· dobi dilihat sebagai trend dan pilihan bagi kebanyakan usahawan masa kini. trend perkhidmatan...

10
POTENSI PERNIAGAAN KEPADA KOPERASI Siti Nuraini Abu Bakar [email protected] Maktab Koperasi Malaysia Zon Selatan PERNIAGAAN DOBI: DIMENSIKOOP 62 BIL. 53 • 2017

Upload: truongngoc

Post on 03-Jul-2019

283 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

POTENSI PERNIAGAAN KEPADA KOPERASI

Siti Nuraini Abu [email protected] Koperasi Malaysia Zon Selatan

PERNIAGAAN DOBI:

DIMENSIKOOP

62 BIL. 53 • 2017

Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak bersempena Sambutan Hari Koperasi Negara di Kuantan, Pahang pada 16 Julai 2010 menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengiktiraf gerakan koperasi sebagai wadah penyumbang berkesan kepada pembangunan ekonomi negara. Fokus bagi DKN 2011-2020 adalah ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi anggota-anggota koperasi, prihatin terhadap persekitaran dan warga korporat yang bertanggungjawab. DKN 2011-2020 ini adalah kesinambungan kepada DKN 2002-2010 yang telah diperkenalkan pada tahun 2002 yang memfokuskan kepada mengekalkan identiti koperasi, menggariskan satu tindakan yang sistematik dan merapatkan hubungan gerakan koperasi dengan perkembangan ekonomi semasa. Kerajaan juga memperkenal Model Baru Ekonomi pada tahun 2010 untuk memastikan Malaysia mencapai status negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Perkembangan ini membawa cabaran untuk menggerakkan koperasi supaya berperanan lebih berkesan untuk meningkatkan taraf kehidupan anggota dan bersama-sama membantu kerajaan dalam merealisasikan agenda pembangunan negara. Oleh itu, isu dalaman seperti keanggotaan, kewangan, kepimpinan, pengurusan dan tadbir urus perlu ditangani dengan jayanya oleh gerakan koperasi. Terdapat beberapa kelemahan lain yang dibangkitkan dalam kajian keberkesanan pelaksanaan DKN 2002-2020 perlu ditangani seperti masalah budaya keusahawanan yang rendah, operasi koperasi yang bersaiz kecil, kurang pemahaman tentang koperasi dan kekurangan pengurusan yang profesional. Kejayaan koperasi menangani isu dan kelemahan ini akan membolehkan koperasi bergerak dengan lebih cekap dan efisien.

Pengenalan

DIMENSIKOOP

63BIL. 53 • 2017

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menggalakkan penubuhan koperasi bagi membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan dan memasarkan produk. Hal ini sedikit sebanyak dapat menangani isu budaya keusahawanan yang rendah dalam gerakan koperasi. Usahawan dapat mengeluarkan produk dalam skala yang lebih besar dan meningkatkan daya saing produk dalam penubuhan koperasi. Koperasi juga perlu mempergiat aktiviti pengembangan perniagaan secara agresif memandangkan kejayaan aktiviti tersebut akan menyumbang kepada kejayaan koperasi dan faedahnya akan dapat dirasai dan dikongsi bersama anggota. Selain itu, usahawan juga digalakkan supaya meneroka sektor baharu yang berpotensi dan menjanjikan pendapatan tinggi di samping mempelbagai keupayaan mereka dalam bidang Utama Ekonomi Negara. Bidang-bidang ini termasuk sektor pelancongan, pengangkutan dan logistik, perniagaan automotif, elektrik dan elektronik, teknologi maklumat dan industri perkhidmatan. Justeru, usahawan dan koperasi haruslah lebih kreatif dan inovatif dalam mengembangkan perniagaan masing- masing. Pengetahuan merupakan asas penting bagi seseorang usahawan sebelum menceburi dunia perniagaan. Manakala pengalaman merupakan pembelajaran yang paling baik dan berkesan bagi seorang usahawan. Namun, pengetahuan tidak hanya pada asas perniagaan secara amnya tetapi juga asas di dalam bidang perniagaan yang menjadi pilihan. Perniagaan perkhidmatan dobi dilihat sebagai trend dan pilihan bagi kebanyakan usahawan masa kini. Trend perkhidmatan dobi di Malaysia semakin berkembang dan memberi pilihan kepada pengguna untuk menguruskan kerja rumah dan kewangan dengan lebih bijak. Usahawan menganggap perniagaan dobi sebagai satu perniagaan yang mudah untuk dijalankan, memberi keuntungan yang tinggi, memerlukan kos permulaan dan kos operasi yang rendah serta usahawan tidak memerlukan kemahiran atau kepakaran dalam mengawal operasi perniagaan.

DIMENSIKOOP

64 BIL. 53 • 2017

Perniagaan Perkhidmatan Dobi

Apakah yang dimaksudkan dengan dobi ini? Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, dobi adalah cucian pakaian. Orang yang kerjanya mencuci dan menggosok kain baju pelanggannya di tempatnya sendiri. Menggosok pakaian merupakan salah satu kerja yang paling tidak disukai oleh ramai orang. Hal ini menyebabkan kerja menggosok pakaian kebiasaannya diserahkan ke kedai dobi kerana lebih mudah dan tidak memenatkan.

Terdapat beberapa faktor kepada peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan dobi. Antaranya adalah faktor kesuntukan masa dan faktor cuaca. Faktor kesuntukan masa dapat dilihat dengan cara hidup masyarakat Malaysia yang semakin sibuk memenuhi tuntutan kerja dan sosial. Hal ini secara tidak langsung telah mengubah cara hidup masyarakat Malaysia yang tidak sempat untuk mencuci pakaian sendiri dan menghantar ke kedai dobi. Manakala faktor cuaca yang tidak menentu juga telah mendorong kepada pertumbuhan kepada perniagaan dobi kerana pakaian yang dicuci pada musim hujan akan mengambil masa yang lama untuk kering.

Kategori Servis Perniagaan Dobi

i. Kedai Dobi Layan Diri

Seawal tahun 1949, dobi layan diri atau dobi syiling telah mula diperkenalkan di England. Ia adalah satu kemudahan pelanggan mencuci dan mengeringkan pakaian mereka sendiri. Di England, perkhidmatan tersebut dikenali sebagai launderettes manakala di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia pula digelar laundromats.

Dobi layan diri adalah perniagaan di mana pemilik tidak perlu berada di premis perniagaan untuk menjalankan proses perniagaan. Namun, terdapat juga kedai dobi layan diri yang menyediakan pekerja atau penjaga kedai untuk membantu pelanggan sekiranya memerlukan bantuan semasa proses cucian dan pengeringan. Pelanggan hanya perlu menggunakan sistem koin atau syiling untuk memulakan mesin basuh dan mesin pengering. Kebiasaannya, masa yang diambil ialah lebih kurang 30 minit untuk cucian dan 30 minit untuk pengeringan. Pelanggan perlu menggunakan mesin penukaran wang untuk menukarkan wang kertas kepada syiling atau token. Operasi dobi yang menggunakan syiling terdiri daripada tiga perkara asas iaitu penjagaan, penyelenggaraan dan pengurusan kutipan bayaran.

Kelebihan konsep dobi layan diri ini adalah kebanyakan premis dobi layan diri beroperasi selama 24 jam sehari dan menawarkan harga yang berpatutan. Selain itu, tenaga kerja yang diperlukan adalah minimum kerana dobi layan diri tidak perlu mengupah ramai pekerja untuk menjaga tempat ni kerana pelanggan akan mencuci pakaiannya sendiri. Pendapatan perniagaan juga akan tetap diperoleh walaupun pemilik atau pekerja tidak berada di premis perniagaan.

DIMENSIKOOP

65BIL. 53 • 2017

ii. Kedai Dobi Perkhidmatan

Dobi Perkhidmatan adalah jenis perniagaan dobi yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada pelanggannya selain daripada pakaian. Dobi perkhidmatan memerlukan tenaga pekerja untuk menjalankan proses perniagaan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan cucian biasa, perkhidmatan cucian kering, cucian tangan, perkhidmatan mengering, menggosok dan melipat, cucian toto, cucian karpet, cucian kasut dan cucian beg.

• Cucian biasa atau normal - Proses pencucian pakaian menggunakan mesin basuh biasa dan dikeringkan menggunakan mesin pengering. Kemudian pakaian tersebut akan dilipat dan dibungkuskan ke dalam plastik.

• Cucian kering atau Dry Cleaning - Proses pencucian pakaian ini menggunakan bahan kimia dan teknik tertentu tanpa menggunakan air. Proses ini memerlukan bahan kimia dan alatan yang khusus. Hanya pakaian tertentu sahaja yang boleh atau memerlukan dry cleaning. Kemudian pakaian tersebut akan digosok dan kebiasaannya digantung di penyangkut baju serta dibungkus menggunakan plastik lutsinar.

• Cucian tangan - Proses pencucian pakaian menggunakan cucian tangan dan dikeringkan secara manual atau menggunakan mesin pengering mengikut permintaan daripada pelanggan. Kemudian pakaian tersebut akan dilipat dan dibungkuskan ke dalam plastik.

• Menggering - Pakaian yang telah dicuci oleh pelanggan akan dikeringkan menggunakan mesin pengering. Kemudian pakaian tersebut akan dilipat dan dibungkuskan ke dalam plastik.

• Menggosok - Pakaian yang telah dicuci dan dikeringkan oleh pelanggan akan digosok. Kemudian pakaian tersebut akan dilipat atau digantung di penyangkut baju mengikut permintaan pelanggan.

• Cucian Toto -Toto akan dibasuh menggunakan mesin basuh biasa dan di jemur sehingga kering. Kemudian dimasukkan ke dalam mesin pengering, dilipat dan dibungkus ke dalam beg plastik.

• Cucian Karpet, Kasut dan Beg – Karpet, kasut dan beg akan dicuci menggunakan cucian tangan, mesin biasa atau dry cleaning mengikut permintaan pelanggan.

Terdapat beberapa masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan apabila menggunakan perkhidmatan kedai dobi biasa seperti kehilangan pakaian atau cucian tidak begitu bersih dan juga kemungkinan pengusaha dobi mencampurkan pakaian pelanggan lain dalam satu cucian. Namun, dari sudut perspektif seorang pelanggan, pernahkah anda terfikir kenapa mereka masih memilih untuk menghantar pakaian mereka ke kedai dobi perkhidmatan sedangkan mereka boleh mencuci pakaian itu sendiri?

Antara faktor kedai dobi perkhidmatan ini diperlukan adalah pelanggan tidak mempunyai peralatan yang sesuai untuk mencuci. Sesetengah jenis fabrik tidak sesuai untuk dicuci menggunakan air. Tambahan pula jika kain tersebut mempunyai banyak bulu, manik dan mutiara yang mudah tanggal. Fabrik jenis ini agak sukar dicuci melainkan pelanggan tersebut mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam bidang cucian. Fabrik jenis ini kebiasaanya perlu dicuci menggunakan kaedah dry cleaning dan perkhidmatan ini ada disediakan di kedai dobi perkhidmatan.

Selain itu, pakaian yang terlalu banyak untuk dicuci dan pelanggan menghadapi masalah kekangan masa untuk melakukan cucian juga merupakan salah satu faktor kedai dobi perkhidmatan ini masih diperlukan.

DIMENSIKOOP

66 BIL. 53 • 2017

Asas Sebelum Memulakan Perniagaan Dobi

Sebelum menceburi bidang perniagaan dobi, beberapa asas perlu dititikberatkan atau diambil kira oleh pengusaha dobi untuk memastikan perniagaan dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang dan dapat bersaing dengan perniagaan lain. Antara asas yang perlu diketahui oleh pengusaha dobi adalah seperti berikut:

i. Jenis Perniagaan dan Keupayaan Diri

Bakal pengusaha perlu membuat pilihan iaitu sama ada memilih jenis perniagaan sendiri ataupun francais. Pemilihan ini bergantung kepada modal masing-masing. Sekiranya memilih untuk membeli perniagaan dobi daripada pengusaha yang sedia ada, kajian perlu dilakukan terlebih dahulu mengapa pengusaha itu ingin menjual perniagaannya. Bagi jenis perniagaan francais pula, beberapa perkara perlu dipertimbangkan bergantung kepada keupayaan seperti yuran bayaran. Oleh itu, bakal pengusaha perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya dan membuat keputusan bergantung kepada keupayaan diri sendiri sebelum memilih jenis perniagaan.

ii. Konsep Perniagaan

Pemilihan konsep perniagaan ini perlu dibuat mengikut kepada keperluan masyarakat setempat. Di negara barat, terdapat banyak pengusaha dobi yang menjalankan perniagaan yang berkonsepkan cafe laundry dan self service laundry kerana mengikut kepada gaya hidup mereka yang lebih cenderung terhadap konsep tersebut. Perniagaan dobi di Malaysia juga mula menunjukkan perkembangan dengan wujudnya pelbagai jenis konsep perniagaan seperti kedai dobi kafe, kedai dobi layan diri dan juga kedai dobi perkhidmatan. Walau apa pun konsep perniagaan yang dipilih, pastikan ia bersesuaian dengan keadaan dan keperluan setempat.

iii. Pemilihan Lokasi

Pemilihan lokasi perniagaan merupakan perkara penting bagi semua jenis perniagaan. Lokasi yang strategik dilihat sebagai salah satu faktor penting menentukan sama ada perniagaan dobi akan mendapat sambutan ramai ataupun tidak. Kawasan tersebut hendaklah cenderung kepada tumpuan dan laluan orang ramai serta mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kebiasaannya pengusaha dobi akan memilih kawasan perumahan, kawasan berhampiran kilang-kilang ataupun kawasan yang terdapat ramai pelajar menetap, seperti di sekitar kawasan sekolah-sekolah berasrama, institut pengajian tinggi ataupun kolej-kolej untuk menjalankan perniagaannya.

Pengusaha juga perlu memastikan premis dobi mempunyai ruang letak kereta yang mencukupi bagi memudahkan pelanggan mereka untuk menggunakan perkhidmatannya. Selain itu, pengusaha hendaklah memastikan kawasan atau lokasi pilihan tidak mempunyai pesaing atau mempunyai kekurangan kedai dobi supaya perniagaan boleh berjalan dengan baik.

DIMENSIKOOP

67BIL. 53 • 2017

iv. Keselamatan

Keselamatan merupakan isu paling utama apabila mereka bentuk kedai dobi layan diri. Pengusaha perlu memastikan kedai dobi boleh dilihat dengan jelas kerana pelanggan mahu memastikan dirinya berada pada tahap keselesaan yang tinggi dan selamat terutamanya bagi pelanggan wanita. Pemasangan lampu yang maksimum juga diperlukan terutamanya di tempat letak kereta supaya dapat meningkatkan tahap keselamatan semasa menggunakan perkhidmatan dobi. Selain itu, pengusaha hendaklah membuat pemasangan kamera untuk menyelia pelanggan sebagai salah satu kawalan dalaman operasi perniagaan kedai dobi tersebut.

v. Pembelian Mesin dan Peralatan

Pembelian mesin dan peralatan juga dianggap penting bagi memastikan untung yang maksimum. Terdapat pelbagai jenis pembelian mesin iaitu tanpa pakej atau membeli secara pakej yang ditawarkan oleh pelbagai jenis pengedar mesin dan ejen. Namun, untuk mendapatkan harga yang terbaik, bakal pengusaha disarankan untuk membeli terus pakej dari pengedar utama dan elakkan membeli dari ejen atau orang tengah yang akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Sekiranya pembelian secara pakej dilakukan, pembeli perlu mengambil keseluruhan barangan yang ditawarkan didalam pakej tetapi pembeli akan mendapat penjimatan yang lebih banyak dan kebiasaannya kos penghantaran adalah lebih murah.

Pembelian tanpa pakej pula kebiasaannya dibuat kerana pembeli membeli mengikut kemampuan modal. Namun, kekurangan pembelian tanpa pakej ini adalah pembeli terpaksa membeli mesin dan kelengkapan dari pelbagai pembekal dan terpaksa menangung kos penghantaran yang tinggi dari pembekal. Pengusaha juga harus melakukan sedikit kajian sebelum melakukan sesuatu penetapan harga untuk memastikan harga yang ditawarkan mengikut kepada tahap perkhidmatan dan berdaya saing dengan pengusaha dobi yang lain.

DIMENSIKOOP

68 BIL. 53 • 2017

vi. Pemasaran

Setiap bakal pengusaha perlu sedar dan memahami bahawa setiap pasaran adalah unik, dinamik dan sentiasa berubah. Pengusaha yang gagal mengenal pasti pasaran yang dinamik akan mengakibatkan perniagaan mereka ketinggalan dan seterusnya kehilangan pelanggan. Terdapat beberapa strategi yang boleh dipertimbangkan oleh perniagaan, namun harus disedari bahawa setiap langkah penambahbaikan akan dianalisa dan diikuti oleh pesaing. Dalam dunia perniagaan persaingan di antara satu sama yang lain akan sentiasa berlaku. Pemasaran ialah beberapa siri aktiviti perniagaan yang direka bentuk untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna dan pada masa yang sama memberi keuntungan. Antara strategi promosi yang sesuai adalah seperti berikut:

• Papan Iklan Penggunaan papan iklan yang menarik akan

menarik perhatian pelanggan terutamanya untuk kedai dobi baru. Pengusaha hendaklah menggunakan papan iklan yang trendy dan kreatif dengan fon, gambar dan warna yang menarik.

• Tawaran Diskaun Bagi menarik pelanggan untuk menggunakan

perkhidmatan dobi di kedai dobi, pengusaha boleh menawarkan harga diskaun terutamanya pada minggu pembukaan kedai dobi dan diskaun kepada pelanggan yang berulang. Promosi ini akan dapat menarik minat pelanggan untuk berulang mengunjungi dan menggunakan perkhidmatan di kedai dobi.

• Risalah Bagi permulaan perniagaan, jenis kegiatan

promosi atau pengiklanan yang biasa dibuat adalah menggunakan media cetak risalah. Bentuk promosi seperti ini melibatkan kos yang lebih murah. Maklumat yang dimuatkan hendaklah ringkas agar mudah difahami serta mampu menarik perhatian pelanggan.

• Pengiklanan Melalui Laman Web Perniagaan online atau pengiklanan melalui

internet yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk terus berkembang. Laman web bagi perniagaan dobi perlu dibangunkan bagi menyampaikan maklumat dan perkhidmatan tentang kedai dobi seperti waktu operasi, info perniagaan, perkhidmatan yang disediakan, kelebihan kedai dobi dan lain-lain. Pelanggan boleh melayari laman web untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan.

• Pengiklanan melalui Facebook Selain daripada laman web, pengusaha juga

boleh memperkenalkan perniagaan dobi dengan penggunaan facebook. Facebook adalah rangkaian media sosial yang paling pantas berkembang pada masa kini dan dianggarkan hampir separuh daripada pengguna Internet dunia mempunyai akaun facebook. Ini merupakan satu peluang yang seharusnya direbut segera oleh mana-mana pengusaha atau peniaga untuk melonjakkan perniagaan mereka.

DIMENSIKOOP

69BIL. 53 • 2017

Penglibatan Koperasi dalam Perniagaan Dobi

Proses pembudayaan keusahawanan merupakan satu proses jangka panjang dan memerlukan usaha yang berterusan. Di negara kita proses pembudayaan keusahawanan telah menjadi satu tumpuan utama dan telah dimulakan dengan penglibatan daripada golongan pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, pelajar di institusi pengajian tinggi, koperasi serta masyarakat umum. Galakan dari MITI untuk penubuhan koperasi bagi membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan, memasarkan produk dan perkhidmatannya sedikit sebanyak dapat menangani isu budaya keusahawanan yang rendah dalam gerakan koperasi. Menyedari akan potensi dan kepentingan ini, koperasi disarankan untuk bergabung tenaga dengan melibatkan diri dalam perniagaan yang membudayakan keusahawanan yang lebih berkesan seperti perniagaan dobi, contohnya yang telah dipraktikkan oleh Koperasi Elit Melaka Berhad (KOELIT). Koperasi ini telah berdaftar di Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam membentuk pembangunan usahawan. Sebahagian daripada anggota dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) ini mempunyai pengalaman sebagai usahawan dalam fungsi perkhidmatan merangkumi bidang Pemasaran, Perniagaan Dobi, Penganjuran dan Pendidikan. Menurut Pengerusi Koperasi ini, En. Mohd Rasdan bin Atan, “KOELIT telah menjalankan projek Perkhidmatan Dobi Komersial Layan Diri ‘Coin/ Token Operated’ dan menjadikan antara koperasi yang cenderung ke arah perniagaan perkhidmatan dobi”.

Projek ini bertujuan untuk memberi peluang bagi penglibatan orang ramai dalam pembangunan usahawan di koperasi untuk menjalankan projek berkonsep perkhidmatan dobi komersial layan diri 24 jam melalui pendekatan membina rakan strategik antara bakal usahawan dobi dan KOELIT. Menurutnya lagi, perniagaan dobi layan diri ini terbukti mendapat perhatian dan tumpuan para pelanggan di seluruh Malaysia kerana cara perkhidmatan layan diri 24 jam yang efisien, murah dan keadaan persekitaran yang bersih, tenang dan selamat. Selain itu, koperasi ini memberi latihan secara percuma mengenai pengurusan perniagaan dan pengendalian mesin basuh

selama sebulan di premis perniagaan apabila memulakan perniagaan. Koperasi ini turut memberi konsultasi secara percuma selama enam bulan dan bantuan perkhidmatan selepas jualan dari segi penyelenggaraan mesin dan peralatan perniagaan berkenaan sistem dobi layan diri.

Anggaran kos projek bagi setiap tapak atau premis sewaan meliputi aset dan pemasangan adalah sebanyak RM95,000. Manakala, anggaran kos bulan pertama bagi sewaan tapak atau premis termasuk deposit sewaan, keperluan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lain-lain sebanyak RM7,000. Anggaran pendapatan perniagaan meliputi anggaran caj minimum penggunaan mesin basuh dan kering dalam sebulan. Manakala anggaran perbelanjaan pula meliputi perbelanjaan sewa tapak, penyelenggaraan dan bil utiliti dalam sebulan. Pendapatan dan perbelanjaan perniagaan bagi setiap premis ini dianggarkan masing-masing sebanyak RM21,000 dan RM3,000. Pendapatan

DIMENSIKOOP

70 BIL. 53 • 2017

Kegagalan perniagaan di peringkat awal penubuhan sesuatu perniagaan antaranya adalah disebabkan oleh peniaga atau pengusaha yang tidak memahami risiko dalam perniagaan mereka. Ini mengakibatkan mereka kerugian besar terutamanya dalam aspek kewangan dan reputasi organisasi atau koperasi apabila menemui kegagalan. Secara amnya, organisasi atau koperasi yang berkeupayaan mengenal pasti risiko dan tidak mengabaikan risiko yang mungkin wujud adalah amat penting agar perniagaan tidak terdedah kepada kegagalan di peringkat awal. Malah, ada segelintir pemilik perniagaan organisasi atau koperasi beranggapan peluang perniagaan yang mereka ceburi adalah berisiko rendah. Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya tidak memahami risiko-risiko yang ada dalam perniagaan yang diceburi, tidak meletakkan keutamaan ke atas objektif yang dibuat, mengambil langkah-langkah yang terlalu mudah bagi mencapai matlamat dan objektikf perniagaan serta terlalu selesa dengan proses dan keadaan semasa. Setiap peniaga atau pengusaha adalah digalakkan memahami risiko yang boleh berlaku dalam perniagaan sama ada perniagaan baru atau telah lama beroperasi. Selain daripada risiko-risiko yang hadir dari dalam koperasi sendiri, persepsi dari

pihak luar juga perlu diambil kira kerana perkara ini boleh memberi kesan kepada objektif, visi dan dan operasi perniagaan. Setiap risiko yang hadir dari dalam dan luar koperasi akan memberi kesan kepada keupayaan perniagaan terutamanya dalam mengoptimakan sumber yang terhad dengan lebih efisien.

Penglibatan koperasi dalam perniagaan yang berkualiti dan berpotensi seperti perniagaan dobi ini akan meningkatkan keyakinan dan pulangan yang baik kepada anggota dan masyarakat dalam membangunkan ekonomi negara jika pengurusan perniagaan dijalankan dengan baik. Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi. Ia dilaksanakan melalui proses penetapan hala tuju, proses mengatasi kelemahan dan ancaman yang dihadapi, pengurusan operasi dan kewangan serta pengenalpastian isu-isu strategik dan penggubalan strategi-strategi ke arah pencapaian objektif organisasi yang disasarkan. Oleh itu, perancangan yang strategik amat penting dalam sesebuah perniagaan terutamanya perniagaan dobi yang merangkumi perancangan sebelum memulakan perniagaan sehingga perancangan perniagaan akan datang.

dan perbelanjaan ini menunjukkan perniagaan dobi mampu memperoleh anggaran untung bersih hampir RM18,000 sebulan dan sasaran pencapaian perniagaan tahunan boleh mencapai sehingga RM216,000.

Menurut Pengerusi itu lagi, sehingga kini sebanyak empat premis dobi milik koperasi dan anggota koperasi yang telah dibuka iaitu Elit The Laundry di Pulau Gadong Melaka, Elit Laundry di Muar, Kuantan dan Kota Tinggi. Selain itu, terdapat beberapa kawasan yang telah mendapatkan perkhidmatan pakej dan pemasangan mesin dobi dari Koperasi di premis mereka iaitu di Universiti Teknologi Mara di Jasin Melaka dan juga Kolej Kemahiran Belia Nasional di Pontian.

KOELIT menggunakan aplikasi Facebook sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan dobi layan diri dan mengemaskini sebarang aktiviti koperasi. Facebook mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam menghubungkan terus pelanggan kepada perniagaan kerana sifatnya sebagai ruang untuk bersosial berbanding medium yang lain seperti akhbar, majalah, radio dan televisyen disamping kosnya yang lebih mahal. Selain itu, KOELIT juga menggunakan peluang membuka booth untuk mempromosikan perniagaan dobi layan diri seperti di Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka. ALK dan anggota koperasi turut menjalankan aktiviti promosi pakej perniagaan dobi kepada para usahawan dan koperasi lain dari masa ke masa.

Kesimpulan

DIMENSIKOOP

71BIL. 53 • 2017