02 buku pelan new - myakrab.files.wordpress.com · di peringkat kementerian dan jabatan carta...

30

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Perutusan i

Kata Alu Aluan ii

Ringkasan Eksekutif 1

Tujuan Pelan Strategik 2

Punca Kuasa 3

Pengenalan 4 - 6

Carta Organisasi 7

Kod Etika AKRAB 8

Ciri-ciri Amalan AKRAB 9

Logo, Moto, Visi dan Misi 10 - 11

Cabaran-cabaran 12

Faktor Penentu Kejayaan 13

Pelan Tindakan 14 -24

Memandang Ke Hadapan 25

Kandungan

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya,Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awambersama-sama Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) buat julung-

julung kalinya telah berjaya menyiapkan naskhah Pelan Strategik AKRAB2016 - 2020. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semuasemua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalamusaha menyediakan pelan strategik ini.

Pelan Strategik dirangka bagi perancangan jangka panjang yangmengandungi Visi,Misi dan hala tuju AKRAB untuk mencapai kejayaanpada masa hadapan. Saya percaya AKRAB memainkan perananpenting sebagai pembimbing rakan sekerja barisan kedua di belakangPegawai Psikologi di setiap agensi awam. Justeru itu pelan strategikini merupakan panduan berguna di dalam merangka program dan halatuju AKRAB di setiap organisasi. Diharapkan seluruh organisasi AKRABdi agensi awam dapat menjadikan dokumen perancangan strategik inisebagai panduan berguna bagi memastikan ekosistem yang kondusifterus dikekalkan sepanjang masa.

Saya mengharapkan agar seluruh warga AKRAB terus berusahadengan lebih giat lagi agar matlamat penwujudan AKRAB ini tercapaidan dirasai. Semoga apa yang telah dirancang dapat dilaksanakandan memberi manafaat kepada seluruh warga perkhidmatan awam.

TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINALKetua Pengarah Perkhidmatan Awam

Perutusan

i

PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah hasil daripada beberapasiri bengkel dan sumbang saran yang dilaksanakan bersamawarga AKRAB serta wakil Pegawai Perkhidmatan Psikologi

maka terbentuklah Pelan Strategik AKRAB 2016-2020. Pelan ini telahmeletakkan asas yang kukuh berpaksikan kepada 4 teras utama yangjuga mendokong Teras ke 5 Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam.Empat teras strategik tersebut ialah (Teras 1) Memperkasa KompetensiPeribadi bagi meningkatkan keunggulan diri (Teras 2) MenyemarakkanKompetensi Sosial bagi menyuburkan budaya keprihatinan (Teras 3)Memperkukuhkan Kompetensi Budaya untuk meningkatkan keupayaanorganisasi dan (Teras 4) Memantapkan Kompetensi Professional bagimeningkatkan kredibiliti individu.

Pelan Strategik ini akan memastikan bahawa inisiatif yang dilaksanakanmemenuhi tuntutan semasa pemegang taruh dan juga pelanggandalaman dan luaran yang sentiasa inginkan suasana kondusif danharmoni di tempat kerja.

Saya menyeru seluruh ahli AKRAB untuk terus memberi komitmen danmempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran baru di dalam bidangbimbingan, kaunseling dan psikologi demi mengangkat jenama AKRABke peringkat yang lebih tinggi. Di harap Pelan Strategik AKRAB 2016- 2020 ini dapat difahami dengan jelas oleh ahli AKRAB, penyelarasAKRAB dan pengurus sumber manusia di setiap agensi awam agarpelan tindakan yang digariskandapat dilaksanakan dengan optimumdan istiqamah.

Syabas saya ucapkan.

DATO’ DR. ABD. HALIM BIN MOHD HUSSINPengarahBahagian Pengurusan PsikologiJabatan Perkhidmatan Awam

Kata Alu Aluan

ii

1

Dokumen ini menerangkan Pelan Strategik AKRAB bagi tempoh lima(5) tahun iaitu dari tahun 2016 hingga 2020.

Ia merupakan pelan bagi perancangan dan pelaksanaan programAKRAB di seluruh negara secara terancang dan sistematik.

Bagi menggerakkan program AKRAB, terdapat empat (4) fokus utamayang berasaskankepada Teras Strategik seperti berikut:

1. Memperkasakan kompetensi peribadi bagi meningkatkankeunggulan diri;

2. Menyemarak kompetensi sosial bagi menyuburkan budayakeprihatinan;

3. Memperkukuhkan kompetensi budaya untuk meningkatkankeupayaan organisasi; dan

4. Memantapkan kompetensi profesional bagi meningkatkan kredibilitiindividu.

Ringkasan Eksekutif

2

Dokumen ini:

1. menyatakan semua strategi dan inisiatif yang telah dirancang olehBahagian Pengurusan Psikologi (BPPs), Jabatan PerkhidmatanAwam (JPA) dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) selaku badaninduk Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) untukdiselaraskan dan dilaksanakan secara sistematik dan bersepadubagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan;

2. akan menjadi rujukan utama BPPs JPA dan MAK bagi menentukanpelaksanaan aktiviti AKRAB di setiap kementerian, jabatan, agensidan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) adalah selarasdengan hala tuju strategik BPPs JPA secara keseluruhan; dan

3. memusatkan segala komitmen dan fokus AKRAB bagi menjayakanVisi dan Misi organisasi dan seterusnya Misi Nasional.

Tujuan Pelan Strategik

3

Pembangunan Pelan Strategik AKRAB 2016-2020 ini mengambil kirabeberapa dokumen penting dan proses kerja iaitu:

• Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam.

• Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 – AplikasiPsikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.

• Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 – PelaksanaanDasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang BerprestasiRendah Dalam Perkhidmatan Awam.

• Surat Edaran JPA bertarikh 24 Julai 2013 - Garis PanduanPelaksanaan Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam(AKRAB).

• Surat Edaran JPA Tahun 2015 -Garis Panduan Pencalonan danPenilaian Anugerah Pengiktirafan AKRAB Perkhidmatan Awam.

• Surat Edaran JPA Tahun 2015 -Konsep Pelaksanaan AKRAB Caredan AKRAB Xtra di dalam Program Rakan PembimbingPerkhidmatan Awam.

• Surat Edaran JPA Tahun 2014 -Garis Panduan Anugerah AmalanTerbaik AKRAB.

• Buku AKRAB : Konsep dan Kemahiran Menolong (2010).

Punca Kuasa

4

AKRAB DAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagipegawai yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sekerjasepertimana dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18Tahun 2005. Rakan Pembimbing merupakan agen penggerak kepadapelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam.Ia diwujudkan dengan objektif bagi menyediakanperantaraan untukmemberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usahamembantu Pengurus Sumber Manusia di agensi. Disamping itu, visiRakan Pembimbing juga menjadi penyumbang kepada usaha modalinsan dalam Pengurusan Sumber Manusia.

AKRAB (dahulunya dikenali sebagai AKRAM) membawa maksudAmanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari merupakan ciri-ciripenting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. Tanpa ciri-ciri tersebut, peranan seseorang dalam menjalankan fungsi rakanpembimbing kurang berkesan. AKRAB juga merupakan penjenamaansemula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawaikhidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yangmerujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi. Inibermakna, di dalam perkhidmatan awam, pegawai yang memainkanperanan sebagai rakan pembimbing keseluruhannya akan dikenalisebagai AKRAB.

Penubuhan Majlis AKRAB Kebangsaan atau ringkasannya MAK adalahlanjutan resolusi Konvensyen AKRAM pada 1 – 2 April 2009 anjuranAKRAM Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). YBhg. Dato’ Dr.Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Operasi) JPA meminta BPPs JPA mengkaji dan menyelaraskanpenubuhannya serta menjenamakan AKRAM kepada AKRAB mulaiDisember 2009.

Pengenalan

5

Mesyuarat Penubuhan MAK telah diadakan pada 24 April 2009 dihadiriPegawai Perhubungan dan Pengerusi–Pengerusi AKRAB darikementerian, jabatan dan agensi. MAK telah dilancarkan denganrasminya oleh YBhg Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah PerkhidmatanAwam (KPPA) pada 7 Mei 2010 di Konvensyen Pertama MAK yangdiadakan di Dewan Serbaguna Bahagian Hal Ehwal Undang-undang,Jabatan Perdana Menteri. Lebih 300 orang ahli AKRAB menyertaikonvensyen AKRAB kali pertama ini. Semenjak itu Konvensyen AKRABKebangsaan telah diadakan setiap tahun dengan kerjasamaKementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Bagi memantapkan lagi MAK, YBhg Dato’ Dr. Ahmad Jailani binMuhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam selaku penaung MAK di dalamsatu Majlis Ramah Mesra bersama jawatankuasa MAK pada 13 Mac2015 telah menyarakan agar MAK di daftarkan dengan JabatanPendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Pada 7 Ogos 2015 MAK telah didaftarkan secara rasmi dengan ROSsebagai sebuah pertubuhan bertaraf kebangsaan dengan nomborpendaftaran PPM-011-16-07082015. Matlamat penubuhan MAK ialah:

1. badan induk yang menaungi Rakan Pembimbing PerkhidmatanAwam (AKRAB) di peringkat kebangsaan;

2. menyelaras semua program, aktiviti dan latihan AKRAB di peringkatkebangsaan;

3. berperanan sebagai perantara antara AKRAB di sektor awamdengan Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan PerkhidmatanAwam, Malaysia.

4. merancang dan melaksanakan aktiviti peningkatan ilmu berbentukprofesionalisme yang berkaitan khidmat membimbing;

5. mewujudkan kumpulan pakar penilai anugerah AKRAB; dan

6. menjadi rakan strategik Bahagian Pengurusan Psikologi, JabatanPerkhidmatan Awam, Malaysia

6

Hasil kunjungan hormat Exco MAK pada 6 April 2016 terhadap YABDato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana MenteriMalaysia, YAB telah bersetuju sebagai Penaung Kehormat MajlisAKRAB Kebangsaan.

7

JAWATANKUASA PENYELARAS AKTIVITI AKRABDI PERINGKAT KEMENTERIAN DAN JABATAN

Carta Organisasi

JAWATANKUASAKOMPETENSI PERIBADI

JAWATANKUASAKOMPETENSI BUDAYA

ORGANISASI

JAWATANKUASAKOMPETENSI SOSIAL

JAWATANKUASAKOMPETENSI PROFESIONAL

PENAUNG

PENASIHAT

PENYELARAS

PENGERUSI

TIMB. PENGERUSI

SETIAUSAHA

PENOLONG SETIAUSAHA

8

TERIMA TANPA SYARAT

Ahli AKRAB mestilah menghormati kepelbagaian individu dan tidakmendiskriminasi rakan yang dibimbing atas sebab-sebab seperti umur,warna, kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina, bangsa, orientasiseks, status perkahwinan atau status ekonomi.

KERAHSIAAN

Ahli AKRAB mesti memaklumkan kepada rakan yang dibimbing denganmemberikan maklumat secukupnya berhubung proses dan perhubunganmenolong dalam segala aspek yang dibincangkan adalah rahsia.

PERHUBUNGAN PROFESIONAL

Ahli AKRAB mesti berusaha untuk mengelakkan perhubungan mesrayang berlebihan dengan rakan yang dibimbing sehingga bolehmelemahkan pertimbangan profesional dan meningkatkan risiko ataumenjejaskan imej kepada rakan yang dibimbing. Ahli AKRAB tidak bolehterlibat di dalam sebarang jenis perhubungan di dalam sebarang jenisperhubungan intim dengan rakan yang dibimbing.

Kod Etika AKRAB

9

AMANAH

Sentiasa bersifat amanah bagi menjaga rahsia dan maruah rakan yangdibimbing serta menjaga tahap profesionalisme dalam melaksanakantugas serta menjaga kelangsungan perkhidmatan yang diberikan.

KOMITMEN

Sentiasa memberikan komitmen yang jitu dan usaha yang bersunguh-sungguh bagi memastikan peranan sebagai ahli AKRAB mampudilaksanakan.

RASIONAL

Sentiasa rasional dalam menjalankan tugas sebagai ahli AKRAB keranaperlu menerima rakan yang ingin dibimbing seadanya walaupunberbeza.

AKHLAK

Sentiasa menjaga penampilan diri dan berakhlak mulia bolehmenimbulkan rasa percaya orang lain terhadap diri ahli AKRAB danperkhidmatan yang diberikan.

BESTARI

Seseorang ahli AKRAB perlu memiliki ciri kecerdasan,berpengetahuandan mempunyai budi pekerti yang mulia.

Ciri-ciri Amalan AKRAB

10

LOGO

i. Bulatan – Kesepaduan, bersatu hati

ii. Lambang persekutuan ikhlas untuk negara- Berkhidmat denganikhlas untuk negara

iii. Tiga (3) orang – Semangat, setia kawan, sepakat, kerjasama danmuhibah

iv. Merah – Bersedia membantu dan membimbing

v. Kuning – Keceriaan, bebas dari belenggu masalah

vi. Biru – Ketenangan, keharmonian, warna kehidupan, kesetiaan dankemanusiaan.

MOTO

Berkhidmat Membimbing

Logo, Moto, Visi dan Misi

11

VISI

Menjadikan AKRAB sebagai Penggerak Pembangunan Modal Insandalam Pengurusan Sumber Manusia

MISI

1. Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada wargaorganisasi.

2. Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapipermasalahan kehidupan.

3. Bertindak sebagai perantara antara pegawai dengan PegawaiPsikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah.

4. Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumbermanusia di agensi bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB.

12

Terdapat dua bentuk cabaran yang dihadapi oleh AKRAB iaitu cabarandalaman dan cabaran luaran. Cabaran dalaman melibatkan ahli AKRABsendiri, manakala cabaran luaran pula terdiri dari harapan pemegangtaruh, pelanggan, ketua jabatan, rakan sekerja, faktor kewangan danpersekitaran.

Cabaran Dalaman:

• Keperluan mempersiapkan diri dari aspek emosi, spiritual, fizikal,intelektual dan integriti;

• Kesediaan memberikan bantuan kepada rakan sekerja dalamsebarang situasi;

• Keperluan memantapkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagaibidang yang berkaitan tugas ahli AKRAB;

• Keperluan menonjolkan keperibadian yang mulia dan menjadi contohkepada penjawat awam lain; dan

• Pertembungan antara kesukarelaan dan komitmen yang pelbagai.

Cabaran Luaran

• Penerimaan terhadap peranan dan tugas ahli AKRAB kurangdifahami oleh segelintir pihak pengurusan organisasi dan rakansekerja;

• Kepelbagaian isu dan masalah yang dihadapi oleh penjawat awammasa kini;

• Peruntukan kewangan yang terhad untuk melaksanakan program;dan

• Kesediaan mendapatkan kerjasama dan sokongan daripada pihakpengurusan tertinggi organisasi dan ketua jabatan.

Cabaran-cabaran

13

• Sokongan oleh semua pihak di peringkat agensi awam.

• Penerimaan, pengiktirafan dan sokongan kepada ahli AKRAB didalam organisasi.

• Ahli AKRAB menonjolkan identiti dan imej yang menyakinkan sertakeperibadian yang luhur.

• Ahli AKRAB yang berketrampilan, berilmu dan berkemahiran.

• Ahli AKRAB bersikap profesional dalam melaksanakan tugasbimbingan dan tunjuk ajar kepada warga organisasi.

• Komitmen dan penglibatan ahli AKRAB yang jitu.

• Memberikan perkhidmatan secara sukarela tanpa mengharapkanimbuhan.

• Peruntukan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan aktivitiAKRAB.

• Jaringan perhubungan yang mantap dan sistematik.

Faktor Penentu Kejayaan

14

Teras 1 : Memperkasa Kompetensi Peribadi bagi meningkatkankeunggulan diri.

Memberi penekanan kepada ahli AKRAB tentang bagaimanamenguruskan diri sendiri dari aspek kesedaran kendiri (self awareness)dan pengurusan kendiri (self management).

Outcome yang diharapkan :

Kebolehan menerima, menghargai diri sendiri, mengurus emosi danmotivasi berkesan.

Pelan Tindakan

15

Str

ateg

i

1.M

elah

irkan

ahl

iA

KR

AB

yan

gbe

rpot

ensi

dan

berp

erso

nalit

iun

ggul

Pro

gra

m /

In

isia

tif

a.P

rogr

amK

epim

pina

n da

nP

engu

rusa

nO

rgan

isas

i

b.P

rogr

am P

asca

AK

RA

B y

ang

berk

aita

npe

rkhi

dmat

anm

enol

ong

c.A

KR

AB

Kan

an

d.A

KR

AB

Wib

awa

e.P

enca

lona

nA

nuge

rah

AK

RA

Bka

tego

ri In

divi

du

KP

I

Pen

glib

atan

seku

rang

-kur

angn

ya10

%

ahli

set

ahun

.

Pen

glib

atan

seku

rang

-kur

angn

ya10

% a

hli s

etah

un

Men

gikt

iraf

seku

rang

-ku

rang

nya

10%

seta

hun

dari

AK

RA

BA

sas.

Men

gikt

iraf

seku

rang

-ku

rang

nya

1%se

tahu

n da

ri A

KR

AB

Kan

an

Min

imum

sat

u (1

)pe

ncal

onan

yan

gla

yak

Keb

erh

asil

an

Pem

impi

n da

n ah

liA

KR

AB

yan

gbe

rkeb

oleh

anm

engu

rus

orga

nisa

si.

Ahl

i AK

RA

B y

ang

kom

pete

n

Ahl

i AK

RA

B y

ang

men

jadi

rol

e m

odel

Ahl

i AK

RA

B y

ang

men

jadi

rol

e m

odel

dan

mem

puny

aike

paka

ran

khus

us.

Ahl

i AK

RA

B y

ang

dikt

iraf

Tin

dak

an

BP

Ps

& M

AK

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

AK

RA

Bag

ensi

aw

amB

PP

s

16

Teras 2 : Menyemarak Kompetensi Sosial bagi menyuburkan budayakeprihatinan

Merujuk tentang bagaimana menguruskan perhubungan melaluiinteraksi sosial. Proses sosialisasi ini mengandungi elemen empati iaitukesedaran mengenai perasaan, keperluan dan keprihatinan orang lain.

Outcome yang diharapkan :

Melahirkan ahli AKRAB yang memiliki kemahiran bersosial iaituberhubung dan berkerjasama dengan orang lain.

17

Str

ateg

i

1.P

engl

ibat

an d

ida

lam

akt

iviti

suka

rela

wan

ata

uke

bajik

an /

CS

R

2.M

enge

mas

kini

dat

ape

ndaf

tara

n ah

liA

KR

AB

KP

I

Sek

uran

g-ku

rang

nya

1 a

ktiv

iti s

etah

un

Bila

ngan

pen

jaw

ataw

am (s

akit,

berm

asal

ah,

pesa

ra)

yang

dila

wat

i.

Bila

ngan

org

anis

asi

keba

jikan

yan

gm

ener

ima

khid

mat

orga

nisa

si /

ahl

iA

KR

AB

sec

ara

kons

iste

n

Sek

uran

g-ku

rang

nya

70%

ahl

i AK

RA

BK

emen

teria

n / S

UK

berd

afta

r de

ngan

MA

K

Sem

ua K

emen

teria

n/S

UK

mem

puny

aidi

rekt

ori

/ pa

ngka

lan

data

ah

li ya

ngke

mas

kini

Keb

erh

asil

an

Ahl

i AK

RA

B y

ang

prih

atin

dan

em

pati

Ahl

i AK

RA

B y

ang

prih

atin

dan

em

pati

Pen

glib

atan

ahl

iA

KR

AB

yan

gko

nsis

ten

di d

alam

kerja

-ker

ja k

ebaj

ikan

Pro

ses

pem

utih

anke

ahlia

n di

laks

anak

an

Mak

lum

at

ahli

dire

kod

seca

ra s

iste

mat

ik

Tin

dak

an

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

MA

KB

PP

sA

KR

AB

age

nsi a

wam

MA

KB

PP

sA

KR

AB

age

nsi a

wam

Pro

gra

m /

In

isia

tif

AK

RA

B X

tra

a.K

empe

n da

ftar

keah

lian

MA

K

b.M

ewuj

udka

ndi

rekt

ori a

hli

/P

angk

alan

dat

aA

KR

AB

18

Str

ateg

i

3.M

embi

na ja

ringa

npe

rhub

unga

n ah

liA

KR

AB

di s

elur

uhne

gara

Pro

gra

m /

In

isia

tif

Mew

ujud

kan

jarin

gan

kelo

mpo

k m

edia

sosi

al d

i per

ingk

ator

gani

sasi

dan

keba

ngsa

an

KP

I

Sek

uran

g-ku

rang

nya

70%

ahl

i AK

RA

B d

ihu

bung

kan

deng

anke

lom

pok

med

iaso

sial

.

Keb

erh

asil

an

Pen

yalu

ran

mak

lum

atse

cara

sis

tem

atik

Tin

dak

an

MA

KB

PP

sA

KR

AB

age

nsi a

wam

19

Teras 3 : Memperkukuhkan Kompetensi Budaya untuk meningkatkankeupayaan organisasi

Menguruskan perubahan organisasi yang mengandungi elemenpengurusan budaya kerjaorganisasi dankesedaran tentang budayaorganisasi lain.

Outcome yang diharapkan :

Kebolehan memahami budaya organisasi, sensitif terhadap budaya,fleksibiliti budaya serta mencapai prestasi tinggi dengan kumpulan daribudaya dan latar belakang yang berbeza.

20

Str

ateg

i

1.M

eman

tapk

anpe

ngur

usan

orga

nisa

si A

KR

AB

2.M

enye

barlu

aspr

ogra

m

dan

peng

libat

an A

KR

AB

KP

I

Sat

u ca

rta

orga

nisa

siA

KR

AB

Sat

u do

kum

enP

erle

mba

gaan

Org

anis

asi

AK

RA

B /

Gar

is P

andu

anP

engu

rusa

nO

rgan

isas

iA

KR

AB

Mel

aksa

naka

nse

kura

ng-k

uran

gnya

50%

akt

iviti

dal

amP

elan

Str

ateg

ik

Sek

ali

seta

hun

Keb

erh

asil

an

Org

anis

asi

yang

bers

truk

tur

Dok

umen

tasi

yan

gsi

stem

atik

Pel

aksa

naan

dan

pera

ncan

gan

yang

sist

emat

ik

AK

RA

B d

i ken

ali d

ika

lang

an w

arga

orga

nisa

si

Tin

dak

an

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

BP

Ps

JPA

/A

KR

AB

agen

si a

wam

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

Pro

gra

m /

In

isia

tif

a.M

eman

tapk

anpe

ngur

usan

orga

nisa

si A

KR

AB

b.M

ewuj

udka

nst

rukt

ur o

rgan

isas

iya

ng s

iste

mat

ik

c.M

ewuj

udka

nP

erle

mba

gaan

Org

anis

asi A

KR

AB

/G

aris

Pan

duan

Pen

guru

san

Org

anis

asi

AK

RA

B

d.M

elak

sana

kan

Pel

an S

trat

egik

AK

RA

B

a.M

enga

daka

n H

ari

Per

sada

AK

RA

Bse

mpe

na M

ingg

uP

siko

logi

21

Str

ateg

i

3.M

endo

kum

enta

sika

nilm

u da

npe

ngal

aman

ahl

i(t

acit

know

ledg

e) d

ida

lam

ben

tuk

pene

rbita

n fo

rmal

(exp

licit

know

ledg

e)

KP

I

Min

imum

tig

a (3

)m

ediu

m d

igun

akan

Min

imum

sek

ali

seta

hun

Sek

uran

g-ku

rang

nya

2 ta

hun

seka

li /

berd

asar

-kan

kepe

rlua

n

Keb

erh

asil

an

War

ga o

rgan

isas

im

enge

tahu

i akt

iviti

yang

dila

ksan

akan

Pen

guru

san

tert

ingg

i /

war

ga o

rgan

isas

im

enge

tahu

i da

nm

emah

ami p

eran

anA

KR

AB

Dok

umen

tasi

ilm

uya

ng s

iste

mat

ik

Tin

dak

an

BP

Ps

dan

MA

K

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

BP

Ps

& M

AK

AK

RA

BA

gens

i aw

am

Pro

gra

m /

In

isia

tif

b.M

empe

rkas

akan

med

ium

peny

ebar

anm

aklu

mat

AK

RA

Bm

elal

ui m

edia

ar

uspe

rdan

a da

n m

edia

sosi

al

c.M

enga

daka

npe

mbe

nta-

ngan

/pe

rkon

gsia

npe

laks

anaa

n ak

tiviti

dan

Am

alan

Ter

baik

AK

RA

B (A

TA)

bers

ama

peng

urus

ante

rtin

ggi /

war

gaor

gani

sasi

Pen

erbi

tan

baha

nse

cara

for

mal

/ilm

iah

-bu

ku,

maj

alah

dsb

.

22

Teras 4 : Memantapkan Kompetensi Profesional bagi meningkatkankredibiliti individu.

Merujuk kepada pengetahuan dan pendekatan ahli AKRAB semasamemberi latihan dan bimbingan.

Outcome yang diharapkan :

Kecekapan menggunakan kaedah dan pendekatan yang profesionalserta mencari jalan penyelesaian masalah sesuatu isu yang dihadapioleh rakan sekerja.

23

Str

ateg

i

1.M

elak

sana

kan

sesi

bim

bing

an s

ecar

asi

stem

atik

2.M

enga

daka

npr

ogra

mpe

rkon

gsia

n ilm

u /

mak

lum

at /

peni

ngka

tan

prof

esio

nalis

me

3.P

enge

nalp

astia

nba

kat

(Tal

ent

Iden

tific

atio

n) –

AK

RA

B P

akar

KP

I

Mer

ekod

kan

sesi

bim

bing

an p

ada

hari

yang

sam

a.

Men

yedi

akan

lap

oran

setia

p su

ku t

ahun

Sat

u ka

li se

tahu

n

Sek

uran

g-ku

rang

nya

5% a

hli s

etah

un d

ari

jum

lah

ahli

AK

RA

B d

ise

sebu

ah a

gens

i

Bila

ngan

AK

RA

BP

akar

yan

g di

rek

od

Keb

erh

asil

an

Rek

od s

esi b

imbi

ngan

yang

sis

tem

atik

Ana

lisis

sta

tistik

ses

ibi

mbi

ngan

Mem

pero

leh

ilmu,

kem

ahira

n da

npe

ngal

aman

baru

di d

alam

bid

ang

berk

aita

n

Ahl

i AK

RA

B y

ang

yaki

n di

ri da

n re

labe

rkon

gsi

peng

alam

an

Ahl

i AK

RA

B y

ang

dapa

t m

enyu

mba

ngke

paka

ran

kepa

dape

rkhi

dmat

an a

wam

Tin

dak

an

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

BP

Ps

& M

AK

AK

RA

B a

gens

i aw

am

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

MA

KB

PP

s

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

Pro

gra

m /

In

isia

tif

a.B

uku

Log

Ses

iB

imbi

ngan

AK

RA

B

b.L

apor

an b

erka

lase

si b

imbi

ngan

AK

RA

B

a.K

onve

nsye

n /

Sem

inar

/ M

ajlis

Ilmu

AK

RA

B /

Kem

/P

erta

ndin

gan

b.P

erko

ngsi

anP

enga

lam

an a

hli

AK

RA

B

Mem

bang

un-k

andi

rekt

ori /

ban

k da

taA

KR

AB

Pak

ar

24

Str

ateg

i

4.M

emba

ntu

Pel

aksa

naan

Pro

gram

Int

erve

nsi

dan

Pem

bang

unan

Peg

awai

dal

amte

mpo

hpe

mer

hatia

n da

sar

pem

isah

KP

I

Bila

ngan

klie

n ya

ngdi

pant

au

Keb

erh

asil

an

Ahl

i AK

RA

B y

ang

prih

atin

Tin

dak

an

AK

RA

Bag

ensi

aw

am

Pro

gra

m /

In

isia

tif

AK

RA

B C

are

25

Perkhidmatan Awam turut memerlukan sokongan aplikasi psikologi bagimelahirkan modal insan kelas pertama. Keberkesanan program aplikasipsikologi di sesebuah organisasi ini akan menjadi satu faktor penentudalam menilai keupayaan perkhidmatan awam berhadapan dengantuntutan semasa. AKRAB akan terus diperkasakan dari aspekpemantapan kompetensiahlinya bagi membantu pelaksanaan urusansumber manusia yang lebih pantas dan berkesan.

Melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti secara terancang, segalausaha yang digariskan di bawah pelan tindakan ini merupakan satuproses penjajaran yang berterusan kearah pencapaian matlamatstrategik AKRAB serta hala tuju Perkhidmatan Awam dalam tempoh2016-2020.

Peranan AKRAB di dalam perkhidmatan awam tidak lagi sekadar tugassukarelawan tetapi menjadi satu keperluan utama ke arahmempersiapkan anggota perkhidmatan awam menghadapi perubahanmenuju negara maju pada tahun 2020.

Perancangan lima tahun ini merupakan satu usaha penambahbaikanberterusan kepada perancangan untuk tahun-tahun berikutnya. AKRABsebagai pelengkap kepada pengurus sumber manusia perkhidmatanawam akan sentiasa menyokong dan memberi nilai tambah kepadapenyampaian perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti.

Memandang Ke Hadapan

26