ifolio.ukm.my · web viewlaporan akhir program amal di bawah langitmu tarikh 4 mei 2014 tempat...

20
1 LAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA “FROM HOMELESS TO HOPEFUL”

Upload: trinhnhi

Post on 07-Jun-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

1

LAPORAN AKHIR

PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU

TARIKH

4 MEI 2014

TEMPAT

STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR

ANJURAN

KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II,

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

“FROM HOMELESS TO HOPEFUL”

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

2

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirahim.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta kurniaan nikmat masa, nyawa tenaga yang telah dianugerahkan kepada kami, akhirnya dapat juga kumpulan kami melaksanakan program amal “ Di Bawah Langit-Mu” yang diadakan pada 4 Mei 2014 bertempat di sekitar pusat membeli-belah Sogo dan Hentian Puduraya dan menyediakan laporan akhir ini bagi kursus Pembangunan Diri II

Pertama sekali, kami ingin mendedikasikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan ini kepada pensyarah Pembagunan Diri II set 27, Prof Madya Dr. Latifah Binti Amin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami melaksanakan tugasan ini dengan baik seterusnya dapat menyiapkan laporan ini dengan jayanya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sumbangan wang ringgit dan juga pakaian yang diberikan kepada golongan gelandangan. Dengan sumbangan ini, kami telah dapat menjalankan program ini dengan jayannya.

Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langusung dalam pembikinan laporan kajian ini.

Sekian. Terima Kasih.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

3

ISI KANDUNGAN

ASPEK HALAMAN

PENGHARGAAN 2

ISI KANDUNGAN 3

PENGENALAN

i) Latar belakang kajian

ii) Permasalahan Kajian

iii) Objektif Kajian

4-6

METODOLOGI KAJIAN 7

HASIL DAPATAN KAJIAN 8-10

CADANGAN 11

KESIMPULAN 12

RUJUKAN 13--15

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

4

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian.

Gelandangan mengikut kamus dewan bermaksud orang yang pekerjaannya atau

tempat tinggalnya tidak tetap. Golongan ini selalunya menjadikan kaki lima, bawah jambatan,

pokok rendang, perhentian bas dan belakang bangunan- bangunan sebagai tempat mereka

berehat dan tidur. Majoriti golongan gelandangan ini terdiri daripada bangsa Melayu dan

India, manakala masyarakat cina hanya minoriti.

Golongan gelandangan berbeza dengan “pengemis”. Anon (1980) menyatakan

“Gelandangan” ialah orang-orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma

kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat, serta tidak mempunyai tempat tinggal dan

pekerjaan yang tetap. Sedangkan pengemis ialah orang yang mendapatkan sumber

pendapatan daripada meminta-minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan untuk

mengharapkan belas kasihan dari orang lain.

Antara faktor yang menjadi penyebab gelandangan ialah kemiskinan. Hal ini akibat

kemiskinan segala-galanya tidak menjadi. Contohnya seperti sewa rumah, makanan, pakaian,

bayaran bil dan lain-lain tidak boleh diperolehi. Lantas dari faktor inilah menjadikan semakin

ramai gelandangan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Terdapat juga faktor lain

yang menyebabkan gelandangan seperti masalah psikologi, kerengangan hubungan dengan

orang tua, keinginan untuk hidup bebas dan kegagalan mencari pekerjaan.

Ayu ( Harian Metro, 2011) menyatakan tumpuan golongan gelandangan adalah di

kawasan bandar besar seperti di Hentian Puduraya, Kompleks Kotaraya dan juga Jalan Tun

Tan Cheng Lock. Ayu membuat tinjauan di kawasan-kawasan tersebut dan mendapati jumlah

gelandangan wanita tidaklah seramai gelandangan lelaki. Terdapat juga gelandangan yang

telah berkahwin dan mempunyai anak kecil. Satu daripada sebab golongan gelandangan ini

wujud ialah anak yang dibuang oleh keluarga kerana menagih dadah, isteri yang telah

ditinggalkan suami, tidak mempunyai pekerjaaan dan kemiskinan. Golongan gelandangan ini

juga tidur di tepi kaki lima dan juga tempat hentian bas. Jika mereka hendak mandi, mereka

akan menumpang mandi di bilik air hotel murah tanpa dikenakan bayaran.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

5

Munirah Hamid (2011) daripada Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi)

mempunyai pandangan yang berbeza mengenai golongan gelandangan. Menurut Munirah

ramai orang yang menyalahkan golongan gelandangan ini dengan mengatakan yang mereka

malas untuk berkerja walhal kebanyakan gelandangan ini datang daripada kampung yang

datang ke bandar untuk mencari pekerjaan tetapi ditipu. Hal ini menyebabkan mereka sudah

serik untuk bekerja lagi dan mempercayai orang. Beliau (Munirah Hamid) sering

memberikan makanan percuma kepada golongan ini atas dasar perikemanusiaan dan tidak

mahu melihat mereka lapar melalui Pertiwi Soup Kitchen dengan memberi makanan percuma

setiap hari Ahad, Isnin, Rabu dan Jumaat.

Seterusnya, usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan

gelandangan ialah kerajaan telah menubuhkan Anjung Singgah untuk kumpulan sasaran ini

pada April 2011 dan menurut belanjawan 2012 akan diperluaskan ke Johor, Pulau Pinang dan

Sarawak. 458 orang telah mendaftar dengan Anjung Singgah sehingga Februari 2012.

Menurut rencana akhbar (2012), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat

kajian profil bagi menangani isu gelandangan , pengemis dan warga tua di ibu kota. Data

yang diperoleh merumuskan keperluan untuk mewujudkan One Stop Intervention Centre

(OSIC) dalam menangani isu gelandangan yang bertujuan untuk menyediakan tempat

berlindung sementara kepada golongan gelandangan, memudahkan golongan gelandangan

dihubungi untuk menawarkan pekerjaan dan bagi memudahkan bantuan dan perkhidmatan.

Fatin Firzanah (2011) melalui pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Rich

Organization turut memperjuangkan nasib golongan gelandangan di sekitar Lembah Klang.

Begitu juga dengan Kemterian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah

menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani isu golongan gelandangan dalam usaha

membenteras masalah individu berpeleseran di negara ini. Selain itu, Jabatan Tenaga Kerja

telah membuka kaunter setiap malam Selasa dan Khamis di Masjid India dan kawasan

berhampiran Hentian Puduraya bagi membuka peluang kepada golongan ini untuk mencari

pekerjaaan. Selain itu, Mesyuarat Majlis Sosial Negara juga memutuskan untuk menubuhkan

pusat Sehenti Intervensi yang bertujuan menangani isu ini serta memberikan perlindungan

sementara kepada golongan ini supaya mereka boleh berdikari.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

6

Permasalahan Kajian

Sepertimana yang kita ketahui, isu gelandangan telah lama wujud di negara.

Persoalannya, adakah masyarakat kita sekeliling mengetahui isu ini dan mengambil tindakan

terhadap isu ini?

Meskipun terdapat badan kerajaan dan bukan kerajaan yang telah mengambil

langkah-langkah menangani masalah ini, tetapi jumlah golongan gelandangan ini masih

sahaja bertambah daripada tahun ke tahun. Justeru,.satu daripada objektif program ini ialah

memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu golongan gelandangan dan memupuk sifat

berperikemanusiaan dan prihatin dalam diri mereka.

Objektif Kajian

Objektif kajian dan program kami ialah melatih kemahiran yang telah dipelajari

semasa kursus Pembangunan Diri 1 pada semester satu. Antara kemahirannya ialah mengasah

kemahiran komunikasi dalam kalangan mahasiswa dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Selain itu, program ini juga untuk melahirkan mahasiswa yang mampu berfikiran

kritis dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran saintifik serta melahirkan mahasiswa

yang mampu memimpin mengikut ciri-ciri seorang pemimpin yang baik dan mampu bekerja

dalam kumpulan.

Program ini juga bertujuan untuk memberikan didikan sepanjang hayat dengan

memupuk kesedaran kepada mahasiswa untuk berkhidmat kepada mayarakat serta memupuk

nilai kemanusian dan prihatin dalam diri mahasiswa kepada golongan yang memerlukan.

Objektif terakhir program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat luar

yang lain bahawa masih wujud golongan gelandangan di dalam negara kita.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

7

METODOLOGI KAJIAN

Kami menjalankan kajian melalui program kami di sekitar pusat membeli-belah Sogo

sehinggan Hentian Puduraya. Seramai 12 orang ahli jawatankuasa yang menyertai program

ini. Jumlah gelandangan yang diberi sumbangan ialah seramai 25 orang yang terdiri daripada

pelbagai lapisan umur dan masyarakat.

Sebelum melaksanakan kajian melalui program ini, kami telah mencari maklumat

mengenai golongan gelandangan di sekitar tempat berkenaan di internet. Kami telah mencari

beberapa artikel daripada sumber yang boleh dipercayai dan sahih mengenai golongan

gelandangan ini seperti dari akhbar harian. Kami juga telah membuat tinjauan di tempat

tersebut sebelum melaksanakan program ini.

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

8

HASIL DAPATAN KAJIAN

Hasil daripada program ini, kami dapat mengaplikasikan kesemua kemahiran yang

telah kami pelajari semasa kursus Pembangunan Diri I pada semester 1. Empat kemahiran

yang kami aplikasikan semasa menjalankan program ini ialah:

1. Kemahiran Komunikasi

Kemahiran ini kami perolehi semasa kami berbincang sesama ahli jawatan

kuasa (AJK) untuk memilih aktiviti yang ingin kami laksanakan. Setiap AJK

memberikan kerjasama dalam menyumbangkan idea-idea bagi melaksanakan program

ini. Selain itu, semasa mesyuarat diadakan, setiap AJK diminta untuk memberikan

perkembangan dan masalah yang dihadapi. Seterusnya, kemahiran ini juga kami

perolehi semasa berurusan dengan pihak JPPEL bagi mendapatkan kelulusan

program. Semasa menjalankan program ini, kami juga sempat berbual dengan

beberapa orang gelandangan yang kami temui.

2. Kemahiran Permikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Saintifik

Sebelum menjalankan program ini, kami menghadapi beberapa masalah yang

boleh mengganggu perjalanan program kami. Walau bagaimanapun, kami berjaya

mengatasi masalah yang dihadapi. Antara masalah yang kami hadapi ialah

kekurangan sumber pendapatan untuk membeli makanan untuk diberi kepada

gelandangan.

Bagi menyelesaikan masalah kami, kami telah meminta sumbangan daripada

syarikat-syarikat luar dan individu lain. Selain itu, kami juga meminta sumbangan

ikhlas daripada warga UKM sendiri. Akhirnya kami mendapat sedikit sumbangan

wang ringgit dan sumbangan berbentuk pakaian.

Selain itu, kami juga menghadapi masalah untuk menempah makanan

daripada pihak katering. Pada mulannya kami ingin menempah nasi lemak, namun

memandangkan harganya melebihi bajet kami, kami terpaksa memikirkan idea yang

lain. Hasil daripada sumbangan idea daripada ahli jawatankuasa bagi menyelesaikan

masalah ini, akhirnya kami membuat keputusan untuk membeli makanan seperti

biskut, roti dan juga air mineral.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

9

3. Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

Kemahiran ini kami perolehi adalah semasa ketua pengarah membahagikan

setiap AJK kepada beberapa kumpulan (post) bagi melicinkan perjalanan program.

Setiap AJK akan menjadi ketua bagi post yang diberikan. Antara post yang terdapat

dalam program ini ialah, post jamuan, post publisiti, post perhubungan dan tempat,

post pengangkutan, post program, post pemasaran dan post teknikal.

Selain itu, setiap post akan membentangkan setiap perkembangan daripada

post masing setiap kali perjumpaan. Walaupon kami telah dibahagikan mengikut post,

tapi kami tetap membantu antara AJK darpada post lain yang memerlukan bantuan.

4. Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Kemahiran maklumat yang kami perolehi daripada program ini ialah kami

mencari maklumat mengenai golongan gelandangan ini terlebih dahulu sebelum kami

menjalankan program. Melalui maklumat yanag kami perolehi, kami dapat mengenal

pasti tempat-tempat yang ramai golongan gelandangan ini. Pembelanjaran sepanjang

hayat kami perolehi daripada program ini ialah sifat perikemanusiaan dan prihatin

sesama masyarakat yang kurang upaya. Melalui sifat ini kita akan dapat menghargai

kehidupan kita dan orang sekeliling yang kita sayang seperti keluarga dan kawan-

kawan. Selain itu, melalui program ini, kita juga dapat memupuk nilai tolong-

menolong antara satu sama lain dan memupuk amalan bersedekah.

Berdasarkan pemerhatian kami semasa menjalankan program ini, kami dapati jumlah

gelandangan di sekitar pusat membeli-belah Sogo dan Hentian Puduraya sangat ramai.

Mereka kebanyakannya berteduh di bangunan-bangunan di situ. Selain itu, terdapat juga yang

membuat pekerjaan seperti menyanyi dan menjual tisu sebagai sumber pendapatan mereka.

Dalam tugasan ini kami hanya menyediakan 25 bungkus makanan berserta juga pakaian yang

telah disumbangkan oleh pelbagai pihak. Semasa kami memberi makanan dan pakaian kami

sempat berbual dengan beberapa orang gelandangan dengan bertanya khabar mereka.

Terdapat seorang gelandangan yang sudah berusia yang mengalami penyakit seperti kencing

manis dan tidak boleh berjalan.

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

10

Pecahan golongan gelandangan mengikut jantina.

Lelaki Perempuan05

101520

15

10

Jantina

jumlah

Menurut graf di atas, kami menemui sejumlah 25 orang gelandangan yang terdiri daripada 15

orang lelaki dan 10 orang perempuan.

Jadual jumlah responden:

Menurut jadual di atas, golongan gelandangan yang kami temui terdiri daripada warga tua,

dan warga muda daripada golongan orang kelainan upaya (OKU) dan bukan OKU. Seramai

12 orang warga tua dan 2 warga muda yang terdiri daripada golongan orang kelainan upaya,

manakala seramai 9 orang warga tua dan 2 warga muda yang bukan daripada golongan orang

kelainan upaya (OKU).

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

11

CADANGAN

Cadangan untuk Menangani Isu Golongan Gelandangan

Hasil pencarian kami di internet dan sumber perpustakaan, kami dapati faktor utama

golongan gelandangan ini ialah kemiskinan dan juga ketiadaan pekerjaan. Antara usaha-

usaha yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini ialah badan kerajaan seperti

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat haruslah menyediakan tempat

tinggal seperti asrama untuk mereka tinggal sementara mencari pekerjaan. Mereka juga

haruslah memberi tumpuan kepada gelandangan wanita terutamanya yang sudah mempunyai

anak kerana kehidupan gelandangan seperti itu akan memberikan suasana yang tidak kepada

anak- anak yang kecil untuk membesar. Selain itu, badan bukan kerajaan dan badan kerajaan

seperti Jabatan Tenaga Kerja harusla membuka peluang pekerjaan kepada golongan ini untuk

mencari sumber pendapatan. Badan-badan ini tidak seharusnya meletakkan syarat yang

terlalu tinggi kerana kebanyakan golongan gelandangan ini tidak mempunyai pendidikan

yang tinggi.

Cadangan untuk Memperbaiki Program Amal “Di Bawah Langitmu”

Program Amal “Di Bawah Langitmu” dapat diperbaiki sekiranya kami bekerjasama

dengan agensi atau pertubuhan yang berkaitan dengan hal-hal kemasyarakatan seperti

Pertubuhan Tindakan Wanita Islam , PERTIWI dan Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat dalam melaksanakan program ini. Tambahan pula, kerjasama ini

mampu menambah dana serta sukarelawan tambahan dalam menjayakan program ini.

Seterusnya jumlah makanan yang dapat diberikan kepada golongan gelandangan juga dapat

ditambah.

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

12

KESIMPULAN

Hasil daripada program ini, kami dapat mencapai keempat-empat iaitu kemahiran

komunikasi, kemahiran pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pemikiran saintifik,

kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan dan kemahiran pengurusan maklumat dan

pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran komunikasi kami perolehi apabila berkomunikasi

sesama kami dan semasa berkomunikasi dengan golongan gelandangan. Kemahiran

pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pemikiran saintifik pula kami perolehi semasa

kami menghadapi masalah dalam melaksanakan program dan kami dapat selesaikan masalah

itu manakala kemahiran kepimpinanan dan kerja berpasukan kami perolehi apabila kami

bekerjasam dan tolong menolong antara AJK dalam menjayakan program ini. Pembelajaran

sepanjang hayat yang kami dapat perolehi dalam program ini ialah cara untuk menguruskan

dan melaksanakan program serta nilai perikemanusian dan prihatin sesama masyarakat.

Selain itu, program juga dapat memupuk sifat kemanusiaan dan prihatin dalam setiap

mahasiswa dan masyarakat luar tentang isu gelandangan ini.

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

13

LAMPIRAN

BAJET PEMBELANJAAN

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PROGRAM

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

14

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewLAPORAN AKHIR PROGRAM AMAL DI BAWAH LANGITMU TARIKH 4 MEI 2014 TEMPAT STESEN BAS PUDU, KUALA LUMPUR ANJURAN KUMPULAN 2, SET 27, PEMBANGUNAN DIRI II, FAKULTI

15