 97: 03 - Aqidah Mukmin 3

SIFAT HARUS BAG1 ALLAH

menyebut “Jadi”, maka jadilah ia.Suatu hari, dia pergi ke sungai untuk mandi. Setelah dia

turun perlahan-lahan ke dalam sungai itu, dia seolah-olahmerasakan yang dia sudah berada di sebuah negeri lain sertadi dalam mukim yang berlainan sama sekali. Di situlah diahidup bergaul, bertemu dan berkenal serta bermasyarakat. Disitulah dia bekerja dan mencari rezeki, berkenduri-kendaradan berbuat berbagai perkara. Hinggakan suatu ketika diateragak hendak beristeri lalu dia meminang seorang anak gadis.Dia pun berkahwin dan akhimya mendapat beberapa oranganak. Pendek kata, berbagai-bagai peristiwa yang ditempuh-nya di negeri itu, hinggalah kepada suatu hari, dia teragakhendak turun mandi ke sungai. Sampai ke sungai, dia punmenyelam.

Apabila dia timbul, dilihatnya yang dia sedang berada ditepi sungai pada mulanya tadi. Nampaknya, peristiwa yangberlaku padanya itu hanya berlaku sejurus menyelam di dalamair iaitu kira-kira satu minit saja. Namun dia telah melaluiberbagai-bagai perkara, daripada dia bergaul, bertemu danberkenalan, membawa kepada dia bermasyarakat, berumah-tangga serta beranak isteri. Peristiwa itu sebenamya berpuluh-puluh tahun lamanya. Dan berlakunya semua itu, bukan di-khayal-khayal dan bukan juga dalam mimpi. Dia dapat me-rasakan yang peristiwa itu benar-benar berlaku kerana detik-detiknya masih terasa padanya. Katalah detik dia menimanganak, bergaul dengan isteri, menghadiri kenduri-kendara,menziarahi jenazah dan sebagainya. Namun, seluruhnya ber-laku semasa dia menyelam di dalam sungai itu.

Ini hanya menunjukkan kepada kita betapa ALLAH bolehmelakukan sesuatu perkara itu hanya dengan mengatakan“Jadi,” maka jadilah perkara itu. Seperti peristiwa yang ber-laku pada hamba ALLAH tadi yang hanya kira-kira seminitmenyelam di dalam sungai tetapi menempuh berbagai-bagaiperistiwa yang berlaku berpuluh-puluh tahun hingga dia ber-kahwin dan mendapat anak.

8 2

Page 98: 03 - Aqidah Mukmin 3
Page 99: 03 - Aqidah Mukmin 3

MATANalil-dalil

c@

aqli dan naqli atas dua puluh sifat.Adalah mengetahui dalil aqli secara ijmali pada

sifat-sifat Tuhan itu fardhu ain. Adapun mengetahuidalil dengan tafsil itu fardhu kifayah. Demikian jugamengetahui dalil naqli.

Maka yang dikatakan dalil ijmali itu ialah dalil secararingkas seperti dikatakan dalil wujud Tuhan itu baharu alamatau ada alam ini. Maka dalil ini tidak boleh menutup hajatyang didatangkan dan tiada boleh menghuraikan segalasyubahat. Bersalahan dalil tafsil atau borhan maka ia berkuasamenolak segala hajat yang didatangkan, dan bolehmenghuraikan segala syubahat dan yang dikatakan dalil tafsilitu ialah perenggan kata yang mengandungi dua muqaddimah(pendahuluan) dan satu natijah (kesudahan) bagaimana akandatang.

Maka borhan tiap-tiap sifat itu menetapkan dia danmenafikan lawannya maka borhan sifat maani borhan sifatmaknawiyah.

/

Page 100: 03 - Aqidah Mukmin 3

SEBELUM ini, kita telah membahaskan tentang dalil-dalilaqli dan naqli di atas 20 sifat ALLAH SWT. Kerana merasa-kan bahawa persoalan ini agak berat, maka kita cuba meng-huraikannya sekali lagi sebagai lanjutan daripada huraian kitadalam bab terdahulu. Mudah-mudahan dengan itu kita akandapat memahami perbahasannya dengan lebih mendalam.

Dalil-dalil untuk kita mengenali sifat-sifat ALLAHSWT itu terbahagi kepada tiga. Yang pertama ialah dalilakal secara ijmali iaitu dalil-dalil untuk kita mengenaliALLAH SWT secara ringkas atau secara tidak terhurai.Yang kedua, dalil akal secara tafsili iaitu dalil akal untukkita mengenali ALLAH SWT melalui sifat-sifat-Nya yangwajib secara terhurai atau secara terperinci. Yang ketigaialah dalil naqli iaitu dalil-dalil untuk mengenal ALLAHSWT melalui sumber Al Quran dan Hadis-hadis Rasulul-lah SAW.

Mengenali ALLAH SWT melalui sifat-sifat-Nya yangwajib dengan dalil-dalil aqli secara ijmali atau secara ringkas-ringkas, hukumnya fardhu ain. Ertinya, setiap mukallaf wajibmengetahui dalil-dalil aqli secara ijmali atau secara ringkas-ringkas untuk mengenali sifat-sifat yang wajib bagi ALLAHSWT. Dia wajib mengetahui dalil-dalil ijmali untuk menge-

85

Page 101: 03 - Aqidah Mukmin 3

HUKUM-HUKUM MENGENAL ALLAH

nali sifat Wujud ALLAH SWT. Dia juga wajib mengetahuidalil-dalil ijmali untuk mengenali sifat Qidam bagi ALLAHSWT. Begitu juga dia wajib mengetahui dalil-dalil ijmali untukmengenali lain-lain sifat yang wajib bagi ALLAH seperti sifatBaqa’, sifat Mukholafatuhu lil Hawadisi, Qiamuhu Binafsihdan seterusnya.

Mengetahui dalil-dalil akal secara ijmali atau secara ring-kas ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada orang lain.Apabila seseorang itu mukallaf saja, iaitu akil baligb sertabaik pancaindera, maka mengetabui dalil-dalil akal se-cara ijmali ke atas 20 sifat ALLAH SWT itu adalah fardhuain.

Sekiranya seseorang itu mengenal Tuhan tetapi dia tidakmempunyai dalil-dalil walaupun secara ijmali, maka dia belumlagi dianggap sudah mengenal Tuhan. Dia mengenal Tuhantanpa dalil-dalil dan bukti walaupun secara ringkas. Penge-nalarmya adalah tidak sah. Dan kalau seseorang yang mukallafitu tidak dapat mengenal Tuhan melalui dalil-dalil aqli secaraijmali, maka dia telah jatuh berdosa. Kerana, sepertimana yangkita katakan tadi, hukum mengetahui dalil-dalil aqli secaraijmali ke atas 20 sifat ALLAH SWT adalah fardhu ain. Barangsiapa tidak melaksanakan perintah di bidang fardhu ain, makahukumnya berdosa.

Orang yang tidak kenal ALLAH

Seterusnya, kalau seseorang itu tidak kenal dengan ALLAHSWT, kepada siapakah segala ibadah dan amal baktinya hendakdipersembahkannya? Kerana, sepertimana yang kita maklum,perintah ibadah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kitaberdasarkan ayat yang bermaksud, "tidak Aku jadikan jin dunmanusia ini melainkan untuk beribadah kepada Aku,” me-rupakan hadiah atau anugerah yang hendak kita persembah-kan kepada ALLAH SWT.

Dalam ertikata yang lain, setiap perintah suruh yang kitalakukan sama ada yang berbentuk fardhu mahupun sunatataupun setiap larangan yang kita jauhi sama ada yang haram

86

Page 102: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

mahupun yang makruh, semua itu adalah ibadah kita kepadaALLAH SWT dan ibadah itu merupakan hadiah yang hendakkita persembahkan kepada-Nya. Tetapi, kalau kita tidak kenaldengan ALLAH SWT, kepada siapa pula hendak kita per-sembahkan hadiah itu?

Ertinya, kalau kita tidak kenal Tuhan, maka kita tidaktahu kepada siapa amal ibadah kita hendak dipersembahkan.Dengan demikian amal ibadah kita akan tertolak. Kalau amalibadah kita tertolak, maka segala sembahyang kita, puasa kita,zakat kita, haji kita, perjuangan dan jihad kita serta lain-lainamal ibadah, semuanya tidak sah. Semuanya itu tidak adanilai di sisi ALLAH SWT. Kalau sudah tidak ada nilai di sisiALLAH, maka sia-sia sajalah amal bakti kita.

Untuk buktinya, kita boleh kiaskan sebagai seorang yanghendak mempersembahkan satu hadiah kepada seorang rajasedangkan dia tidak kenal langsung kepada raja itu. Akibat:nya hadiah itu boleh jadi disampaikan kepada pengawal rajaatau kepada pembesar raja. Ertinya, kita hendak mempersem-bahkan ibadah kita, tetapi yang kita sampaikan ialah kepadasyaitan.

Dengan sebab itulah, mengenal ALLAH itu penting. Didalam ajaran Islam dikatakan, “Awal-awal agama mengenalALLAH”. Ertinya mengenal ALLAH itu merupakan tapakdalam segala tindak-tanduk yang hendak kita kerjakan di dalamajaran Islam ini. Kenallah ALLAH lebih dahulu, kemudianbarulah kita berpuasa, berzakat, naik haji, berjuang dan ber-jihad, bersedekah dan berkorban, dan sebagainya.

Dan mengenal ALLAH yang telah diwajibkan kepadasetiap mukallaf ialah dengan mengetahui dalil-dalil secaraijmali iaitu dengan mempunyai hujah-hujah bagi sifat-sifatyang wajib pada ALLAH SWT. Mengenal Allah hanya de-ngan berdasarkan cakap-cakap orang adalah tak sah. Umpa-manya, kerana orang kata yang Tuhan itu ada, kita pun kataada. Kerana ibu dan ayah kita kata yang Tuhan itu bersifatQidam, kita pun kata yang Tuhan itu bersifat Qidam. Kitadengar cikgu-cikgu kita kata yang Tuhan itu bersifat Baqa’,

8 7

Page 103: 03 - Aqidah Mukmin 3

HUKUM-HUKUM MENGENAL ALLAH

kita pun percaya yang Tuhan itu bersifat Baqa’. Tetapi kalauorang tanya kita, apa dalil dan bukti yang ALLAH itu Qidam,Baqa’ dan sebagainya, kita tidak boleh berikan dalil dan hujah-hujah.

Inilah yang dikatakan mengenal Tuhan secara bertaqlid.Iman orang yang mengenal Tuhan secara ini dinamakan imantaqlid. Menurut setengah-setengah ulama, iman demikian tidaksah. Dan kalaulah imannya tidak sah, maka seluruh ibadahyang lain tidak akan diterima oleh ALLAH SWT. Oleh yangdemikian, amat perlu kita mengetahui segala dalil yangmenunjukkan ALLAH itu wujud. Memadailah dengan me-ngatakan bahawa buktinya ialah adanya makhluk dan alamini. Semua langit dan bumi serta segala yang baharu inimembuktikan adanya Tuhan yang mencipta.

Begitu juga, apakah dalil-dalil ijmali yang menunjukkanbahawa ALLAH itu bersifat Qidam? Cukup dan memadaijugalah kalau kita buktikan sifat itu dengan menunjukkankepada kejadian alam dan makhluk ini; kepada kejadian langitdan bumi dan lain-lainnya. Begitulah seterusnya dengan sifat-sifat yang lain bagi ALLAH SWT. Asal sekadar kita dapatmemberikan dalil-dalil dan bukti yang secara ringkas demi-kian, maka pengenalan kita sudah dianggap sah.

Oleh itu, sedikit sebanyak kita diwajibkan mempelajaridalil-dalil itu supaya kita dapat member&an hujah-hujah.Barulah kita tidak dihukum sebagai berdosa. Tetapi, kalausekadar dalil yang seringkas itu pun kita tidak tahu, maka kitatetap berdosa. Kecualilah, kalau mengikut kata setengah-se-tengah ulama, seseorang itu begitu susah hendak mengingatisesuatu hinggakan hari ini dia belajar, esok dia lupa atau barusejam tadi dia mempelajari sifat Tuhan, beberapa ketika lepasitu dia lupa. Namun dia terus juga berusaha untuk belajar.Orang yang semacam ini dimaafkan oleh ALLAH SWT.

Tetapi kalau seseorang itu malas belajar serta tidak mahumempelajari dalil-dalil untuk mengenal ALLAH SWT me-lalui sifat-sifat yang wajib bagi-Nya walaupun secara ijmali,maka orang yang bertaqlid seperti itu tidak sah imannya. Kalau

88

Page 104: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

mati, dia masuk Neraka; kekal abadi selama-lamanya. Iniadalah kerana dia mempunyai akal fikiran yang baik, dan lain-lain pancainderanya baik, cuma dia malas belajar dan tidakmahu langsung belajar.

Sedangkan perkara yang sulit-sulit, semua boleh diketahui-nya. Apa yang ada di dalam bumi, apa ada di dalam lautanserta apa ada di angkasa, semuanya dia tahu. Malah bila anginribut akan datang, bila hendak berlakunya gerhana dan lain-lairmya, semua dia tahu. Dia juga tahu apa yang ada dalamkayu, bagaimana perangai binatang, perangai ulat, perangaikatak dan sebagainya. Semua perkara yang sulit-sulit menge-nai sains dan teknologi hafal di kepalanya. Tetapi ALLAHSWT dia tidak kenal. Dia tidak tahu dalil-dalil dan bukti keatas sifat-sifat yang wajib bagi ALLAH SWT, walaupun secararingkas-ringkas. Orang yang seperti itu, tidak akan lepastanggungjawabnya kepada ALLAH SWT.

Kemudian, sehubungan dengan persoalan mengenaliALLAH dengan mengetahui dalil-dalil secara ijmali ke atas20 sifat yang wajib bagi ALLAH SWT, ianya tidak mem-bolehkan seseorang itu menolak segala khurafat serta bid’ahyang wujud di tengah-tengah masyarakat. Ertinya, kalau adaorang membawakan ajaran-ajaran salah atau ajaran bid’ahtentang sifat-sifat ketuhanan, orang yang mengetahui ALLAHmelalui dalil-dalil ijmali atau secara ringkas tadi tidak ber-upaya menolak ajaran salah atau bid’ah itu. Dia tidak mampumemberikan hujah-hujah yang lebih dalam untuk memper-tahankan dirinya. Tetapi sekadar untuk mengenal ALLAHdengan sah, dalil-dalil tersebut adalah memadai. Lebih dariitu, dia tidak mampu. Dia hendak menghujah bahawa ajaranyang datang itu adalah sesat, tidak boleh.

Seterusnya, mempelajari dan mengetahui dalil-dalil atau-pun bukti-bukti ke atas 20 sifat yang wajib bagi ALLAHSWT secara tafsili atau secara terperinci dan terhurai,hukumnya fardhu kifayah. Yang dikatakan fardu kifayah disini ialah, bagi satu kawasan masafatul qasar (satu kawasanyang jarak jauhnya sudah membolehkan sembahyang diqasar-

89

Page 105: 03 - Aqidah Mukmin 3

HUKUM-HUKUM MENGENAL ALLAH

kan; katalah sejarak 48 batu), mesti ada di dalam kawasan itusatu orang yang mengetahui dalil-dalil ke atas 20 sifat yangwajib bagi ALLAH itu secara tafsili. Ertinya, dengan adanyasatu orang saja dalam kawasan masafatul qasar tadi yangtahu dalil tafsili, maka dia telah melepaskan dosa bagi semuaorang yang ada di dalam kawasan itu.

Tetapi, kalau di dalam kawasan masafatul qasar itu tidakada satu orang pun yang mengetahui dalil-dalil tafsili ke atas20 sifat yang wajib bagi ALLAH SWT, maka semua orangyang akil baligh yang ada di dalam lingkungan kawasan 48batu itu menanggung dosa. Balasan bagi sesuatu dosa yangditanggung adalah Neraka.

Oleh yang demikian, kenalah kita menyelidik serta me-nyiasat di dalam kawasan masafatul qasar kita, apakah adasatu orang tuk guru atau ustaz yang tahu tentang dalil tafsiliitu. Kalau ada, syukurlah kita kepada ALLAH kerana dosakita dalam persoalan itu telah terlepas. Tetapi kalau tidak ada,kenalah kita berunding sesama kita di dalam kawasan itu untukmenghantar satu orang dari kalangan penduduk bagi mem-pelajari dalil tafsili ke atas 20 sifat yang wajib bagi ALLAHS W T .

Kenalah kita berunding untuk menghantar dia ke sekolah-sekolah agama untuk mencari ilmu pengetahuan supaya apa-bila dia pandai nanti dia akan balik ke kawasan kita danmelepaskan dosa seluruh penduduk di kawasan itu.

Tetapi ha1 inilah yang ramai umat Islam di seluruh duniahari ini tidak menyedarinya. Mungkin kalau kita selidik dikawasan kita, sudah tidak ada orang yang boleh melepaskandosa orang ramai di bidang ini. Ini baru satu persoalan dibidang feqah, seperti di bidang makan minum, bidang pen-didikan, bidang ekonomi dan lain-lainnya. Perlu kita ingatbahawa persoalan melepaskan dosa fardhu kifayah di bidangfeqah begitu banyak sekali. Di bidang inilah yang ramai umatIslam hari ini sudah tidak dapat menyelesaikannya.

Sedangkan setiap persoalan fardhu kifayah yang tidakdapat kita selesaikan merupakan dosa bagi semua orang di

90

Page 106: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

dalam kawasan itu. Tetapi ha1 ini yang banyak daripada kitatidak menyedarinya. Kalau begitu, berapa banyak dosa yangtelah menimpa ke atas kita tanpa kita sedari. Kalau kita matitanpa sempat meminta ampun, balasannya tetap Neraka.

Dalam kita hendak menyelesaikan persoalan fardhu kifayahdi bidang tauhid ini, elok sekalilah pada setiap jarak 48 batu,kita bangunkan sebuah sekolah agama kerana dari sana nantiakan lahir ustaz-ustaz atau tuk-tuk guru yang akan dapatbertanggungjawab kepada orang ramai. Sebab itulah, salahsatu daripada perjuangan Darul Arqam ialah mendirikansekolah di setiap kawasan sejarak 48 batu. Cuma sejauhmanaia berjaya, terserahlah kepada ALLAH SWT.

Kalau di zaman dahulu, kita boleh mengharapkan pondok-pondok yang banyak di tanahair kita ini untuk melahirkantuk-tuk guru dan ustaz. Tetapi pada hari ini, pondok-pondokyang begitu banyak sudah tidak ada lagi. Yang lahir kinihanyalah pondok-pondok durian yang bertaburan di sepan-jang jalan raya. Tak mungkin lahir alim ulama dari pondok-pondok durian.

Sehubung dengan ini, seseorang yang memiliki dalil-daliltafsili ke atas 20 sifat yang wajib bagi ALLAH SWT akanberupaya menolak ajaran-ajaran karut dan sesat yang timbuldi tengah masyarakat. Dia berupaya mengeluarkan hujah-hujahuntuk membuktikan bahawa ajaran-ajaran yang tersebar ituadalah karut dan salah. Dalam ha1 ini, orang ramai bolehbersandar dengannya dalam menolak ajaran-ajaran yangsyubhat serta ajaran-ajar-an yang sesat.

Begitu juga, mengetahui dalil-dalil naqli atau dalil yangbersumberkan Al Quran dan Sunnah ke atas 20 sifat yangwajib bagi ALLAH SWT, hukumnya fardhu kifayah. Erti-nya, dalam satu kawasan masafatul qasar iaitu dalam satukawasan yang jaraknya sudah membolehkan sembahyangdiqasar, kalau ada seorang yang mengetahui dalil-dalil naqli,maka akan terlepaslah dosa penduduk kawasan itu yang akilbaligh.

Sekiranya tidak ada, maka seluruh penduduk yang akil

91

Page 107: 03 - Aqidah Mukmin 3

HUKUM-HUKUM MENGENAL ALLAH

baligh di dalam kawasan itu menanggung dosa. Yang demi-kian, semua orang di situ kenalah memikirkan untuk mencariseorang dari kalangan penduduk untuk dihantar ke sekolah-sekolah agama bagi mempelajari dalil-dalil naqli di bidangtauhid, dengan seluruh perbelanjaannya dibiayai bersama.Dengan itu apabila dia telah alim, dialah yang akan dipertang-gungjawabkan untuk menjadi perisai kepada penduduk kawas-an itu bagi menolak ajaran-ajaran syubhat dan ajaran-ajaransesat .

Dan pada dialah akan dipertanggungjawabkan untukmempertahankan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.Tetapi kalau penduduk di kawasan itu tidak berbuat apa-apa,maka selama mana seorang alim di bidang tauhid itu tidakdiperolehi, maka selama itulah seluruh penduduk yang akilbaligh di sana menanggung dosa. Kalau 10 tahun keadaandemikian berlalu, maka 10 tahunlah lamanya kita menang-gung dosa. Kecualilah, usaha telah kita jalankan untuk meng-hantar anak-anak kawasan itu menuntut ilmu, tetapi tidakmenjadi. Kemudian diusahakan juga lagi, masih juga tidakmenjadi. Barangkali ALLAH akan mengampunkan kita keranausaha ikhtiar telah kita lakukan.

Bagaimanakah yang dikatakan dalil-dalil naqli tentangsifat-sifat ALLAH SWT seperti tentang sifat Wujud bagiALLAH, sifat Qidam bagi ALLAH dan seterusnya? Di antara-nya adalah seperti ayat-ayat di bawah:

Katakanlah (wahai Muhammad) ALLAH itu Maha Esa.(Al Ikhlas: 1)

Dalam ayat yang lain ALLAH menerangkan:

ALLAH-lah yang menjadikan kamu dan apa yang kamulakukan.

(Saffat: 96)

92

Page 108: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Kemudian terang ALLAH lagi dalam Al Quran:

,&i&LX&J

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mendengar lagi MahaMelihat.

(Al Haj: 75)

Seterusnya di dalam ayat yang lain pula ALLAH ber-firman:

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mendengar lagi MahaMengetahui.

(Al Baqarah: 18 1)

Dalam ayat yang lain pula:

Dan DIA (ALLAH) yang awal tapi tiada berpermulaandan yang akhir tapi tiada kesudahan.

(Al Hadid: 3)

Firman-Nya lagi:

Kesemua yang di atas muka bumi binasa, sedangkanyang kekal zat Tuhanmu yang mempunyai kebesarandan kemuliaan.

(Ar Rahman: 26-27)

Dan firman ALLAH lagi:

93

Page 109: 03 - Aqidah Mukmin 3

HUKUM-HUKUM MENGENAL ALLAH

Sesungguhnya ALLAH ke atas setiap suatu itu amatberkuasa. (

(Ali Imran: 165)

Firman-Nya lagi:

Dan ALLAH berbuat apa yang Dia kehendaki.(Ibrahim: 27)

Demikianlah beberapa ayat Al Quran yang menunjukkandalil-dalil dan bukti ke atas sifat-sifat ALLAH SWT. Dalil-dalil demikianlah yang dikatakan dalil naqli. Sumbernya adalahdari Al Quran. Pengetahuan sebegini mesti dimiliki oleh satuorang di dalam satu kawasan masafatul qasar bagi melepas-kan dosa penduduk di dalam kawasan itu. Kalau ddak, semuaorang yang akil baligh di dalam kawasan itu menanggungdosa.

Untuk mengetahui dalil-dalil ijmali atau dalil-dalil ring-kas ke atas 20 sifat Tuhan adalah mudah, tetapi untuk menge-tahui dalil-dalil secara tafsili lebih susah kerana untuk menge-tahuinya, kita mesti mengetahui dua muqaddimah serta satunatijah.

Apakah yang dikatakan dua muqaddimah itu? Katalahkita hendak mengetahui tentang baharunya alam ini denganmengetahui baharunya jirim dan baharunya aradh. Perlu kitaingat bahawa alam ini tergabung di antara jirim dengan aradh.Jirim, sebagaimana yang telah kita ketahui, adalah sesuatuyang mengambil lapang atau ruang. Yang demikian, alam itusendiri mengambil ruang kerana ia adalah himpunan jirim-jirim. Umpamanya, makhluk seperti manusia, haiwan, tum-buh-tumbuhan, kayu-kayan, bukit-bukau, gunung-ganang dan

,

94

Page 110: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MLJKMIN ( I I I )

sebagainya, semua itu terdiri dari jirim-jirim dan ianya me-ngambil ruang.

Kemudian, aradh pula sepertimana yang pemah kitaperkatakan sebelum ini, ialah sifat-sifat yang mendatangkemudiannya dan maksud kita di sini ialah sifat-sifat yangmendatang pada jirim. Umpamanya, mengambil air sembah-yang itu adalah wajib pada hukum. Tetapi untuk mengambilair sembahyang, perlu ada air. Maka mencari atau mendapat-kan air tentulah kedudukannya juga wajib. Wajib demikiandikatakan wajib aradhi. Ia timbul daripada hukum asalnya.

Begitu jugalah dengan jirim. Ia merupakan perkara yangasal dalam menjadikan alam. Manakala sifat-sifat yang datangkemudiannya pada jirim itu dinamakan aradh. Jadi, kita kata-kan bahawa alam ini tergabung antara jirim dan aradh.

Maka dalam kita hendak mengetahui tentang baharunyaalam ini, muqaddimah yang pertama ialah bahawa setiap jirimyang menjadikan alam ini melazimi sifat-sifat yang baharu.

Contohnya diri kita ini. Ia adalah jirim kerana setiap kitaini mengambil lapang. Kemudian, diri kita yang dikatakanjirim itu ada mempunyai sifat-sifat yang mendatang yang kitanamakan aradh. Misalnya, pada diri kita ini ada sifat gerakdan ada sifat diam. Ertinya, setiap kita ini kalau keadaannyatidak gerak, maka ia diam. Dan kalau keadaannya tidak diam,maka ia gerak. Ini adalah di antara sifat-sifat yang mendatangpada diri kita. Kerana yang demikian itu, bolehlah kita kata-kan bahawa setiap jirim itu melazimi sifat-sifat aradh. Inilahtanda-tanda baharunya jirim.

Dikatakan demikian kerana setiap jirim itu sentiasamenerima sifat yang baharu iaitu aradh. Tidak kira sama adajirim itu manusia atau haiwan atau kayu, batu, air dan lain-lainnya. Ia tetap menerima sifat aradh seperti contoh yangkita kemukakan iaitu sifat gerak dan diam. Sesuatu itu, keada-annya sentiasa berubah-ubah di antara gerak dan diam. Denganjirim-jirim melazimi sifat aradh ini, itulah yang dinamakanmuqaddimah yang pertama.

Daripada huraian di atas, fahamlah kita bahawa setiap

95

Page 111: 03 - Aqidah Mukmin 3

HUKUM-HUKUM MENGENAL ALLAH

jirim itu, ada padanya sifat-sifat 'aradh iaitu sifat-sifat yangmendatang kemudian seperti ada padanya sifat gerak dan diam.Sifat ini terjadi kemudian pada setiap jirim. Maka itu, 'aradhadalah bersifat baharu. Oleh kerana setiap jirim itu melazimisifat-sifat ‘urudh sedangkan sifat-sifat ‘urudh itu kedudukan-nya adalah baharu kerana ia sentiasa berubah-ubah antara gerakdan diam, maka dengan sendirinya jirim adalah baharu. Inilahmuqaddimah yang kedua.

Apa yang kita perkatakan ini merupakan satu kaedah yangmengandungi dua muqaddimah. Kita berkisar pada kaedahuntuk mengetahui tentang baharunya alam ini melalui jirimyang menjadikannya serta sifat-sifat ‘urudh yang mendatangkemudian. Muqaddimah yang pertama daripada kaedah ituialah bahawa setiap jirim itu ada padanya sifat-sifat ‘urudhatau dalam lain-lain perkataan, kita katakan bahawa setiapjirim itu sentiasa melazimi ‘urudh. Manakala muqaddimahyang kedua daripada kaedah ini ialah bahawa setiap jirim itudengan sendirinya adalah baharu kerana sifat ‘urudh yangmendatang pada jirim itu adalah baharu.,

Dan oleh kerana jirim bersifat baharu, maka alam jugabaharu. Yang demikian, setiap yang baharu itu tentulah adayang membaharukan atau setiap yang terjadi itu tentulah adayang menjadikan. Inilah yang dikatakan natijah. Ertinya,daripada kaedah yang membawa dua muqaddimah tadi, kitamemperolehi satu natijah atau hasil. Dan natijahnya ialah,setiap yang baharu itu ada yang membaharukan atau setiapyang terjadi itu ada yang menjadikan.

Telah kita katakan bahawa jirim itu bersifat baharu kerana‘urudh atau sifat yang mendatang pada jirim itu baharu. Alamini adalah gabungan antara jirim dan ‘urudh sedangkan jirimdan ‘urudh itu sifatnya baharu. Oleh yang demikian, alamjuga sifatnya baharu. Manakala setiap yang baharu ada yangmembaharukan atau dengan lain-lain perkataan, ada yangmenjadikan. Kerana itu, alam ini ada yang membaharukanatau yang menjadikan. Itulah ALLAH SWT.

Hujah-hujah daripada kaedah inilah yang dinamakan dalil-

Page 112: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

dalil tafsili bagi kita untuk mengenali ALLAH SWT. Cumahujah seperti ini agak payah untuk kita fahami tidak seperti-mana kita hendak memberikan hujah-hujah atau dalil-dalilsecara ijmali.

Namun, walau mengenal ALLAH secara mengetahui dalil-dalil ijmali, mahupun dalil-dalil tafsili ataupun dalil-dalil naqli,ini adalah sepaling tidak yang dikehendaki pada seseorangitu. Kalau seseorang itu sudah memiliki ilmu pengetahuanuntuk mengenal ALLAH secara ini, maka dia sudah dianggapmengenal ALLAH SWT secara ilmiah. Tetapi kalau seseorangitu tidak mempunyai ilmu yang paling tidak itu, maka diatidak dianggap mengenal ALLAH. Kalau dia tidak mengenalALLAH, maka seluruh amal ibadahnya tidak sah di sisiALLAH SWT.

Cuma, perlu kita ingat bahawa dengan mengenal ALLAHSWT secara ilmiah ini saja belum boleh memberi kita kekuat-an iman. Ia belum boleh member-i kita kekuatan untuk memikulsetiap syariat ALLAH sungguh-sungguh. Ia belum bolehmemberi kita kekuatan untuk melaksanakan setiap perintahALLAH dengan sungguh-sungguh sama ada perintah yangfardhu mahupun yang sunat, sama ada perintah yang fardhuain mahupun yang fardhu kifayah. Pengetahuan secara ilmiahjuga belum cukup untuk memberi kita kekuatan untuk me-ninggalkan setiap larangan ALLAH sungguh-sungguh samaada larangan yang haram mahupun yang makruh. Pengetahu-an secara ilmiah ini sekadar mengesahkan iman kita saja.

Kerana itu, paling tidak kita hendaklah memiliki iman diperingkat iman ayan iaitu satu peringkat tingginya daripadaiman ilmu. Iman ayan ini ialah iman orang-orang soleh atauiman golongan abrar atau golongan al muflihun. Juga dikata-kan iman golongan ashabul yamin iaitu orang yang mendapatsuratan amal dari sebelah kanan di Akhirat nanti. Untuk selamatdaripada api Neraka, kita mesti memiliki sekurang-kurangnyaiman ayan ini.

Di tahap iman ayan ini, aqidah atau tauhid seseorang sudahmenghayati jiwanya. Ilmu yang dimilikinya sudah benar-benar

97

Page 113: 03 - Aqidah Mukmin 3

HUKUM-HUKUM MENGENAL ALLAH

menghayati jiwanya. Kaedah pengenalan melalui perbahasankita ini boleh kita kiaskan kepada mengenal seekor singa.

Secara ilmiah seseorang itu akan kenal seekor singa keranabulunya lebat, taring hebat, giginya tajam, badarmya gagah, iakuat melompat dan lain-lainnya. Gambaran demikian yangmembuat dia kenal singa itu hanya melalui ilmu yang dipe-lajarinya. Namun kehebatan pada singa itu belum dapat dirasapada hatinya kerana dia belum melihatnya. Tetapi kalau diadapat melihat singa itu dan dapat memerhatikan jarak antaratapak depan dengan tapak belakangnya begitu jauh danmungkin dapat pula melihat kehebatan singa itu sendiri, makatentu akan timbul rasa gerun di hatinya.

Begitulah kesan ilmu yang telah dapat dihayati pada jiwaseseorang. Dan mengenal ALLAH, kalau sekadar ilmu padaakal saja, belum juga dapat membuat seseorang itu merasakankehebatan ALLAH, merasa gerun dan takut kepada-Nya. Cumaperlu kita ingat bahawa untuk menanam rasa gerun atau hebatkepada ALLAH tidaklah sepertimana kita dapat menanam rasagerun kepada singa. Singa boleh kita lihat tetapi ALLAH tidak.

Tiadalah serupa dengaa-Nya (ALLAH) oleh segalasesuatu.

(Asy Syura: 11)

Untuk menanam rasa gerun dan rasa hebat kepadaALLAH, perlulah kita mengusahakan supaya ilmu yang adapada akal itu dihayati pada hati. Ini amat susah sekali keranakita tidak dapat menggambarkannya. Ia merupakan rasa hatiseseorang itu. Siapa yang sudah mendapatnya, dia sajalah yangtahu. Seperti seseorang yang sudah ada rasa demikian sajalahyang dapat merasakan betapa ALLAH itu Maha Melihat, MahaMengetahui, Maha Mendengar, Maha Berkuasa dan sebagai-nya. Bagaimana hendak mendapat rasa hati demikian, iamestilah melalui ibadah kepada ALLAH. Dengan kita melak-

I98

Page 114: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

sanakan semua perintah ALLAH sama ada yang fardhumahupun sunat sungguh-sungguh serta dengan kita menjauhisetiap larangan ALLAH yang haram dan makruh itu sung-guh-sungguh, kelak ALLAH akan campakkan rasa hati itu kedalam jiwa kita. Ketika itulah, baru dikatakan ilmu sudahmenghayati jiwa.

Jadi, untuk menanam rasa gerun, rasa takut dan rasa hebatkepada ALLAH, tidak boleh kita buat melalui mencari ilmu,mengaji dan sebagainya. Ia adalah hasil dari amal dan ibadah.Ertinya, hendak mengenal ALLAH secara ilmiah, boleh di-buat hasil dari amal. Begitulah seterusnya, kalau kita hendakmemiliki iman di peringkat yang lebih tinggi daripada imanayan iaitu iman haq ataupun iman haqiqah.

Sebab itulah kalau kita benar-benar hendak menghayatiilmu yang kita pelajari hingga sampai ke peringkat iman ayan,kenalah kita beramal sungguh-sungguh. Dan beramal pulabukan sekadar hendak mempertahankan arnal-amal lahirnyasahaja tetapi mestilah khusyuk, tadharuk, tawadhuk serta dijagasungguh-sungguh syarat dan rukun amalan itu. Lahir dan batinpada amal itu, kita jaga sungguh-sungguh. Kalau kita dapatmelaksanakan amal kita itu sungguh-sungguh, maka hasilnyananti akan memberi kesan kepada jiwa kita.

Pada masa itulah baru hati kita dapat merasakan gerundan takut kepada ALLAH. Akan terasa benar-benar betapaALLAH itu Maha Hebat, Maha Memerhati setiap gerak-gerikita, Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap perbuatankita. Rasa seperti ini tidak boleh lahir dengan sendiri. Ia bukanboleh kita buat-buat. Ia adalah soal kerohanian seseorang itu.Sejauhmana dia telah dapat melawan nafsu dan syaitan sung-guh-sungguh, sejauh itulah dia akan berusaha mencapai imanayun itu. Gambaran rasa hati yang berkait dengan iman initelah ALLAH paparkan di dalam Al Quran:

99

Page 115: 03 - Aqidah Mukmin 3

HUKUM-HUKUM MENGENAL ALLAH

Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ituapabila disebut saja nama ALLAH, akan gementarlahhatinya dun apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH, akanbertambah-tambahlah imunnya lantas dia menyerah dirikepada ALLAH.

(Al Anfal: 2)

Inilah gambaran rasa hati bagi orang yang benar-benarberiman. Amat susah sekali dimiliki. Mungkin untuk dapatrumah besar, kereta besar, pangkat besar, degree besar dansebagainya mudah. Tetapi hendak mendapatkan cetusan rasahati seperti yang ALLAH gambarkan di atas amat payah sekali.

Apakah rasa hati itu, yang menjadi tanda orang beriman?Dia takut kepada ALLAH bila disebut saja nama ALLAHseperti menyebut Allahu Akbar, Alhamdulillah, Subhanallahdan sebagainya. Tetapi kalau dengan menyebut nama-namaALLAH itu serta yang lain-lainnya hati tidak merasa takut,merasa gerun, merasa kecut dan sebagainya, maka tandanya,dia belum lagi beriman.

Begitu juga, orang yang benar-benar beriman itu biladibacakan ayat-ayat ALLAH, imannya bertambah lantas iamenyerah diri bertawakkal kepada ALLAH. Ketika itu tidaktimbul soal masa depan lagi, tidak timbul soal waktu pencen,tidak timbul soal tidak naik pangkat, tidak timbul soal apahendak jadi pada anak-anak, tidak timbul soal berhenti kerjadan sebagainya. Padanya, segala-galanya terserah kepadaALLAH SWT. Tetapi, kalau masih mengira itu dan ini, masihmemikirkan tentang masa depan, masih lagi takut itu dan takutini, ertinya orang itu tidak ada bertawakkal.

Orang yang tidak bertawakkal, bererti imannya belumbertambah kalaupun dibacakan ayat-ayat ALLAH. Manakalakalau imannya belum bertambah, bererti dia belum ada rasatakut kepada ALLAH, walaupun ribuan kali menyebut namaALLAH. Orang yang demikian baru di peringkat iman ilmu.

Jadi bolehlah kita ukur di tahap mana iman kita. Sejauh-manakah kita bertawakkal dan menyerah diri kepada ALLAH.

loo

Page 116: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Kalau kita masih lagi hendak memikir-mikirkan perkara masadepan, masa tua dan masa lepas pencen, ertinya kita tidak adatawakkal. Maknanya iman kita belum menghayati jiwa. Se-benamya tak salah kita memikirkan masa depan tetapi hendak-lah masa depan yang sebenamya. Bukan 50 tahun atau 60tahun akan datang tetapi lebih jauh dari itu. Boleh kita kira-kira masa kita di Akhirat nanti, apa hendak jadi.

Oleh itu, hendaklah sentiasa kita berusaha memperting-katkan iman. Janganlah kita hanya berusaha memperbanyak-kan amal saja, tetapi hati kita lalai, tidak khusyuk serta tidakfaham. Hati kita tidak pemah rendah diri kepada ALLAH.Sebab itu di dalam kitab ada dikatakan: Dua rakaat sembah-yang orang yang khusyuk lebih baik dari 1000 rakaat sem-bahyang orang yang tidak khusyuk.

Dan untuk lebih meyakinkan kita tentang sifat-sifat yangwajib bagi ALLAH SWT, maka hendaklah kita mengenalALLAH sungguh-sungguh dengan mengetahui dalil-dalil keatas 20 sifat yang wajib bagi ALLAH SWT.

Page 117: 03 - Aqidah Mukmin 3
Page 118: 03 - Aqidah Mukmin 3

MATAN

ang pertama - Dali1 atau burhan wujud ALLAH

rTaala. Iaitu adalah tanda ada Tuhan ialah baharu alam

dan segala sifat-sifatnya. Kerana bahawasanya jikalautiada yang membahamkan alam ini seperti ada ia dengansendiri nescaya lazim dua puluh perkara (ada dan tiada) yangbersamaan berat keduanya tiba-tiba terberat satu daripadanyadengan tiada yang memberatkan dia yang demikian mustahil.

Yang demikian nyatalah baharu alam ini jadi dalil ataswujud Tuhan kerana ia tiada boleh jadi dengan sendiri olehsebab pada masa ia belum ada maka adalah ada dan tiada itubersamaan keduanya timbangan akal kita maka boleh tetapada dan boleh tetap tiada.

Maka apabila tetap ada hilanglah tiadanya, tatkala itu kitaketahuilah adanya itu terlebih berat daripada tiada padahaltiada sah ada itu terberat daripada tiada dengan sendirinya.Yang demikian nyatalah ada suatu yang lain daripadanya padamemberatkan ada daripada tiada, kerana mustahil terberatsalah satu dua perkara yang bersamaan dengan tiada yangmemberatkan dia.

Adapun yang dikatakan alam itu ialah jirim-jirim danaradh-aradh maka jirim dan aradh itu baharu maka denganmengetahui dalil baharu jirim dan aradh itulah menjadi dalilbaharu alam yang jadi dalil wujud ALLAH Taala.

Maka dalil baharu jirim ialah kerana ia melazimi akanaradh yang baharu (ini muqaddimah yang pertama), tiap-tiapyang melazimi yang baharu dihukumkan baharu (inimuqaddimah yang kedua), maka yang baharu tiada boleh adadengan sendiri melainkan ada yang mengadakan (ini natijah)dan dalil baharu aradh itu nampak berubah-ubah daripada adakepada tiada dan ‘akasnya. Bagaimana boleh dipandang padagerak diam yang ada pada seorang itu bila ia bergerak hilangdiamnya. Demikian juga ‘akasnya maka tiap-tiap berubah itubaharu.

Yang demikian nyatalah dalil wujud Tuhan itu bersusunatas tiga dalil:

Page 119: 03 - Aqidah Mukmin 3

1) Dali1 menetapkan baharu alam2) Dali1 menetapkan baharu jirim3) Dali1 menetapkan baharu aradh.Maka dalil atas wujud Tuhan:

Maka demi Tuhan yang menjadikan langit dan bumibahawasanya ia sebenarnya seperti kamu bertutur-tutur.

(AZ Zariyat: 23)

Page 120: 03 - Aqidah Mukmin 3

Dali1 Sifat Wujud

DALAM bab ini, kita akan memperkatakan tentang dalilwujudnya ALLAH SWT. Pengertian wujud dan lain-lainsifat yang wajib bagi ALLAH SWT telah pun kita huraikandalam bab-bab terdahulu. Tetapi kita belum lagi menghurai-kan tentang dalil wujudnya ALLAH dan dalil-dalil ke ataslain-lain sifat-Nya. Kalau ada pun dalil yang kita perkata-kan, itu hanya sebagai pengenalan ringkas saja. Jadi mulaibab ini, kita akan memperkatakan dan memperbahaskan se-tiap dalil bagi sifat-sifat yang wajib pada ALLAH SWTbermula dari sifat wujudnya ALLAH SWT dan seterusnya.

Dengan itu, marilah kita beri tumpuan sungguh-sungguhagar apa yang kita pelajari ini akan menjadi aqidah danpegangan kita, yang kemudiannya kita harap akan menjaditindak-tanduk kita di dalam kehidupan sehari-hari keranasetiap amalan lahir kita ini adalah didorong oleh rasakeyakinan kita terhadap ALLAH SWT. Makin kuat rasatauhid kita kepada ALLAH SWT, makin menonjollah amalsoleh yang dilakukan oleh anggota lahir kita ini. Tetapi se-kiranya tauhid dan keyakinan kita kepada ALLAH lemah,maka lemah pulalah anggota lahir kita dalam bertindak me-laksanakan arnal-amal soleh. Jadi, persoalan aqidah ini ada

106

Page 121: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

hubungannya dengan amal soleh yang kita lahirkan setiaphari.

Dali1 Aqli

Dali1 atau bukti yang menunjukkan wujudnya ALLAH SWTialah baharunya alam ini ataupun adanya alam ini; adanyalangit d a n bumi ini, adanya makhluk-makhluk yangbertaburan di bumi termasuklah kita.

Tidak mungkin alam dan seluruh yang ada ini terjadidengan sendiri. Cuba kita kembali kepada hukum akal. Kitarujuk kepada penerimaan akal kita ketika alam ini belumterjadi. Kalaulah alam ini terjadi dengan sendirinya, tentulahpada awal-awal dulu alam ini belum ada.

Maka di waktu alam ini belum ada ataupun belum ter-jadi, pertimbangan akan ada ataupun tiadanya alam ini, ke-dudukannya adalah sama berat. Ertinya, akal kita akan men-gatakan bahawa semasa alam ini belum ada, di antara adaatau tiadanya alam di waktu itu adalah sama timbang. Be-gitulah akal kita akan berkata.

Tiba-tiba alam ini ada atau terjadi di hadapan mata kitadan kita pula dapat menyaksikan ia tersergam di hadapankita. Maka ketika itu, pertimbangan akal menjadi tidak samaberat lagi. Kali ini, adanya alam sudah menjadi lebih berat.Kalau sebelum ini antara ada dengan tiadanya alam ini ada-lah sama berat tetapi apabila alam sudah ada ataupun sudahterjadi, akal kita akan memberikan pertimbangan berat se-belah. Adanya alam ini telah berat daripada tiada.

Sekarang, mari kita rujuk kembali kepada hukum akalkita, apakah mahu akal kita menerima keadaan yang mem-bawa kepada pertimbangan berat sebelah ini boleh terjadidengan sendirinya. Iaitu pada asalnya akal kita menimbang-kan antara ada dengan tiadanya alam ini sama berat, tetapitiba-tiba akal kita lebih berat mengatakan alam ini adakerana memangnya alam ini sudah ada, dan tiadanya pulatidak dapat akal kita nafikan. Bila akal kita lebih berat ke-

107

Page 122: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL WUJUD ALLAH

pada mengatakan alam ini ada itu terjadi dengan sendirinya,apakah akal kita mahu menerima ha1 ini tidak ada siapayang memberatkannya. Sekali-kali akal tidak mahu mene-rimanya.

Tetapi akal mahu menerima bahawa tentu ada yangmemberatkan. Ertinya, alam ini mesti ada yang menjadikan.Mustahil alam ini ada dengan sendirinya. Bila kita katakanmustahil di sini, hendaklah kita rujuk juga kepada takrifmustahil mengikut hukum akal. Mustahil mengikut hukumakal ialah, sesuatu perkara itu tidak mahu diterima oleh akalakan adanya.

Dalam ha1 ini, mustahil akal mahu menerima yangberatnya pertimbangan akal kepada adanya alam ini adalahterjadi dengan sendirinya apabila alam ini sudah ada.Sedangkan sebelum ini, pertimbangan antara ada dengantiadanya alam ini adalah sama berat. Tiba-tiba apabila alamini ada, pertimbangan itu lebih berat kepada adanya alam.Mustahil pertimbangan berat sebelah itu terjadi dengan sen-dirinya. Mesti ada yang memberatkannya. Ertinya mesti adayang menjadikan alam ini. Itulab ALLAH SWT.

ALLAH SWT-lah yang menjadikan alam ini. ALLAHSWT sebagai Kholiqul Alam. Dan dengan itu, adanya alamini adalah sebagai dalil atau bukti akan wujud atau ada-nya ALLAH SWT.

Sebagai satu tamsil untuk membantu kita memahamiperbahasan ini, cuba kita perhatikan dua ceper dacing atauneraca. Sebelum membuat apa-apa timbangan, kita lihatbahawa kedua-dua ceper itu sama berat atau sama timbang-an. Tiba-tiba, katalah salah satu daripada cepemya, sebelahkiri atau sebelah kanan, menjadi berat. Apakah akal kitaakan mengatakan bahawa berat sebelah itu terjadi dengansendiri iaitu ceper itu memberatkan dirinya sendiri. Mustahilakal kita mahu menerimanya. Tetapi tentu akal kita akanberkata, bahawa beratnya itu adalah disebabkan oleh se-suatu. Boleh jadi sesuatu itu yang kita nampak ataupuntidak, seperti boleh jadi angin bertiup hingga menyebabkan

108

Page 123: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

ceper itu berat sebelah atau sebagainya.Begitu juga kita ambil satu tamsil yang lain. Katalah ada

satu kawasan tanah lapang yang amat biasa kita kunjungi.Biasanya setiap kali kita pergi ke situ, tidak ada apa-apa disana kecuali sedikit tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dansebagainya. Kemudian setelah beberapa ketika yang agaklama kita tidak ke sana, manakala kita pergi semula ke tem-pat itu, kita dapati ada sebuah rumah terdiri di atas tanahlapang itu. Apakah ketika itu, akal kita akan berkata yangrumah itu tertegak dengan sendirinya. Tentu sekali akal kitatidak akan berkata demikian, walaupun katalah ada orangyang mengatakan kepada kita bahawa rumah itu tertegakdengan sendirinya, namun akal kita tidak mahu menerima-nya.

Mustahil rumah itu boleh tertegak dengan sendiri tetapitentu ada orang yang mendirikannya atau membuatnya. .Cuma kita tidak tahu siapa orangnya. Boleh jadi orang yangduduk di sekitar tanah lapang itu ataupun orang-orang daritempat lain.

Dua tamsil telah kita bawakan untuk menghujah hukumakal. Yang pertama tadi, mustahil akal mahu menerima satuceper neraca menjadi berat dengan sendirinya sedangkanpada mula-mulanya dua-dua ceper neraca itu sama berat.Yang kedua, mustahil sebuah rumah tertegak dengan sen-dirinya di satu kawasan tanah lapang sedangkan pada mula-mulanya memang kita tahu tidak ada sebuah rumah pun disitu. Daripada dua tamsil tadi, kita dapati yang akal kitatidak mahu menerima keadaan yang membuatkan ceperdacing berat sebelah atau adanya rumah di satu tanahlapang, kedua-duanya terjadi dengan sendiri.

Sedangkan daripada dua tamsil yang begitu mudah pun,akal kita tidak mahu menerimanya, betapalah kejadian alam,langit dan bumi serta bukit-bukaunya yang tersergam, kayu-kayannya yang menghijau serta makhluk-makhluk yang ber-taburan di bumi ini boleh terjadi dengan sendiri. Lebih-lebihlagilah akal kita tidak mahu menerimanya.

109

Page 124: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL WUJUD ALLAH

Mustahil sekali akal kita mahu mengatakan bahawa alamini dan seluruh isinya terjadi dengan sendiri sedangkan ceperneraca yang mula-mulanya sama berat tiba-tiba menjadiberat sebelah itu pun akal kita tidak mahu mengatakan yangia terjadi dengan sendiri. Kalau begitu tentu ada yang men-jadikan alam ini, dan akal kita juga menyetujuinya. Dan itu-lah Tuhan pencipta alam.

ALLAH SWT itulah yang menjadikan alam ini, dankalau ALLAH tidak menjadikannya, maka tidak akan ter-jadilah alam ini. Tetapi oleh kerana ia telah pun terjadi dandapat pula kita lihat tersergam di hadapan mata kita ini,maka itulah tanda dan bukti wujudnya ALLAH SWT.Kerana, alam ini ALLAH saja yang menjadikannya. Tidakada sesiapa pun yang pernah mengaku menjadikan alam inihatta pakar-pakar sains dari Barat dan Timur sekalipun.Kalaulah ada orang yang mengaku yang dia menjadikanalam ini, nanti orang lain akan mengatakan dia itu bodoh.

Pengertian Alam

Di samping itu, elok jugalah kita fahamkan tentang penger-tian alam yang ianya menjadi dalil tentang wujudnya Tuhan.Alam ini adalah gabungan antara jirim dan ‘aradh. Jirimpula ialah sesuatu yang mengambil lapang atau yang meng-isi ruang. Kalau mengikut istilah sains, jirim itu ialah sesua-tu yang mengisi ruang sama ada ianya berbentuk pepejal,cecair atau gas. Jadi berdasarkan pengertian jirim ini, dirikita adalah jirim kerana ia mengambil lapang.

Kemudian, ‘aradh pula ialah sifat-sifat yang mendatangdi atas jirim. Ia boleh kita lihat tetapi tidak dapat kira rasa.Tidak seperti jirim yang boleh kita lihat dan boleh kita rasa.Jadi, 'aradh itu adalah sifat dan ia adalah berdiri pada jirim.Dalam ertikata yang lain, ‘aradh atau sifat memerlukan ji-rim sebagai tempat berdiri. Ia tidak boleh berdiri dengansendirinya. Kerana itu, 'aradh dan jirim tidak boleh dipisah-kan.

Kita contohkan diri kita ini sebagai alam kerana pada

110

Page 125: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

diri kita ini ada jirim dan ada ‘aradh iaitu sifat-sifat yangmendatang. Diri kita ini jirim kerana ia mengambil lapang.Dikatakan ‘aradh pada diri kita kerana ada padanya sifatgerak dan diam yang merupakan sifat yang mendatang padadiri kita.

Seterusnya, jirim dan ‘aradh sifatnya baharu atau dijadi-kan, kerana ALLAH yang membaharu atau menjadikannya.Dengan kita mengetahui dalil-dalil atau bukti tentangbaharunya jirim dan ‘aradh, maka itu jugalah dalil-dalil danbukti tentang baharunya alam ini. Kemudian, dengan kitamengetahui dalil-dalil dan bukti tentang baharunya alam ini,itu jugalah yang menjadi dalil dan bukti tentang wujudnyaALLAH SWT.

Dali1 dan ‘bukti yang menunjukkan bahawa jirim inibaharu ialah ia sentiasa melazimi sifat yang baharu. Padajirim itu sentiasa berlaku sifat yang baharu. Dan di antarasifat yang baharu yang berlaku pada jirim ialah sifat gerakdan sifat diam. Manakala jirim itu bergerak, maka hilanglahkeadaan diamnya. Dan manakala jirim itu dalam keadaandiam, hilang pula keadaan geraknya. Begitulah seterusnyayang berlaku pada jirim; keadaan gerak dan diam itu silihberganti dalam ertikata hilang diam, timbul gerak dan apa-bila hilang gerak, timbul pula diam. Satu-satu keadaan itutidak pemah kekal, bahkan keadaan gerak dan diam itu pulatidak boleh berlaku Serentak.

Kerana adanya jirim-jirim melazimi sifat-sifat ‘aradhyang baharu demikian, maka sebab itulah jirim-jirim bersifatbaharu. Tidak ada ‘aradh yang bersifat kekal pada jirim me-lainkan semuanya baharu. Umpamanya, gerak yang terjadiselepas diam bukanlah gerak yang mula-mula tetapi adalahsatu gerak yang baharu. Seperti, mula-mula kita gerak dankemudian kita diam kembali. Lepas itu kita gerak semula.Gerak yang berlaku itu bukanlah gerak yang asal tadi. Iasudah menjadi satu gerak yang baharu. Gerak yang asal tadisudah musnah atau hilang. Kerana itu kita katakan bahawa‘aradh yang berlaku pada jirim itu musnah atau hilang. Dan

111

Page 126: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL WUJUD ALLAH

kita katakan juga bahawa ‘aradh yang berlaku pada jirimadalah baharu. Dan oleh kerana ‘aradh itu sifatnya baharuyakni tidak kekal, maka jirim juga adalah baharu disebabkan‘aradh itu berlaku pada jirim.

Setiap benda yang melazimi sesuatu yang baharu, makabenda itu hukumnya baharu. Dan kerana jirim itu melazimi‘aradh yang baharu, maka jirim itu adalah baharu keduduk-annya. Tadi telah kita bahaskan bahawa alam itu adalahgabungan antara jirim dan ‘aradh. Dan oleh kerana ‘aradhdan jirim itu baharu, maka alam juga hukumnya baharu. Inimuqaddimah yang pertama.

Kerana telah kita katakan bahawa tiap-tiap sesuatu itu,disebabkan ia melazimi 'aradh yang baharu, ia juga ter-hukum sebagai baharu, maka itu kita namakan muqad-dimah yang kedua.

Kemudian, setiap yang baharu itu tentu ada yang mem-baharukan atau yang menjadikan. Inilah yang dinamakannatijahnya. Dan yang membaharukan atau yang menjadikanjirim dan ‘aradh itu ialah ALLAH SWT. Lantaran itu yangmenjadikan alam ini ialah ALLAH SWT. Kerana alam ituadalah gabungan di antara jirim dan ‘aradh. Dengan demi-kian alam ini adalah dalil atau bukti yang menunjukkanwujudnya ALLAH SWT itu.

Tiga Yang Menetapkan Baharunya Alam

Kalau begitu dalil yang menunjukkan wujudnya Tuhan ada-lah tersusun daripada tiga perkara. Yang pertama, ia ter-susun dari dalil yang menetapkan baharunya alam. Yang ke-dua, ia tersusun dari dalil yang menetapkan bahanmya jirim.Dan yang ketiga ialah dalil yang menetapkan baharunya‘arudh.

Inilah tiga dalil yang membuktikan bahawa wujudnyaTuhan adalah tersusun daripada tiga perkara. Yang per-tama, ia tersusun dari dalil yang menetapkan baharunyaalam. Yang kedua, ia tersusun dari dalil yang menetapkan

1 1 2

Page 127: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

baharunya jirim. Dan yang ketiga ialah dalil yang menetap-kan baharunya 'aradh

Inilah tiga yang menetapkan baharunya alam, dalil me-netapkan baharunya jirim dan dalil menetapkan baharunya‘aradh. Dali1 baharunya alam ialah dari perbahasan kita ten-tang keadaan alam ini sebelum ia ada atau sebelum ia ter-jadi. Sebelum terjadinya itu, pertimbangan akal di antara adadengan tiadanya adalah sama berat. Tiba-tiba alam ini sudahada ataupun sudah terjadi. Yang demikian pertimbangan diantara ada dengan tiada sudah berat sebelah kepada ada.Ketika itu akal mahu menerima adanya alam daripada fiada.Dan yang memberatkan kepada ada itu tentulah bukan ter-jadi dengan sendiri. Tentulah ada yang menjadikannya.Maka ini dalil menunjukkan baharunya alam ini kerana iaada yang menjadikan.

Manakala dalil baharunya jirim pula adalah bahawajirim sentiasa melazimi sifat yang baharu. Setiap benda yangmelazimi sesuatu yang baharu, maka benda itu dihukumbaharu juga. Dengan sebab itu, jirim adalah baharu.

Kemudian dalil yang menunjukkan bahawa 'aradh itubaharu adalah kerana ia mempunyai sifat-sifat yang sentiasaberubah-ubah seperti sifat gerak dan diam. Sedangkan tiap-tiap yang berubah itu menunjukkan baharu. Maka itu,'aradh juga baharu.

Demikianlah dalil-dalil yang menunjukkan wujudnyaALLAH SWT kerana dengan baharunya alam, jirim dan'aradh tadi, maka tentulah ada yang membaharukannya. Danyang membaharukannya ialah ALLAH SWT Dalil-dalildemikian, kita namakan dalil aqli iaitu dalil melalui akalfikiran. Atau dalil yang dihasilkan daripada perbahasan akalfikiran.

Dalil Naqli Wujudnya Tuhan

Manakala dalil naqli atau dalil yang bersumberkan Al Quranyang menunjukkan wujudnya Tuhan, ia terkandung di dalamsurah AZ Zariyat ayat 23:

1 1 3

Page 128: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL WUJUD ALLAH

Maka demi Tuhan yang menjadikan langit dan bumibahawasanya ia sebenarnya seperti kamu bertutur-tutur.

(AZ Zariyat: 23)

Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yangdijanjikan itu adalah benar-benar akan terjadi seperti per-kataan yang kamu ucapkan.

Di sini ALLAH menegaskan betapa setiap kejadian ituadalah benar-benar terjadi seumpama kita berkata-kata. Kitatelah dapat melihat dan menyaksikan yang kita ini berkata-kata. Orang lain juga dapat menyaksikan bahawa kita inimemang berkata-kata. Oleh yang demikian, sepertimanayakinnya kita yang kita ini boleh berkata-kata selama ini,begitulah yakinnya kita akan wujudnya ALLAH SWT itu.

Demikianlah yang dapat kita fahamkan daripada per-bahasan terhadap dalil-dalil yang menunjukkan wujudnyaALLAH SWT. Di sinilah kita perhatikan betapa ulama-ulama zaman dahulu membuat satu-satu tamsil itu dengancara-cara yang cukup mudah kerana mereka berhadapandengan kategori manusia yang kebanyakannya tidak tahumenulis dan tidak tahu membaca. Mereka terpaksa mengajardan mendidik umat Islam dengan cara yang mudah dandengan jalan yang boleh difahami oleh semua orang.Kadang-kadang seorang ulama itu memberi pengajaran se-masa dia sedang berjalan-jalan bersama anak-anak murid-nya.

Katalah dia temampak seketul tahi unta misalnya. Diapun spontan bertanya kepada anak murid tentang apakahtahi unta itu terjadi dengan sendirinya. Lagipun ketika itutidak ada siapa pun yang melihat unta berada di situ. Bagai-mana pula boleh tahinya terjadi. Tentulah ia terjadi dengansendiri. Namun, anak muridnya yang walaupun lemah darisegi fikiran pasti akan menjawab yang mustahil tahi unta itu

1 1 4

Page 129: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

boleh terjadi dengan sendiri.. Mesti ada unta yang telah me-lepaskan najisnya di situ. Daripada situ, ulama tadi akanmengaitkannya dengan kejadian alam ini.

Dia nanti akan berkata yang alam ini sudah terjadisedangkan kita tidak pun menyaksikan ketika mula ia dijadi-kan. Namun alam ini sudah berada di depan mata kita.Apakah ia boleh terjadi dengan sendiri? Tentulah ia juga adayang menjadikan Dan yang menjadikan itu ALLAH SWT.Kerana itu, apakah ada di antara orang yang tidak mahupercaya akan adanya Tuhan? Mendengar hujah-hujah yangmudah seperti ini, kalau ada di antara pengikut ulama ituyang belum percaya kepada Tuhan, dia terus mempercayai-Nya dan minta di-Islamkan ketika itu. Sebagaimana pemahberlaku dalam satu peristiwa peperangan antara pasukan IbnArrabi, seorang pejuang Islam, dengan penjajah Perancis diMesir. Di dalam peperangan itu ramailah yang terkorban danramai juga yang cedera. Ada di antaranya dapat diselamat-kan dan ada di antaranya terbiar begitu saja kerana keadaanperang itu begitu buruk sekali.

Pendek kata, mana yang tidak dapat diseiamatkan akanmati terbiar seorang diri tanpa mendapat rawatan danmakanan. Manakala yang mati itu pula, ada yang dapat di-cari untuk dikebumikan dan ada juga yang tidak ditemuihingga menjadi busuk terbiar. Begitulah keadaannya bilasudah berlaku peperangan.

Dalam keadaan itulah seorang tentera Perancis yangtelah mendapat cedera merangkak seorang diri untuk men-dapatkan pertolongan tetapi tidak ada siapa pun yang me-nyedarinya. Akhimya dia terlantar di tepi sebuah gua yangdi dalamnya ada seorang abid (ahli ibadah) sedang ber-ibadah.

Apabila abid itu temampak akan askar yang cedera itu,dia pun membawanya ke dalam gua dan memberinya ubatserta diberinya makan dan minum. Memang abid atau ahliibadah adalah orang yang telah terdidik akhlaknya. Sebab itubelas kasihan dan peri kemanusiaannya begitu tinggi sekali

1 1 5

Page 130: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL WUJUD ALLAH

hingga tidak memikirkan sama ada seseorang itu kafir atau-pun Islam. Dia tetap memberikan pertolongan dan bantuan-nya;

Atas dasar ini, si abid member-i rawatan kepada askarPerancis yang cedera itu setiap hari di samping memberinyamakan dan minum hinggalah segala luka tentera itu sembuhdan dia menjadi sihat kembali seperti biasa. Dari sehari kesehari, pergaulan antara mereka berdua menjadi semakinmesra dan semakin erat. Mulalah terjalin rasa kasih sayangdan ukhuwah yang amat mendalam. Ini telah menyebabkanaskar Peranchis itu tidak bemiat hendak pulang ke tanahair-nya.

Dalam pergaulannya sehari-hari dengan abid itu, tenteraPerancis ini begitu hairan melihat sikap dan peribadi si abid.Dia mendapati yang abid itu sentiasa berkeadaan tenang, dancahaya mukanya sentiasa manis. Tidak pemah dilihatnyaabid itu berkerut muka atau mengeluh serta mengalamisusah hati. Sedangkan diperhatikannya abid itu sudah tua,tinggal pula di dalam’ gua dengan pakaian pun ala kadarsahaja. Kemudian dilihatnya, orang tua itu kadang-kadangmakan dan kadang-kadang sepanjang hari dia tidak makan.Tentulah abid itu berpuasa tetapi tentera Perancis itu tidaktahu-menahu tentang ha1 puasa. Al maklum, dia seorangkafir dan tidak pula mempunyai sebarang agama - bebas.

Askar Perancis itu hairan, apakah rahsia yang menye-babkan abid itu demikian. Walhal dia sendiri sentiasa ber-sedih dan kadang-kadang ditimpa keresahan dan kegelisahanwalaupun fizikal lahimya masih gagah, lebih-lebih lagi diaseorang askar yang setiap masa menjaga kesihatan badanmelalui latihan-latihan fizikal. Kemudian, makan minumsemua cukup, pendapatan juga cukup serta ada pula rumahtempat tinggal, tidak seperti o&g itu yang hanya tinggal didalam gua.

Suatu hari dia pun bertanya kepada orang tua itu:“Wahai bapak, saya lihat bapak ini begitu tenang dalam’kehidupan ini. Bapak tidak pemah berkerut muka malah

1 1 6

Page 131: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

bapak sentiasa senyum gembira. Bapak tidak pernah marah*marah walaupun keadaan saya ini seperti mengganggubapak. Saya lihat bapak tidak pernah susah hati walaupunkeadaan hidup bapak begini. Apakah rahsia bapak yangmenyebabkan bapak hidup demikian?”

Orang tua itu sedikit pun tidak menjawab persoalanaskar Perancis itu dan tidak pula dia mahu berhujah apa-apadengannya. Dia mahu mencari suatu ketika yang sesuaiuntuk menjawabnya. Jadi, dia pun berkata, “Beginilah,wahai anak. Marilah kita pergi berjalan-jalan di kawasanluar sana melihat-lihat keadaan sekitar ini.”

Askar itu agak pelik juga kerana perkara yang dia ingintahu tidak berjawab tetapi lain pula yang dilakukan olehabid itu. Namun dia menyetujui cadangan orang tua itu danpergilah mereka berdua berjalan-jalan di kawasan sekitar itudengan membawa sedikit bekalan makanan dan minuman,kalau-kalau perjalanan mereka memakan masa.

Dalam mereka .berjalan-jalan itu, akhirnya sampailahmereka ke persekitaran sebuah bukit yang di situ terdapatjuga pohon-pohon kecil dan rumput-rumput semak. Tiba-tibaaskar Perancis ini temampak akan kesan-kesan tapak kakiharimau lantas dia pun berkata kepada orang itu, “Wahaibapak, saya msa elok saja kita berpatah balik.”

Orang tua itu sudah dapat mengagak sesuatu kerana diajuga telah temampak kesan tapak kaki harimau itu. Cuma,dia pura-pura tidak nampak. Lalu dia pun menjawab: “Me-ngapa pulak kita mesti berpatah balik wahai anak?”

“Merbahaya, bapak,” jawab askar itu.“Apa yang membahayakan?” tanya orang tua itu.

, “Saya lihat di sini ada kesan tapak kaki harimau. Tentuada harimau di sini,” balas askar Perancis itu.

“Kalaulah begitu, saya pun takut juga. Marilah kitacepat-cepat tinggalkan tempat ini,” jawab orang tua itusambil mengajak askar itu berjalan pulang.

Mereka berdua pun berjalanlah menuju balik ke guatempat mereka tinggal sehingga telah jauh tempat yang di-

1 1 7

Page 132: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL WUJUD ALLAH

I

kira merbahaya tadi telah ditinggalkan dan keadaan askarPerancis itu pun sudah tenang kembali. Tiba-tiba orang tuaitu berkata, “Saya nampak anak tadi betul-betul takut kepadaharimau. Yakin sungguh anak ni yang di tempat itu adaharimau.”

“Memang saya sungguh yakin, bapak. Lagipun tapakkakinya masih baharu lagi,” jawab askar Perancis itu.

“Anak sungguh yakin akan adanya harimau walaupunhanya melihat kesan tapak kakinya sahaja?” tanya orang tuaitu.

“Bagaimana saya tidak yakin kerana apabila ada kesantapak kakinya, maka adalah dia di situ,” jawabnya.

Kali ini sampailah masanya orang tua itu hendak men-jawab pertanyaan askar tadi kepadanya. Dia pun terus ber-kata, “Wahai anak, bapak amat percaya cakap-cakap anakitu. Bapak juga percaya yang oleh kerana ada kesan tapakkaki harimau di situ, maka adalah harimaunya walaupun kitatidak nampak dia berada di situ. Jadi, kalaulah hanya denganmelihat kesan tapak kaki harimau, anak yakin adanyaharimau di situ, betapalah dengan alam yang tersergam luasini. Ada pokok-pokok, ada bukit-bukaunya, ada makhluk-makhluknya, ada langit dan bumi serta lautan yang luas dansebagainya. Apakah dengan kesan-kesan itu semua, anaktidak yakin bahawa adanya Maha Pencipta yang menjadi-kannya?”

Di sini, orang tua itu telah memukul keyakinan askarPerancis tadi yang mana dia tidak mempercayai Tuhanhinggakan dia tidak mahu berpegang kepada sebarangagama. Orang tua tadi membiarkan pertanyaannya bermaindi kepala askar itu hingga beberapa ketika. Setelah didapati-nya yang askar itu tidak menjawab apa-apa, maka orang maitu pun meneruskan percakapannya.

“Sebenarnya, yang menyebabkan bapak sentiasa tenangdan terhibur, tidak pernah masarn muka dan marah-marahwalaupun keadaan bapak begini adalah kerana bapaksentiasa berdamping dengan Tuhan bapak, Pencipta alam

118

Page 133: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

semesta ini. Bapak datang duduk dalam gua sana adalahkerana bapak hendak menyembab Tuhan bapak.”

Itulah jawapan ringkas dari orang tua itu hingga menye-babkan askar Perancis itu tidak mampu berkata apa-apa.Begitu tepat sekali jawapan abid itu hingga tertikam kedalam hati sanubari askar itu. Tiba-tiba, dia berkata:

“Rupa-rupanya inilah rahsia hidup bapak yang sayatidak dapat mengalaminya. Tolonglah Islamkan saya agarsaya juga dapat menghubungkan diri saya dengan Tuhan.”

Begitulah bijaksana dan berhikmahnya orang-orangzaman dahulu. Setiap satu persoalan itu bukan diselesaikanmelalui hujah-hujah atau soal jawab hingga membawa ke-pada pertengkaran. Kita dapati mereka itu mendidik manusiadengan penuh sabar. Dengan itu, barulah kita dapat memikathati manusia hingga mereka tertarik kepada ajaran kebenar-an.

Dan daripada cerita yang kita gambarkan di atas juga,jelas kepada kita betapa alam ini menjadi dalil dan buktitentang wujudnya ALLAH SWT. Alam ini tidak terjadidengan sendirinya, dan mustahil akal mahu menerima yangalam ini terjadi dengan sendiri, tetapi mesti ada yang men-jadikannya. Itulah ALLAH SWT.

Dengan ini juga, kita sudah mempunyai dalil-dalil danbukti tentang wujudnya ALLAH SWT sekurang-kurangnyadalil aqli atau dalil akal secara ijmali atau secara ringkas.Dan dalil ini adalah dikehendaki untuk mengeluarkan kitadaripada alam taqlid yang mempercayai adanya Tuhan tetapitidak tahu dalil-dalilnya.

Mengetahui dalil-dalil aqli secara ijmali ini amat pentingdan ia merupakan suatu wajib ain (fardhu ain) kepada setiapmukallaf. Semua orang mesti mempunyai dalil-dalil akalyang ringkas ini untuk membuktikan wujudnya Tuhankerana keyakinan secara bertaqlid tanpa kita sendiri dapatmemberi dalil-dalil dan bukti-bukti, adalah keyakinan yangtidak sah.

Mengetahui dalil-dalil naqli atau dalil-dalil yang ber-

119

Page 134: 03 - Aqidah Mukmin 3

sumberkan Al Quran secara tafsili atau secara terperinci itufardhu kifayah.

Dan dengan ini juga perlulah kita memahami benar-benar persoalan-persoalan di dalam ilmu tauhid ini kerana ia

merupakan penetapan aqidah atau keyakinan kita. Aqidahatau keyakinan kita yang sebenarnya kepada ALLAH adalahyang terpokok kerana ia menjadi asas di dalam ajaran Islam.Kalau aqidah sudah terseleweng atau terkeluar daripada ke-benaran, maka cacatlah segala amal lahir kita. Seluruhibadah kita, sembahyang dan puasa kita, haji kita dan lain-lainnya, tidak berguna lagi. Sebab itulah, persoalan aqidahini hendaklah kita pelajari sungguh-sungguh.

“Awal-awal agama adalah mengenal ALLAH.” Inilahyang menjadi asas ajaran kita. Apabila kita mati kelak, yangawal-awal sekali ditanya kepada kita ialah persoalan tauhidatau persoalan iman. Amal-amal lain tidak ditanya lebihdahulu. Sekiranya yang asas ini sudah terkeluar, maka yanglain-lain itu tidak ditanya lagi. Semua ibadah lain sudahcacat walaupun sembahyangnya kemas, puasanya hebat,naik hajinya banyak, gigih berjuang dan berjihad dan lain-lainnya. Sebab itu Rasulullah .pernah berkata dalam sabda-nya yang bermaksud:

Hendaklah kamu mempelajari hujah-hujah kamukerana kamu akan ditanya.

Maksud Rasulullah di sini *ialah supaya kita mengenalALLAH dengan sesungguh-sungguhnya berserta dalil-dalildan bukti, setidak-tidaknya dalil aqli secara ijmali supayapengenalan kita kepada ALLAH itu tepat dan padu. Bukansecara ikut-ikutan atau secara taqlid.

120

Page 135: 03 - Aqidah Mukmin 3
Page 136: 03 - Aqidah Mukmin 3

MATAN .

ir

ang kedua - Dali1 qidam iaitu sanya jikalau tiadaALLAH Taala Qadim (bersifat qidam) nescaya

adalah ia baharu. Yang demikian berkehendak kepadayang menjadikan Dia. Dan yang membaharukan Dia. Yangdemikian membawa kepada daur iaitu mustahil kerana lazimberhimpun dua yang berlaziman dan membawa kepadatasalsul iaitu mustahil, kerana yang bersamaan yang sedikitdengan yang banyak. Yang demikian sabitlah Tuhan ituqadim (tiada permulaan wujud-Nya). Adapun dalil naqlinya:

la jua Tuhan yang awal tiada permulaan dan yangakhir tiada kesudahan.

(Al Hadid: 3)

Adapun makna daur itu iaitu terhenti ada tiap-tiapdaripada dua suatu atas yang lainnya. Umpamanya Zaidmenjadikan Umar, dan Umar menjadikan Zaid pula. Makapada ketika itu terdahulu Umar tatkala ia menjadikan Zaid,dan terkemudian pula Umar pada ketika Zaid menjadikan dia.Yang demikian jadilah Umar dan Zaid itu terdahulu daripadadirinya (berhimpun pada seorang itu dua yang berlazimanyakni dahulu dan kemudian). Yang demikian tidak diterimaoleh akal sekali-kali kerana yang menjadikan dahulu daripadayang kena jadi maka manakala sabit Umar menjadikan Zaidmaka bagaimana boleh diterima akal Zaid boleh menjadikanUmar pula kerana Zaid terkemudian daripada Umar, makayang kemudian barang yang telah tentu tidak boleh menjadi-kan orang yang terdahulu daripadanya. Yang demikianmustahil wujud daur pada akal.

Dan makna tasalsul itu pada loghat berantai-rantai. Mak-sudnya pada istilah iaitu berhubung atau bersambung-sam-bung beberapa perkara lepas satu, satu lepas satu, satu,hingga tiada berkesudahan. Misalnya seperti dikata Hassan

Page 137: 03 - Aqidah Mukmin 3

menjadikan Husin. Husin menjadikan Mohsin, Mohsinmenjadikan Khalid, Khalid menjadikan Jamil, Jamil men-jadikan polan dan polan menjadikan polan. Demikianlahseterusnya tiada berkesudahan. Maka adanya sesuatu yangkena jadi dengan tiada berkesudahan yang menjadikan itusesuatu perkara yang tiada diterima oleh akal (mustahil)adanya.

Maka daripada keterangan ini nyatalah tiap-tiap dauritu tasalsul, tiada ‘akasnya dan nyatalah keduanya itumustahil. Maka jika Tuhan tiada bersifat dengan qidamnescaya membawa kepada daur atau tasalsul yang mustahilitu tiap-tiap perkara yang membawa kepada mustahil itumustahil juga. Yakni lazim daripada ada Tuhan, tidak adaTuhan. Tatkala itu adanya makhluk turut mustahil pulapadahal kita semua ada.

Page 138: 03 - Aqidah Mukmin 3

I

DALIL SIFAT QIDAM

PERBAHASAN kita di dalam bab ini berkisar di sekitar dalil-dalil ke atas sifat kedua yang wajib bagi ALLAH SWT iaitusifat Qidam. Ertinya, kita hendak menunjukkan bahawa wajibALLAH SWT itu bersifat Qidam melalui dalil-dalil danbuktinya.

Sebelum itu, elok juga kita sentuh serba sedikit tentangpengajian kita yang awal dulu iaitu semasa kita membahas-kan dalil yang menunjukkan ALLAH itu bersifat Wujud.

Dali1 bagi menunjukkan wujudnya ALLAH SWT ialahdengan baharunya alam ini. Dan baharunya alam ini adalahkerana ia tergabung di antara jirim dan ' a r a d h Jirim seperti-mana yang kita ketahui adalah sesuatu yang mengambiltempat lapang. Dengan yang demikian, jirim itu bersifatbaharu. Selain dari itu, 'aradh yang berdiri pada jirim itu,keadaannya sentiasa berubah-ubah, maka 'aradh itu bersifatbaharu. Oleh kerana ‘aradh berdiri di atas jirim, makabaharunya 'aradh membawa kepada baharunya jirim.

Jadi, kalau jirim dan ‘aradh bersifat baharu sedangkan'aradh dan jirim adalah gabungan yang menjadikan alam,maka dengan sendirinya alam juga baharu. Kalau alam inibaharu, tentulah ada yang membaharukannya. Yang memba-

Page 139: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (I11)

harukannya atau yang menjadikannya adalah ALLAH SWT.Dari itu, jelas membuktikan wujudnya ALLAH SWT. :

Berikutan dari pengertian kita tentang wujudnya ALLAHSWT itu, maka di sini kita akan memerhatikan pula tentangdalil yang menunjukkan ALLAH SWT bersifat Qidam ataubersifat sedia. Erti sedia bagi ALLAH SWT ialah bahawaALLAH SWT tidak didahului oleh tiada atau dalam erti-kata yang lain, ALLAH SWT tidak ada permulaan.

Perbahasan yang mudah kita fahami yang dapat kita buatsecara ringkas bagi menunjukkan bahawa wajib ALLAH SWTitu bersifat sedia ialah, kalau ALLAH SWT tidak bersifatQidam atau sedia, maka tentulah akal kita akan berkata yangALLAH itu baharu. Dan kalaulah ALLAH itu baharu, tentu-lah ada yang membaharukan-Nya atau yang menjadikan-Nya.

, Dalam bab yang terdahulu, kita telah perhatikan bahawasifat Qidam atau sedia bagi ALLAH SWT ialah sedia yangtidak ada permulaannya. Tidak seperti sifat sedia padamakhluk yang ada permulaannya. Umpamanya, kalau kitakatakan yang nasi itu sudah sedia, ertinya, sedia bagi nasi ituialah sedia yang ada permulaan. Dalam ertikata yang lain,sedia bagi nasi yang kita makan itu ialah suatu sedia yangdisediakan. Ada yang menyediakannya. Berlainan sekalidengan sedia bagi ALLAH SWT yang mana sedia-Nya ada-lah sedia yang tidak ada permulaan.

Dali l Aqli

Maka yang demikian, kalaulah ALLAH SWT tidak bersifatQidam, maka jadilah ALLAH itu baharu. Dan sekiranyaALLAH SWT itu baharu, tentulah ada yang membaharukan-Nya atau ada yang menjadikan-Nya. Kerana, kalau ALLAHSWT bersifat baharu, tentulah ALLAH SWT mula-mulanyatiada dan kemudian ada yang mengadakan-Nya. Demikianakal kita akan berkata sekiranya ada orang yang mengatakanbahawa ALLAH SWT tidak bersifat Qidam.

Kemudian, sekiranya ALLAH SWT itu baharu, makayang demikian akan membawa kepada daur atau tasalsul

1 2 5

Page 140: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QIDAM

Daur dan tasalsul ini adalah perkara yang mustahil. Ia tidakboleh diterima oleh akal tentang wujudnya. Ertinya, tidak akanada atau tidak akan berlaku perkara itu. Umpamanya, berlakudua perkara yang berlawanan dalam satu masa. Seperti ber-lakunya siang dan malam dalam satu masa. Siang seperti-mana- yang kita ketahui adalah lawan bagi malam. Bila siangberlaku, malam tidak berlaku dan bila malam berlaku, siangpula tidak berlaku. Ertinya, siang dan malam silih bergantidan bergilir-gilir.

Apakah pemah siang dan malam berlaku dalam satumasa? Atau mungkinkah ia boleh berlaku? Akal tidak akanmahu menerimanya. Ertinya, perkara itu mustahil pada akal.Iaitu akal yang menentukan bahawa perkara itu tidak akanwujud.

Contoh lain ialah seperti duduk dengan berdiri; dua ke-adaan yang berlawanan yang mana berlakunya tidak seren-tak. Apabila keadaan duduk berlaku, berdiri tidak berlaku danapabila keadaan berdiri berlaku, duduk tidak berlaku. Apakahkedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dalam satumasa? Tidak mungkin terjadi. Mustahil akan terjadi. Tidakmahu diterima oleh akal akan berlakunya.

Dan banyaklah contoh yang lain yang boleh kita tunjuk-kan bagi mendapatkan pengertian mustahil pada akal ini. Danbila kita membahaskan tentang daur ataupun tasalsul nanti,ia adalah benda yang mustahil pada akal. Tidak akan berlakutentang wujudnya.

Iaitu kalau ada orang mengatakan yang ALLAH tidakwajib bersifat Qidam, maka akal kita akan mengatakan yangALLAH itu baharu. Dan sekiranya ALLAH itu baharu, makayang demikian itu akan membawa kepada daur ataupuntasalsul. Dan ini perkara yang mustahil.

Sebabnya dikatakan daur itu mustahil adalah kerana ter-himpunnya dua perkara yang berlawanan, sepertimana ke-dudukan malam dan siang berlaku dalam satu masa, ataupunkedudukan duduk dan berdiri berlaku dalam satu masa. Dauritu ertinya terhenti ada tiap-tiap daripada dua suatu atas yang

1 2 6

Page 141: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (I I I )

lain. Maksudnya, suatu benda itu tidak akan berlaku kalautidak ada benda yang lain sepertimana benda yang lain itujuga tidak akan ada kalau tidak ada benda yang lain pula.

Untuk memahaminya, kita ambil contoh seperti yang’disebutkan dalam matan Risalah Tauhid. Iaitu contohnya Zaidmenjadikan Umar dan Umar pula menjadikan Zaid. Zaid tidakakan jadi kalau tidak ada Umar sepertimana Umar pula tidakakan jadi kalau tidak ada si Zaid. Jadi, bagaimanakah pertim-bangan akal kita kalau ada yang mengatakan bahawa Umarmenjadikan Zaid di samping itu pula si Zaid menjadikanUmar. Mahukah hal ini diterima oleh akal. Tentunya akaltidak mahu menerima. Mustahil berlakunya.

Ini satu contoh daur. Perkataan daur itu adalah daribahasa Arab yang bolehlah kita maknakan “berpusing-pusing”. Seperti yang kita katakan tadi, Zaid menjadikanUmar dan Umar pula menjadikan Zaid. Ertinya, dalam satuketika Zaid menjadikan Umar dan dalam ketika yang lain pulaUmar menjadikan Zaid. Dalam ha1 ini Umar dan Zaid ada-lah perlu-memerlukan iaitu tidak akan ada Umar kalau tidakada Zaid dan tidak pula akan ada Zaid kalau tidak ada Umar.

Apakah akal mahu menerima berlakunya kedudukan ter-sebut iaitu Umar menjadikan ‘Zaid dan kemudian Zaid men-jadikan Umar. Ertinya, sama ada pada Umar mahupun padaZaid, berlaku dua keadaan yang berlawanan iaitu dahulu dankemudian. Nisbah Umar menjadikan si Zaid, Umar adalahdahulu daripada Zaid. Tetapi apabila Zaid menjadikan Umar,ketika itu Umar pula yang kemudian daripada Zaid.

Jadi, dua perkara yang berlawanan keadaan telah berlakupada diri Umar mahupun pada diri Zaid. Tentulah ini mus-tahil berlaku. Kalau Umar sudah menjadikan si Zaid, tidak-lah akan berlaku pula Zaid menjadikan Umar. Akal tidakmahu menerima wujudnya. Ertinya tidak mahu diterima olehakal daur seperti itu.

Dan begitulah boleh kita kiaskan kalau ada orang menga-takan yang ALLAH itu tidak wajib bersifat Qidam yangmembawa erti bahawa ALLAH itu baharu. Kalau ALLAH itu

1 2 7

Page 142: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QIDAM

baharu, ertinya ada yang menjadikan-Nya. Jadi, kalaulah adaorang mengatakan yang ALLAH itu dijadikan, samalah sepertimengatakan Tuhan pertama menjadikan Tuhan kedua, danTuhan kedua menjadikan Tuhan pertama. Mahukah diterimaoleh akal? Tentu sekali tidak.

Mustahil diterima oleh akal kerana terjadinya dua ke-adaan yang berlawanan pada satu perkara. Dua keadaanyang berlawanan itu ialah dahulu dan kemudian. Dengan yangdemikian daur adalah mustahil.

Tadi kita telah katakan bahawa kalau ada orang menga-takan ALLAH tidak wajib bersifat Qidam, maka berertilahbahawa ALLAH ada permulaan. Bermakna jugalah yangALLAH bersifat baharu. Yang demikian itu akan membawakepada daur dan tasalsul Daur, seperti yang telah kita bahas-kan, adalah mustahil. Dan tasalsul juga adalah mustahil.

Mustahilnya tasalsul adalah kerana bersamaan perkarayang sedikit dengan yang banyak. Ertinya, yang banyak danyang sedikit itu sama dan setaraf. Di sini tentu agak susahhendak kita fahami kaedah ini kalau kita tidak menghuraikanerti tasalsul

Tasalsul ini dari bahasa Arab yang maknanya pada loghahialah “berantai-rantai”. Pada istilah, ertinya ialah berhubungatau bersambung beberapa perkara dengan tidak berkesudah-an. Seperti contohnya, Ahmad menjadikan Muhammad,Muhammad menjadikan Mahmud, Mahmud menjadikan siZaid, Zaid menjadikan si Umar, Umar menjadikan Jamal, siJamal menjadikan Hassan, Hassan menjadikan Hussin, Hussinmenjadikan Mohsen, Mohsen menjadikan polan, polan men-jadikan polan. Dan begitulah seterusnya berantai-rantai tidakberkesudahan dan tidak berpenghujung.

Apakah perkara yang seperti ini mahu diterima oleh akal?Tentunya tidak. Akal tidak mahu menerima terjadi perkarayang tasalsul seperti ini iaitu satu-satu perkara itu terjadiberhubung-hubung atau berantai-rantai hingga tidak adapenghujung atau tidak ada kesudahan. Pertimbangan akal kita

1 2 8

Page 143: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

menolak terjadinya ha1 ini. Sebab itu dikatakan bahawa;!,tasalsul juga mustahil.

Ertinya, kedua-dua daur dan tasalsul tidak akan terjadipada ALLAH SWT. Dan oleh itu, nyatalah bahawa ALLAHSWT tidak bersifat baharu. Ertinya ALLAH SWT tidak ada.yang membaharukan. Dengan itu juga, nyatalah bahawa.ALLAH SWT tidak ada permulaannya. Iaitu ALLAH SWT.tidak didahului oleh tiada. Kerana itu, wajiblah ALLAHbersifat Qidam atau bersifat sedia yang tidak ada permulaan.l

Berhubung dengan pengertian daur dan tasalsul tadi, disini kita perpanjangkan sedikit lagi perbahasan mengenainya.Telah pun kita ketahui bahawa daur dan tasalsul itu adalah;mustahil pada ALLAH SWT Kerana itu bolehlah kita kata-kan bahawa tiap-tiap daur itu adalah tasalsul. Tetapi tiap-tiaptasalsul bukannya daur. Demikian tersebut di dalam matan

I Risalah Tauhid.Maksudnya, sama ada daur mahupun tasalsul, mengikut

pandangan akal, adalah mustahil berlakunya pada ALLAHSWT. Dan seterusnya, tiap-tiap yang membawa kepadamustahil itu adalah mustahil juga.

Jadi, kalau ada orang yang mengatakan bahawa ALLAHSWT tidak wajib bersifat Qidam, nanti akan berlakulah daurdan tasalsul itu pada ALLAH SWT. Daur dan tasalsul iniadalah mustahil. Dan tiap-tiap yang membawa mustahil ituadalah mustahil juga; yakni, lazim daripada ada Tuhan, tidakada Tuhan. Dan di waktu itu, adanya makhluk turut mustahilpula.

Tentulah demikian akal kita akan mengatakan kalau daurdan tasalsul itu berlaku pada ALLAH SWT yang mana akanmembawa kepada mustahil wujudnya Tuhan. Manakala, kalauwujudnya Tuhan itu mustahil, sudah tentulah wujudnyamakhluk juga akan menjadi mustahil. Sedangkan makhluk danseluruh alam ini sudah ada.

Kalau begitu, nyatalah akan wujudnya Allah S W T .Mustahil ALLAH SWT tidak wujud sedangkan alam ini;sudah ada. Dan wujudnya ALLAH SWT itu adalah wujud”

1 2 9

Page 144: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QIDAM

yang tidak ada permulaan kerana mustahil berlakunyadaur dan tasalsul pada ALLAH SWT. Dengan yang demi-kian juga, nyatalah ALLAH SWT wajib bersifat Qidam.

Demikianlah bahasan kita secara akal atau secara aqli bagimenunjukkan bahawa ALLAH SWT wajib bersifat Qidam.Atau wajib ALLAH SWT bersifat sedia yang tidak ada per-mulaan atau yang tidak didahulu oleh tiada.

Dali1 Naqli

Kemudian kalau kita lihat pula di dalam Al Quran yangmerupakan sumber kepada dalil naqli, ALLAH telah mem-beritahu kita dalam firman-Nya:

,

DIA-lah Tuhan yang awal tapi tiada permulaan danyang akhir tapi tiada kesudahan.

(Al Hadid: 3)

Jadi, kalau tadi kita telah tetapkan melalui perbahasan akaltentang bukti yang menunjukkan bahawa wajib ALLAH SWTbersifat Qidam, maka kebenaran itu ditegaskan sendiri olehALLAH SWT di dalam Al Quran. Penegasan ini adalahpenegasan yang paling tepat dan paling layak kita terimasebagai keyakinan yang padu dan bulat. Kalau kita tidak yakindengan penegasan ALLAH di dalam kitab yakni Al Quran,ertinya kita tidak yakin pada kitab sedangkan yakin pada kitabadalah salah satu daripada Rukun Iman yang enam.

Kalau salah satu sahaja daripada Rukun Iman yang enamitu cacat, maka cacatlah iman kita. Dan apabila cacat iman,kita akan jatuh kepada murtad. Kerana itu hendaklah kitaberhati-hati dalarn soal-soal yang membawa kepaca cacatnyaiman kerana kalau satu perkara saja yang kita tolak pun, makaakan gugurlah semuanya. Maknanya kita telah murtad. Hukumbagi orang yang murtad ialah kafir dan kalau mati dalam

1 3 0

Page 145: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

keadaan demikian, kekal abadilah dia di dalam Neraka.Wal’iyazubillah.

Jadi, untuk membawa kepada murtad atau kafir ini, cukupkalau sebahagian kecil saja daripada Al Quran itu kita tolak.Walaupun ada sebahagian besar yang lain kita percaya dankita yakini malab kita amalkan pula, namun semuanya sudahtidak diiktiraf lagi oleh ALLAH SWT. Kerana mengikutkaedah yang telah ditetapkan oleh ulama di segi syariat Islam,kufur dengan sebahagian kecil saja daripada isi kitab bermak-na kufur dengan seluruh isi kitab iaitu Al Quran.

Kaedah ulama yang telah diutarakan kepada kita itu ber-bunyi:

Menyebut sebahagian kecil (isi Al Kitab) itu bermak-sud keseluruhannya.

Sebab itulah, Al Quran dan juga kitab-kitab yang pernahALLAH turunkan sebelum Al Quran yang betul dan yangtidak diubah-ubah oleh manusia, hendaklah kita percayasemuanya walaupun kitab-kitab yang diturunkan sebelum AlQuran itu tidak kita amalkan lagi kerana sudah dimansuhkanoleh Al Quran. Namun kita mesti percaya kepada semuanyaiaitu Zabur, Taurat dan Injil dan lebih-lebih lagilah Al Quranyang bukan saja kita percaya dan yakini tetapi wajib pula kitaamalkan setiap aspek dan setiap sudut yang ada di dalamnya.Ini telah diingatkan oleh ALLAH SWT kepada kita di dalamAl Quran dengan firman-Nya:

Wahai orang-orang beriman, musuklah kamu ke dalamIslam keseluruhannya.

(Al Baqarah: 208)

Jadi setiap isi Al Quran itu mengandungi kehidupan di

1 3 1

Page 146: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QIDAM

segi syariat Islam sama ada aqidahnya, akhlaknya, kemasya-rakatannya, rumahtangganya, ekonominya, pergaulannya,perjuangan dan jihadnya atau apa saja hinggalah kepadapersoalan bemegara sekalipun, semuanya mesti kita terima.Jangan ada satu bahagian pun yang kita tolak. Kalau adasebahagian kecil saja yang kita tolak, katalah sepotong ayatsaja, maka itu pun sudah cukup untuk membawa kita kufurkepada seluruh isi Al Quran, berdasarkan kaedah tadi.

Kalau kita fahami benar-benar akan kaedah ini dankemudian kita suluh kepada diri dalam kehidupan setiap hariseperti dalam sikap kita, percakapan kita dan juga perbuatandan usaha ikhtiar kita, nanti akan terdapat perkara-perkarayang ALLAH ceritakan di dalam Al Quran yang menjaditandatanya kepada kita atau yang menimbulkan keraguan kitadan sebagainya. Malah kadang-kadang ada perkara-perkarayang kita tidak yakin.

Mungkin, kalau perkara-perkara yang ALLAH ceritakandi dalam Al Quran itu masuk di dalam lojik akal kita sepertiALLAH perintahkan kita makan dan minum, ALLAH perin-tahkan kita mengembara dan berjalan-jalan di merata pelosokbumi dan perintah-perintah yang seumpamanya yang sesuaidengan akal dan fitrah kita, tentu agak mudah kita menerima-nya. Malah kita begitu meyakininya dan mahu mengamalkan-nya di dalam kehidupan kita sehari-hari.

Tetapi, bagaimana pula dengan cerita-cerita ALLAH yangtidak boleh kita lojikkan dengan akal fikiran kita seperti kitaambil satu contoh fir-man ALLAH di dalam Al Quran denganayat yang selalu kita kemukakan supaya kita dapat me-mahami benar-benar perbahasannya seperti yang telah diben-tangkan oleh Imam Al-Ghazali rahimahullahu Taala. Ayatitu berbunyi:

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya

1 3 2

Page 147: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

ALLAH akan lepaskan ia daripada sebarang kesusah-an dan kepicikannya, dan ALLAH akan memberi diarezeki dari sumber yang dia tidak mengetahuinya.

(Ath Thalaq: 2-3)

Ada tiga perkara yang ALLAH ceritakan di dalam ayatini. Pertama ALLAH menghendaki kita bertaqwa. Kemudianyang kedua, apabila kita telah tunaikan syarat itu dalam erti-kata melaksanakan setiap suruhan ALLAH sungguh-sungguhsama ada yang fardhu mahupun yang sunat dan menjauhilarangan-Nya benar-benar sama ada yang haram mahupunyang makruh, maka kata ALLAH sebagai balasan dari itu, kitaakan dilepaskan daripada sebarang kesusahan dalam kehidup-an ini. Dan yang ketiganya, natijah dari kita bertaqwa itu,ALLAH juga akan memberi kita rezeki dari sumber-sumberyang kita sendiri tidak mengetahuinya. Ertinya, apa saja yangmenjadi keperluan kita seperti makan minum yang sekadarperlu, keperluan rumahtangga yang sekadar perlu dan se-bagainya, semua ini tetap ALLAH jaminkan asalkan kita ber-taqwa kepada ALLAH SWT.

Malah, kalau kita lihat perbahasan Imam Gbazali r.t.dengan lebih terperinci lagi, katanya, kalau seseorang itu tidakmelakukan sebarang usaha ikhtiar sekalipun seperti tidakberusaha mencari rezeki dan sebagainya, tetapi dia bertaqwakepada ALLAH dalam ertikata melaksanakan setiap kerjaALLAH, baginya tetap ada jaminan makan minumnya yangperlu, keperluan rumahtangganya yang perlu dan lain-lainnya.Tentulah hal ini susah hendak kita terima kerana memangsudah selama ini kita dididik dan ditanamkan dengan fikiranbahawa setiap apa yang kita mahukan mesti kita lahirkan. Hatikita tentu akan berkata, “Mana jadi hidup ini hanya denganbertaqwa saja.”

Jadi cerita-cerita yang ALLAH firmankan di dalam AlQuran yang susah hendak dilojikkan dengan akal, memangsusah hendak diterima oleh kebanyakan kita hari ini keranadalam pengalaman kita hari-hari, kita sudah selalu sangatdibawakan dengan hal-hal yang ada hubungan dengan lojik

1 3 3

Page 148: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QIDAM

akal. Sedangkan di dalam Al Quran, tidak semuanya bolehkita lojikkan dengan akal fikiran.

Di sini letaknya persimpangan jalan di antara kata-kata“orang banyak” dengan kata-kata “orang sedikit”. Perkara-perkara yang tidak dapat dilojikkan dengan akal yang ALLAHceritakan di dalam Al Quran, menjadi garis pemisah di antara“orang banyak” dengan “orang sedikit”.

Umpamanya, “orang banyak” begitu yakin dan percayayang kalau umat Islam ini mahu maju, mahu berdaulat sertamahu kuat, kekuatan lahir seperti yang diusahakan oleh orang-orang kafir mesti dicari. Kalau orang kafir ada kekuatanekonomi, umat Islam juga mesti mengejar kekuatan eko-nomi. Kalau orang kafir ada kekuatan tentera, umat Islam jugamesti mencari kekuatan tentera. Kalau orang kafir ada ke-kuatan politik, umat Islam juga mesti mencari kekuatanpolitik. Kalau orang kafir ada kekuatan sains dan teknologi,umat Islam juga mesti mengejar kekuatan sains dan tekno-logi. Dan begitulah seterusnya dalam kekuatan-kekuatan lahiryang lainnya. Semua sekali umat Islam mesti cari kalauhendak maju dan kuat serta berdaulat.

Inilah yang menjadi keyakinan dan pegangan bagi “orangbanyak”. Sebaliknya, “orang sedikit” meyakini dan memper-cayai apa yang telah disyaratkan oleh ALLAH SWT kepadaumat Islam iaitulah sepertimana yang ALLAH sebut di dalamayat tadi. Syaratnya, umat Islam mesti bertaqwa. Kemudiansoal-soal yang lain, ALLAH akan selesaikan. Ertinya, per-kara-perkara yang lain akan datang atau lahir dengan sendiri-nya seperti kekuatan ekonomi akan lahir, kekuatan politikakan lahir, kekuatan tentera akan lahir dan sebagainya.Kerana, semua itu datangnya dari pertolongan ALLAH SWI’.

Tetapi inilah yang amat susah hendak diyakini oleh“orang banyak”. Sebab itu peraturan yang telah ALLAHsyaratkan untuk mendapat pembelaan dari ALLAH SWT diapa bidang sekalipun melalui jalan taqwa tadi telah ditolakoleh mereka. Hari ini “orang banyak” lebih yakin dengan carayang telah dilakukan oleh orang kafir iaitu, umat Islam mesti

1 3 4

Page 149: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III) .

cari kekuatan lahir kalau hendak maju jaya dan sebagainya.Insya-ALLAH, apa yang diyakini oleh “orang banyak” initidak akan membuahkan hasil. Mereka boleh buat apa sajauntuk mendapatkan kekuatan lahir itu, namun umat Islamtidak juga akan memperolehi kejayaan dan kemajuan.

Buktinya dapat kita lihat pada kehidupan umat Islam didunia hari ini. Hari ini, ada sesetengah umat Islam sudahhidup bebas dan merdeka di negara masing-masing. Kita jugadi negara ini sudah merdeka lebih 30 tahun. Nisbah sesebuahnegara itu hendak mengusahakan kekuatan lahir walau dibidang apa sekalipun, dalam masa 30 tahun, 40 tahun atau50 tahun yang sudah, kita percaya sehingga hari ini sudahtentu kekuatan itu sudah diperolehi. Kerana kita dapat saksi-kan betapa negeri Jepun yang begitu teruk dengan berbagaikemelesetan dalam tahun 50-an dulu, kini dalam tempoh lebihkurang 30 tahun saja, ia sudah menjadi gergasi dunia dikebanyakan bidang. Ertinya, dalam tempoh yang singkat itu,Jepun sudah berjaya mendapatkan kekuatan lahir.

Tetapi umat Islam di sesetengah Negara Islam yang sudahmerdeka lebih lama dari itu, hingga hari ini, belum mem-punyai satu pun kekuatan lahir yang dapat dibanggakan.Belum ada satu Negara Islam yang kuat sama ada di bidangekonomi, di bidang sains dan teknologi, dan sebagainya. Inilahakibat dari umat Islam begitu mengejar kekuatan lahir hinggasanggup meninggalkan taqwa. Akhimya sedikit pun ALLAHtidak memberi bantuan. Umat Islam telah tertipu dengankekuatan yang ada pada orang kafir. Sedangkan ALLAH telahperingatkan di dalam Al Quran dengan firman-Nya:

Maka janganlah sekali-kali kesenangan kehidupandunia menipu dayakan kamu.

(Fathir: 5)

Jadi, jalan yang telah diyakini oleh “orang banyak” ada-

135

Page 150: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QIDAM

.

lah jalan yang tidak disunnahkan oleh ALLAH SWT. Jalanyang disunnahkan oleh ALLAH kepada orang Islam ialahmelalui taqwa, manakala jalan yang ditunjukkan olehALLAH kepada orang kafir ialah melalui ‘kekuatan lahir’.Umat Islam mesti mengikut jalan yang telah ALLAH tunjuk-kan kepadanya dan bukan yang telah ditunjukkan kepadaorang kafir. Iaitu umat Islam mesti usahakan taqwa untukmendapat pembelaan dari ALLAH SWT. Perhatikanlah bagai-mana janji ALLAH, kalau ini dapat diusahakan. Firman-Nya:

Kalau penduduk di sesebuah kampung itu beriman dan ibertaqwa, nescaya ALLAH akan bukakan keberkatandari langit dan bumi.

(Al A’raf: 96)

Dua syarat saja yang ALLAH kehendaki dari umat Islamiaitu beriman dan bertaqwa. Dengan itu ALLAH akan buka-kan keberkatan dari pintu langit dan bumi. Berkat itu ialahdengan timbulnya perpaduan, timbul ukhuwah, timbul ke-majuan, timbul rasa takut dari musuh, timbul kekuatan danlain-lainnya. Ertinya, dengan mengusahakan iman dan taqwa,pembalasan dari ALLAH begitu banyak sekali. Dengan ber-iman dan bertaqwa, kekuatan lahir akan datang dengansendirinya.

Dengan itu, kembali kita kepada perbahasan yang me-nunjukkan bahawa wajib ALLAH SWT itu bersifat Qidam, .dalil yang tepat dan dalil yang wajib kita terima ialah apabilaALLAH mengatakan di dalam Al Quran:

1 3 6

Page 151: 03 - Aqidah Mukmin 3

ce

Page 152: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAB 27

DALIL ALLAHBERSIFAT BAQA’

D A NMUKHOLAFATUHU

LILHAWADISI

Page 153: 03 - Aqidah Mukmin 3

MATAN

IF

ang ketiga - dalil Baqa’. Iaitu jikalau tiada wajibbagi Tuhan bersifat Baqa’ nescaya temafi dari-

ketika itu wujud yang hams. Maka yang harus tidak adawujudnya melainkan baharu, tiap-tiap yang baharu itumelazimkan berkehendak kepada yang membaharukan diayang membawa kepada daur dan tasalsul juga iaitu mustahil.Dan lagi kaedah ulama usuluddin tiap-tiap yang wajib Qidam,maka mustahil 'adam yang demikian tetap dan sabitlah bagiTuhan bersifat Baqa’ dan dalil naqlinya: .

Tiap-tiup suatu yang ada diutus muka bumi ini binasudan berkekalun zat Tuhunmu (yu Muhammad) yangmempunyui kebesurun dun kemuliuan.

(Ar Rahman: 26 - 27)

Yang keempat - Dali1 Mukhalafatu Ii1 Hawadis iaitujikalau Tuhan serupa dengan yang baharu nescaya jadilahTuhan itu baharu juga. Kerana barang yang boleh jadi atassalah suatu daripada dua yang serupa itu harus pula ataslainnya. Maka baharu Tuhan itu mustahil, kerana telah wajibbagi Tuhan bersifat Qidam dan Baqa’. Yang demikiantetaplah Tuhan itu bersalahan dengan segala yang baharu,sebagaimana dalil naqlinya:

Tiadu sesuatu juu pun serupu dengun Tuhun.(As Syura: 11)

Page 154: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALAM bab ini, kita akan membahaskan mengenai dalil keatas sifat Baqa’ dan kemudian dalil ke atas sifat Mukholafa-tuhu Taala Lilhawadisi bagi ALLAH SWT, iaitu sifat yangketiga dan keempat bagi ALLAH. Mudah-mudahan ALLAHizinkan kita untuk menghuraikannya seberapa yang tern-ram-.pu berdasarkan matan dari kitab Risalah Tauhid yang men-jadi buku panduan kita dalam pengajian ini.

Dali1 Sifat Baqa’

Sifat Baqa’, sepertimana yang telah kita pelajari, bererti kekal,”sentiasa ada tetapi tidak berakhir atau tidak berkesudahan.’Ertinya, wujudnya ALLAH SWT itu tidak berakhir atau tidak’berkesudahan. Sebagai dalil yang menunjukkan bahawa wajib’ALLAH SWT bersifat kekal dengan tiada akhir, sekiranyatidak wajib ALLAH SWT itu bersifat kekal, maka nescayaternafi bagi-Nya bersifat Qidam.

Dalam lain-lain perkataan, kalau kita mengatakan bahawa’tidak wajib ALLAH SWT bersifat Baqa’ atau kekal, makaakan ternafilah pula sifat Qidam atau sifat sedia bagi ALLAHSWT.

Mengapakah boleh temafi sifat Qidam atau sifat sediabagi ALLAH SWT, sekiranya tidak wajib ALLAH SWT

. 141

I

Page 155: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT BAQA’ DAN MUKHOLAFATUHU LILHAWADISI

bersifat Baqa’? Ini adalah kerana, sekiranya tidak wajibALLAH itu bersifat Baqa’ atau sekiranya ALLAH SWT tidakkekal, maka suatu hari nanti Dia 'adam atau Dia akan tiada.Kalau keadaan demikian berlaku, tentulah akal kita akanmengatakan, ada yang mentiadakan-Nya. Ertinya, satu ketikananti, ada yang akan membinasakan atau memfanakanALLAH SWT.

Jadi, kalaulah ada yang akan membinasakan ataumemfanakan ALLAH SWT, bermaknalah bahawa ada suatukuasa yang lebih berkuasa dari ALLAH SWT. Dan kalaulahada suatu kuasa yang membinasakan ALLAH SWT, makatentulah juga ada suatu kuasa yang menjadikan-Nya. Dankalau ada yang menjadikan ALLAH SWT, tentulah Dia adapermulaan. Dan sekiranya ALLAH SWT bermula, makadengan sendiri ternafilah sifat Qidam.

Sedangkan sebelum ini telah kita bahaskan bahawaALLAH tidak ada permulaan atau tidak didahului oleh tiada.Iaitu, ALLAH SWT bersifat Qidam. Oleh kerana itu,mustahillah ALLAH SWT tidak bersifat Baqa’. Ertinya,adalah mustahil diterima oleh akal bahawa ALLAH di satuketika nanti akan menerima kesudahan atau fana atau binasa.Mustahil ALLAH SWT akan tiada pada satu ketika nanti.

Kemudian, kalau kita terima hujah orang yang mengata-’kan bahawa tidak wajib ALLAH itu bersifat Baqa’, makatentulah wujudnya ALLAH SWT itu sebagai wujud yangbaharu. Ertinya, wujudnya ALLAH SWT bagi orang yangmengatakan tidak wajib ALLAH itu bersifat Baqa’, ialah satuwujud yang harus sahaja. Ini adalah kerana, wujud yangbaharu sahaja adalah wujud yang harus. Jadi, kalau ALLAHitu baharu, tentulah wujudnya juga adalah wujud yang harussaja.

Sesuatu wujud yang harus sepertimana wujudnya segalayang bahaiu iaitu wujudnya makhluk-makhluk termasuk kitamanusia, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan d a n seluruh isialarn ini sama ada alam yang nyata ataupun Alam Akhirat,ialah suatu wujud yang adanya ataupun tiadanya itu ditentu-

1 4 2.

Page 156: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

kan oleh ALLAH SWT. Ertinya, kalau ALLAH hendak ten-tukan yang sesuatu makhluk itu ada, maka akan adalah ia.Tetapi kalau ALLAH hendak tentukan yang sesuatu itu tiada,maka akan tiadalah ia.

Dan wujudnya ALLAH SWT tidak sepertimana wujudyang baharu. Wujudnya ALLAH adalah wujud yang wajib.Sebab itulah maka kita menolak sebarang hujah yang menga-takan bahawa tidak wajib ALLAH itu bersifat Baqa’. Yangsebenarnya, wajib ALLAH SWT 1 bersifat Baqa’ iaitu kekalyang tidak ada akhir.

Kemudian, menurut kaedah ulama usuluddin, tiap-tiapyang Qidam, mustahil baginya ‘adam. Ertinya, yang wajibQidam iaitu ALLAH SWT, mustahil baginya ‘adam ataumustahil Dia didahului oleh tiada kerana Dia tidak ada yangmenjadikan. Dan kalaulah ALLAH tidak ada permulaan ia-itu tidak didahului oleh tiada kerana tidak ada siapa yang.menjadikan-Nya, maka tentulah tidak ada juga sesiapa yangakan membinasakan-Nya.

Di sinilah lojiknya kaedah ulama usuluddin. Ia memba-haskan wajibnya ALLAH bersifat Qidam kerana dengan,wajibnya ALLAH bersifat Qidam maka akan ternafilah‘adam atau akan ternafilah adanya permulaan bagiALLAH SWT. Manakala temafi yang ALLAH itu ada per-mulaan, maka temafilah ALLAH ada kesudahan kerana,temafinya ALLAH ada yang menjadikan. Kalau ALLAHtidak ada siapa yang menjadikan-Nya, maka tidak ada siapayang akan membinasakan-Nya. Dengan itu, wajiblah ALLAHbersifat Baqa’. Dan mustahil akal kita mahu menerima yangtidak wajib ALLAH bersifat Baqa’.

Dengan yang demikian, sabitlah ALLAH bersifat Baqa’dan wajiblah kita meyakininya sungguh-sungguh, tidak raguwalau sedikit pun. Kita fahamkan bahasan ini benar-benarsupaya ia menguatkan lagi keyakinan kita tentang wajibnyaALLAH bersifat Baqa’. Demikianlah hujah kita kepada per-bahasan ini secara akal. Dan itulah juga dikatakan dalil aqlitentang wajibnya ALLAH bersifat Baqa’.

143

Page 157: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT BAQA’ DAN MUKHOLAFAT’UHU LJLHAWADISI

Dali1 Naqli

Seterusnya, dalil naqli atau dalil yang bersumberkan Al Quranyang menunjukkan ALLAH bersifat Baqa’ terkandung didalam surah Ar Rahman:

Setiap apa yang ada di atas muka bumi ini akanbinasa, dan yang berkekalan zat Tuhanmu (wahaiMuhammad) Tuhan yang mempunyai kebesaran dankemuliaan.

(Ar Rahman: 26 - 27)

Dali1 ini adalah pengakuan daripada ALLAH SWT sen-diri. Dan pengakuan daripada ALLAH adalah tepat dan benardan lebih benar daripada perbahasan akal fikiran Kerana yanghaq itu adalah dari Tuhan sendiri. Firman ALLAH’ di dalamAl Quran:

.

Yang haq (benar) itu adalah daripada Tuhanmu danjanganlah kamu termaSuk orang yang menentang.

(Al Baqarah: 147)

Di ‘dalarn ayat di atas, ALLAH menjelaskan bahawa se-tiap apa yang ada di muka bumi ini akan rosak dan binasa,tidak ada satu pun yang akan kekal kecuali zat ALLAH SWTsendiri, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Dali1 yangALLAH berikan dalam pengakuan ini adalah yang lebih tepatdan lebih haq. Dan wajiblah kita menerima pengakuanALLAH ini tanpa sebarang syak atau ragu.

ALLAH memberi penjerasan betapa segala-gala yang adadi muka bumi ini akan rosak dan binasa kerana, segala-gala-nya itu ALLAH SWT yang menjadikan dan oleh itu ALLAH-

144

Page 158: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

lah yang akan membinasakannya. Tetapi ALLAH sendiri akanberkekalan kerana ALLAH tidak ada siapa yang menjadikan.Sebab itu, tidak ada siapa yang akan membinasakan ALLAHSWT.

Dengan dalil naqli ini, ia akan lebih menguatkan keyakin-an kita bahawa ALLAH tidak binasa tetapi yang binasa ialahmakhluk. Dan wajiblah ALLAH bersifat kekal. Dali1 inilahyang mesti kita terima sepenuhnya kerana ia datang daripadaALLAH SWT sendiri. Dan yang datang dari ALLAH ituadalah yang haq.

Keyakinan Yang Dicelahi Keraguan Menyebabkanmurtad

Setiap yang haq, jangan sekali-kali dicelah oleh syak, zan atauwaham. Kalau ada sedikit saja syak ataupun zan ataupunwaham, maka kita akan jatuh kepada kufur atau murtad.Sebagai ulangan, syak itu adalah keyakinan yang 50% saja,iaitu 50% yakin dan 50% tidak yakin. Zan pula ialah ke-yakinan yang lebih sedikit iaitu kira-kira 75% yakin tetapi adasedikit peratus tidak yakin iaitu 25%. Manakala waham ia-lah keyakinan yang amat kurang iaitu kira-kira 25% sajamanakala lebih banyak tidak yakin iaitu kira-kira 75%.

Di sinilah perlunya kita kawal sungguh-sungguh keyakin-an kita terhadap ALLAH SWT dan terhadap apa yang difir-mankan-Nya Keyakinan kita mestilah keyakinan yang padudan yang sepenuhnya. Sedikit saja keyakinan kita dicelah olehkeraguan, maka akan murtadlah kita. Dan sekiranya sese-orang itu murtad, segala amal bakti dan amal ibadah yangtelah dibangunkannya selama sebelum dia mm-tad, gugursemuanya. Kata ALLAH di dalam Al Quran:

Maka mereka’ (yang murtad itu) gugur semua pahalaamalan mereka di dunia dan Akhirat.

(Al Baqarah: 217)

1 4 5

Page 159: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT BAQA’ DAN MUKHOLAFATUHU LILHAWADISI

Ertinya, tidak satu apapun kebajikan yang tinggal lagi.Licin-licau semuanya hingga seolah-olah dia tidak pemahberamal langsung. Sebab itu, kalau seseorang itu sedar yangdia sudah murtad, maka kenalah dia syahadat kembali danberiman kepada ALLAH SWT. Kemudian, dia perlu meng-qadha semua tuntutan yang fardhu kepada ALLAH SWTseperti sembahyang, puasa, zakat dan haji.

Cuma bagi orang yang sedar dia murtad, dia bemasib baikkerana dia dapat beriman kembali. Tetapi segala kebaikannyasama ada yang fardhu ataupun sunat sudah hancur lebur. Diaterpaksa membangunkannya semula. Dan untuk membangun-kannya adalah amat susah kerana maklumlah, ibarat rumahkita yang telah kita dirikan selama ini tiba-tiba dihanyutkanoleh banjir, betapa susab payah kita hendak mendirikannyasemula. Mungkin boleh kita dirikan tetapi tentulah tidakserupa dengan yang telah dihanyutkan banjir. Boleh jadi yangdihanyutkan banjir itu besar tetapi yang dapat kita bangun-kan semula hanyalah sebesar pondok saja.

Begitulah ibaratnya kita hendak membangunkan iman danibadah semula. Bukan mudah. Dan dengan sebab itulah, imandan ibadah yang telah kita bangunkan selama ini hendaklahkita jaga sungguh-sungguh supaya ia tidak dileburkan olehmurtad atau amalan syirik. Satu daripada jalan yang bolehmembawa kita murtad ialah apabila kita menolak atau me-ragui walau satu pun ayat Al Quran. Apabila kita tolak atauragu satu saja daripada ayat Al Quran, kita dianggap kufur.

Satu saja ayat yang kita telah kufur, walaupun semua ayatyang lain kita mahir sungguh-sungguh dan kita amalkan pulasungguh-sungguh, namun kita dianggap kufur kepada semua-nya atau kufur dengan seluruh isi kandungan Al Quran itu.Sebab itu, tidak boleh kita ragu walau sedikit pun dengan AlQuran. Jangan kita menjadi sepertimana sesetengah umatIslam di hari ini yang bila berhadapan dengan dalil-dalil AlQuran, mulailah dia ragu. Tidak begitu yakin dengannya.

Contohnya, kita ambil beberapa ayat dari Al Quran dankemudian kita nilai dan ukur, dapatkah kita yakin dengannya.

146 .

Page 160: 03 - Aqidah Mukmin 3

A Q I D A H M U K M I N (III)

Umpamanya di dalam sepotong ayat, ALLAH berfirman:

F$+-w-$~&$~;;;; /

Barang siapa yang menyerah diri kepada ALLAH (ber-tawakkal), cukuplah ALLAH menjadi pembela baginya.

(At Thalaq: 3)

ALLAH menjelaskan dalam ayat ini bahawa, kalau sese-orang itu menyerah diri bulat-bulat kepada-Nya, dia akandijamin pembelaan dari ALLAH. Rasanya, kalau kurang iman,susah juga seseorang itu hendak menerima penjelasan dariALLAH ini. Umpamanya, dia nanti akan berkata, “Hai, manaboleh main serah diri bulat-bulat saja mati tak makanlah kita...ketinggalanlah kita... tak majulah kita... tak membangunlahkita...” dan sebagainya.

Keraguan semacam ini timbul kerana, sesetengah orangdi zaman ini, mahukan lojik akal frkiran. Kalau sesuatu itutidak masuk lojik akalnya, dia tidak mahu meyakininya.Umpamanya, macam sesetengah ayat Al Quran yang melarangkita dari minum arak. Mungkin apabila dibahas-bahaskan

terdapat keburukan yang timbul darinya. Boleh jadidisebabkan arak, rosak akal fikiran, rosak kesihatan badan dansebagainya. Ada lojik akal di situ. Kerana itu memangmunasabahlah kalau ALLAH melarang kita daripada me-minumnya. Maka mudahlah ayat-ayat seperti itu diterimaorang.

Tetapi di dalam Al Quran, tidak semua ayat yang bolehdilojikkan dengan akal, seperti ayat yang kita bentangkan tadidalam mana kata ALLAH, barangsiapa yang bertawakkal sajakepada-Nya, pasti dia akan mendapat jaminan pembelaan dariALLAH. Kalau kurang iman kepada Al Quran, ayat sepertiini boleh menimbulkan ragu. Begitu juga dengan ayat yangberbunyi:

Page 161: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT BAQA’ DAN MUKHOLAFATUHU LILHAWADISII

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescayaALLAH berikan kepadanya jalan keluar daripada se-barang kesusahan dan ALLAH akan berikan rezekikepadanya daripada sumber yang tidak diketahui.

(Ath Thalaq: 2-3)

Ayat yang semacam ini, sebagaimana telah kita sebutdalam bab sebelum ini, payah sekali orang hendak berimankepadanya. Kata ALLAH, siapa saja bertaqwa kepada-Nyaiaitu membuat segala suruhan-Nya dan menjauhi setiap la-rangan-Nya, nescaya dia terlepas dari sebarang kesusahan dandia dijamin rezeki dari ALLAH dari punca yang dia sendiritidak tahu. Tidak mudah orang-orang di zaman sains danteknalogi hari ini hendak mempercayainya. Sebab itulah diakhir zaman ini, kerana terlalu berpegang kepada sains danteknologi, iman menjadi reput.

Ini adalah kerana, orang terlalu terpaku dengan kaedahsains dan teknologi, mahukan sebab itu dan sebab ini. Dengansebab ada itu dan ini, barulah boleh senang... Dengan sebabada itu dan ini, barulah boleh maju... Dengan sebab adapangkat dan darjat, barulah mudah dapat rezeki... Dengansebab ada nama dan kemuliaan, baru tak jamin susah... danbermacam-macam sebab lagi. Yang berat hendak diterimaialah bila dikatakan sebab bertaqwa, boleh dapat rezeki.

Sebab itulah kita katakan yang iman orang-orang dizaman sains dan teknologi ini reput-reput kerana orang-orangterlalu berpaut dengan sebab-sebab. Dan bila ada orang yangmenimbulkan kata-kata ALLAH dalam Al Quran, betapabarang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH, ada jaminanrezeki dari ALLAH dan dia dilepaskan dari sebarang ke-susahan, mereka berat hendak mempercayainya. Inilah ben-tuk iman bagi umat Islam di akhir zaman. Rasulullah SAWpemah menggambarkan sifat iman bagi umat di akhir zamandalam sepotong Hadisnya:

1 4 8

Page 162: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Sesungguhnya di saat menjelang Qiumat terdapatbeberapa jitnah seperti sebahugian malam yang gelap-gelita. Pada hari itu seorang itu pada paginya berimandan pada petangnya menjadi kafir. Dan petangnya diaberiman, pada paginya dia kafir. Dan ada yang men-

jual agamanya dengan mata benda dunia dengan hargayang murah.

(At Tarmizi)

Jadi iman umat di akhir zaman ini begitu reput sekali.Kalau paginya dia beriman, tidak payah menunggu lamahingga seminggu atau sebulan; pada petangnya saja, diamenjadi kafir. Dan begitu juga, kalau pada petangnya diaberiman, tidak payah hendak menunggu sampai seminggu atausampai sebulan; pada paginya dia menjadi kafir.

Mengapakah ha1 ini boleh terjadi? Mengapakah imanumat di akhir zaman ini terlalu reput? Ini adalah kerana, umatIslam di akhir zaman menjual agamanya kerana mata bendadunia. Tidak ada lain yang difikirkan oleh umat di akhirzaman melainkan dunia sahaja. Mereka hanya terpaut kepadasoal-soal dunia sahaja. Akhimya, iman menjadi reput.

Kerana itu, hendaklah kita berhati-hati di samping kitaselalu berdoa kepada ALLAH agar memelihara iman kita.Janganlah hendaknya iman kita reput sepertimana yang di-katakan oleh Rasulullah itu. Yang sebenarnya, akhir zamanitu adalah di zaman kita ini, yang diheboh-hebohkan olehorang sebagai zaman sains dan teknologi. Dan janganlah kitahanya memikirkan tentang kemajuan sains dan teknologi saja,hingga ayat-ayat Al Quran dari ALLAH pun kita ragukan.

Page 163: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT BAQA’ DAN MUKHOLAFATUHU LILHAWADISI

Sedangkan itu adalah yang hak dan kalau yang hak itu kitaragukan, maka kufurlah kita.

Jadi, pemyataan yang ALLAH datangkan sendiri di dalamAl Quran adalah pemyataan yang tepat dan benar. Dalam halini, ALLAH sendiri yang memberi pengakuan kepada kita ba-hawa yang berkekalan ialah zat ALLAH SWT sahaja. Tetapisegala apa yang ada di muka bumi Tuhan ini akan rosakbinasa. Firman-Nya:

Setiap apa yang ada di atas muka bumi Tuhan ini akanbinasa, dan yang berkekalan ialah zat Tuhanmu (wahaiMuhammad) Tuhan yang mempunyai kebesaran dankemuliaan.

(Ar Rahman: 26-27)

DALIL SIFAT MUKHOLAFATUHU TAALALILHAWADISI

Seterusnya, marilah kita memperkatakan mengenai dalil sifatMukholafatuhu Taala Lilhawadisi, yang ertinya, bersalah-salahan ALLAH Taala dari segala yang baharu sama ada padazat-Nya, sifat-Nya atau pada perbuatan-Nya. Dalam ertikatayang lain, Mukholafatuhu Taala Lilhawadisi bererti bahawatidak serupa ALLAH SWT dengan segala yang baharu inisama ada pada zat, pada sifat atau pada perbuatan-Nya.

Dali1 Aqli

Bagaimanakah hujah akal yang menunjukkan bahawa tidakserupa Tuhan itu dengan segala yang baharu? Di sinidikatakan, sekiranya Tuhan itu serupa dengan segala yangbaharu, nescaya jadilah Tuhan. itu baharu juga. Inilahhujahnya dan mengikut hukum lojik pula, tentulah begitu.

Diibaratkan kita berjumpa dengan satu benda. Manakalakita tilik rupanya, zatnya dan segala bentuk dan sifatnya, tidak

1 5 0

Page 164: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (IJI)

ubah ianya macam kayu. Maka tentulah benda itu kayu. Cumakeadaannya agak berlainan, mungkin yang satu panjang, yanglain pendek atau bengkok dan sebagainya. Tetapi, dari segizat dan sifatnya, serupa macam kayu. Maka pastilah bendaitu kayu. Tidak mungkin selain dari kayu.

Begitu juga kalau ada satu benda, manakala kita tilik dankita perhatikan, sifatnya betul-betul macam besi. Zatnya jugakita perhatikan betul-betul macam besi. Sudah tentulah bendaitu besi. Walaupun mungkin keadaan bentuknya bulat atauleper atau sebagainya.

Inilah hujah mengikut lojik akal. Kalau ada dua bendayang serupa, maka tentulah kedua-duanya dari benda yangsama. Begitulah halnya, sekiranya ada orang mengatakanbahawa ALLAH serupa dengan yang baharu, iaitu sama adaserupa dengan alam ini atau serupa dengan langit atau serupadengan matahari, bulan atau bintang atau serupa dengan bukit,gunung, pokok-pokok ataupun serupa dengan manusia, bina-tang-binatang dan lain-lainnya, maka tentulah ALLAH itujuga baharu.

Sedangkan, sebelum ini telah kita bahaskan bahawa se-tiap yang baharu itu ada yang membaharukan atau ada yangmenjadikan. Jadi, kalaulah ALLAH itu baharu, ertinya tentu-lah ada yang menjadikan atau membaharukan-Nya. Padahal,sebelum ini juga kita telah bahaskan bahawa ALLAH wajibbersifat Qidam iaitu tidak bermula atau tidak didahului olehtiada, atau tidaklah ALLAH itu mula-mulanya tiada dankemudiannya ada. Dalam ertikata yang lain, ALLAH itu tidakada siapa yang menjadikan.

Kemudian, kita telah juga membahaskan bahawa wajib ,ALLAH bersifat Baqa’ atau kekal yang tidak ada kesudahanatau tidak ada akhir. Dalam ertikata yang lain, ALLAH itutidak ada siapa yang membinasakan.

Jelas, daripada sifat Qidam dan Baqa’ bagi ALLAH SWT,bahawa sesungguhnya ALLAH itu tidak ada siapa yangmenjadikan-Nya atau tidak ada siapa yang membaharukan-Nya. Kalau tidak ada yang membaharukan ALLAH, maka

151

Page 165: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT BAQA’ DAN MUKHOLAFATUHU LILHAWADISI

tidaklah ALLAH serupa dengan segala yang baharu.Jadi, apabila telah kita bahaskan bahawa ALLAH wajib

bersifat Qidam dan wajib bersifat Baqa’, maka mustahillahALLAH serupa dengan segala yang baharu. Tidak diterimaoleh akal akan berlakunya ALLAH SWT serupa dengansegala yang baharu. Dan kalau begitu, wajiblah ALLAHbersifat Mukholafatuhu Taala Lil-hawadisi. Atau dengan kata-kata yang lain, wajiblah ALLAH bersalah-salahan dengansegala yang baharu.

Tidak serupanya ALLAH dengan segala yang baharutermasuklah tidak serupa dengan apa saja, sama ada denganmanusia, dengan haiwan-haiwan, dengan kayu-kayan, denganjarnadat, dengan para malaikat, dan dengan apa saja jenis yangbaharu.

Demikianlah hujah aqli kita yang menunjukkan wajibnyaALLAH bersifat Mukholafatuhu Taala Lilhawadisi. Kemu-dian, dalil naqli atau dalil yang bersumber dari Al Quran yangmenunjukkan bahawa ALLAH bersifat Mukholafatuhu TaalaLilhawadisi ini adalah berdasarkan pengakuan ALLAH sen-diri:

Tiada serupa dengan-Nya (ALLAH) oleh sesuatu.(Asy Syura: 11)

Dengan pengakuan sendiri dari ALLAH ini, maka lebih-lebih lagilah wajib ALLAH bersifat Mukholafatuhu TaalaLilhawadisi kerana sepertimana yang telah kita katakan tadi,pengakuan dari ALLAH adalah pengakuan yang tepat danyang hak. Tidak ada pengakuan lain yang lebih tepat dan lebihhak melainkan pengakuan dari ALLAH SWT sendiri. Denganitu juga, wajiblah kita meyakini sepenuhnya bahawa ALLAHwajib bersifat Muhkolafatuhu Taala Lilhawadisi tanpa dicelaholeh sebarang syak atau zan atau waham. Wajiblah kitamempercayai sungguh-sungguh bahawa ALLAH itu tidak

1 5 2

Page 166: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

serupa dengan apa saja yang baharu ini.Kayu-kayan tidak serupa dengan ALLAH, haiwan-hai-

wan tidak serupa dengan Allah, insan tidak serupa denganALLAH,‘jamadat tidak serupa dengan ALLAH, para malai-kat tidak serupa dengan ALLAH SWT, dan apa saja yangbersifat baharu ini tidak serupa dengan ALLAH SWT.

Dan oleh kerana ALLAH tidak serupa dengan apa saja,maka ALLAH SWT tidak boleh dibayang-bayangkan, tidakboleh dikhayal-khayalkan dengan sebarang apa pun. Kalau-lah dikhayal-khayalkan pun tidak boleh, betapa lagilah kalaubenar-benar diakui yang ALLAH itu serupa dengan sesuatuseperti serupa pokok atau serupa batu atau serupa manusiaatau serupa haiwan, dan sebagainya.

Jadi, ALLAH SWT tidak boleh dilintas-lintaskan ataudibayang-bayangkan kerana apa saja yang terlintas di dalamfiiiran manusia, itu adalah makhluk. Umpamanya kita pejam-pejam mata dan terlintas bayang-bayang hijau, kuning atausebagainya. Itu pun makhluk kerana yang terlintas hijau,kuning dan sebagainya itu, ALLAH juga yang menciptanya.Sabda Rasulullah SAW:

Maka apa saja yang terlintas di hati kamu (mengenaiALLAH), maka ALLAH menyalahi yang demikian itu.

Demikianlah dalil naqli atau dalil yang didatangkan olehRasulullah sendiri bagi menunjukkan bahawa wajiblahALLAH bersalah-salahan dengan segala yang baharu.

153

Page 167: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAB 28

DALIL ALLAHBERSIFAT QIAMUHU

TAALA BINAFSIHI

Page 168: 03 - Aqidah Mukmin 3

MATAN

T

ang kelima - dalil Qiamuhu Taala Binafsihi iaitu

3 dua jalan yang pertama dalil menafikan Tuhan berke-hendak kepada zat tempat berdiri iaitu jikalau Tuhan

tidak berdiri dengan sendiri (berkehendak kepada zat) nescayaberkehendak Ia kepada tempat berdiri yang demikian jadilahTuhan ketika itu sifat bukan zat, iaitu mustahil. Kerana jikaTuhan itu sifat nescaya tidak Ia bersifat dengan sifat maani dan

Maknawiyah kerana sifat ada bersifat itu mustahil padahal zatTuhan wajib baginya bersifat dengan sifat maani dan

Maknawiyah yang demikian bukanlah ia sifat maka tetaplah IaZat yang kedua, menafikan Tuhan daripada berkehendakkepada yang menjadikan Dia iaitu jikalau tiada Ia berdiridengan sendiri nescaya berkehendak Ia kepada yangenjadikan Dia iaitu mustahil kerana jika berkehendak kepadayang menjadikan Dia nescaya jadilah Ia baharu, tetapi keadaanTuhan itu baharu mustahil. Kerana Tuhan telah sabit wajibQidam Yang demikian sabitlah Tuhan itu berdiri dengansendiri dengan makna kaya mutlak (terkaya daripada tempatberdiri dan terkaya daripada yang menjadikan Dia) adapunkaya jirim itu cuma kaya muqaid (terkaya daripada satu pihak.jua iaitu tiada terkaya daripada tempat berdiri tetapi tiada

terkaya pada satu pihak yang lain iaitu tiada terkaya daripadayang menjadikan dia). Maka dalil naqlinya itu:

Bahawa ALLAH Taala itu terkaya daripadasekalian alam.

(Al Ankabut: 6)

Page 169: 03 - Aqidah Mukmin 3

PERBAHASAN kita mengenai sifat Qiamuhu Taala Binafsihiadalah dengan dua cara iaitu yang pertama dengan menafikanALLAH SWT berhajat kepada zat tempat berdiri, danyang kedua dengan menafikan bahawa ALLAH ada yangmenjadikan-Nya.

Dali1 yang menafikan ALLAH SWT berhajat kepadatempat berdiri ialah, sekiranya ALLAH berhajat kepadatempat Dia berdiri, maka di waktu itu ALLAH bukanlah zatlagi tetapi adalah sifat. Kerana dalam bab-bab yang lalu kitatelah bahaskan bahawa hanya sifat saja yang berhajat kepadazat tempat berdiri disebabkan sifat tidak boleh berdiri dengansendiri. Tetapi zat tidak berhajat kepada zat.

Kita bahaskan pengertian ini nisbah kepada zat yangbaharu. Kalau kita dapat memahaminya, maka ia bolehmembantu kita memahami perbahasan mengenai zat ALLAHS W T .

Tiap-tiap zat yang baharu ataupun zat makhluk adalahjirim, iaitu sesuatu yang mengambil lapang. Katalah di ha-dapan kita ada sebuah buku. Kalau kita pegang buku itu, apayang dapat kita rasa itu adalah zat buku itu. Itulah jirim.Tetapi apa yang dapat kita lihat, itu adalah sifat kerana sifattidak boleh dirasa tetapi boleh dilihat. Sifat yang memberi

157

Page 170: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QIAMUHU TAALA BINAFSIHI

konsep kepada pandangan kita yang benda itu adalah bukuseperti bentuknya, wamanya dan sebagainya, ia tidak bolehberdiri sendiri tanpa zat atau jirim, dan tidak pula boleh kitaungkai sifat itu daripada zatnya. Kalau kita ungkai, maka yangakan rosak ialah zat itu sendiri.

Begitu jugalah kalau kita membahaskan tentang sifatALLAH SWT. Ia- tidak boleh berdiri dengan sendirinya. Iaberhajat kepada zat tempat berdiri. Kerana itu, kalaulah adaorang yang mengatakan ALLAH SWT berkehendak kepadatempat Dia berdiri, maka di waktu itu ALLAH bukan zat lagikerana yang berhajat kepada tempat berdiri hanyalah sifat.Dalam kata-kata yang lain, kita telah memaksudkan bahawaALLAH SWT adalah sifat sekiranya kita katakan yang Diaberhajat kepada tempat berdiri. Sedangkan sebelum ini telahkita bahaskan bahawa ALLAH SWT adalah zat iaitu suatuzat yang wajib ada; zat yang tidak dahului oleh tiada.

Kemudian, sekiranya ALLAH itu sifat, tentulah ALLAHtidak memiliki sifat-sifat maani dan maknawiyah. Kerana taditelah kita katakan bahawa sifat tidak boleh berdiri di atas sifat.Jadi, kalau ALLAH itu sifat, bagaimana pula Dia bolehmemiliki sifat maani dan maknawiyah. Sedangkan dalam bab-bab sebelum ini telah kita katakan bahawa ALLAH memi-liki sifat-sifat maani dan maknawiyah. Ini membuktikanbahawa ALLAH bukan sifat tetapi zat.

Sehubungan dengan ini, sifat berhajat kepada sifat ada-lah suatu yang mustahil. Tidak boleh diterima oleh akal yangsifat boleh berdiri di atas sifat. Tetapi yang mahu diterimaoleh akal ialah bahawa sifat berdiri pada zat. Jadi, kalaudaripada pengajian tauhid kita terbukti bahawa ALLAHmempunyai sifat maani dan maknawiyah, ini membuktikanALLAH Taala adalah zat. Kerana sifat maani dan makna-wiyah itu hanya boleh berdiri di atas zat. Kalau begitu,mustahillah ALLAH itu sifat. ALLAH Taala wajib zat. MakaALLAH Taala berdiri dengan sendirinya dan tidak berhajatkepada yang lain tempat Dia berdiri.

Dalam hal ini, marilah kita tambah sedikit perbahasan

158

Page 171: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

tentang ALLAH bersifat maani dan maknawiyah. Yang se-benamya, setakat ‘perbahasan kita tadi cukup untuk mem-bolehkan kita memahami pelajaran ini, tetapi bagi sesetengahorang, yang mungkin sudah mempelajari tauhid yang agakdalam sedikit, kemungkinan akan timbul persoalan atau tanda-tanya di dalam kepalanya.

Perbahasan kita tadi hanya menyebut tentang sifat maanidan sifat maknawiyah bagi ALLAH SWT. Iaitu kita katakanbahawa mustahil ALLAH SWT itu sifat kerana Diamempunyai sifat-sifat maani dan maknawiyah. Mengapa-kah kita kaitkan perbahasan kita yang membuktikan ALLAHSWT itu zat dan bukan sifat dengan menghubungkan Diadengan sifat-sifat maani dan maknawiyah? Mengapakah tidakdihubung juga dengan sifat-sifat yang lain iaitu sifat nafsiahdan sifat salbiah?

Empat Bahagian Sifat ALLAH

Di sini kita telah menimbulkan sifat-sifat nafsiah, salbiah,maani dan maknawiyah bagi ALLAH SWT. Sebagai penge-tahuan ulangan, elok juga kita terangkan serba sedikit menge-nainya. Dua puluh sifat yang wajib bagi ALLAH SWT ada-lah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu:1. Sifat nafsiah2. Sifat salbiah3. Sifat maani4. Sifat maknawiyah

Yang tergolong dalam sifat nafsiah hanya satu iaitu sifatWujud bagi ALLAH SWT. Yang tergolong dalam sifat sal-biah pula ada lima iaitu Qidam, Baqa’, Mukholafatuhu TaalaLilhawadisi, Qiamuhu Taala Binafsihi, dan Wahadaniah. Yangtergolong dalam sifat maani pula ada tujuh sifat wajib iaituQudrah, Iradah, Ilmu, Hayat, Sama’, Basar dan Kalam. Danyang tergolong dalam sifat maknawiyah juga tujuh sifat iaituQadiran, Muridan, ‘Aliman, Haiyan, Sami‘an, Basiran danMutakalliman.

1 5 9

i

Page 172: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QIAMUHU TAALA BINAFSIHI

Jadi bagi orang yang telah mendalami pengajian tauhid-nya, nanti akan timbul tanda tanya, mengapakah kita hanyamengaitkan perbahasan kita kepada sifat-sifat maani danmaknawiyah saja? Sedangkan ALLAH SWT memiliki empatbahagian sifat iaitu sifat nafsiah, sifat salbiah, sifat maani danmaknawiyah. Yang demikian, mengapakah tidak disebuttentang sifat nafsiah dan sifat salbiah ALLAH SWT? Untukmeraikan mereka yang telah mempelajari ilmu tauhid agakdalam sedikit, maka kita huraikan sedikit lagi mengenai per-bahasan kita tadi.

Tentang sifat nafsiah, sepertimana yang telah kita kata-kan tadi, hanya sifat Wujud yang tergolong di dalamnya.Ertinya, hanya satu sifat ALLAH saja yang tergolong dalambahagian sifat ini. Sifat Wujud adalah sifat yang dibangsakankepada zat. Sifat Wujud itulah yang dikatakan ‘ainulzat.Dalam ertikata yang lain, yang dikatakan ada ataupun yangdikatakan wujud itu ialah zat ALLAH SWT. Kerana adanyazat ALLAH SWT itulah maka timbul wujud.

Jadi sifat nafsiah ini ialah sifat yang dibangsakan kepadazat. Oleh itu hakikatnya adalah zat. Wujud itu adalah zatyang sebenarnya. Ia bukan sifat. Tetapi ia dimasukkan jugake dalam sifat 20 bagi ALLAH SWT supaya jangan ada nantiorang yang terkeliru. Kerana kalau tidak dimasukkan ke dalambahagian sifat ALLAH, nanti akan ada orang yang mengata-kan bahawa ALLAH itu tidak ada. Sebab itu disebut jugatentang sifat Wujud bagi ALLAH SWT.

Sedangkan hakikat sebenarnya, Wujud itulah zat. Sebab,tidak dikatakan wujud kalau tidak ada zat. Umpamanya, kitakembali membahaskan zat yang baharu iaitu jirim. Seperti-mana yang telah kita katakan tadi, setiap yang baharu itu kitasebut jirim tetapi yang berhubung dengan ALLAH SWT kitasebut zat, tidak jirim. Walau bagaimanaptm, boleh juga kitasebut setiap yang baharu itu zat tetapi zat yang berhubungdengan yang baharu ialah zat yang tidak sama dengan zatALLAH SWT. Zat yang baharu ialah zat yang ada permula-an dan ada kesudahan; zat yang adanya dijadikan atau diba-

1 6 0

Page 173: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

harukan dan yang menjadikan atau membaharukannya ialahALLAH SWT.

Jadi berbeza sungguh zat yang baharu dengan zat ALLAHSWT. Kerana itu, bila berkaitan dengan yang baharu, lebihtepat kita sebut jirim kerana ia mengisi lapang atau ruang.Tetapi zat ALLAH SWT tidak bertempat.

Berbalik kepada membahaskan pengertian Wujud dinis-bahkan kepada jirim yang baharu; katalah sebuah buku adadi hadapan mata kita. Maka kita katakan sebuah buku itu ada.Di sini kita telah menggunakan kalimah “ada” kepada bukuitu. Mengapakah kita katakan yang buku itu “ada”? Menga-pa pula tidak kita katakan yang buku itu “tidak ada”?

Kalaulah kita katakan “tidak ada” pada buku itu, nantiorang akan mengatakan yang kita ini gila kerana yang se-benamya buku itu ada atau wujud. Ertinya, kita katakan yangbuku itu “ada” kerana jirimnya ada. Kalimah “ada” yangtimbul itu adalah kerana jirimnya ada. Jadi hakikatnya ada-lah soal ‘zat’ bukannya sifat. Bagi contoh ini, kita tidaklangsung menyentuh soal sifat. Apa yang kita kaitkan dengankalimah “ada” ialah zat.

Jadi, timbulnya kalimah “ada” adalah kerana zatnya ada.Berertilah bahawa sesuatu itu apabila ada barulah kita kata-kan “ada”. Kalau tidak ada,tentulah tidak dikatakan “ada”.Yang ada sahaja yang kita katakan “ada”. Dan ada itulah apayang kita maksudkan dengan “wujud”.

Dan dengan sebab itulah wujud itu sebagai itulah sifatnafsiah yang betul-betul membahaskan tentang zat sahaja.Jadi, yang sebenarnya perbahasan zat yang membawa kepadahakikat wujud itu tidak berkaitan langsung dengan sifat.Walau bagaimanapun Wujud itu dimasukkan juga ke dalambahagian sifat 20 yang wajib bagi ALLAH SWT supayajangan ada nanti orang mengatakan yang Allah tidak wujud.

Katalah, kita hanya menyebut di antara sifat-sifat ALLAHSWT ialah Qidam, Baqa’, Mukholafatuhu Taala Lilhawadisidan lain-lainnya tanpa menyebut sifat Wujud. Nanti orangakan terkeliru. Dengan sebab itu, kita sebut ALLAH bersifat

161

Page 174: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QIAMUHU TAALA BINAFSIHI

Wujud terlebih dahulu. Sedangkan yang sebenarnya, wujuditu bukan berhubung dengan sifat tetapi adalah berhubungdengan zat semata-mata.

Dan dengan sebab itulah dikatakan wujud itu sebagai sifatnafsiah iaitu sifat yang dibangsakan kepada diri zat ALLAHSWT. Kerana itu jugalah sifat nafsiah ini hanya satu sahaja,dan dengan sebab itu ia tidak dimasukkan ke dalam perba-hasan kita bagi membuktikan bahawa ALLAH SWT berdiridengan sendirinya tanpa berhajat kepada zat tempat Dia ber-diri. Kerana ALLAH SWT adalah zat dan bukannya sifat. Dankalau zat, ia tidak memerlukan zat tempat berdiri. Yangmemerlukan zat hanyalah sifat.

Sifat Tidak Boleh Berdiri Di Atas Sifat

Kalau ALLAH itu sifat, tentulah tidak dikatakan yang Allahmemiliki sifat maani dan maknawiyah kerana sifat tidak bolehberdiri di atas sifat. Sifat hanya boleh berdiri di atas zat. Makaitu, jelaslah bahawa ALLAH adalah zat. Yang demikian,mustahil ALLAH berhajat kepada zat tempat Dia berdiri.ALLAH SWT berdiri dengan sendirinya.

Kemudian di dalam perbahasan kita, tidak juga kitamenyebut tentang sifat salbiah yang tergolong di dalamnyasifat Qidam, Baqa’, Mukholafatuhu Taala Lilhawadisi,Qiamuhu Taala Binafsihi dan Wahdaniah. Perlu kita ke-tahui juga tentang mengapakah sifat-sifat tersebut dikatakansifat salbiah. Dikatakan sifat salbiah kerana sifat-sifat sepertiQidam, Baqa’ dan seterusnya itu menafikan lawarmya.Umpamanya, bagi ALLAH SWT, sifat salbiah menafikansemua sifat yang tidak layak bagi-Nya.

Katalah tentang ALLAH bersifat Qidam atau sifat berse-dia. Bila kita katakan yang ALLAH itu sedia, pada maklum-an kita tentulah sedianya ALLAH SWT adalah suatu sediayang tidak didahului oleh tiada. Maka dengan sendirinyasalbiah sudah menafiian ALLAH ada permulaannya tanpadidatangkan lawan-lawannya.

1 6 2

Page 175: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Begitu jugalah dengan sifat Baqa’ atau kekal bagiALLAH SWT. Bila kita katakan Baqa’ pada ALLAH SWT,kalimah Baqa’ itu sendiri sudah menafikan lawannya. Erti-nya, bila kita katakan yang ALLAH kekal atau ALLAH ituBaqa’, dengan sendirinya menafikan adanya kesudahan. Padakalimah Baqa’ itu sendiri sudah ada kekuatan bagi menafi-kan sifat yang tidak layak pada ALLAH SWT. Jadi bila kitakatakan yang ALLAH itu kekal, secara automatik kekal itumemberi maksud tidak binasa.

Kemudian mengenai sifat Mukholafatuhu Taala Lilhawa-disi atau bersalah-salahan ALLAH SWT dengan segala sifatyang baharu atau tidak serupa ALLAH SWT dengan segalasifat yang baharu, dengan kita mengatakan ALLAH tidakserupa dengan segala sifat yang baharu, dengan sendiri iasudah menafikan sifat lawannya iaitu serupa dengan yangbaharu.

Dan begitulah seterusnya dengan dua sifat salbiah yanglain iaitu Qiamuhu Taala Binafsihi iaitu berdiri ALLAH Taaladengan sendiri dan sifat Wahdaniah iaitu esa ALLAH Taalapada zat, pada sifat dan pada perbuatan. Bila kita sebut sifat-sifat tersebut, dengan sendirinya ia menafiian sifat-sifat lawanyang tidak selayaknya pada ALLAH SWT.

Di sini dapatlah kita faham bahawa sifat-sifat salbiahialah sifat-sifat yang menafikan sifat-sifat lawan yangtidak layak bagi ALLAH SWT. Itulah erti salbiah.

Kerana itu yang sebenar-benamya sifat yang berdiri padaALLAH SWT ialah sifat maani dan maknawiyah. Dan olehkerana itulah maka sifat maani dan maknawiyah saja yangdimasukkan ke dalam perbahasan kita bagi membuktikanbahawa ALLAH SWT bersifat Qiamuhu Taala Binafsihi atauberdirinya ALLAH SWT dengan sendiri tanpa berhajat ke-pada zat tempat berdiri.

Ini adalah kerana ALLAH SWT adalah zat dan bukan-nya sifat. Zat tidak berhajat kepada tempat berdiri. Dan kalauada orang mengatakan ALLAH itu sifat, maka tentulahALLAH SWT tidak memiliki sifat maani dan maknawiyah.

163

Page 176: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QIAMUHU TAALA BINAFSIHI

Sedangkan, ALLAH ada memiliki sifat maani dan makna-wiyah. Ini membuktikan bahawa ALLAH SWT bukan sifattetapi zat. Dengan yang demikian, Dia tidak berhajat kepadazat tempat Dia berdiri. Inilah pengertian menurut jalan yangpertama. Iaitu menafikan bahawa ALLAH SWT berhajatkepada tempat berdiri.

Pengertian yang kedua ataupun perbahasan menurut carayang kedua ialah dengan menafikan bahawa ALLAH SWTada yang menjadikan-Nya. Ini adalah berdasarkan maksudsifat Qiamuhu Taala Binafsihi atau berdiri ALLAH Taaladengan sendiri. Kerana yang dikatakan ALLAH Taala berdiridengan sendirinya, ertinya ALLAH SWT tidak ada yang men-jadikan-Nya.

Tidak ada siapa yang menjadikan ALLAH SWT. Keranakalau ALLAH SWT ada yang menjadikan, tentulah ALLAHSWT ada permulaan. Maksudnya begini. Kalau ada orangmengatakan bahawa ALLAH SWT ada yang menjadikan-Nya,tentulah pada pengertian kita setiap yang dijadikan itu adapermulaannya. Mula-mulanya tidak ada tetapi setelah dijadi-kan barulah ia ada. Begitulah menurut fahaman kita kalau.sesuatu itu dijadikan.

Dan kalau ALLAH ada yang menjadikan-Nya, tentulahALLAH SWT ada permulaan. Dan kalaulah ALLAH SWTada permulaan, tentulah ALLAH sifatnya baharu. Dankalaulah ALLAH itu baharu, maka akan ternafilah sifat Qidambagi-Nya.

Sifat Qidam, sebagaimana telah kita bahaskan dalam babterdahulu, membuktikan ALLAH itu sedia, dan sedia bagiALLAH SWT adalah sedia yang tidak ada permulaan. Keranaitu, kalau ada orang mengatakan ALLAH SWT ada yangmenjadikan, akan ternafilah sifat Qidam pada ALLAH.

Kalau begitu, sabitlah ALLAH SWT tiada yang menjadi-kan, dan wajiblah juga ALLAH tidak ada yang menjadikan-Nya. Mustahil ALLAH SWT ada yang menjadikan-Nya.

Manakala setelah kita bahaskan pengertian Qiamuhu TaalaBinafsihi ini melalui kedua-dua jalan yang telah kita perkata-

1 6 4

Page 177: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

kan di atas, nyatalah wajib ALLAH SWT itu berdiri dengansendirinya dalam ertikata bahawa ALLAH SWT tidak berha-jat kepada zat tempat Dia berdiri, dan tidak ada yang men-jadikan Dia. ALLAH SWT terkaya secara mutlak.

Sedangkan zat yang baharu yang kita katakan jirim ituterkaya pada satu-satu pihak saja. Iaitu di satu pihak jirimberdiri dengan sendirinya dalam ertikata’ dia tidak berhajatkepada zat tempat dia berdiri. Tetapi di pihak yang lagi satu,ia tidak terlepas daripada dijadikan dalam ertikata bahawajirim tetap ada yang menjadikannya iaitu ALLAH SWT.

ALLAH Tidak Berhajat Kepada Tempat Dia Berdiri

Jadi, kayanya jirim tidak mutlak tetapi kayanya ALLAH SWTadalah mutlak. Umpamanya berdirinya zat ALLAH SWTadalah mutlak tetapi berdirinya jirim atau zat yang baharu itutidak mutlak. Iaitu ALLAH SWT tidak berhajat kepada tempatDia berdiri dan tidak berhajat kepada yang menjadikan Dia.Sebaliknya, jirim walaupun tidak berhajat kepada tempat diaberdiri tetapi berhajat kepada yang menjadikan dia.

Demikianlah dalil secara aqli atau dalil akal yang menun-jukkan ALLAH SWT bersifat Qiamuhu Taala Binafsihi atauALLAH SWT berdiri sendiri.

Dali1 Naqli

Dali1 naqli yang menunjukkan ALLAH bersifat QiamuhuTaala,Binafsihi pula ialah firman ALLAH di dalam Al Quran:

Sesungguhnya ALLAH Taala. terkaya daripada sekali-an alam.

(Al Ankabut: 6)

Inilah dalil yang haq dan tepat kerana ia datangnya dari-pada pengakuan ALLAH SWT sendiri. Ia wajib kita terima

165

Page 178: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QIAMUHU TAALA BINAFSIHI

dan wajib kita percayai. Firman-Nya:

Yang haq itu dari Tuhanmu, dan janganlah kamumenjadi orang yang membangkang.

(Ali Imran: 60)

Ertinya, kalau kita tidak menerima dan mempercayai apayang datang dari ALLAH SWT, maka kita termasuk golong:an orang yang kufur. Seperti yang telah kita sebut, kufurkepada perkataan ALLAH SWT walau sedikit pun, berertikufur dengan semuanya.

Dengan sebab itu, dalil naqli atau dalil yang datang darisumber Al Quran, jangan sekali-kali kita tolak. Hendaklah kitaterima dan kita yakini sepenuhnya dengan keyakinan yangbulat dan padu.

Di dalam ayat tadi, ALLAH telah memberikan kenyata-an penegasan atau kenyataan penguat dengan mengatakan,maksudnya: Sesungguhnya ALLAH SWT terkaya daripada se-kalian alam.

Alam yang dimaksudkan di dalam ayat ini membawapengertian ‘banyak’ atau dikatakan kalimah jama’. Ini ada-lah kerana, pengertian alam itu adalah banyak iaitu ada alammanusia, ada alam jin, ada alam Malaikat, ada alam syaha-dah (alam yang dapat kita lihat dengan mata kepala kita iniiaitulah alam dunia ini), ada Alam Akhirat atau alam yangakhir tempat kita dikembalikan, dan ada alam rohani iaitusuatu alam yang tidak dapat dilihat seperti nyawa; ia tidakboleh dilihat dan tidak pula boleh difikir oleh akal, namunfitrah merasakan yang ianya ada. Cuma kita tidak dapat mem-bahaskannya kerana ia di luar pengertian kita. Walau bagai-manapun, ulama-ulama dahulu ada juga yang mengeluarkanijtihadnya tentang alam roh ini; cuma kita boleh berpegangsangat kepada ijtihadnya, takut-takut ijtihadnya salah.

Yang lebih selamat bagi kita ialah dengan berpegangkepada pernyataan ALLAH di dalam Al Quran:

166I

Page 179: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)I.

Kalau ada orang bertanya kepada engkau (wahaiMuhammad) tentang roh, katakanlah bahawa roh ituadalah urusan Tuhanmu (ALLAH).

(Al Israk: 85)

ALLAH sajalah yang mengetahui tentang roh atau ten-tang nyawa. Tidak ada siapa yang mengetahuinya. Cumaulama-ulama dahulu kerana ilmunya tinggi dan banyak, dansoal-soal wajib pula telah selesai mereka pelajari, mereka punmasuk kepada soal-soal yang harus hinggakan soal roh punmereka cuba berijtihad. Tetapi yang sebenarnya, soal roh iniALLAH saja yang mengetahui. Oleh itu, bagi kita ini yangmana soal-soal yang wajib pun masih banyak lagi belumselesai, tak payahlah kita hendak bahaskan tentang roh.

Kembali kita kepada dalil naqli yang mengatakan ALLAHtidak berhajat kepada sekalian alam ini, iaitu ALLAH tidakberhajat kepada apa saja seperti tidak berhajat kepada AlamMalaikat, tidak berhajat kepada alam jin, tidak berhajat ke-pada alam manusia, tidak berhajat kepada alam syahadah,tidak berhajat kepada alam rohani dan seterusnya kepadasebarang alam yang lain. Inilah dalil yang mesti kita terima sebagai dalil yang tepat dan dalil yang haq kerana ia datangdari pengakuan ALLAH sendiri di dalam Al Quran.

Sesungguhnya ALLAH SWT terkaya daripada sekalian, alam.

/ (Al Ankabut: 6)

Marilah kita tambah sedikit lagi perbahasan tentangpenjelasan ALLAH di dalam ayat ini. Selain dari memaksud-kan bahawa ALLAH tidak berhajat kepada tempat berdiri dantidak berhajat kepada yang menjadikan Dia, ALLAH juga

i

167,.

Page 180: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QIAMUHU TAALA BINAFSIHI

menjelaskan bahawa ALLAH tidak mengambil manfaattidak berhajat kepada alam yang dijadikannya, walau alam apasekalipun.

ALLAH jadikan alam manusia bukan dengan tujuan untukmengambil faedah daripada alam itu. Begitu juga ALLAHjadikan alam jin bukan dengan tujuan untuk mengambil fa-edah darinya. Seterusnya ALLAH jadikan Alam Malaikatbukan dengan tujuan untuk mengambil faedah darinya. JugaALLAH jadikan alam syahadah bukan dengan tujuan untukmengambil faedah dari alam syahadah. ALLAH juga men-jadikan Alam Akhirat bukan dengan tujuan untuk mengam-bil faedah daripadanya. ALLAH SWT terkaya secara mutlak.ALLAH jadikan semua itu, faedahnya kembali kepada alamitu sendiri terutamanya manusia. Manusialah yang banyakmengambil faedah daripada apa yang ALLAH jadikan. TetapiALLAH tidak sedikit pun mengambil faedah darinya.

Jangan sekali-kali kita menganggap ALLAH menjadikansekalian alam ini seperti manusia. Boleh jadi seseorangmembuat rumah dengan tujuan untuk tinggal di dalamnya.Atau boleh jadi dia buat rumah dengan tujuan untuk meng-ambil upah. Boleh jadi dia buat rumah untuk disewakannya.Boleh jadi juga seorang tukang membuat rumah untuk dijadi-kan perhiasan. Ertinya, dia mengambil faedah juga darinya,sekurang-kurangnya dia letak bunga-bunga di dalam dan diluar rumah itu.

Hiburan Orang Islam

Ini memang berlaku di bandar-bandar dalam mana orang-orang sanggup membuat rumah khas untuk diletakkan bunga-bunganya. Setiap hari apabila pagi dan petang, bunga sajalahyang dihadapnya. Mungkin dia rasa terhibur dengan bunga-bunganya itu hingga anak isteri pun dia boleh lupa. Cumayang malangnya, orang yang asyik dengan bunga itu sebenar-nya tidak juga mendapat hiburan darinya walaupun dia sang-gup membuatkan rumah untuk bunganya.

168 .,

Page 181: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Sebagai orang mukmin, hiburan yang sebenamya bukanterletak pada benda-benda yang di luar tetapi hiburan adalah“dari dalam”. Hiburan bagi orang Islam ialah hila hatinyaada hubungan dengan ALLAH. Bila hatinya kuat denganALLAH kerana dia selalu ingat ALLAH, apa saja yang di-lihatnya menambah lagi hiburannya. Tetapi kalau hati ini tidakingat dengan ALLAH, apa yang dilihat dari luar sebenamyatidak jadi hiburan. Cuma dia hendak cari-cari hiburan saja.

Jadi, seorang tukang buat rumah itu mengambil faedahdaripada apa yang dibuatnya. Boleh jadi untuk kegunaannya,boleh jadi untuk disewanya, boleh jadi untuk dijualnya dansebagainya. Tetapi ALLAH mencipta seluruh alam ini tidakmengambil apa-apa faedah pun darinya. Bukan untuk dijadi-kan tempat tinggal, bukan untuk dijual, bukan untuk disewa-kan, bukan untuk dijadikan hiasan, bukan untuk mendapat-kan hiburan dan sebagainya. Tetapi ALLAH jadikan alam iniuntuk faedah makhluk, terutamanya untuk faedah manusia itusendiri. Sebab itu ALLAH berkata di dalam Al Quran:

DIA (ALLAH) yang menjadikan untuk kamu apa-apayang ada di atas muka bumi.

(Al Baqarah: 29)

Jelas ALLAH menegaskan kepada kita betapa setiap apayang ALLAH jadikan di muka bumi ini sama ada yang dilangit mahupun yang melata di muka bumi, adalah untukfaedah makhluk. Sebab itu, hendaklah kita menggunakanfaedah itu sekadar yang ALLAH redhai dan mengikut jalanyang ALLAH redhai.

Selain daripada alam ini dijadikan oleh ALLAH SWTuntuk faedah manusia seperti aimya boleh diminum, buah-buahannya boleh dimakan, udaranya boleh dihirup dan ber-bagai-bagai jenis nikmat yang lain, ALLAH juga menjadikanalam ini untuk memperlihatkan kepada manusia tentangwujudnya ALLAH SWT. Dengan terjadinya alam ini, akan

169’

Page 182: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QIAMUHU TAALA BINAFSIHI

dapat disaksikan oleh manusia tentang kebesaran ALLAHSWT dan kekuasaan ALLAH SWT. Dengan itu manusia akanmenyerah kalah kepada ALLAH. Seterusnya manusia ini akanmenyembah ALLAH serta membesarkan-Nya dan mensyu-kuri nikmat-nikmat-Nya.

Jadi, dapatlah kita faham di sini bahawa daripada alamyang ALLAH jadikan ini, faedah yang terbesar kepada manu-sia ialah, daripada alam itu, iman manusia boleh menjadisubur. Iaitu kalau manusia dapat merasakan betapa hebatnyaALLAH, betapa kuasanya ALLAH, lantas menyerah diri sertatunduk patuh kepada-Nya. Ertinya, bila manusia melihat alamini yang bentuknya bermacam-macam rupa dan bermacam-macam wama, kemudian terasa di dalam hatinya ALLAH ituwujud, ALLAH itu Maha Hebat, ALLAH itu Maha Penga-.sih, Maha Bijaksana dan sebagainya, manusia akan mahumembesarkan ALLAH dan menyembah-Nya.

Apabila manusia dapat merasakan kewujudan ALLAHdengan melihat alam ini, maka akan terasa padanya bahawasetiap nikmat ini adalah datangnya dari ALLAH SWT untukfaedahnya. Dari situ akan terasalah pada hati manusia untukmensyukuri nikmat-nikmat ALLAH itu.

Daripada perbahasan ini, jelaslah kepada kita betapaALLAH menjadikan seluruh isi alam ini bukan dengan tuju-an untuk mendapatkan sebarang faedah darinya tetapi faedahitu adalah untuk makhluk itu sendiri terutamanya manusia.Dan daripada perbahasan ini juga jelas membuktikan kepadakita bahawa wajiblah ALLAH itu bersifat Qiamuhu TaalaBinafsihi iaitu berdiri ALLAH Taala itu dengan sendirinya,dan Dia tidak berhajat kepada zat tempat Dia berdiri. Danjuga ALLAH SWT tidak berhajat kepada yang menjadikanDia.

Demikianlah perbahasan kita mengenai dalil ke atas sifatyang kelima wajib bagi ALLAH SWT. Mudah-mudahan kitatelah dapat memahaminya sebagai menambahkan lagi keya-kinan kita tentang aqidah yang menjadi pegangan kita. Sekian,wallahu a ‘lam.

170

Page 183: 03 - Aqidah Mukmin 3
Page 184: 03 - Aqidah Mukmin 3

MATAN

0

ang keenam - dalil Wahdaniah bagi ALLAHTaala iaitu kiranya tiada Tuhan itu esa (tunggal)

nescaya tidak ada alam ini, kerana lazim Tuhan lemahketika itu padahal alam telah ada maka nyatalah Tuhan itu esa(tunggal) dan dalil naqlinya:

Sekiranya ada Tuhan di langit dan di burni ini yanglain daripada ALLAH Taala nescaya binasalah kedua-nya (Tidak ada, runtuh dan keluar daripada aturanyang ada).

(Al Ambiya’: 22)

Adapun keterangan atau kenyataan yang menunjukkanbinasa alam atau tidak boleh ada alam jika berbilang-bilangTuhan bagaimana dalil aqli dan naqli yang di atas initerbahagi atas empat kenyataan.1) Ditaqdirkan berbilang Tuhan pada menjadikan ha1 keada-

an bersama-sama muafakat serta tidak bertolong-tolongsatu dengan lain iaitu mustahil kerana lazim berhimpundua yang memberi bekas pada satu barang iaitu tidakterupa aqal boleh dibahagi-bahagi seperti menjadikan~23; (benda yang maha halus tiada menerima belahbagi) atau satu titik yang tiada boleh dibelahbagikan,ditulis dua qalam.

2) Ditaqdirkan berbilang Tuhan pada menjadikan ha1 keada-an muafakat tetapi separuh seorang menjadikan maka di-hukumkan mustahil kerana lazim berat salah satu yangbersamaan dengan tiada yang memberatkan.

3) Ditaqdirkan berbilang-bilang Tuhan pada menjadikan halkeadaan bersalah-salahan serta lulus kehendak kedua-duanya seperti seorang berkehendak mengadakan malam

Page 185: 03 - Aqidah Mukmin 3

dan yang lain berkehendak siang maka lulus kehendakkedua-duanya itu mustahil kerana berhimpun dua yangberlawanan (malam dengan siang).

4) Ditaqdirkan berbilang-bilang Tuhan pada menjadikan halkeadaan bersalahan padahal lulus kehendak salah seorangdaripada keduanya hukumnya mustahil kerana yang tiadalulus itu telah tetap lemah dan yang lulus itu pun lemahjuga kerana bersamaan darjah keduanya.

Maka yang keempat misal yang di atas ini membawalemah dan tidak boleh ada dalam serta menunjukkan mustahilpada akal.

Page 186: 03 - Aqidah Mukmin 3

SEBELUM kita menghuraikan matan yang menunjukandalil-dalil ke atas sifat Wahdaniah atau sifat keesaan bagiALLAH SWT ini, marilah kita mengulangkaji sepintas lalutentang sifat Wahdaniah.

Pengertian Wahdaniah

Wahdaniah ertinya dalam bahasa kita ialah esa. Maksudnya,zat ALLAH SWT itu esa dan tunggal. Bila kita meyakiniyang ALLAH SWT bersifat Wahdaniah atau bersifat esa,maka hendaklah kita memahami serta meyakini tentang limakam (berbilangan) yang mesti kita nafikan ataupun mesti kitatolak, iaitu:

1 . kam muttasil (J-;- +) atau berbilangan yang berhubungpada zat.

2. kam munfasil (+ 4 atau berbilangan yang bercerai /pada zat.

3 . kam muttasil atau berbilangan yang berhubung pada sifat.4. kam munfasil atau berbilangan yang bercerai pada sifat.5. kam munfasil pada perbuatan. Di sini kita dapati kam

munfasil hanya berlaku pada perbuatan dan tidak kammuttasil.

174

Page 187: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Kam yang pertama yang mesti kita nafiian ialah kam mut-tasil pada zat, iaitu berbilang-bilangnya muttasil pada zat.Maksudnya di sini ialah, zat ALLAH SWT tidak tersusunsepertimana zat-zat makhluk sama ada makhluk yang ber-nyawa seperti manusia atau jamadat seperti kayu-kayan, batu-bata, bukit-bukau, gunung-ganang dan lain-lainnya.

Zat makhluk seperti manusia umpamanya, tersusun dari-pada darah, daging, kulit; ada kepala, ada tangan, ada kaki,ada mata, ada rambut dan lain-lainnya. Tetapi ALLAH SWTtidak demikian. Zat ALLAH SWT tidak tersusun daripadadarah dan daging, tidak tersusun daripada tulang, kulit dansebagainya. Begitu juga zat ALLAH SWT tidak tersusundaripada kepala, tangan, kaki, mata, rambut dan lain-lainnya.

Kalau begitu, bagaimanakah zat ALLAH SWT? Jawab-nya, wallahu a‘lam. Hanya ALLAH sahaja yang maha menge-tahui segala rupa dan kesempurnaan zat-Nya.

Kemudian, kam yang kedua yang mesti kita nafikan bilakita meyakini sifat Wahdaniah bagi ALLAH SWT ini ialahkam munfasil pada zat iaitu kam yang bercerai-cerai. Mak-sudnya di sini ialah, tidak ada zat Tuhan yang lain seperti-mana zat Tuhan yang kita perkatakan tadi iaitu yang tidaktersusun dari sebarang anggota, tidak berdarah, tidak berda-ging dan sebagainya. Ertinya, jangan sampai kita mengata-kan, adanya zat Tuhan yang lain, sama seperti zat Tuhan yangkita sembah; Tuhan yang menjadikan alam, yang menjadikanlangit dan bumi dan yang menjadikan kita semua. Inilah yangmesti kita nafikan atau yang mesti kita tolak sama sekali.

Begitu juga, kita menafikan kam yang ketiga iaitu kammuttusil pada sifat ALLAH SWT. Ertinya, kita menafikanberbilangnya sifat ALLAH yang berhubung. Seperti misal-nya, tidak boleh kita mengatakan yang sifat Sama’ (mende-ngar) bagi ALLAH SWT itu berbilang-bilang dan berpering-kat-peringkat. Atau tidak boleh kita mengatakan yang sifatBasar (melihat) bagi ALLAH itu berbilang-bilang dan berpe-ringkat-peringkat. Ataupun, tidak boleh juga kita katakan yangsifat Qudrah (berkuasa) bagi ALLAH SWT itu berbilang-

1 7 5

Page 188: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT WAHDANIAH

bilang dan berperingkat-peringkat. Dan begitu seterusnya bagisifat-sifat yang lain.

Kita ambil satu contoh, bagaimana dikatakan yang kitatidak boleh mengatakan sifat ALLAH itu berbilang-bilang danberperingkat-peringkat. Umpamanya, sifat Basar atau melihatbagi ALLAH SWT. Kalau dikatakan yang melihatnyaALLAH itu berbilang dan berperingkat, maka satu benda yangjauh itu ALLAH tidak dapat melihat atau kalaupun bolehmelihat, benda itu nampak kecil ataupun halus sangat. Ter-lalu dekat sangat, tidak dapat pula dilihat sepertimana kalausatu benda itu terlalu dekat dengan mata kita, kita tidak bolehmelihatnya. Maka tidak boleh kita katakan yang sifat ALLAHSWT pun demikian.

Begitu juga umpamanya, tidak boleh kita katakan yangsifat melihat ALLAH SWT, ketika di dalam gelap Dia tidakboleh melihat dan ketika di dalam terang baru Dia bolehnampak. Ini hanya menunjukkan yang sifat ALLAH itu ber-bilang-bilang dan berperingkat-peringkat. Sifat ALLAH tidakdemikian sama sekali. Begitulah dan dengan sifat-sifat yanglain bagi ALLAH SWT; tiap suatunya tidak berbilang dantidak berperingkat serta berdarjat. Keadaan mendengarALLAH umpamanya, tidak pula yang dekat boleh didengarmanakala jauh tidak didengar lagi, atau kalau ada suara baruALLAH boleh dengar manakala kalau tidak ada suaraALLAH tidak boleh dengar. Semua ini hendaklah kita nafi-kan.

Yang mesti kita yakini ialah, sifat-sifat ALLAH tidakberbilang-bilang dan tidak berperingkat-peringkat sepertimanasifat makhluk. Melihatnya ALLAH umpamanya, sama saja,tidak kira jauh atau dekat, tidak kira dalam gelap atau dalamterang, tidak kira terlindung atau tidak terlindung; semuanyaALLAH boleh lihat.

Begitu juga dengan sifat Qudrah ALLAH, ia tidak ber-peringkat-peringkat dan tidak berbilang-bilang. Tidak sepertiQudrah kita misalnya, kalau kita hendak mengangkat satubenda kecil seperti sebatang pensil, cukup dengan dua jari saja

1 7 6

Page 189: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

tetapi kalau hendak mengangkat meja, terpaksa gunakan duatangan dan kalau hendak mengangkat yang lebih besar dariitu terpaksa menggunakan seluruh tenaga, dan manakalahendak mengangkat yang lebih berat dari itu, terpaksameminta pertolongan orang lain.

Qudrah ALLAH SWT tidak demikian. Kecil atau besarsama saja bagi ALLAH. Bagi ALLAH, cukup dengan Diaberkata, “Kun fayakun” - “Jadi” maka jadilah ia. Ertinya,bila ALLAH hendak jadikan sesuatu perkara itu sama adakecil atau besar, bila ALLAH kata jadi, maka jadilah perkaraitu dan bila ALLAH kata tidak jadi, tidak jadilah perkara itu.Sama saja pada ALLAH. Tidak ada peringkat-peringkat, tidakberdarjat-darjat dan tidak ada lebih dan tidak ada kurang. Danbegitulah seterusnya dengan sifat-sifat ALLAH yang lain;tidak berbilang-bilang dan tidak berperingkat-peringkat.

Kemudian, kam yang keempat yang mesti kita nafikanialah kam munfasil pada sifat ALLAH SWT. Maksudnya, kitamenolak dan menafiian adanya Tuhan yang lain yang mem-punyai sifat-sifat seperti sifat Tuhan yang kita sembah; Tuhanyang menjadikan dan yang memusnahkan seluruh makhluktermasuk diri kita. Kita hanya meyakini bahawa tidak adaTuhan yang lain yang mempunyai sifat-sifat sepertimana sifat-sifat Tuhan yang kita sembah.

Dan kam yang kelima yang mesti kita tolak dan nafikanialah kam munfasil pada af'al atau pada perbuatan ALLAH.Umpamanya, kita tidak boleh mengatakan adanya perbuatanTuhan yang lain seperti Tuhan yang kita sembah, seperti adapula perbuatan menjadikan langit yang lain oleh Tuhan yanglain, atau ada perbuatan menjadikan bumi yang lain olehTuhan yang lain, dan sebagainya. Ini tidak berlaku.

Begitu juga, tidak boleh kita katakan ada perbuatan Tuhanyang lain yang sama-sama berkongsi menjadikan langit danbumi ini, misalnya. Ini juga tidak berlaku. Tetapi, yang se-benarnya, Tuhan itu esa atau tunggal, sama ada pada zat-Nya,pada sifat-Nya mahupun pada perbuatan-Nya. Jadi, esanyaALLAH SWT menafikan segala yang telah kita perkatakantadi.

177

Page 190: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT WAHDANIAH

Demikian secara ringkas ulangkaji pengertian padaALLAH SWT sebagai mengingat-ingat kembali pengajian itukalau kita sudah terlupa. Mudah-mudahan dengan kita mema-hami pengertian esa itu, dapatlah kita meneruskan pengajiandalam bab ini iaitu perbahasan mengenai dalil-dalil aqli dannaqli ke atas sifat esa atau sifat Wahdaniah bagi ALLAHSWT.

Dali1 Aqli

Dali1 aqli tentang esanya ALLAH SWT ataupun tentangTuhan itu bersifat Wahdaniah ialah, sekiranya ALLAH SWTtidak esa ataupun tidak tunggal, tentulah tidak ada alam ini.Kerana, lazim Tuhan lemah ketika itu padahal alam sudahada. Maka nyatalah Tuhan itu esa.

Untuk menunjukkan dalil ini secara lebih terhurai supayamudah dapat kita faham ialah keterangan menunjukkan binasaalam atau tidak boleh adanya alam ini jika berbilang-bilangTuhan. Ada empat keterangan yang boleh kita bahaskan.

Yang pertama, kalau ada orang yang mengatakan Tuhanberbilang-bilang (tidak esa atau tunggal) pada menjadikan,yang mana ha1 keadaan Tuhan yang berbilang-bilang ituadalah muafakat tetapi tidak bertolong-tolong di antara satusama lain (masing-masing buat hal dan bertindak sendiri-sendiri), maka pada pandangan akal, ini adalah mustahil. Inikerana, berhimpun dua yang memberi bekas pada satu per-kara.

Mustahil terjadi Tuhan itu berbilang-bilang pada menjadi-kan satu-satu perkara, ha1 keadaannya muafakat tetapi masing-masing bertindak sendiri, tidak membantu antara satu samalain; lebih-lebih lagi dalam menjadikan perkara seperti juuharfard (33 3;) iaitu suatu benda yang amat halus yang tidakboleh’dibelah lagi. Kalau menurut pengertian kita di zamanini, perkara itu tentulah seperti suatu zarah yang paling seni.Jadi, pada pandangan akal, kalau benda yang paling halusseperti itu hendak dilakukan oleh dua yang memberi bekas,ini mustabil terjadi.

1 7 8

Page 191: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Kerana, kalau umpamanya dalam hendak menjadikanjauhar fard itu, ada yang dahulu membuatnya dan ada yangkemudian membuatnya kerana masing-masing bertindak sen-diri, nanti berlaku pula tahsul hasil iaitu menjadikan bendayang sudah jadi.

Katalah dalam hendak menjadikan jauhar fard tadi, Tuhanyang pertama lebih dahulu membuatnya akan memberi bekas,maknanya benda itu jadi. Kemudian diikuti pula Tuhan yangkedua yang hendak membuat benda jauhar fard tadi yangkeadaannya tidak boleh dibelah bagi. Dan perbuatannyamember-i bekas juga. Itu maknanya tahsul hasil iaitu menjadi-kan benda yang sudah jadi.

Oleh yang demikian, dua perbuatan yang boleh memberibekas dilakukan pada suatu perkara, lebih-lebih lagi perkaraitu benda yang maha halus yang tidak boleh dibelah bagi; inimustahil terjadi. Sedangkan alam ini sudah terjadi. Maka inimenunjukkan bahawa Tuhan itu esa atau tunggal - tidakberbilang-bilang.

Yang kedua, kalau ditaqdirkan berbilang-bilang Tuhanpada menjadikan dan hal keduanya muafakat sepertidalam contoh pertama tadi, cuma dalam hendak menjadikansatu-satu perkara kali ini, masing-masing membuatnya se-paruh seorang, ini yang dihukumkan mustahil mengikutpandangan akal. Kerana, lazim berat salah satu yang ber-samaan dengan yang tidak memberatkan.

Dulu, kita telah bahaskan tentang sesuatu perkara yangasalnya tidak ada, tiba-tiba ia ada, maka adanya perkara itusudah menjadi berat daripada yang asalnya tiada. Ertinya,perkara yang sudah ada itu tidak mungkin terjadi dengansendirinya kalau tidak ada yang memberatkan atau yangmenjadikan. Yang memberatkan atau yang mengadakan per-kara itu ialah ALLAH SWT.

Oleh itu, hal keadaan yang kedua ini juga dihukumkanmustahil pada pandangan akal kerana lazim berat salah satuyang bersamaan dengan tidak ada yang memberatkan.

Yang ketiga, mustahil terjadi satu benda itu kerana

1 7 9

I

Page 192: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT WAHDANIAH

kehendak yang berlawanan, tidak seperti dalam contohkedua dan pertama, yang masing-masing muafakat.

Dalam ha1 ini, kehendak masing-masing tidak sama danberlainan corak Yang satu hendak menjadikan siang dan yanglagi satu hendak menjadikan malam. Kemudian, ada yangmengatakan yang kedua-dua kehendak itu lulus. Bagaimana-kah pertimbangan akal kita di dalam ha1 ini? Tentunya tidakmahu akal menerimanya kerana sebelum ini telah kita bahas-kan tentang ilmu akal ini yang mana akal sekali-kali tidakmahu menerima dua perkara yang berlawanan terjadi padasatu masa. Seperti keadaan gerak dan diam. Dan keadaan itutidak mungkin berlaku dan mustahil berlaku dalam satu ke-tika. Dan akal tidak mahu menerima akan berlakunya.

Begitu juga umpamanya malam dan siang. Tidak mahuakal menerima yang kedua-dua keadaan itu berlaku pada satuketika. Ini mustahil.

Jadi, kalau ada orang mengatakan yang Tuhan itu berbi-lang-bilang pada menjadikan satu perkara yang bersalah-sa-lahan kehendaknya atau tidak sama kehendaknya, seperti yangsatu menjadikan siang dan yang satu hendak menjadikanmalam dan kedua-duanya bejaya, ia dihukumkan mustahil.

Yang keempat, kedua-duanya hendak menjadikan per-kara yang berlawanan atau satu perkara yang tidak sama.Katalah yang seorang hendak menjadikan satu bentuk danyang lain pula hendak menjadikan bentuk yang lain. Dalamhal demikian, yang satu lulus dan yang satu tidak lulus. Yangtidak lulus kehendaknya itu sudah tentulah lemah kerana diakalah tetapi yang lulus itu pun dianggap lemah juga keranadia ada pencabar. Walaupun dia berjaya meluluskan kehen-daknya tetapi sebelum itu dia dicabar. Ada ‘Tuhan’ lain yangmencabar dia. Kalau Tuhan ada yang mencabarnya, makabukanlah Dia dianggap Tuhan lagi. Kerana kalau Tuhan itudicabar, tentulah Dia lemah.

Demikianlah empat keterangan yang menolak keyakinanbahawa ALLAH SWT berbilang-bilang. Kalau ada orang yangmenjadikan ini sebagai keyakinannya, kita mestilah menolak-

1 8 0

Page 193: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

nya. Sebabnya, setelah ditimbang dan dibahaskan secara akal,akal tidak mahu menerimanya. Hal itu semuanya mustahil dantidak akan terjadi. Dan kalau begitu, nyatalah ALLAH SWTitu esa sama ada pada zat-Nya, sifat-Nya ataupun perbuatan-Nya. Demikianlah dalil secara aqli dan naqli yang bersum-berkan akan fiiiran.

Dali1 Naqli

Manakala dalil naqli atau yang bersumberkan Al Quran untukmenunjukkan yang ALLAH SWT bersifat esa atau tunggal,terdapat di dalam surah AZ Ambia’ :

Sekiranya ada di langit dan di bumi ini tuhan yang laindaripada ALLAH Taala nescaya binasalah keduanya

(Al Ambia’: 22)

Dengan penafian dari ALLAH ini, jelaslah membuktikanbahawa ALLAH SWT bersifat esa atau tunggal. Sebabnya,ALLAH sendiri telah berkata bahawa kalau di langit dan dibumi ada ‘Tuhan’ yang lain dari ALLAH SWT dan di bumipula ada ‘Tuhan’ yang lain dari ALLAH SWT, iaitu ‘Tuhan’bersifat berbilang-bilang seperti yang didakwa oleh orang-orang kafir, maka akan binasalah kedua-dua langit dan bumi.Ini adalah kerana, ‘Tuhan’ yang berbilang itu akan bergaduhsepertimana manusia bergaduh kerana hendak rebut kuasa.Bila masing-masing berperang sesama sendiri, bukan sajalangit dan bumi akan binasa, bahkan kedua-dua ‘Tuhan’ itujuga akan binasa.

Rosak binasalah seluruh peraturan langit dan bumi. Te-tapi, apa yang kita perhatikan, setiap perjalanan langit danbumi tidak rosak apa-apa dan tidak tergugat langsung. Kalau-pun ada rosak sedikit di sana sini pada peraturan-peraturandi bumi dan di langit itu, namun itu sengaja ALLAH rosak-kan.

181

Page 194: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT WAHDANIAH

Kebinasaan itu sengaja ALLAH lakukan sebagai manunjukkan kekuatan-Nya kepada manusia, supaya manusia sedarbetapa itu merupakan Qiamat sughro (Qiamat kecil) sebelumberlakunya Qiamat kubro (Qiamat besar). Seperti, ALLAHbinasakan gunung-ganang sedikit-sedikit, ALLAH binasakanbukit-bukau serta kayu-kayannya sedikit-sedikit, ALLAHbinasakan sungai-sungainya sedikit-sedikit, ALLAH matikanmakhluk di sana sini sedikit-sedikit dan sebagainya. Ini semuauntuk menyedarkan manusia betapa, suatu masa nanti,ALLAH boleh binasakan semua sekali serentak atau ALLAHboleh lakukan Qiamat secara total.

Cuma, ALLAH belum mahu lakukan lagi kerana ALLAHhendak mengingatkan manusia supaya sentiasa bersedia danmenyembah-Nya selalu. Inilah sebenarnya hikmah ALLAHmembinasakan sedikit-sedikit langit dan bumi serta makhluk-makhluk-Nya. Faedahnya adalah untuk manusia itu sendiri.

Kemudian, penjelasan ALLAH SWT dalam ayat tadiboleh juga kita bahaskan secara pengalaman hidup kita atausecara apa yang berlaku di dalam kehidupan kita. Umpama-nya, kalau satu negeri itu ada dua pemimpin yang masing-masing membuat arahan, bagaimanakah keadaan rakyat negeriitu? Tentulah kelam-kabut, dan negara tidak teratur lagi.

Ataupun di dalam satu jemaah umpamanya, ada duapemimpin. Masing-masing pula ada kuasa dan boleh mem-buat arahan. Bagaimanakah keadaan pengikut dan keadaanjemaah itu? Pengikut-pengikut akan lintang-pukang danjemaah itu tidak akan ke mana-mana. Jemaah itu tidak akandapat membuat kemajuan kerana sentiasa bergolak dan ber-krisis.

Begitulah juga umpamanya, kalau sebiji kereta ada duaorang pemandu yang masing-masing hendak ikut haluanmasing-masing, atau sebuah kapal ada dua nakhoda, yangakan binasa ialah kereta ataupun kapal itu.

Jadi dalam pengalaman kita, apa saja, sama ada kampungatau negeri, sama ada masjid ataupun surau dan lain-lainnya,kalau ada dua pemimpin sama ada pemimpin rasmi mahupun

1 8 2

Page 195: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN(EI)

yang tidak rasmi, maka akan kacaulah jadinya. Akan timbullah huru-hara. Dan begitu jugalah dengan hal keadaan langit’dan bumi ini kalau ada dua Tuhan. Akan rosak binasalahlangit dan bumi.

Tetapi kita lihat perjalanan langit dan bumi adalah baik.Matahari terbit seperti biasa dan begitu juga dengan bulan;sampai masanya ia akan timbul. Tidak pemah berlaku huru-hara, sistem perjalanan bumi dan langit. Ini menunjukkanbahawa yang mentadbirkan langit dan bumi itu adalah satu;bukan dua, bukan tiga da bukan banyak. Satu saja yangmenjadi pentadbir langit dan bumi ini. Satu itulah yangmenjadikan, yang memusnahkan, yang mengatur dan sebagadinya. Sebab itulah perjalanannya baik.

Sebaliknya, kalau ada dua pentadbir, dua yang berkuasamenjadikan dan dua yang berkuasa untuk mengatur, masing-masing hendak mengatur mengikut jalan masing-masingseperti seorang hendak jadikan siang dan seorang pula hen-dak jadikan malam atau yang satu hendak terbitkan mataharisebelah timur dan yang satu hendak terbitkan matahari se-belah barat, tentulah bergaduh kedua-duanya. Masing-masingnanti akan menunjukkan gagah masing-masing. Masing-masing akan cuba hendak berkuasa di atas yang lain.

Tetapi oleh kerana perjalanan langit dan bumi ini teraturdengan baik, ia membuktikan bahawa yang menjadi pentadbiritu adalah satu dan esa. Itulah ALLAH SWT Ia tidak dua,tidak tiga dan tidak berbilang-bilang. Jadi, sama ada dalil aqlimahupun dalil naqli, ataupun dalil dari pengalaman hidup kita,semua itu menunjukkan bahawa ALLAH itu esa dan tunggal,

Bukti inilah yang mesti menjadi keyakinan dan pegang-an kita. Sedikit pun kita tidak boleh rasa ragu; tidak bolehdicelah oleh sebarang syak, waham mahupun zan. Ertinya,keyakinan kita kepada keesaan ALLAH SWT hendaklahpadu betul-betul. Dan itulah keyakinan Ahli Sunnah WalJamaah.

Sebaliknya, barang siapa yang keyakinannya bergoyangsedikit saja sama ada bergoyang secara syak atau secara zan

1 8 3

Page 196: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT WAHDANIAH

ataupun secara waham, maka dia telah jatuh kepada syirik.Ataupun jatuh kepada murtad. Dan orang syirik ataupun orangyang murtad, kalau mati dan tidak sempat membetulkansemula aqidahnya, maka kekal abadilah dia di dalam Neraka.Sebab itulah, aqidah ini mesti kita jaga betul-betul

Mengenai keesaan ALLAH SWT tentang zat-Nya ini,mungkin bagi kita umat Islam tidak menjadi masalah apa-apa.Mungkin kita tidak ragu apa-apa. Tetapi ada benda yang kitatidak sedar, seolah-olah adanya sifat yang berbilang-bilangyang berkuasa. Hal ini boleh berlaku kerana kurangnya ilmupengetahuan kita ataupun kerana kita jarang berhati-hatiwalaupun ilmu pengetahuan ada.

Umpamanya, dalam kita berbuat dan berusaha sama adadalam mencari rezeki, mencari ilmu pengetahuan, berjuangdan berjihad, dan sebagainya, kita merasakan yang seolah-olahusaha ikhtiar itu sendiri yang memberi bekas. Ini sudah ber-bilang-bilang sifat ertinya. Kita sudah menganggap seolah-olah sifat yang ada pada diri kita itu yang memberi bekas.Jadi, walaupun kita tidak mengatakan yang sifat ALLAH ituberbilang-bilang tetapi hakikatnya secara tidak langsung kitatelah menganggap bahawa sifat ALLAH itu berbilang-bilang.

Yang sebenamya, keyakinan seperti ini sudah membawakita kepada iktiqad qadariah. Pada iktiqad ini, yang dianggapmember-i bekas ialah usaha ikhtiar itu sendiri. Kalau ia ber-buat sesuatu seperti melagang ekonomi, mencari ilmu penge-tahuan, membangunkan masyarakat, berjuang dan berjihaddan sebagainya, dia menganggap bahawa hasil dari dia ber-buat itulah yang memberi bekas. Dia menganggap yang usahadia itulah yang menjayakan, dan sebagainya. Lupa langsunghendak mengaitkannya dengan kuasa ALLAH.

Inilah yang sepatutnya kita bimbangkan kerana secaratidak langsung kita telah meletakkan sifat ALLAH itu berbi-lang-bilang. Cuma, sebagai umat Islam, hendak mengatakansecara terus bahawa sifat ALLAH berbilang-bilang, tidaklahkita berbuat begitu. Tetapi yang selalu terjadi, dalam kitamenilai kejayaan usaha ikhtiar kita, secara tidak langsung kita

1 8 4

Page 197: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

telah meletakkan yang sifat ALLAH berbilang-bilang. Keranadi situ sudah berlaku dua sifat iaitu sifat Tuhan yang mem-beri bekas dan juga sifat makhluk. Kerana itu, jangan sam-pai kita terpaku dengan usaha ikhtiar kita hingga kita merasa-kan seolah-olah usaha ikhtiar kita itu yang memberi bekas.Hendaklah kita jaga sungguh-sungguh soal yang melibatkanaqidah ini.

Sebagai ingatan, kalau kita tersilap dalam syariat lahirseperti dalam persoalan feqah dan tasawuf, kita akan terjunke Neraka tetapi tidak selama-lama di dalamnya. Sebaliknya,kalau kita tersilap di segi aqidah, apabila mati akan masukNeraka dan kekal abadi selama-lama di dalamnya. Sebab itu,persoalan aqidah ini hendaklah kita fahamkan sungguh-sung-guh dan kita pertahankan sungguh-sungguh. .

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Untuk keselamatan kita, hendaklah kita berpegang sungguh-sungguh kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telahdijelaskan, dibahaskan serta dihuraikan oleh ulama-ulamasejak lebih seribu tahun dahulu, dan kini ada kitab dan buku-nya. Kalau kita tidak tahu, yang sebenamya kita tidak mem-baca; itu saja.

Sedangkan, aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini sudahjelas dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Jadi, sekiranya kitatidak faham dan tidak mengetahuinya, itu bukan kerana aqidahAhli Sunnah Wal Jamaah ini tidak tepat. Tetapi adalah keranakelemahan diri kita sendiri kerana tidak belajar dan tidakmahu membaca kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah yangtelah ditulis oleh ulama-ulama besar zaman dahulu.

Begitu juga keterangan tentang aqidah-aqidah yang ter-keluar dari aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mukta-zilah, khawarij, syiah dan lain-lainnya; semuanya telah jelas.Ia telah dibahaskan dan diperjelaskan oleh ulama-ulamazaman dahulu.

1 8 5

_ . .

Page 198: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAB 30

DALIL ALLAHBERSIFAT QUDRAH,IRADAH, ILMU DAN

HAYAT

Page 199: 03 - Aqidah Mukmin 3

ang ketujuh - dalil Qudrah

rYang kelapan - dalil Iradah

Yang kesembilan - dalil IlmuYang kesepuluh - dalil Hayat .

Bagi ALLAH Taala itu iaitu jika tidak ada satu daripadaempat sifat yang tersebut itu nescaya tidak ada suatu daripadasegala yang baharu tetapi tidak ada sebuatan daripada segalayang baharu ini mustahil kerana sudah ada yang demikiansabitlah Tuhan itu bersifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat.

Sanya dihimpunkan empat sifat itu dengan satu dalil aqlikerana bersuatu yang lazim atas nafinya iaitu tidak ada suatudaripada alam. Maka jalan lazim pada Qudrah bahawasanyaapabila temafi ia nescaya sabit lawannya iaitu lemah. Ketikaitu tidak ada suatu’ daripada alam ini. Dan jalan lazim padaIradah bahawasanya apabila temafi ia nescaya sabit lawannyaiaitu dengan makna tiada ada kehendak dan apabila sabitlawannya dengan makna ini nescaya temafi Qudrah keranabahawasanya Qudrah cawangan daripada Iradah padapandangan akal dan apabila temafi Qudrah nescaya sabitlawannya iaitulah lemah. Ketika itu tidaklah ada suatu dari-pada alam ini.

Dan jalan lazim pada alam apabila temafi alam nescayasabit lawannya iaitu jahil dan apabila sabit lawannya nescayatemafi Iradah nescaya sabit lawannya, maka apabila sabitlawannya nescaya temafi Qudrah yang demikian sabit lawan-nya iaitu lemah pada ketika itu tidaklah ada suatu daripadaalam.

Maka dalil naqli sifat Qudrah iaitu:

~-J~gq-i--~~

Kitalah yang berkuasa menetapkan mati di antarakumu.

(Al Waqiah: 60)

Page 200: 03 - Aqidah Mukmin 3

Dan dalil bagi sifat Iradah:

Hanya sanya pekerjaan ALLAH Taala apabila menghendakila akan suatu berkata ia kepadanya jadilah engkau makajadilah ia menurut bagaimana yang dikehendaki-Nya.

(Yasin 82)

Dan dalil naqli bagi sifat Ilmu iaitu:

ALLAH Taala yang mengetahui akan pekerjaan yang ghaib-ghaib dan yang tiada ghaib.

(AZ Zumar: 46)

Dan bagi sifat Hayat iaitu:

Dan hendaklah kamu berserah kepada Tuhan yang hidupyang tiada mati.

(Al Furqan: 58)

Page 201: 03 - Aqidah Mukmin 3

KALI ini kita akan memperkatakan mengenai dalil-dalil aqlidan naqli serta bukti ke atas sifat yang ketujuh, kelapan,kesembilan dan kesepuluh yang wajib bagi ALLAH SWT.Iaitu dalil bagi sifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat.

Dali1 Aqli

Mengikut dalil aqli atau dalil yang bersumber kepada akalfikiran, kalaulah salah satu daripada sifat-sifat yang disebutkan tadi iaitu Qudrah Iradah, Ilmu dan Hayat, tidak ada padaALLAH SWT, nescaya sesuatu daripada alam ini tidak akanada.

Dengan lain-lain perkataan, kalaulah salah satu daripadasifat-sifat tadi tidak ada pada ALLAH SWT, nescaya tidakakan ada manusia, alam jin, alam haiwan, alam tumbuhanmahupun Alam Malakut, alam syahadah dan lain-lainnya.Kerana, salah satu saja daripada sifat-sifat tadi tidak ada padaALLAH SWT, ia menunjukkan yang ALLAH SWT lemah.Kalau ALLAH lemah, sudah tentulah alam ini tidak ada.

Padahal alam ini sudah ada dan dapat pula kita lihatdengan mata kita sendiri. Bahkan diri kita ini sendiri adalahsebahagian daripada alam. Itu menunjukkan ALLAH tidaklemah. Dan kalau ALLAH tidak lemah, ini membuktikan

1 9 0

Page 202: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

bahawa ALLAH memiliki sifat-sifat tadi iaitu sifat Qudrah,sifat Iradah, sifat Ilmu dan sifat Hayat. Dengan itu juga, jadimustahillah kalau ada orang mengatakan bahawa ALLAH,tidak memiliki sifat Qudrah, sifat Iradah, sifat Ilmu dan sifatHayat.

Di sini kita telah membawakan dalil secara akal yang,menunjukkan bahawa ALLAH SWT wajib bersifat dengansifat-sifat yang telah kita sebutkan tadi. Iaitu, adanya alamini termasuklah diri kita ini sendiri, menjadi bukti bahawaALLAH SWT memiliki keempat-empat sifat tadi. Meng-apakah keempat-empat sifat itu kita bahaskan secara aqli,sekaligus? Ini adalah kerana, “bersatu lazim atas nafinya”.’Ertinya, dengan tidak adanya mana-mana satu daripada sifat-sifat yang empat itu, ia membawa kepada lemahnya ALLAH;SWT, seperti yang telah kita terangkan tadi.

Jadi, dalilnya satu saja, atau dengan kata lain, terhimpunkeempat-empat sifat itu dengan satu dalil saja, iaitu lemahnydALLAH SWT. Sedangkan ALLAH tidak lemah kerana buk-tinya, alam ini sudah ada.

Di samping itu, kalau kita hendak perpanjangkan sedikit’perbahasan ini, marilah kita ambil satu contoh iaitu kita ambilsalah satu daripada sifat-sifat tadi.

Dali1 Aqli Sifat Qudrah

Katalah kita ambil sifat Qudrah bagi ALLAH SWT. Kala<ada orang mengatakan ALLAH tidak wajib bersifat Qudrah,’maka jadilah ALLAH itu bersifat lawannya iaitu lemah. Dar+kalaulah ALLAH bersifat lemah, sudah tentulah sesuatu da&pada alam ini tidak akan ada. Tentulah tidak akan ada langit,bumi, bintang, bulan, matahari dan lain-laimrya. Dan se-.barang alam juga tidak akan ada sama ada alam haiwan, alarninsan, alam jin, Alam Malakut dan lain-lainnya. Padahalsemua alam ini sudah dapat kita lihat dan ada di depan matakita sendiri. Maka ini membuktikan bahawa ALLAH tidakbersifat lemah. Dan wajiblah ALLAH bersifat Qudrah.

191

Page 203: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QUDRAH, IRADAH, ILMU DAN HAYAT

Daripada dalil aqli ini, jelaslah membuktikan kepada kitabahawa tetaplah ALLAH itu bersifat Qudrah, dan kita pulawajib meyakininya. Jangan sedikit pun kita meragui bahawaALLAH itu bersifat Qudrah kerana kalau kita ragu ataupunkalau kita jahil, maka akan rosaklah aqidah kita. Dan kalauaqidah kita rosak, maka seluruh amal kebajikan kita sudahmenjadi sia-sia. Malah, kalau aqidah kita sudah rosak, ia akanmenjerumuskan kita ke dalam Neraka dan kekal abadi didalamnya.

Dali1 Aqli Sifat Iradah

Kemudian, cuba kita bahaskan tentang sifat Iradab pula. Ia-itu kalaulah ada orang berkata bahawa tidak wajib ALLAHbersifat Iradah atau menghendaki, maka sudah tentulahALLAH bersifat dengan sifat lawannya iaitu benci atau tidakberkehendak. Apabila dikatakan ALLAH tidak berkehendak,akan ternafi pula Qudrah atau kuasa ALLAH. Dan manakalatemafi Qudrah ALLAH, bererti bahawa ALLAH bersifatlemah. Sedangkan tadi telah kita bahaskan bahawa kalauALLAH lemah, sudah tentu tidak terjadi alam ini. Sedang-kan alam ini sudah pun terjadi dan dapat kita lihat denganmata kita sendiri.

Kalau begitu mustahillah ALLAH bersifat lemah. Dankalau ALLAH tidak lemah, maka wajiblah ALLAH SWT ber-sifat Qudrah dan Iradah.

Dali1 Aqli Sifat Ilmu

Seterusnya, mengenai sifat Ilmu, bagaimanakah dalil aqli yangmenunjukkan ALLAH bersifat Ilmu? Kalau ada orang ber-kata bahawa tidak wajib ALLAH SWT bersifat ilmu, makasudah tentulah ALLAH SWT bersifat dengan sifat lawannya.Tentulah akal kita akan mengatakan bahawa ALLAH bersifatjahil, atau tidak mengetahui. Dan kalaulah ALLAH bersifatjahil atau tidak mengetahui, maka dengan sendirinya akantemafi sifat Qudrah dan Iradah.

1 9 2

.

Page 204: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Sedangkan tadi telah kita bahaskan secara dalil aqli ba-hawa wajib ALLAH SWT bersifat Qudrah dan Iradah.Kerana, melalui sifat Qudrah dan Iradah ALLAH SWT, makaterjadilah alam ini yang mana telah dapat kita lihat di depanmata kita sendiri. Jadi, kalau ada orang mengatakan tidakwajib ALLAH bersifat Ilmu, maka akan ternafi pulalah sifatQudrah dan Iradah ALLAH SWT. Kerana, kalau ALLAHjahil atau tidak mengetahui, maka tidak mungkinlah terjadikehendak-Nya.

Contohnya boleh kita ibaratkan kepada diri kita. Katalahkita jahil tentang sesuatu perkara. Maka, kalau perkara ituhendak kita laksanakan, sudah tentulah ia tidak terjadi keranakita tidak ada pengetahuan dalam perkara itu. Umpamanyakita hendak membawa kereta tetapi tidak ada ilmu pengetahu-an dalam membawa kereta. Sudah tentulah tidak terjadimembawa kereta itu, walaupun kehendak membawa kereta ituada. Yang demikian, jahilnya kita di bidang membawa keretamenyebabkan ternafinya Iradah atau kehendak kita.

Begitu jugalah kalau kita ada keinginan hendak membuatrumah tetapi kita jahil atau tidak ada ilmu bagaimana hendakmembuat rumah. Dengan sendirinya ternafi iradah kita ten-tang hendakkan rumah. Begitulah seterusnya dengan perkara-perkara lain pada diri kita. Kalau kita tidak ada ilmu penge”tahuan dalam perkara-perkara itu, maka akan temafilah Iradahkita.

Maknanya, Iradah atau kehendak dalam satu-satu perkaraitu tidak akan terlaksana kalau tidak ada ilmu atau kalau kitajahil. Dalam kata-kata yang lain, mustahil satu-satu kehen-dak atau Iradah itu terlaksana, kalau kita jahil dalam perkarayang kita berkehendak itu.

Kalau begitu, sekiranya ada orang mengatakan ALLAHtidak wajib bersifat Ilmu, maka dia telah menafikan sifatIradah bagi ALLAH SWT. Kerana kalau ALLAH tidak wajibbersifat Ilmu, sudah tentulah ALLAH bersifat jahil atau tidakmengetahui. Kalau ALLAH tidak mengetahui, maka ternafilah kehendak atau Iradah bagi ALLAH SWT. Sedangkan

193

Page 205: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QUDRAH, IRADAH, ILMU DAN HAYAT

semua kehendak ALLAH tentang menjadikan seluruh alam inisudab terjadi. Buktinya telah dapat kita lihat dengan mata kitasendiri tentang kejadian alam ini.

Jadi, tentulah ALLAH tidak jahil tentang hendakmenjadikan seluruh alam ini kerana alam ini sudah punALLAH jadikan. Yang demikian, nyatalah mustahil ALLAHbersifat dengan sifat jahil atau tidak mengetahui. Yang se-benarnya, wajiblah ALLAH bersifat mengetahui atau bersifatIlmu.

Dali1 Aqli Sifat Hayat

Kemudian, cuba kita bahaskan pula tentang sifat Hayat bagiALLAH SWT. Bagaimanakah dapat kita buktikan secara dalilaqli, bahawa wajib ALLAH SWT bersifat Hayat atau hidup.Bagaimanakah perbahasan kita kalau ada orang berkatabahawa ALLAH tidak mempunyai sifat Hayat atau hidup.

Sekiranya ALLAH SWT tidak bersifat Hayat atautidak hidup, maka akan ternafilah seluruh sifat yang wajibbagi ALLAH tadi iaitu sifat Qudrah-Nya, sifat Iradah-Nyadan juga sifat Ilmu-Nya. Ini adalah kerana, sifat Hayat itumenjadi syarat tentang adanya sifat-sifat yang lain. Denganadanya ALLAH SWT bersifat Hayat, barulah ada sifat-sifatyang lain pada ALLAH SWT termasuklah sifat Qudrah,Iradah dan Ilmu.

Kerana, kalau ALLAH SWT tidak bersifat dengan sifatHayat atau hidup, tentulah ALLAH bersifat sebaliknya iaitumaut. Dan kalaulah ALLAH mati, tentulah tidak ada sifat-sifatALLAH yang lain. Contohnya, katalah diri kita ini. Kalau kitatidak hidup atau kalaulah kita mati, nescaya segala sifat yangada pada diri kita juga akan mati; penglihatan kita akan mati,pendengaran kita mati, percakapan kita mati, kehendak kitamati, kuasa kita juga mati (segala tenaga di badan kita sudahtidak ada lagi), dan begitulah seterusnya dengan sifat-sifatyang lain.

Jadi, kita lihat betapa kalau kita tidak ada hayat, makaseluruh sifat yang lain akan temafi. Dengan itu, hayat atau

194

Page 206: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

sifat hidup itu menjadi syarat untuk adanya sifat-sifat yanglain. Kalau begitu, sekiranya ada orang mengatakan bahawaALLAH SWT tidak bersifat dengan sifat Hayat, maka akanternafi jugalah segala sifat yang lain pada ALLAH SWTtermasuk sifat Qudrah, Iradah dan Ilmu.

Kerana itu wajiblah ALLAH SWT bersifat dengan sifatHayat. Mustahillah ALLAH tidak bersifat Hayat kerana yangdemikian akan menjadikan ternafinya sifat-sifat yang lain padaALLAH SWT termasuklah sifat Qudrah, Iradah dan Ilmu.Sedangkan, tadi telah kita bahaskan bahawa adalah mustahilALLAH SWT tidak bersifat Qudrah, Iradah dan Ilmu. Keranakalaulah ALLAH tidak bersifat Qudrah, Iradah dan Ilmu,sudah tentu alam ini tidak akan terjadi. Sedangkan alam inisudah terjadi dan ada di depan mata kita.

Begitulah secara ringkas perbahasan secara dalil aqli bagimembuktikan bahawa ALLAH SWT wajib bersifat Qudrah,Iradah, Ilmu dan Hayat. Sifat-sifat ini wajib kita yakini sung-guh-sungguh tanpa dicelahi oleh sebarang keraguan sama adakeraguan kita itu berbentuk syak, zan ataupun waham. Malahkita juga tidak boleh jahil tentang sifat-sifat ini. Kerana, kalaukita ragu atau jahil, akan rosaklah aqidah kita.

Sedangkan sebelum ini telah kita ulang-ulangkan bahawaaqidah adalah perkara yang menjadi pokok di dalam ajaranIslam. Ia adalah perkara asas dalam kita membangunkanseluruh amal kebajikan kita yang lain sama ada sembahyang,puasa, haji, jihad, pengorbanan dan lain-lainnya. Kalau aqidahkita tidak sah atau sudah rosak, seluruh amal kebajikan yangkita bangunkan itu sudah tidak ada nilai lagi di sisi ALLAHSWT. Jadi sia-sialah semuanya itu.

Sebab itulah persoalan aqidah ini mesti kita fahamkansungguh-sungguh agar keyakinan kita padu serta kukuh.Jangan sekali-kali kita goyang. Kalau kita goyang di sudut ini,ertinya kita menempah tiket untuk kekal abadi di dalamNeraka.

Kerana yang rosak aqidah ini ialah orang yang kafirdengan ALLAH SWT. Kalau kita mati dalam keadaan rosak

195

Page 207: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QUDRAH, IRADAH, ILMU DAN HAYAT

aqidah, berertilah kita mati dalam kekafiran. Sedangkan orang-orang yang mati di dalam kekafiran, mereka kekal abadiselama-lamanya di dalam Neraka.

Dali1 Naqli.

Seterusnya, mari kita perbahaskan pula dalil-dalil dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa ALLAH SWT itu wajibbersifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat menurut dalil naqliatau dalil-dalil yang digali daripada Al Quran. Dali1 ini ada-lah dalil yang diwahyukan oleh ALLAH SWT sendiri ataumerupakan pengesahan daripada ALLAH SWT sendiri.Kerana itu ia merupakan dalil yang lebih tepat daripada dalilakal. Dali1 ini sama sekali tidak boleh kita tolak. Kalau kitatolak bermakna aqidah kita juga akan rosak. Firman ALLAH:

Yang haq (benar) itu datang dari Tuhanmu, janganlahkamu termasuk dalam orang yang ragu.

(Ali Imran: 60)

Jadi, daripada dua dalil yang kita gunakan untuk mem-buktikan sifat-sifat wajib bagi ALLAH SWT iaitu secara aqlidan secara naqli, dalil naqli adalah yang paling tepat danpaling benar. Itulah dalil yang mesti kita terima bulat-bulat.

Dali1 Naqli Sifat Qudrah

Dali1 naqli yang menunjukkan ALLAH SWT bersifat Qudrahterkandung di dalam surah Al Waqiah:

p-JpyJp&> ‘y

KAMI-lah yang berkuasa menetapkan mati di kalangankamu.

(Al Waqiah: 60)

196

Page 208: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Di dalam ayat ini ALLAH menegaskan dengan kata-kata“Kamilah yang berkuasa...” Dengan itu bertambah yakinlahkita bahawa ALLAH itu bersifat Qudrah kerana ALLAHsendiri yang berkata demikian. Sebelum ini kita hanyamembahaskan secara akal saja. Jadi akal saja yang memberi-kan pendapat demikian dan akal saja yang menentukanbahawa ALLAH itu bersifat Qudrah. Tetapi oleh keranamelalui dalil naqli ini ALLAH sendiri yang berkata, maka ialebih tepat lagi.

Jadi ayat 60 dari surah Al Waqiah ini adalah satu buktiyang kuat dan padu yang menunjukkan ALLAH bersifatdengan sifat Qudrah. Dali1 ini tidak perlu lagi kita bahaskankerana ia cukup jelas ditegaskan oleh ALLAH SWT. Kalauakal yang membuat penentuan, mungkin juga boleh kitabahaskan tetapi kalau ALLAH sendiri yang memberi pe-negasan melalui ayat Al Quran, ia tidak perlu lagi kita bahas.

Ia wajib kita terima bulat-bulat kerana kalau kita tolakbererti kita telah jatuh kafir. Kerana menolak walau satu sajadaripada ayat-ayat Al Quran bererti kita menolak semuanya.

Dali1 Naqli Sifat Iradah

Dali1 yang menunjukkan bahawa ALLAH SWT bersifatIradah pula ialah sepertimana yang terkandung di dalam surahYasin:

Sesungguhnya urusan pentadbiran-Nya, apabila DIAmengkehendaki berlaku sesuatu, cukup hanyalahdengan DIA berkata kepadanya, “KUN”, maka terjadi-lah ia.

(Yasin: 82)

Di dalam ayat yang lain pula, ALLAH berkata:

197

Page 209: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QUDRAH, IRADAH, ILMU DAN HAYAT

Apabila sampai masanya DIA (ALLAH) melaksanakansesuatu ketetapan, maka sesungguhnya DIA akanberkata kepadanya, “KUN” maka terjadilah ia.

(Ali Imran: 47)

Di dalam Al Quran banyak sekali ayat yang hujungnyabermaksud, “Jadilah” maka jadilah ia. Ini menegaskan kepadakita betapa kalau ALLAH mengkehendaki sesuatu itu,cukuplah bagi ALLAH dengan hanya berkata, “Jadilah”, makaperkara itu pun terjadi. Tidak ada apa lagi yang akan meng-halangnya.

Mudah sangat kalau ALLAH hendak jadikan sesuatu itu.Bila ALLAH sudah tentukan sesuatu perkara itu sama adaperkara yang ada hubungan dengan alam manusia atau per-kara yang ada hubungan dengan alam jin atau alam haiwanatau Alam Malakut dan sebagainya, maka perkara itu pastiterjadi dengan hanya ALLAH berkata “Jadi!“. Tidak ada satualat pun ALLAH perlukan untuk menjadikan sesuatu itu.

Tidak seperti kita dalam melaksanakan kerja dan perbuat-an. Ia terpaksa kita rancang-rancang lebih dahulu; boleh jadisetahun, boleh jadi 3 tahun, boleh jadi 5 tahun, 10 tahun dansebagainya. Banyak pula alat dan jentera yang kita perlukan.Di samping itu, banyak pula penghalang yang boleh menye-kat kerja kita. Sebab itu, kadang-kadang rancangan kita gagalwalaupun cukup dengan alat-alat sains dan teknologinya,cukup dengan pakar-pakarnya. Kita tidak boleh buat sesuatuperkara itu dengan hanya berkata, “Jadilah”.

Tetapi, kehendak ALLAH SWT tidak ada suatu apa punyang boleh menghalangnya. Setiap apa yang ALLAH tentu-kan tentang alam ini di azali sana lagi, maka apabila ALLAHhendak jadikan, ALLAH hanya berkata, “Kun!” fayakun.Ertinya, “Jadilah” maka terjadilah ia. Dan terjadinya sesuatuyang ALLAH kehendaki itu adalah mengikut apa yang telah

198

Page 210: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

ALLAH tentukan. Kalau umpamanya, ALLAH tentukanuntuk menjadikan sesuatu itu dalam satu minit, maka bilaALLAH sebut “Kun!“, maka jadilah perkara itu dalam satuminit. Dan kalau sesuatu itu telah ALLAH tentukan untuk jadidalam masa 3 bulan, maka bila ALLAH kata “Kun!“, makaterjadilah perkara itu dalam masa 3 bulan.

Di dalam Al Quran, ALLAH menceritakan di dalamsepotong firman-Nya:

DIA-lah (ALLAH) yang menjadikan (tujuh lapis) langitdan bumi dalam masa enam hari.

(Hud: 7)

Ertinya di sini, ALLAH sudah tentukan hendak menjadi-kan langit dan bumi dalam masa enam hari. Maka itu, waktuALLAH hendak menjadikannya, ALLAH hanya berkata“Jadilah!” dan dalam masa enam hari, jadilah langit dan bumiini. Tetapi, sekiranya di azali lagi ALLAH sudah tentukanuntuk menjadikan sekelip mata saja misalnya, maka dalamsekelip mata itulah terjadinya sesuatu itu.

Maknanya, ALLAH akan jadikan perkara itu dalam jarakmasa yang telah ditentukan-Nya. Oleh itu, hendaklah kitafahamkan benar-benar mengapa sesuatu itu terjadi dalam

.masa-masa tertentu seperti langit dan bumi ini ALLAH jadi-kan dalam enam hari. Jangan pula kita berkata yang ALLAHtidak boleh jadikan ia dalam sekelip mata, dalam satu saat,dalam satu hari dan sebagainya. Bukan ALLAH tidak bolehberbuat demikian, tetapi memang sudah ALLAH sengajatentukan untuk dijadikan dalam sekian-sekian masa.

“Kun” yang ALLAH sebut apabila menjadikan sesuatuitu, berlakunya ia adalah mengikut apa yang telah ALLAHtentukan. Ia tepat terjadi sepertimana yang ALLAH tentukan,

!

tidak tercepat dan tidak pula terlambat, walaupun hanya se-saat. Umpamanya, bila ALLAH sudah berkata yang langit dan

199

1

Page 211: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QUDRAH, IRADAH, ILMU DAN HAYAT

bumi ini hendak dijadikan dalam masa enam hari, maka dalammasa enam hari itulah langit dan bumi ini terjadi; tidak ter-cepat dan tidak juga terlambat.

Begitu sekali kemampuan ALLAH SWT yang dibuktikandi dalam sifat Iradah ALLAH SWT. Begitu hebat dan begituberkuasa sekali ALLAH hendak menjadikan sesuatu itu. Tidakada suatu apa pun yang boleh menghalangnya dan tidak pulaberlakunya sesuatu itu tercepat atau terkurang dari masa yangtelah ALLAH tetapkan di azali. Kalau ALLAH hendak jadi-kan dalam masa sesaat, pun boleh, atau kalau ALLAH hen-dak jadikan dalam masa sehari dan sebagainya, pun boleh.

Begitulah umpamanya dalam kejadian manusia. MemangALLAH sudah tentukan kejadian manusia ini secara umumberlaku berperingkat-peringkat. Seperti mula-mula dalamkandungan ibu, kemudian dilahirkan menjadi seorang bayi danseterusnya masuk ke alam kanak-kanak hingga ke umur 15tahun misalnya. Selepas itu masuk ke alam remaja sehingga-lah umur 40 tahun atau 45 tahun. Kemudian dia masuk pulake alam tua. Jadi, demikian lebih kurang, ALLAH tentukanbagi kejadian manusia.

Dan oleh kerana memang demikian caranya yang telahALLAH tentukan untuk kejadian manusia, maka bila ALLAHkata “Kun”, terjadilah manusia melalui proses yang ALLAHtentukan itu. Sebab itu, manusia ini lahir-lahir saja tidak teruske alam remaja atau alam tuanya. Tetapi ini bukan pula berertiyang ALLAH tidak boleh berbuat demikian. Boleh ALLAHjadikan manusia ini dalam sekelip mata menjadi seorangbujang yang lengkap sifat-sifatnya; ada janggut, ada misai, adailmu, badan kuat dan sihat hingga terus boleh berjuang danberjihad.

ALLAH Didik Manusia Supaya Tidak Gopoh

Tetapi ALLAH tidak berbuat demikian, kerana proses-proses-nya telah ALLAH tentukan di azali sana mengikut peringkat-peringkatnya. Oleh itu, dalam kejadian manusia, bila ALLAH

200

Page 212: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

berkata "kun" maka jadilab manusia ini mengikut pering-kat-peringkatnya.

ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu dalam sekelip matadengan tujuan untuk mendidik manusia. ALLAH mahumengajar manusia supaya perlahan-lahan di dalam membuatsesuatu kerja. ALLAH hendak mendidik manusia supayajangan gopoh di dalam membuat kerja. ALLAH mahukan.manusia membuat kerja berhati-hati supaya terjamin selamat.Sedangkan pepatah Melayu pun ada berkata, “Biar lambatasalkan selamat”. Pepatah ini sebenarnya sesuai dengan ke-hendak syariat.

Syariat juga memerintahkan supaya kita membuat kerjaperlahan-lahan dan berhati-hati supaya selamat. Ada ke-terangan Hadis yang bermaksud:

Bertenang-tenang itu daripada ALLAH SWT. Danbersegera atau bergopoh-gapah itu adalah daripadasyaitan.

Kerja yang dibuat secara gopoh-gapah itu tidak selamatdan selalu tersilap; sekurang-kurangnya berlaku kesilapanteknik. Sebab itu syariat melarang kita membuat kerja ter-buru-buru Hatta, kalau kita hendak mengejar sembahyangberjemaah sekalipun, makruh hukumnya kalau kita bergopoh-

gapahSetakat mana yang dapat kita berjemaah bersama imam,

buatlah mana yang dapat. Jangan pula kerana kita sudah ter-lambat dari rumah, terus berlari ke masjid atau surau, melom-pat naik tangga. Perbuatan yang demikian sudah jadi makruh.Jadi, dalam hendak mengejar pahala pun tidak dibenarkanoleh ALLAH bergopoh-gapah. Oleh itu, hendaklah kita sen-tiasa bertenang dan berhati-hati. Biarlah perlahan-lahan dansecara beransur-ansur walau lambat sekalipun.

Sehubungan dengan itu kiaskanlah untuk setiap kerja kita,sama ada kerja-kerja mendidik anak, mendidik manusia,

201

Page 213: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QUDRAH, IRADAH, ILMU DAN HAYAT

mendidik diri kita dan sebagainya. Katalah kita sudah sedarbetapa pentingnya mendidik diri supaya taat kepada perintahALLAH dan meninggalkan larangan ALLAH. Jangan pulakita laksanakan semuanya sekaligus. Itulah masa kita hendakbuat sembahyang Dhuha, sembahyang sunat Rawatib, sembah-yang Tahajjud dan sebagainya. Itulah masa kita hendak puasadan itulah masa kita hendak mentelaah buku dan sebagainya.

Kerana dik terlalu terburu-buru sangat, lupa kita kepadaanak isteri kita, lupa kita kepada emak bapak kita dan se-bagainya. Perbuatan yang semacam inilah yang dilarang olehALLAH. Hendaklah kita ansur-ansurkan kerja kita dalamsemua hal. Kerana memang demikian ALLAH mendidik danmengajar kita. Sebab itulah setiap sesuatu yang ALLAHjadikan, tidak ALLAH jadikan sekaligus dan sekali rap.ALLAH jadikan berperingkat-peringkat mengikut proses-proses yang telah ALLAH tentukan. Padahal, bukan tidakboleh Allah buat sesuatu itu dalam masa seketika. Tetapisengaja ALLAH tidak buat dengan tujuan untuk mensunnah-kan kepada manusia supaya membuat kerja-kerjanya per-khan-lahan.

Dali l Naqli Sifat Ilmu

Dan seterusnya, cuba kita perhatikan pula dalil naqli yangmenunjukkan bahawa ALLAH SWT bersifat Ilmu. Ia terkan-dung di dalam surah AZ Zumar:

ALLAH SWT yang mengetahui akan perkara-perkarayang ghaib-ghaib dan perkara yang tiada ghaib (yangnyata).

(AZ Zumar: 46)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa ALLAH itu bersifatIlmu atau bersifat mengetahui. ALLAH sendiri yang telah

202

Page 214: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

membuat pengakuan ini. Oleh itu wajiblah kita mempercayai-nya serta meyakininya sungguh-sungguh.

ALLAH telah menyatakan dengan tegas tentang sifatilmu-Nya atau sifat mengetahui-Nya terhadap perkara-perkarayang ghaib ataupun terhadap perkara-perkara yang nyata.Tidak ada suatu perkara pun terlindung daripada pengetahuanALLAH, melainkan semua diketahui oleh ALLAH. Begituluas sekali pengetahuan ALLAH.

Sebab itulah ALLAH berfirman:

Tuhan yang amat mengetahui segala perkara yangghaib, tidak terlindung daripada ilmu-Nya sekecil-kecilbarang yang sebesar zarah pun yang ada di langit dandemikian juga tidak terlindung segala perkara yang adadi bumi dan tidak ada yang lebih kecil dari zarah itudan tidak ada yang lebih besar daripadanya melainkanada nyata tersebut di dalam kitab (iaitu Luh Mahfuz).

(Saba’: 3)

Oleh itu, perlu kita ingat bahawa sifat mengetahui bagiALLAH SWT adalah meliputi segala-galanya, sama ada padaperkara yang terang dan nyata ataupun pada perkara-perkarayang tersembunyi. Hatta lintasan hati manusia atau angan-angannya pun ALLAH tetap mengetahuinya. Segala turunnaik nafas kita pun ALLAH mengetahuinya.

Jadi, dengan pernyataan ayat di atas, sepatutnya keyakin-an kita bahawa wajib ALLAH bersifat mengetahui hendak-lah menjadi lebih kukuh dan padu. Dengan itu, akan timbul-lah perasaan takut dan gentar di dalam hati kita untuk me-lakukan sebarang kesalahan. Kerana setiap perkara yang kita

203

Page 215: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT QUDRAH, IRADAH, ILMU DAN HAYAT . i

buat, sama ada terang-terang atau bersembunyALLAH pasti mengetahuinya.

i-sembunyi,

Dali1 Naqli Sifat Hayat

Dan akhimya, dalil naqli yang menunjukkan bahawa ALLAHSWT wajib bersifat Hayat atau hidup terkandung di dalamayat:

Dan hendaklah kamu berserah kepada Tuhanmu yanghidup yang tiada mati.

(Al Furqan: 58)

Dengan pemyataan dari ALLAH SWT ini, maka bertam-bah lagilah keyakinan kita bahawa sesungguhnya ALLAHSWT bersifat Hayat.

Perlu kita ingat dan ketahui bahawa hidupnya ALLAHtidak seperti hidupnya makhluk yang perlu kepada nyawa danbemafas dengan menggunakan alat-alat atau anggota-anggota.ALLAH tidak demikian, malah hidup ALLAH SWT tidakterjadi dari empat unsur yang lazim berlaku pada makhlukuntuk hidup iaitu tanah, air, api dan angin. Kemudian hidupALLAH pula tidak memerlu kepada makan dan minum.

Dengan ini, keempat-empat sifat yang wajib bagi ALLAHSWT iaitu sifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat telah dapatkita bahaskan melalui kedua-dua dalil aqli dan naqli. Dari situ,jelaslah bahawa ALLAH SWT wajib bersifat dengan sifat-sifat tersebut.

204

-

Page 216: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAB 31

DALIL ALLAH: BERSIFAT SAMAK,

BASAR DAN KALAM

Page 217: 03 - Aqidah Mukmin 3

MATAN 7

g

ang kesebelas - dalil Samak. Yang kedua belas -dalil Basar, dan yang ketiga belas - dalil Kalam

bagi ALLAH Taala. Iaitu kiranya Tuhan tiada bersifatdengan sifat yang tiga itu Samak, Basar, Kalam nescaya lazimbersifat dengan lawannya iaitu kekurangan maka kekuranganbagi Tuhan itu mustahil kerana yang berkehendak kepadayang menyempumakan kekurangan itu melazimkan ia baharuyang berkehendak pula kepada yang membaharukan dia makaiaitu mustahil maka sabitlah Tuhan itu bersifat Samak, Basardan Kalam.

Adapun sebab dihimpunkan sifat yang tiga itu pada satudalil kerana bersuatu lazimnya tatkala ternafi sifat itumelazimi bersifat kekurangan pada Tuhan.

Dali1 naqli bagi sifat samak

Bahawasanya AKU bersama kamu berdua (hai Musadan Harun). AKU dengar dan AKU lihat.

(Thaha: 46)

Dan dalil naqli sifat Basar iaitu:

ALLAH Taala amat melihat dengan barang yang kamuperbuat.

(Al Hujurat: 18)

Dan dalil naqli bagi sifat Kalam iaitu:

ALLAH telah bercakap dengan Musa percakapan yangsempurna.

(An Nisa’: 164)

Page 218: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALAM bab ini, kita akan memperkata dan memperbahas-kan dalil-dalil aqli dan naqli ke atas sifat yang kesebelas,kedua belas dan ketiga belas bagi ALLAH SWT. iaitu sifatSamak, sifat Basar dan sifat Kalam.

Dali1 Aqli

Di sini, kita hendak membahaskan dalil-dalil yang berkena-’an ALLAH itu berkata-kata. Kerana, kalaulah ALLAH SWTtidak bersifat dengan sifat-sifat tersebut, nescaya ALLAHSWT akan bersifat dengan sifat-sifat lawannya. Iaitu akanjadilah ALLAH bersifat tuli, buta dan bisu. Dan sekiranyaALLAH SWT bersifat dengan sifat-sifat lawannya iaitu tuli,buta dan bisu, nescaya akal kita akan mengatakan bahawaALLAH SWT mempunyai sifat-sifat kekurangan. Kerana,sifat tuli, sifat buta dan juga sifat bisu itu adalah sifat-sifatkekurangan. Demikianlah yang akan berlaku pada ALLAHSWT sekiranya ALLAH tidak bersifat Samak, Basar danKalam.

Seterusnya, kalau ALLAH SWT bersifat dengan sifat-sifatkekurangan tadi seperti tuli, buta dan bisu, sudah tentulahALLAH akan berhajat atau memerlu kepada hendak me-nyempumakan kekurangan-kekurangan tadi. Lojiknya, kalau

207

Page 219: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT SAMAK ,BASAR DAN KALAM

sesuatu itu ada yang lain untuk menyempumakannya, akal kitatentulah mengatakan bahawa yang kena sempumakan itubersifat baharu. Jadi, kalaulah ALLAH memerlukan kepadayang menyempurnakan kekurangan-kektirangan-Nya, sudahtentulah Dia bersifat baharu.

Sedangkan dulu telah kita tunjukkan bahawa setiap yangbaharu itu ada yang membaharukannya. Dan kalaulah ALLAHitu baharu, maka tentulah ada yang membaharukan-Nya.Dengan kata-kata yang lain, tentulah ada yang menjadikanALLAH SWT. Manakala kalau ALLAH itu dijadikan, makaberertilah bahawa ALLAH itu lemah. Ini adalah kerana diantara yang kena jadi dan yang menjadikan, tentulah yangmenjadikan itu lebih kuat dan lebih gagah. Jadi, lemahlahALLAH SWT kalau Dia sendiri ada yang menjadikan.

Yang Lemah Tidak Mampu Mentadbir Perkara YangBerat

Padahal, kalaulah Tuhan itu lemah, nescaya tidak akan adaalam ini. Tidak akan ada ,yang terdapat di antara langit danbumi ini. Begitu juga tidak akan ada sebarang makhluk dimuka bumi ini. Hatta diri kita ini pun tidak akan ada kalauALLAH SWT bersifat lemah. Nisbah benda yang lemah, tidakakan dapat menjadikan perkara yang berat-berat. Dan alamini adalah satu kejadian yang berat. Menjadikan langit danbumi adalah satu perkara yang berat.

Begitu juga hendak menjadikan apa yang ada di antaralangit dan bumi ini adalah satu perkara yang berat. Hendakmenjadikan seluruh makhluk termasuk kita adalah satu per-kara yang berat. Kalau ALLAH lemah, tidak mungkin semuaini boleh dijadikan. Sedangkan semua itu sudah pun terjadi.Langit dan bumi dan seluruh yang ada di antara langit danbumi, semuanya sudah terjadi. Seluruh makhluk, termasuk dirikita, sudah juga terjadi dan dapat kita lihat di hadapan matakita sendiri.

Dengan itu terbuktilah bahawa ALLAH tidak lemah

208

Page 220: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

kerana kalau ALLAH lemah, sudah tentu semuanya tidakakan terjadi. Apabila ALLAH tidak lemah, tentulah tidak ada

I yang membaharukan ALLAH. Ertinya, ALLAH SWT tidakada yang menjadikannya. Dan kalau ALLAH tidak ada yang

imenjadikannya, tentulah Dia bersifat sempuma.

i

Kita tentunya sedia maklum bahawa sesuatu yang bersifatsempuma tentunya tidak mempunyai kekurangan. Bahasan

Ii

kita tadi telah menunjukkan bahawa ALLAH bersifat sem-puma. Yang demikian, ALLAH SWT tidak mempunyai se-barang kekurangan. Kalau begitu mustahillah ALLAH ber-sifat tuli, buta dan bisu. Tetapi wajiblah ALLAH bersifat

I dengan sifat Samak, sifat Basar dan juga sifat Kalam.I Demikianlah perbahasan akal kita bagi menunjukkanbahawa ALLAH SWT bersifat Samak, Basar dan Kalam.Dengan itu hendaklah kita yakini sungguh-sungguh bahawaALLAH SWT bersifat Samak, Basar dan Kalam. Jangansedikit pun kita ragu sama ada syak, zan atau waham. Ataujangan sekali-kali kita jahil sama sekali tentang sifat Samak,Basar dan Kalam bagi ALLAH SWT.

Mengapa kita mesti jauhkan diri kita daripada sebarang

1syak, zan atau waham? Dan mengapa pula kita tidak bolehsama sekali jahil atau tidak mengetahui langsung akan sifat-

Isifat yang wajib bagi ALLAH? Sebabnya, meyakini bahawawajib ALLAH bersifat Samak, Basar dan Kalam dengankeyakinan yang padu serta keyakinan yang sungguh-sungguhmerupakan persoalan aqidah; persoalan yang terpokok dalamajaran Islam. Kalau kita tidak meyakini sifat-sifat ALLAHtersebut atau kalau kita jahil langsung tentang sifat-sifat itu,maka rosaklah aqidah kita.

Amalan Orang Yang Tidak Beriman

Perlu kita ingat betul-betul bahawa kalau aqidah kita rosak,berertilah yang kita tidak beraqidah. Dan kalaulah kita tidakberaqidah, bererti bahawa kita tidak beriman. Seluruh amalibadah, seluruh kebajikan, kebaikan dan seluruh bakti kita

209

Page 221: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALLL ALLAH BERSIFAT SAMAK BASAR DAN KALAM

kepada ALLAH tidak bererti apa-apa lagi. Orang yang tidakberiman, segala amal ibadahnya tidak diberi pahala olehALLAH SWT.

Orang yang tidak beriman, sembahyangnya tidak ber-makna. Orang yang tidak beriman, puasanya tidak bermakna.Orang yang tidak beriman, ibadah hajinya tidak bermakna.Orang yang tidak beriman, perjuangan jihadnya tidak ber-makna. Orang yang tidak beriman kalau dia bersedekah ber-juta ringgit sekalipun bagi membina masjid atau membantuanak yatim, semuanya tidak ada nilai di sisi ALLAH. Tidakada pahala langsung bagi setiap kebajikan dan kebaikan yangdilakukannya.

Yang lebih parah, orang yang tidak beriman, kalau diamati, dia mati di dalam kekufuran kepada ALLAH SWTOrang yang mati kufur, duduknya adalah di dalam Neraka,kekal abadi selama-lamanya. Wal ‘iyazubillah. Sebab itu,jangan sampai kita biarkan aqidah kita rosak. Ertinya, jangansampai kita syak, zan atau waham terhadap wajibnya ALLAHSWT bersifat Samak, Basar dan Kalam. Atau jangan sampaikita tidak tahu langsung yang ALLAH SWT bersifat dengansifa-sifat tersebut. Daripada dalil aqli seperti yang telah kitabahaskan tadi, hendaklah kita yakini sungguh-sungguh bahawaALLAH SWT wajib bersifat Samak, Basar dan Kalam.

Dalil-dalil demikian bukan saja perlu bagi menguatkankeyakinan kita tetapi juga perlu bagi menolak hujah-hujahyang datang untuk mengungkai keyakinan kita. Sebab ditengah-tengah masyarakat kita, banyak soal yang akan men-cabar keyakinan dan iktiqad kita seperti bid‘ah-bid‘ah, khura-fat dan sebagainya. Bila perkara-perkara yang mencabarkeyakinan kita itu datang kepada kita, di waktu itu, kalau kitatidak ada hujah secara ilmiah atau secara akal mahupun hujahsecara naqli atau yang bersumberkan Al Quran, keyakinan kitaboleh menjadi ragu.

Sebab itu, hujah-hujah secara mantik atau secara falsafahbagi membuktikan ALLAH wajib bersifat Samak, Basar dan

210

Page 222: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Kalam serta lain-lain sifat yang wajib bagi-Nya, perlu kitaketahui sungguh-sungguh.

Di sinilah bijaksananya ulama besar Abu Hassan Asyaariserta ulama-ulama yang di belakangnya. Beliau telah mem-bawa satu pendekatan yang baik dalam mempelajari ilmutauhid iaitu dengan mengkaji hujah-hujah secara mantik atau-pun secara falsafah. Bila sifat-sifat ALLAH SWT itu dikajisecara ini, kita boleh lebih mudah memahaminya dan disamping itu kajian seperti ini boleh membersihkan aqidah kitadaripada perkara-perkara syubhat, khurafat dan bid‘ah yangbertaburan di dalam masyarakat kita.

Kerana, bahasan secara ilmiah begitu sajalah yang bolehmember-i kekuatan kepada kita untuk menolak kepercayaan-kepercayaan yang karut-marut itu.. Sebabnya, di zaman ini,umat Islam sudah berhadapan dengan bermacam-macambangsa yang membawa bermacam-macam fahaman hidup.Tambahan pula, umat Islam terpaksa hidup bergaul denganmereka yang mempunyai berbagai ragam hidup yang sesete-ngahnya karut, khurafat, bid‘ah dan sebagainya. Kalau umatIslam tidak dapat menghujah sifat-sifat ALLAH SWT itusecara mantik atau secara ilmiah, maka aqidah umat Islamakan goyang.

Tidak seperti di zaman Rasulullah SAW dan di zaman-zaman sekitar itu. Umat Islam masih berkelompok-kelompokdan tidak bercampur gaul dengan bangsa-bangsa lain yangmembawa ragam hidup yang bermacam-macam. Kerana itu,bila sifat-sifat ALLAH itu diceritakan melalui pernyataan-pemyataan ayat Al Quran saja, ia sudah cukup bagi umatIslam. Apabila ALLAH menegaskan kepada umat Islamdengan ayat-Nya:

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mendengar lagi MahaMelihat.

(Al Haj: 75)

2 1 1

Page 223: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT SAMAK BASAR DAN KALAM

Ia sudah cukup bagi umat Islam untuk meyakini bahawaALLAH Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Begitu juga, apabila ALLAH berkata di dalam Al Quran:

I

Semua yang ada di muka bumi binasa, dun zat Tuhan-mu tetap kekal, DIA mempunyai kebesaran dan ke-muliaan.

(Ar Rahman: 26-27)

Sahabat-sahabat dan umat Islam ketika itu terus mene-rimanya dan meyakininya. Pada mereka tidak perlu hujah dantidak perlu bahasan. Lebih-lebih lagi pada masa itu Rasulul-lah ada. Kalau ada saja bid‘ah-bid‘ah yang datang, khurafatatau sebagainya, awal-awal lagi umat Islam akan menolak-nya serta mengkufurkannya.

Perlunya Ilmu Tauhid Dikaji Secara Mantik

Jadi, di zaman selepas zaman Rasulullah dan sekitarnya, bila-mana umat Islam sudah bertambah ramai dan daerah-daerahIslam juga sudah bertambah luas, timbullah bermacam-macamfahaman, bermacam-macam perkara bid‘ah dan khurafat.Umat Islam terpaksa berhadapan dengan cabaran-cabaran itudan untuk menolaknya, bahasan dan hujah-hujah secara ilmi-ah adalah amat perlu. Di sinilah datangnya kasih sayangALLAH SWT melahirkan ulama-ulama seperti Abu HassanAsyaari dan Abu Mansur Maturidi dan lain-lain ulamauntuk mengemukakan kaedah-kaedah secara falsafah danmantik bagi mempertahankan aqidah yang sudah sedia ada.

Sebab itu jugalah, kalau ada orang yang mengatakanmengapa perlunya ilmu tauhid dikaji secara mantik dan se-cara ilmiah begini sedangkan di zaman Sahabat-sahabat tidakada maka kita akuilah yang itu memang benar. Tetapi diwaktu itu adalah zaman Rasulullah dan zaman para Sahabat

212

Page 224: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (ILI)

yang mana suasana hidup umat Islam ketika itu berlainan.Tetapi bahasan tauhid secara ilmiah ini datangnya kemudianiaitu bilamana suasana masyarakat Islam sudah berubah. UmatIslam sudah berhadapan dengan bermacam ragam manusiaserta berhadapan dengan pertambahan ilmu pengetahuan yangbermacam-macam yang sesetengahnya boleh menyesatkanumat Islam.

Umat Islam kini perlu mempunyai perisai-perisai tambah-an untuk menolak fahaman-fahaman sesat yang datang ditengah-tengah masyarakat Islam. Sebab itulah di sampingdalil-dalil tauhid secara naqli atau secara bersumber kepadaAl Quran yang memang sudah sedia ada, perlu pula ditokoktambah lagi dengan dalil-dalil serta hujah-hujah secara ilmi-ah dan secara falsafah supaya umat Islam bertambah yakindan bertambah kuat menolak hujah-hujah yang sesat itu.

Seterusnya, setelah kita dapat membahaskan sifat Samak,sifat Basar dan sifat Qalam yang wajib bagi ALLAH SWTsecara akal, kita ingin tahu, mengapakah ketiga-tiga sifat itukita himpunkan ke dalam satu dalil. Ini adalah kerana,“bersatu lazimnya tatkala ternafi sifat itu melazimi sifat-sifatkekurangan pada ALLAH SWT”. Ertinya, mana-mana satudaripada tiga sifat itu kalau ia temafi, semuanya akan mem-bawa kepada sifat kekurangan pada ALLAH SWT.

Umpamanya, kalau ALLAH SWT tidak bersifat Samak,tentulah ALLAH itu tuli. Atau kalau ALLAH SWT tidak ber-sifat Basar atau melihat tentulah ALLAH itu buta. Dan begitujuga, kalau ALLAH SWT tidak bersifat Kalam atau berkata-kata, tentulah ALLAH itu bisu.

Jadi, ketiga-tiga sifat tadi, apabila ternafi satu darinya,akan membawa kepada sifat kekurangan pada ALLAH SWT.Dengan sebab itu, ketiga-tiga sifat itu dihimpunkan ke dalamsatu dalil. Inilah yang dimaksudkan dengan “lazimnya ber-s a t u ” .

Demikianlah perbahasan kita secara aqli untuk menunjuk-kan bahawa ALLAH SWT wajib bersifat Samak, Basar danKalam Dan dalil ini sepertimana yang kita. katakan tadi

213

Page 225: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT SAMAK BASAR DAN KALAM

adalah penting bagi kita di akhir-akhir ini kerana suasanakehidupan umat Islam sudah dipengaruhi dengan berbagai-bagai fahaman sesat dan karut-marut. Kalau kita tidak dapatmemahami dalil secara ilmiah begini, kita tidak mungkindapat menolak hujah-hujah yang mencabar keyakinan tauhidkita kepada ALLAH SWT..

Tetapi, di zaman Rasulullah dan zaman para Sahabat,mereka meyakini sifat-sifat ALLAH SWT melalui dalil-dalilnaqli atau dalil yang bersumberkan Al Quran saja. Ia berupaketerangan-keterangan yang datang dari ALLAH sendiri.Sahabat-sahabat menerimanya bulat-bulat tanpa bahas. Keya-kinan Sahabat-sahabat tidak terungkai lagi kerana di zamanitu Rasulullah ada. Sebarang masalah yang mencabar ke-yakinan mereka, terus mereka rujuk kepada Rasulullah SAW.

Dali l Naqli

Kemudian, setelah kita dapat memahami dalil-dalil secara aqliyang menunjukkan bahawa wajib ALLAH SWT bersifatSamak, Basar dan Kalam, mari kita tinjau pula dalil naqli ataudalil yang bersumberkan wahyu dari ALLAH SWT yangmenunjukkan bahawa wajib ALLAH SWT bersifat Samak,Basar dan Kalam, iaitu wajib ALLAH itu mendengar, meli-hat dan berkata-kata.

Dalil naqli yang menunjukkan wajib ALLAH bersifatSamak ialah sepertimana yang terkandung di dalam firman-Nya: .

&I-p-&y<$~

Bahawasanya AKU bersama kamu (wahai Musa danHarun). AKU mendengar dan AKU melihat.

(Thoha: 46)

Di dalam ayat yang lain pula, ALLAH berfirman:

214

Page 226: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Sesungguhnya ALLAH Tuhan yang Maha Mendengarlagi Maha Melihat

(Ghafir: 20)

Ini merupakan pernyataan dari ALLAH sendiri yangmenunjukkan ALLAH SWT bersifat Samak. Memang patut-lah kita terima dan kita yakini tanpa bahas kerana pengaku-an ini datang dari ALLAH sendiri. Siapakah kita untukmenyangkal kebenarannya.

Seterusnya, dalil naqli yang menunjukkan ALLAH SWTbersifat Basar terkandung di dalam firman-Nya: .

ALLAH SWT itu amat melihat dengan barang yangkamu perbuat.

(Al Hujurat: 18)

Dengan ayat ini, ALLAH sendiri telah memberi pengaku-an bahawa Dia maha melihat segala suatu. Ayat ini menegas-kan begitu saja, tidak ada hujah dan tidak ada bahasan.Sahabat-sahabat Rasulullah, apabila turun ayat ini, merekaterus menerima dan mempercayainya. Tetapi perlulah kitaingat bahawa mereka adalah sahabat Rasul. Kalau taraf kitaini, dengan hanya berpegang kepada dalil naqli demikian

II tanpa disokong dan diperkuatkan dengan dalil secara ilmiah

dan dalil secara akal, nanti apabila datang perkara-perkarabid‘ah serta perkara-perkara sesat yang menolak keyakinankita, di waktu itu kita akan goyang. Atau boleh jadi jugakeyakinan kita akan terungkai terus

Kemudian dalil naqli yang menunjukkan ALLAH SWTitu bersifat Kalam terkandung di dalam ayat ini:

2 1 5

Page 227: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT SAMAK BASAR DAN KALAM

ALLAH telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengankata-kata yang jelas.

(An Nisa’: 164)

I

Lagi sekali ALLAH menegaskan kepada kita bahawa Diamempunyai sifat berkata-kata, dan dengan demikian wajiblahkita mempercayainya. Lebih-lebih lagi sebelum ini kita sudahpun membahaskannya secara akal.

Menyamakan ALLAH Dengan Makhluk - Syirik

Di dalam ayat ini ALLAH telah menceritakan kepada kitabahawa Dia telah berkata-kata dengan Nabi Musa dengansebenar-benarnya. Ini bukti menunjukkan bahawa wajibALLAH itu berkata-kata. Cuma yang perlu kita ingat di siniialah, berkata-katanya ALLAH tidak boleh disamakan dengancara kita berkata-kata iaitu dengan adanya suara, mengguna-kan mulut dan sebagainya. Jangan sekali-kali kita mengikti-qadkan demikian kerana sudah menyerupakan ALLAHdengan makhluk.

Sedangkan ALLAH tidak serupa dengan segala suatu.Kalau kita menyamakan ALLAH SWT dengan makhluk,maka kita telah jatuh kepada syirik. Ini amat bahaya sekali.Sebab itu jangan kita samakan berkata-katanya ALLAH SWTsepertimana berkata-katanya makhluk. Berkata-katanyaALLAH SWT adalah berkata-kata yang selayak bagi-Nya.Dan bagaimanakah hakikatnya? Wallahu a’lam. Bukan ke-mampuan akal kita untuk mengetahuinya. ALLAH sahajayang Maha Mengetahuinya. Kita hanya wajib mempercayai-nya sahaja.

Sebab itu, kita tidak boleh Cuba-Cuba mengkhayalkansifat-sifat ALLAH itu di dalam akal fikiran kita kerana kalaukita buat demikian, nanti akan tersesatlah kita. Untuk menge-

216

Page 228: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKh4lN (Ill)

lakkan diri kita daripada kesesatan demikian, apa saja pernyataantaan dari ALLAH SWT, hendaklah kita terima bulat-bulat.Hendaklah kita yakini setiap fir-man ALLAH yang telah di-sampaikan kepada Rasulullah SAW. Kerana, penyampaianwahyu kepada baginda merupakan mukjizat yang paling besaryang pemah disampaikan kepada para nabi dan rasul.

Pada Rasulullah SAW itu banyak sekali mukjizat yangtelah dianugerahkan oleh ALLAH SWT sebagai tanda-tandakebesaran dan keagungan baginda. Dan di antara mukjizatbesar yang kekal hingga ke akhir zaman ialah Al Quran yangberupa ayat-ayat daripada ALLAH SWT yang telah diwah-yukan kepada Rasulullah SAW. Al Quran ini adalah kemun-cak dari segala mukjizat yang ada pada Rasulullah dan iadapat kita saksikan hingga ke hari ini dan seterusnya sampaike akhir zaman nanti.

Jadi, Al Quran merupakan pemyataan dari ALLAH sen-diri. Tentulah pernyataan dari ALLAH adalah pemyataan yangpaling benar. Ia lebih. tepat dan lebih benar daripada per-bahasan akal kita. Kalau begitu, pemyataan ALLAH itulahyang lebih patut kita terima daripada yang lain-lainnya.

Firman ALLAH di dalam Al Quran:.

Yang haq itu datang daripada Tuhanmu, jangan sekali-kali kamu termasuk orang yang ragu (membangkangatau menolak).

(Ali Imran: 60)

Jadi dengan adanya dalil naqli iaitu dalil yang bersum-berkan Al Quran, maka lebih kuat lagilah menunjukkanbahawa wajib ALLAH bersifat Samak, Basar dan Kalam yangmesti menjadi keyakinan kita yang sungguh-sungguh tanpadicelah oleh syak, zan dan waham.

Demikian dalil-dalil aqli dan juga naqli bagi menunjuk-kan wajib ALLAH itu bersifat dengan sifat Samak, Basar dan

217

Page 229: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT SAMAK BASAR DAN KALAM

Kalam. Dan dengan itu mustahillah ALLAH bersifat dengansegala kekurangan darinya iaitu tuli, buta dan bisu. Kalau adaorang mengatakan bahawa ALLAH tidak wajib bersifatSamak, Basar dan Kalam, maka keyakinan yang demikianhendaklah kita tolak sama sekali.

Seterusnya kita ingin mengetahui bahawa ALLAH SWTmempunyai tujuh sifat yang digolong kepada sifat makna-wiyah iaitu Kaunuhu Taala Qodiran, Kaunuhu Taala Muridan,Kaunuhu Taala ‘Aliman, Kaunuhu Taala Hayyan, KaunuhuTaala Sami‘an, Kaunuhu Taala Basiran dan Kaunuhu TaalaMutakaliman. Bahasan bagi ketujuh-tujuh sifat ini sama saja.

Dali1 Keatas Sifat Harus Bagi ALLAH

Selanjutnya, kita akan teruskan perbahasan mengenai dalil-dalil ke atas sifat yang harus bagi ALLAH SWT. Bagaimana-kah dalil-dalil yang menunjukkan bahawa ALLAH SWTmempunyai satu sifat harus agar ia dapat menjadi keyakinankita dan pegangan kita.

ALLAH bersifat harus sahaja dalam menjadikan perkara-perkara yang mumkin atau harus sahaja tidak menjadikanperkara-perkara itu. Dan yang mumkin itu adalah makhlukatau seluruh sekalian alam ini. Dalam kata-kata yang lain,setiap yang baharu adalah perkara-perkara yang mumkin.Sama ada ALLAH hendak menjadikan perkara yang baharuini ataupun tidak mahu menjadikannya, pada ALLAH SWT,itu adalah harus sahaja.

Ertinya, tidaklah wajib bagi ALLAH hendak menjadikanyang baharu, dan tidak juga wajib bagi-Nya tidak hendakmenjadikan yang baharu ini. Misalnya, tidaklah ALLAH ituwajib menjadikan diri kita atau tidak, pula mustahil bagiALLAH untuk hendak menjadikan kita ini. Kedudukannyaharus saja. Dan oleh kerana kedudukannya harus sahaja, makasetiap yang terjadi ini boleh berlaku salah satu antara duasahaja iaitu boleh jadi ada atau boleh jadi tiada.

218

Page 230: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

ALLAH Tidak Dipaksa Menjadikan Alam

Tetapi, sekiranya ada orang berkata bahawa wajib ALLAHmengadakan makhluk ini, seperti wajib ALLAH menjadikanlangit dan bumi ini, atau wajib ALLAH menjadikan manusiatermasuk kita ini atau wajib Allah menjadikan rasul-rasul dansebagainya, maka perkara itu mesti ada kerana menurut tak-rif wajib pada akal, ia adalah suatu perkara yang tidak mahuditerima oleh akal akan tiadanya. Bermakna perkara itu wajibada atau mesti ada. Dari itu, kalaulah ada orang mengatakanbahawa ALLAH wajib menjadikan makhluk atau seluruh alamini, maka berertilah bahawa ALLAH mesti menjadikannya.

Kalaulah ALLAH dimestikan menjadikan alam dan se-luruh makhluk yang ada ini, tentulah ada yang memaksaALLAH demikian. Ertinya, ALLAH SWT sudah jatuh ke-pada terpaksa mengadakan makhluk dan seluruh alam ini.Kalau demikian, tentulah yang memaksa ALLAH menjadikanalam ini lebih berkuasa dan lebih gagah dari ALLAH SWT.Dan tentulah ALLAH SWT bersifat lemah. Kalau ALLAHlemah, awal-awal tadi telah kita katakan bahawa, alam initidak akan terjadi. Kini alam ini sudah ada di hadapan matakita. Ini menunjukkan bahawa ALLAH tidak lemah. Dankalau ALLAH tidak lemah, bererti tidak ada siapa yangmemaksa ALLAH.

Kalau begitu, tentulah ALLAH SWT tidak ada yangmenjadikan. Yang demikian menunjukkan bahawa tidak adayang memaksa ALLAH menjadikan alam ini. Maka, tidak-lah wajib bagi ALLAH untuk menjadikan alam ini. Keduduk-annya harus saja.

Begitulah juga sekiranya ada orang mengatakan, mustahilbagi ALLAH SWT untuk menjadikan alam ini. Untukmembahaskannya, kita perlu bahaskan takrif mustahil padaakal lebih dahulu. Yang dikatakan mustahil pada akal ialahsuatu perkara itu tidak mahu diterima oleh akal akan adanya.Dalam kata-kata yang lain, akal tidak mahu menerima terjadi-nya suatu perkara itu. Mustahil terjadi. Misalnya, kalau ada

219

Page 231: 03 - Aqidah Mukmin 3

DALIL ALLAH BERSIFAT SAMAK BASAR DAN KALAM

orang berkata, “Anak lebih tua daripada ayah”, akal tidak akanmahu menerimanya. Mustahil terjadi anak lebih tua daripadaayah.

Jadi, sesuatu yang tidak mahu diterima oleh akal akanterjadinya, itulah yang dikatakan mustahil pada akal. Kalaubegitu, yang mahu diterima oleh akal ialah adanya. Denganitu juga, kalau ada orang mengatakan bahawa mustahilALLAH SWT menjadikan yang baharu ini, akal tidak mahumenerimanya sama sekali. Kerana, alam ini sudah ada; langitdan bumi, bulan dan bintang, seluruh makhluk dan alam inisudah ada. Tentu sekali akal tidak mahu menerima akan tiada-nya. Ertinya, akal tidak mahu menerima kalau ada orangmengatakan bahawa mustahil ALLAH menjadikan alam inidan setiap yang baharu.

Jadi setelah kita bahas-bahaskan, wajibnya ALLAHmenjadikan alam ini tidak dapat diterima oleh akal kerana iaakan membawa kepada ALLAH bersifat lemah. KalauALLAH lemah, tidaklah terjadi seluruh alam dan setiap yangbaharu ini. Begitu juga, mustahilnya ALLAH menjadikanalam ini, tidak dapat diterima oleh akal kita kerana alam inisudah pun terjadi dan dapat kita lihat di depan mata kita.Yang demikian adalah harus sahaja bagi ALLAH menjadikanalam atau setiap yang baharu ini. Kedudukannya bukan wajibdan bukan pula mustahil.

Ertinya, di antara hendak menjadikan alam ini denganhendak tidak menjadikannya, kedudukannya sama saja. Bolehjadi ALLAH jadikan, dan boleh jadi ALLAH tidak menjadi-kannya Tetapi mengapa pula alam ini terjadi? Ini adalahkerana memang sudah ALLAH pilih hendak menjadikannyadi azali sana lagi. Sebab itulah ALLAH jadikan alam initermasuk diri kita.

Tetapi sebelum terjadinya alam ini, kedudukannya diantara hendak menjadikan dengan hendak tidak menjadikan-nya adalah sama saja. Cuma memang, sudah ALLAH pilihuntuk menjadikan alam ini, maka sebab itulah ada alam ini.

220

Page 232: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

Kerana, apabila ALLAH sudah pilih untuk menjadikannya,maka pastilah ia terjadi.

Jadi, iktiqad kita ialah, ALLAH menjadikan alam inisecara harus sahaja. Jangan sekali-kali kita mengiktikadkanbahawa ALLAH SWT menjadikan alam ini secara wajibataupun secara mustahil. Yang mengiktiqadkan ALLAHmenjadikan alam ini secara wajib ialah sebahagian dari ahli-ahli falsafah yang mengaku dirinya Islam, tetapi mereka iniberfahaman muktazilah.

Di antara fahaman yang dibawa oleh kaum muktazilahialah, mereka mengatakan wajibnya wujud alam ini samaseperti wajibnya wujud ALLAH SWT. Sebab bagi merekalojik adanya ALLAH SWT sama dengan lojik adanya alamini. Pada mereka, wujudnya ALLAH SWT dan wujudnyaalam ini adalah lazim-melazimi. Ertinya, wujudnya ALLAHkerana adanya alam ini sebagai bukti atau sebagai dalil. Danwujudnya alam ini adalah disebabkan wujudnya ALLAHS W T .

Fahaman ini membawa kepada wajibnya ALLAH SWTmenjadikan alam ini. Fahaman seperti ini hendaklah kita tolaksama sekali kerana iktiqad kita ialah ALLAH menjadikanalam ini dan segala yang mumkin adalah secara harussahaja. Inilah yang mesti kita yakini sungguh-sungguh danmesti menjadi pegangan kita.

221I

Page 233: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAB 32

BAHAGIAN-BAHAGIAN SIFAT DUA

PULUH BAG1 ALLAHSWT ,

Page 234: 03 - Aqidah Mukmin 3

MATAN

ahagian Sifat Dua Puluh

.

Adalah sifat dua puluh yang wajib bagi Tuhan ituterbahagi kepada empat bahagian:Yang pertama, sifat nafsiah maka dinamakan juga sifatsabutiyah (yang ditetapkan sahaja tidak termasuk di dalamgolongan ada dan golongan tiada).Yang kedua, sifat salbiah maka dinamakan juga sifat‘adamiah (yang terbangsa kepada tiada).Yang ketiga, sifat maani maka dinamakan juga sifat wujudiah(yang terbangsa kepada ada).Yang keempat, sifat maknawiyah maka dinamakan juga sifathaliah (yang terbangsa kepada keadaan, sama seperti yangpertama).

Sifat Nafsiah

Adalah makna sifat nafsiah itu ialah sifat yang dibangsakankepada zat iaitu sifat wujud ALLAH Taala tiada menunjukkank,epada makna yang lain lebih daripada berdirinya pada zat.Maka wujud itulah yang dikatakan nafsiah bagi zat ALLAHTaala yakni sifat yang tetap bagi zat segala ada zat dengantiada suatu kerana pun. Maka sebab wujud itu dinamakan sifatnafsiah kerana sebenar-benar wujud itu menunjuk kepada dirizat sahaja tiada lain dan tiada boleh dipisahkan sifat wujud itudaripada zat bagaimana sifat-sifat yang lain. Maka hakikatnyasifat nafsiah itu iaitu ha1 yang wajib bagi zat selagi ada zattidak dikeranakan dengan suatu kerana pun. Ia wujud padazihin (fikiran) tetapi tiada wujud pada kharij (luar fikiran).

Sifat Salbiah

Adalah makna sifat salbiah itu ialah sifat yang dibangsakankepada menafikan atau menidakkan maka sifatnya lima,

J

Page 235: 03 - Aqidah Mukmin 3

Qidam, Baqa, Mukholafatuhu Lilhawadisi, Qiamuhu TaalaBinafsihi dan Wahdaniah. Maka sebab dinamakan sifat salbiahkerana dengan lima sifat itulah yang menolak dan menafikanALLAH Taala bersifat dengan lawan dan segala sifatkekurangan atasnya seperti di bawah ini kenyataannya:1 . Qidam menafikan Tuhan ada permulaan.2. Baqa’ menafikan Tuhan ada kesudahan.3. Mukholafatuhu Lilhawadisi menafikan bersamaan dengan

segala yang baharu.4. Qiamuhu Taala Binafsihi menafikan berhajat kepada yang

lain.5. Wahdaniah menafikan berbilang-bilang.

Maka hakikat sifat salbiah itu iaitu ibarat daripadamenolakkan dan menafikan perkara yang tiada layak atasALLAH Taala. Sifat-sifat itu tiada maujud pada kharij dantiada maujud pada zihin. Dari itu dinamakan dia sifat‘adamiuh tetapi tidak dihukumkan nafi kerana antara nafidengan ‘adam ada berbeza iaitu tiap-tiap nafi dihukumkan‘adam maka tidak tiap-tiap ‘adam itu dihukumkan nafi, sepertisifat salbiah maka ia ‘adam tetapi tiada nafi. Maka nyatalah‘adam itu am dan nafi itu khas.

Page 236: 03 - Aqidah Mukmin 3

i

DALAM bab ini, kita akan membahaskan bahagian-bahagi-an sifat 20 bagi ALLAH SWT, yang mana 20 sifat yang wajibbagi ALLAH SWT ini, sedikit sebanyak telah kita pelajaridalam bab-bab sebelum ini, berserta dalil-dalilnya secararingkas sama ada dalil aqli mahupun dalil naqli. Kita akanmembahaskannya lagi dengan membahagikannya kepadaempat bahagian iaitu:

1. Sifat nafsiah;2. Sifat salbiah;3. Sifat maani; dan4. Sifat maknawiyah.

Hukum Mempelajarinya

Sebelum kita memperkatakan perkara ini dengan lebih lan-jut, ingin juga diingatkan di sini bahawa mengkaji bahagian-bahagian sifat 20 ini hanya merupakan fardhu kifayah, bukanfardhu ain. Ertinya, tidak semua orang di dalam satu kawasanmasafatul qasar atau di dalam lingkungan kawasan 48 batu(menurut Mazhab Syafi‘i) wajib mengetahui perbahasanbahagian sifat 20 ini. Memadailah kalau ada satu orang sajayang mengetahuinya. Tetapi, kalau di dalam satu kawasan

226

Page 237: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

masafatul qasar itu tidak ada seorang pun umat Islam yangakil baligh yang mengetahui perbahasannya, maka seluruhumat Islam di kawasan itu adalah berdosa.

Bagaimanapun, mengetahui sifat 20 yang wajib bagiALLAH SWT dengan dalil-dalilnya sama ada dalil aqlimahupun dalil naqlinya, adalah menjadi fardhu ain kepadasetiap umat Islam yang akil baligh. Setiap mukallaf mestimempelajari, memahami dan meyakininya kerana ia merupa-kan pegangan dan keyakinan seseorang itu. MengenalALLAH melalui sifat-sifat-Nya itu adalah tapak di dalamajaran Islam. Di atasnyalah ditegakkan perkara-perkara yanglain. Jadi mempelajari sifat 20 yang wajib pada ALLAH,walaupun secara ringkas-ringkas, adalah wajib ain bagi setiapmukallaf.Tidak Mengapa Jika Susah Faham

Maka perbahasan kita di sini mengenai bahagian-bahagiansifat 20 yang kesemuanya ada empat bahagian, adalah untukmemenuhi perintah fardhu kifayah sahaja. Dan perbahasan inidikaitkan dengan ilmu mantik atau ilmu falsafah. Oleh itu, iaagak susah untuk kita fahami. Bukan saja susah untuk difa-hami, malah untuk menghuraikannya pun agak susah. Namundemikian, oleh kerana ia bukan tuntutan fardhu ain, sekadarfardhu kifayah sahaja, maka kalau kita tidak dapat mema-haminya, tidaklah menjadi hal. Cuma, kalau dapat kita fahami,alhamdulillah, dapatlah ia menambahkan lagi ilmu penge-tahuan kita.

Sifat Nafsiah

Sifat nafsiah ataupun yang dikatakan sifat sabutiyah, adalahsifat yang ditetapkan sahaja. Ia tidak termasuk dalam golong-an ada dan tidak juga termasuk dalam golongan tiada. Iniadalah menurut pandangan ahli falsafah atau ahli ilmu mantik.

Oleh kerana itu, sifat nafsiah ini adalah sifat yang di-bangsakan kepada zat, iaitulah sifat Wujud bagi ALLAHSWT. Nisbah setiap yang baharu, sifat nafsiah ini adalah yang

227

Page 238: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHAGIAN-BAHAGIAN SIFAT DUA PULUH BAGI ALLAH SWT

dibangsakan kepada d i r i Tetapi bagi ALLAH SWT, sifatnafsiah ini adalah yang dibangsakan kepada zat ALLAH SWTitu sendiri. Jadi, sifat nafsiah ini tidak menunjukkan kepadamakna yang lain lebih daripada berdiri pada zat.

Nafsiah Menunjuk Kepada Wujudnya ALLAH

Ertinya, Wujud itulah yang dikatakan nafsiah bagi ALLAHSWT iaitu sifat yang tetap bagi zat selagi ada zat. Dengankata-kata yang lam, zat ALLAH itulah yang dikatakan Wujud.Dan bila kita katakan nafsiah, ia menunjukkan kepada wujud-nya ALLAH SWT atau adanya zat ALLAH SWT.

Dulu telah kita bahaskan tentang erti Wujud itu sendirisepertimana yang telah dibentangkan oleh ulama-ulama iaitu:Wujud itu ialah zat bagi ALLAH SWT. Jadi, yang dimak-sudkan dengan Wujud itu ialah zat bagi ALLAH SWT.Kerana, sekiranya tidak ada zat, maka tentulah tidak bolehdikatakan wujud. Kalau dinisbahkan pada makhluk seperti kitaini, bagaimana boleh dikatakan kita ini ada kalau diri kitatidak ada. Atau bagaimana boleh sesuatu benda itu dikatakanada kalau bendanya tidak ada. Bagi ALLAH SWT, tentulahtidak boleh dikatakan benda tetapi itulah zat bagi-Nya. Makazat itulah yang dikatakan Wujud tadi.

Untuk memudahkan perbahasan kita, cuba kita ambilsebuah buku misalnya. Yang dapat kita lihat dan kita rasapada benda yang kita namakan buku itu, itulah yang dinama-kan zat buku itu. Oleh kerana adanya buku itu sepertimanayang dapat kita rasa dan yang dapat kita lihat, maka timbul-lah kalimah ada atau kalimah wujud. Sekiranya buku itu tidakada, tentulah tidak timbul kalimah ada. Begitu jugalah denganbenda-benda yang lain; apabila benda itu ada, maka barulahtimbul kata-kata yang menunjukkan benda itu ada atau bendaitu wujud. Maka benda itulah yang dikatakan wujud. Danwujud itulah yang dikatakan nafsiah iaitu yang dibangsakankepada diri benda itu.

Cuma, perlu sekali kita ingat di sini, ALLAH SWT

228

Page 239: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

bukanlah nisbah benda atau nisbah setiap yang baharu keranaALLAH SWT tidak boleh dilihat dan tidak boleh dirasa.Namun, zat ALLAH itu tetap ada sebagaimana telah kitabahaskan dalam bab-bab yang lalu. Adanya alam ini danadanya segala yang baharu termasuklah kita ini, menunjuk-kan adanya ALLAH SWT, atau menunjukkan wujudnyaALLAH SWT. Dan kepada zat ALLAH SWT yang dikata-kan Wujud itulah yang dikatakan nafsiah.

Wujud itulah sifat yang tetap bagi ALLAH SWT selagiada zat. Ertinya, selagi ada zat, maka selama itulah kalimahwujud akan timbul. Dan kalimah itu akan seterusnya timbulkerana sememangnya zat ALLAH SWT itu wujud dengantidak ada kesudahannya. Sepertimana buku yang menjadipermisalan kita tadi; selagi buku itu ada, maka selagi itulahkalimah wujud itu timbul. Cuma, adanya buku itu akan ber-kesudahan. Ia akan musnah juga. Dan apabila buku itu sudahtidak ada, maka barulah kalimah wujud bagi buku itu tidakada lagi.

Tetapi zat ALLAH SWT, wujudnya tidak berkesudah-an. Oleh itu, selama-lamalah kalimah Wujud itu ada bagi zatALLAH SWT. Itulah yang dikatakan sifat yang tetap bagiALLAH SWT.

Wujudnya ALLAH Tidak Bersebab

Kemudian, adanya zat ALLAH SWT itu atau wujudnya zatALLAH SWT itu, tidak dikeranakan oleh suatu kerana.Maksud tidak dikeranakan oleh suatu kerana di sini ialah,ALLAH tidak ada yang menjadikan. Atau dengan maksudyang lain, wujudnya ALLAH SWT tidak bersebab. Tidaksepertimana makhluk ini; setiap kewujudannya bersebab.Contohnya diri kita ini; hakikatnya, yang menjadikan kitaialah ALLAH SWT tetapi wujudnya diri kita ini ada berse-bab, iaitu melalui ibu dan ayah. Kerana adanya ibu dan ayah,maka wujudlah kita ini. Jadi, ibu dan ayah adalah sebagaisebab sahaja.

229

Page 240: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHAGIAN-BAHAGIAN SIFAT DUA PULUH BAG1 ALLAH SWT

Tetapi, zat ALLAH SWT yang dikatakan Wujud dan yangdikatakan nafsiah itu, tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana.Dengan maksud, tidak ada siapa yang menjadikan zat ALLAHSWT. Ertinya, wujudnya ALLAH SWT itu tidak bersebabsepertimana wujudnya makhluk seperti kita ini. Dan kepadawujudnya zat ALLAH SWT itulah yang dikatakan nafsiah,tidak kepada yang lain dari itu. Dan oleh kerana yang demi-kian jugalah, sifat nafsiah ini hanya satu sahaja iaitu Wujud.

Jadi, kesimpulannya, wujud itu dinamakan nafsiah ada-lah kerana sebenar-benar wujud itu menunjukkan kepada dirizat dan tiada lain, yang mana di antara sebutan kalimah ‘ada’dengan zat yang ada itu tidak boleh dipisahkan. Ertinya,sebutan kalimah ‘ada’ atau ‘wujud’ itu tidak boleh dipisah-kan daripada zat yang ada itu.

Kemudian, zat ALLAH SWT itu adalah maujud padazihin atau pada tikiran tetapi tiada maujud pada kharij ataudi luar fikiran. Untuk membahaskan pengertian ini, kitakembali kepada buku yang menjadi contoh perbandingan kitatadi. Nisbah setiap yang baharu seperti buku itu, yang dikata-kan zat itulah bendanya atau dirinya, yang dapat kita rasa.Dengan kata-kata yang lam, itulah jirim benda atau buku tadi.Cuma, setiap yang dapat kita lihat pada zat yang baharu itu,itulah sifatnya.

Seterusnya, apakah zat itu dapat dilihat di luar fiiirankita? Tentulah tidak. Tetapi, apakah ia boleh dinafikan olehfikiran kita? Tentu juga tidak. Kerana, zatnya sudah adahingga ia dapat dilihat dan dapat dirasa. Itulah yang menye-babkan timbulnya kalimah wujud bagi zat buku itu. Kalau-lah ada orang yang berani menafikan buku itu tidak ada ataubuku itu tidak wujud, apakah akal kita boleh menerimanya?Tentulah tidak. Sebaliknya, akal fikiran kita tetap mengata-kan ada atau wujudnya buku itu. Dengan kata-kata yang lain,buku itu maujud pada fikiran kita.

Tetapi, kalau kita lihat dengan mata kepala kita di luarfikiran kita, apakah zat buku itu boleh dilihat? Tentulah tidak.

Yang dapat kita lihat atau yang nampak pada mata kepala kita

230

Page 241: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

itu bukan zatnya tetapi adalah sifatnya, iaitu bentuknya begi-an-begian, warnanya begian-begian dan sebagainya. Jadi, yangdapat kita lihat dengan mata kepala kita pada fikiran adalahsifatnya. Ertinya, buku itu maujud pada fikiran kita tetapitidak maujud di luar fikiran.

Dan, kalaulah jirim seperti buku itu pun, hanya maujudpada fikiran kita tetapi tidak maujud di luar fikiran kita,betapalah ALLAH SWT yang sifatnya tidak sama dengansegala yang baharu. Wujudnya Tuhan itu hanya ada padazihin atau pada fikiran kita. Akal kita tetap mengakuiadanya Tuhan kerana buktinya, alam ini ada, seluruh makhlukini ada, langit dan bumi ini ada, pergantian siang dan malamini ada. Semua itu menunjukkan wujudnya Tuhan. Kerana itu,fiiiran kita tetap mengakui Tuhan itu ada.

Tetapi, sekiranya kita hendak melihat Tuhan itu di luarfikiran kita, apakah boleh? Tentu tidak. Kerana, kalaulah adatemampak oleh kita -akan ALLAH di luar fikiran kita, itubukan ALLAH. Itu adalah makhluk ALLAH. Tersesatlah kitakalau makhluk ALLAH yang kita lihat itu, kita katakanALLAH. Hal ini memang berlaku. Setengah-setengah orang,dia melihat makhluk ALLAH dan itu dikatakannya Tuhan.

ALLAH Tidak Dapat Kita Lihat Di Luar Fikiran

Jadi, ALLAH SWT tidak dapat kita lihat dan tidak dapat kitagambar-gambarkan di luar fiiiran kita. la hanya maujud didalarn fikiran kita. Akal fikiran kita tidak dapat menolakwujudnya Tuhan. Bukti dan dalilnya sudah jelas. Tetapi, kalauhendak kita cari-cari di luar fikiran kita, itu tidak boleh. Kalaukita jumpa zat Tuhan di luar fikiran kita, jatuh syiriklah kita.

ISebab itu, mempelajari ilmu tauhid ini agak lain dari mem-pelajari ihnu lain. Ilmu tauhid, lebih banyak kita pelajari, lebihtak dapat. Tetapi, kalau semakin kita belajar, semakin nam-pak zat Tuhan, itu ertinya kita sudah silap belajar.

Sebab itu, dalam kita mempelajari ilmu tauhid ini, jangansampai zat Tuhan itu nampak di luar fikiran kita. Setelah kita

2 3 1

Page 242: 03 - Aqidah Mukmin 3

BAHAGIAN-BAHAGIAN SIFAT DUA PULUH BAGI ALLAH SWT

pelajari dan kita ketahui zat Tuhan itu begian-begian sifatnyadi dalam akal fikiran kita, jangan sekali-kali hendak kitagambarkan di luar fikiran kita. Kerana wujudnya ALLAH ituhanya pada zihin tetapi tiada maujud pada kharij atau di luarfikiran.

Sifat Salbiah

Sifat salbiah atau sifat ‘adamiab pula ada lima semuanya iaituQidam, Baqa’, Mukholafatuhu Lilhawadisi, Qiamuhu TaalaBinafsihi dan Wahdaniah. Sifat salbiah ini adalah sifat yangdibangsakan kepada tiada ataupun kepada menafikan. Dikata-kan sifat yang menafikan atau sifat mentiadakan, keranadengan lima sifat yang terkandung dalam sifat salbiah inilahyang menolak sifat-sifat lawan bagi ALLAH SWT. Bila kitasebut saja salah satu daripada lima sifat yang terkandungdalam sifat salbiah ini, dengan sendirinya tertolak lawannya.Jadi, salbiah menafikan sifat yang tidak layak bagi ALLAHSWT.

Umpamanya, kita ambil salah satu daripada lima sifatyang terkandung di dalam sifat salbiah ini. Katalah sifatQidam atau sedia bagi ALLAH SWT. Seperti telah kita hurai-kan sebelum ini, sedia bagi ALLAH SWT adalah sedia yangtidak ada permulaan. Bukan sedia sepertimana sedianyamakhluk iaitu sedia yang disediakan. Ada yang menyediakan-nya. Bererti sedianya makhluk, ada permulaan.

Tetapi, bila kita katakan bahawa Qidam bagi ALLAHSWT itu adalah sedia yang tiada permulaan, dengan sendiri-nya sudah ternafi ada permulaan. Ertinya, sifat Qidam bagiALLAH SWT itu sendiri sudah menafiian ada permulaantanpa perlu kita datangkan hujah-hujah yang menafikan. ErtiQidam itu saja sudah cukup untuk menolak sifat lawannya.

Begitu juga dengan sifat Baqa’ yang bererti ‘kekal’. Bilakita katakan ALLAH bersifat kekal, dengan sendirinya ter-nafi sifat lawannya yang mengatakan ALLAH itu ada kesu-dahannya. Ertinya, kekal itu sendiri sudah menunjukkan tidak

232

Page 243: 03 - Aqidah Mukmin 3

AQIDAH MUKMIN (III)

ada kesudahan. Tidak payah lagi kita datangkan bukti-bukti-

/ nya.Kemudian sifat salbiah yang lain ialah Mukholafatuhu

. Taala Lilhawadisi. Ertinya bersalah-salahan ALLAH SWT itudengan sifat yang baharu. Bila kita katakan yang ALLAHSWT itu bersalah-salahan dengan segala yang baharu, dengansendirinya kita telah menafikan sifat lawannya yang mengata-kan ALLAH itu serupa dengan segala yang baharu.

Seterusnya Qiamuhu Taala Binafsihi iaitu berdiri ALLAHSWT dengan sendirinya. Maksud berdiri dengan sendirinyadi sini adalah, pertama ALLAH SWT tidak berhajat kepadazat tempat Dia berdiri, dan yang kedua ALLAH SWT tidakberhajat kepada yang menjadikan-Nya. Dulu telah kita bahas-kan bahawa ALLAH SWT tidak berhajat kepada zat tempatDia berdiri kerana ALLAH SWT itu bukan sifat. Dia adalahzat yang wajibul wujud atau wajib ada. Zat tidak memerlukepada zat. Yang memerlukan zat adalah sifat, sedangkanALLAH SWT itu bukan sifat. Sebab itu, ALLAH SWT tidakmemerlu kepada zat tempat Dia berdiri.

Kemudian, ALLAH SWT itu tidak memerlu kepada yangmenjadikan Dia. Ini adalah kerana ALLAH SWT itu tidak adasiapa yang menjadikan-Nya. Ertinya, bila kita katakan yangALLAH SWT itu bersifat Qiamuhu Taala Binafsihi, ertinyaALLAH SWT itu berdiri dengan sendirinya dengan tidak adasiapa yang menjadikannya. Sekaligus temafi ALLAH SWTitu ada yang menjadikan dan sekaligus juga temafi ALLAHSWT itu memerlukan kepada zat tempat dia berdiri.

Dan begitu jugalah dengan sifat Wahdaniah, yang ertinyaALLAH itu esa. Bila kita katakan yang ALLAH SWT itu esaatau tunggal, dengan sendirinya temafi sifat lawannya yangmengatakan ALLAH SWT itu berbilang-bilang. Iaitu kalau

/ ALLAH itu esa atau tunggal, ternafilah ALLAH itu dua atau

/ALLAH itu tiga, empat dan seterusnya.

Demikianlah yang dikatakan sifat salbiah itu sifat yang

1

menafikan bagi lawannya. Sifat salbiah menolak sifat yangtidak layak bagi ALLAH SWT. Kesemua lima sifat itu apa-

233

Page 244: 03 - Aqidah Mukmin 3
Page 245: 03 - Aqidah Mukmin 3