011_noh-upm 2011

28
1 TEKS UCAPAN Y.B. DATUK SERI NOH OMAR MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI DI MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI SEMPENA MINGGU PERKASA PUTRA PELAJAR BAHARU SEMESTER PERTAMA SESI 2011/2012 DEWAN BESAR, PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR DARUL EHSAN KHAMIS 8 SEPTEMBER 2011 WAKTU KETIBAAN 11.20 PAGI

Upload: muhammad-syahid-syahid

Post on 18-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

mmm

TRANSCRIPT

  • 1

    TEKS UCAPAN Y.B. DATUK SERI NOH OMAR

    MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI DI MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI SEMPENA

    MINGGU PERKASA PUTRA PELAJAR BAHARU SEMESTER PERTAMA SESI 2011/2012

    DEWAN BESAR, PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, UNIVERSITI

    PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR DARUL EHSAN

    KHAMIS 8 SEPTEMBER 2011 WAKTU KETIBAAN 11.20 PAGI

  • 2

    Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh, Salam

    sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

    Saudara/ri Pengacara Majlis,

    Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan,

    Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)

    Timbalan-Timbalan Naib Canselor, UPM

  • 3

    Pegawai-Pegawai Kanan Universiti, Pegawai-Pegawai Universiti,

    Dan Pelajar-Pelajar Baharu Sesi 2011/2012

    Serta Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian

    1. Terlebih dahulu bersama-samalah kita memanjatkan

    kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah

    kurniaNya, dapat kita bersama-sama hadir dalam Majlis Ramah

    Mesra Bersama Menteri Sempena Minggu Perkasa Putra Pelajar

    Baru Semester Pertama Sesi 2011/2012 . Dan masih tidak

    kelewatan bagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan

  • 4

    perhargaan kepada saudara/i semua atas kejayaan memasuki

    Universiti Putra Malaysia, bagi meneruskan rekod kecemerlangan

    saudara/i semasa di sekolah, matrikulasi, politeknik dan lain-lain

    institusi pengajian di Negara kita.

    2. Jadikan kejayaan ini sebagai tanda keramat bahawa

    saudara/I adalah insan-insan yang terpilih untuk menjadi tonggak

    Negara dalam menghasilkan kualiti modal insan yang mampu

    meneruskan kesinambungan kemajuan dan kemakmuran Negara

    kita. Sebagai orang dewasa yang mungkin bertaraf bapa kepada

  • 5

    saudara/I semua, suka saya mengingatkan bahawa kejayaan

    memasuki universiti bukanlah merupakan titik noktah perjuangan

    anda. Ini merupakan perjuangan baru yang penuh liku dan

    cabaran, yang menuntut kualiti diri yang tinggi bagi menjadi

    seorang mahasiswa yang cemerlang.

    3. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada

    Universiti Putra Malaysia kerana sudi menjemput saya sebagai

    Menteri Mentor bagi turut meraikan pelajar baharu Universiti

    Putra Malaysia. Dan sebelum saya meneruskan ucapan saya

  • 6

    ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Dzahir

    dan Bathin serta Salam Kemerdekaan buat semua.

    Para Hadirin yang saya hormati sekalian,

    4. Dengan pertambahan jumlah institusi pengajian tinggi,

    awam mahupun swasta, kualiti diri mahasiswa yang cemerlang

    tidak hanya diukur berdasarkan pencapaian CGPA semata-mata.

    Kita perlu terima kenyataan bahawa yang menentukan nilai,

  • 7

    harga dan kualiti pelajar adalah kualiti mahasiswa sebagai modal

    insan Negara. Saya percaya Universiti Putra Malaysia dan juga

    IPTA yang lain sangat menyedari tentang kepentingan elemen ini,

    elemen yang bakal menentukan kejayaan saudara saudarai di

    dalam dunia sebenar selepas tamatnya pengajian di UPM selama

    tiga atau empat tahun yang mendatang. Kemahiran generik atau

    lebih dikenali dengan kemahiran insaniah perlu dipelajari,

    difahami seterusnya dihayati sebagai nilai-nilai utama kehidupan.

  • 8

    5. Dan nilai-nilai inilah yang akan menentukan kejayaan dan

    kemakmuran diri dan keluarga. Malah lebih jauh lagi, nilai-nilai

    inilah yang akan melahirkan modal insan yang akan mampu

    meneruskan kesinambungan kemajuan Negara. Senario hari ini

    menunjukkan bahawa IPTA atau IPTS yang berperanan sebagai

    pembekal sumber manusia untuk mengisi tempat pekerjaan

    semata-mata tidak lagi dianggap memadai. Hari ini universiti

    terpaksa "mengejar" kepesatan perubahan supaya proses

    pembelajaran dan pengajaran pelajar lebih relevan dengan

    perkembangan terkini.

  • 9

    6. Dalam keadaan yang sedemikian, aspek lain seperti

    kematangan berfikir, perkembangan sahsiah, daya kepimpinan,

    budaya intelektual, kemahiran insaniah di kalangan pelajar yang

    seharusnya terangkum dalam pendidikan yang bersepadu.

    Kemahiran generik adalah merupakan kemahiran bukan teknikal

    yang sangat penting dalam pembangunan diri, sahsiah dan

    kehidupan seharian pelajar serta berguna untuk melahirkan insan

    yang mempunyai keterampilan diri dan berdaya saing sama ada

    di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Dalam aspek

    pembangunan diri pelajar, aspek kemahiran generik ini harus

  • 10

    diberi perhatian yang sewajarnya selaras dengan aspirasi

    pembangunan negara.

    Saudara/saudari mahasiswa baharu yang saya rai kan

    sekalian,

    7. Satu lagi cabaran besar yang perlu diberikan perhatian oleh

    saudara/I sekalian bermula dari sekarang adalah keupayaan

    mengadakan pekerjaan kepada diri sendiri. Persediaan ini perlu

    kerana pada masa sekarang banyak graduan yang menganggur

  • 11

    selepas tamatnya pengajian di universiti. Persiapan ini sangat

    perlu sebagai tindak balas rasional yang perlu ditangani kerana

    realiti yang sedang berlaku sekarang sangat membimbangkan

    kita. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada pengangguran

    siswazah termasuklah kekurangan kemahiran generik pelajar,

    kelembapan ekonomi, sikap terlalu memilih pekerjaan, perlu

    diberikan tumpuan oleh saudara/I sekalian bermula semasa

    saudara/I . Satu-satunya bidang yang membolehkan saudara/I

    menjadi sebagai penyedia pekerjaan adalah keusahawanan.

  • 12

    8. Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat

    penting di negara ini. Kerajaan menjadikan bidang keusahawanan

    terutamanya sektor industri kecil dan sederhana sebagai

    penyumbang utama peluang pekerjaan baharu, dan seterusnya

    membantu perkembangan ekonomi negara pada abad yang

    mendatang. Saya sangat percaya Universiti Putra Malaysia

    menyedari kepentingan ini dan mempunyai pelbagai rancangan

    dan pelan tindakan yang akan menjayakan budaya

    keusahawanan dalam kalangan pelajar.

  • 13

    9. Matlamat program keusahawanan universiti adalah untuk

    membentuk pelajar sebagai pencipta kerja yang berpotensi dan

    bukan sebagai pencari kerja. Telah banyak dilaporkan bahawa

    keputusan untuk menubuhkan sesuatu perniagaan adalah

    berasaskan pemahaman seseorang terhadap aktiviti

    keusahawanan. Bekerja sendiri dan memiliki perniagaan adalah

    satu opsyen yang realistik untuk pelajar yang mempunyai

    kemahiran dan pengetahuan di peringkat menara gading.

    Malangnya, tidak ramai pelajar yang melihat keusahawanan

    sebagai satu alternatif kerjaya yang wajar diceburi. Jadi adalah

  • 14

    penting untuk membentuk sikap yang positif terhadap

    keusahawanan. Kajian yang dibuat di negara barat telah

    membuktikan bahawa pendidikan keusahawanan adalah berkait

    dengan keputusan untuk memulakan perniagaan atau tidak.

    Fakta juga telah menunjukkan pengalaman, potensi, ciri

    keusahawanan, sikap, hobi, persepsi keusahawanan kendiri dan

    idea perniagaan adalah pengaruh yang kuat terhadap aspirasi

    keusahawanan. Justeru, saudara/I mestilah merebut peluang

    yang ada dengan menyertai sebanyak mungkin program

    keusahawanan yang di anjurkan oleh Universiti.

  • 15

    Para Hadirin yang saya hormati sekalian,

    10. Sebagai menteri yang menerajui kementerian yang

    berasaskan pertanian, suka ingin saya menekankan bahawa

    pertanian juga adalah perniagaan. Saya ingin mengambil

    kesempatan ini untuk berkongsi dengan saudara/I tentang

    peluang pekerjaan yang sangat luas dalam bidang pertanian,

    walaupun saudara/I akan mengikuti bidang pengajian yang

    berlainan dengan pertanian. Pada Julai tahun 2010, kementerian

  • 16

    saya dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia telah berjaya

    mengadakan program Anak Angkat Lepasan Ijazah Tani di

    bawah Program Mentor 1 IPTA 1 Menteri. Program ini bertujuan

    untuk melahirkan kesedaran minda serta kematangan berfikir

    dalam diri siswazah semasa membuat keputusan untuk masa

    depan mereka dengan lebih cemerlang. Program ini juga akan

    dapat membantu untuk memenuhi hasrat dan dasar kerajaan

    khususnya di peringkat Kementerian sebagai peneraju

    transformasi sektor pertanian kerana siswazah juga adalah aset

  • 17

    yang paling berpotensi sebagai agen transformasi sektor

    pertanian.

    11. Kewujudan UPM dan Kementerian Pertanian dengan fungsi

    dan objektif yang hampir-hampir sama dalam membangunkan

    sektor pertanian sangat berharap melalui program yang

    seumpama ini, membolehkan para pelajar didedahkan kepada

    realiti kehidupan menyeluruh dalam melaksanakan perusahaan

    dan perniagaan pertanian. Mereka diharap dapat menimba

  • 18

    pengalaman dan menemui resipi kejayaan usahawan tani yang

    telah berjaya.

    12. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah

    menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta pada tahun 2010

    sebagai galakan, bantuan dan insentif telah diberikan kepada

    seramai 153 orang generasi muda termasuk Siswazah Tani.

    Kemudahan tersebut berbentuk geran pembangunan iaitu pada

    had maksimum RM10,000 bagi Semenanjung Malaysia dan

    RM12,000 bagi Sabah dan Sarawak. Sementara itu se ramai 64

  • 19

    orang generasi muda (belia) telah diletakan di bawah Program

    penyeliaan Kolej Pertanian Malaysia dan Lembaga Perindustrian

    Nanas Malaysia dengan kerjasama pengusaha anchor seperti

    Wan Malinja Food Industries Sdn. Bhd. (WMFISB) yang telah

    menjalankan perniagaan Food Kebab dan Bonek Enterprise.

    13. Di samping itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas

    Tani juga telah mengaturkan pelbagai program seperti

    pembangunan modal insan, kemahiran teknikal dan

    keusahawanan, pembangunan produk, tanah/premis

  • 20

    perniagaaan, pembiayaan serta promosi dan pemasaran. Untuk

    menggalakkan golongan muda menceburi diri dalam bidang

    pertanian dan industri asas tani. Antara aktiviti promosi yang

    memfokuskan galakan kepada generasi muda (belia) adalah

    seperti berikut:

    i. Penyertaan dalam Karnival MAHA Youth (Hari Belia 2011)

    Karnival Jom Masuk U, MAHA dan Mini MAHA.

    ii. Karnival Kerjaya Pertanian dijangka diadakan September

    2011

  • 21

    iii. Lawatan dan sesi penerangan ke sekolah-sekolah

    teknikal dan vokasional.

    14. Menganjurkan kursus atau latihan untuk meningkatkan

    pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian,

    terutamanya untuk golongan muda seperti:

    1. Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan

    Fokus program ini adalah melahirkan pekerja mahir dan bakal

    usahawan di dalam bidang pertanian. Kumpulan sasar adalah

    belia berumur 18 25 tahun. Bidang bidang latihan yang

  • 22

    ditawarkan adalah ternakan, tanaman, akuakultur, perikanan

    laut dalam, pemprosesan makanan dan pengedaran makanan.

    2. Program Beliatani ke Jepun Jabatan Pertanian Malaysia

    Sehingga kini program beliatani ke Jepun telah dilatih seramai

    273 peserta. Dari bilangan tersebut, seramai 3.5 peratus dari

    siswazah dan 96.5 peratus dari kalangan generasi muda tani

    telah menamatkan latihan. Peruntukan RM50,000 telah

    digunakan oleh Jabatan Pertanian bagi membangunkan

    usahawan belia dalam bidang pertanian

  • 23

    3. Pembangunan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Malaysia

    Pembangunan Usahawan Tani giat dijalankan merangkumi

    latihan di Pusat Latihan Pertanian, Pusat Pembangunan

    Produk dan Teknologi Jabatan Pertanian dan Pusat Bimbingan

    Usahawan (PBU) Jabatan Pertanian. Selain itu Latihan

    sampingan, Lawatan Sambil Belajar juga diadakan. Pada tahun

    2008, sejumlah 305 kursus telah dijalankan melibatkan 5,749

    peserta dan pada tahun 2009, sebanyak 217 kursus

    melibatkan 6,589 peserta. Kursus-kursus ini melibatkan aspek-

    aspek pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan,

    pemasaran, pembungkusan dan pelabelan dan kursus-kursus

    teknikal termasuk cara-cara memproses produk dan program

  • 24

    kawalan kualiti. Bagi kursus Keusahawanan Kemahiran

    Pemprosesan Makanan selama enam (6) bulan di PBU dan

    sejak kursus di mulakan pada 2002, seramai 429 peserta telah

    dilatih. Daripada jumiah ini, 77 adalah terdiri daripada

    siswazah.

    4. Program Pembangunan Usahawan Siswazah oleh FAMA

    Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan dan seramai

    1270 orang siswazah telah mengikuti program ini.

    15. Di samping itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas

    Tani juga telah melancarkan Program KOR TANI yang telah

  • 25

    disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri semasa Program

    Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan pada 22 April 2011

    di mana seramai 2446 orang telah berdaftar sebagai ahli KOR

    TANI. Antara objektif KOR TANI ialah :

    i. membentuk satu pasukan pertanian dikalangan generasi

    muda yang mempunyai jati diri dan mempunyai dan

    keterampilan misi dan visi Kementerian Pertanian sesuai

    dengan slogan Pertanian Adalah Perniagaan

    ii. Generasi muda boleh bertindak sebagai agen penerangan

    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk

  • 26

    memberi penerangan kepada rakyat peranan

    Kementerian dan kerajaan ke arah pembangunan

    pertanian.

    iii. Keanggotaan KOR TANI terbuka kepada semua kaum

    yang melibatkan lelaki dan perempuan dalam lingkungan

    18 hingga 40 tahun

    16. Kementerian ini juga bekerjasama dengan Kementerian dan

    Jabatan kerajaan yang lain untuk menarik lebih ramai belia

    menceburi diri dalam bidang pertanian sebagai contoh

  • 27

    pelancaran MAHA Youth bersama dengan Kementerian Belia dan

    Sukan.

    Para Hadirin Sekalian,

    17. Akhir kata, marilah sama-sama kita mendoakan agar semua

    pelajar baharu yang ada di hadapan saya ini, agar dapat

    menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang akan

    berjaya menciptakan kecemerlangan, kepada diri sendiri dan

    seterusnya berupaya menyumbang kepada kejayaan negara dan

  • 28

    mampu pula mewarisi nya kepada generasi akan datang. Sekali

    lagi Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Dzahir dan Bathin dan

    Salam Kemerdekaan.

    Sekian, saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Wal Hidayah

    Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.