jutawanhomestay.com - #1 panduan bisnes...

13
JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

Upload: lamdan

Post on 26-Jun-2019

277 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

Hi!

Saya Faridil Atras!

Saya adalah penulis ebook ini dan juga merupakan pemilik

kepada rangkaian homestay Fardain Place.

Saya telah mula menceburkan diri di dalam bisnes homestay

ini sejak tahun 2014. Bermula dari 1 buah homestay, kini

selepas 4 tahun, saya telah berjaya mengembangkan

rangkaian homestay saya menjadi 8 buah homestay di

seluruh Malaysia.

Di dalam ebook PERCUMA ini, saya akan kongsikan 10

Rahsia yang mampu melariskan sesebuah homestay!

Anda amalkan 10 Rahsia ini, insyallah, permintaan

pelanggan untuk tempah dan tinggal di homestay anda,

pasti akan meningkat!

Selamat membaca!

JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

Jangan Lupa!

Like dan Follow Fanpage Kami!

FANPAGE JUTAWAN HOMESTAY

Pelbagai lagi tips & ilmu berkaitan homestay akan kami

kongsikan disana!

JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

PELARIS #1 : DEKORASI YANG EKSKLUSIF

Pelanggan inginkan kelainan ketika bercuti, oleh itu, pemilihan dekorasi yang menarik menjadi

tarikan kepada pelanggan untuk memilih homestay anda. Anda boleh menambah dekorasi seperti

frame gambar, pasu bunga, dan sarung kusyen moden yang boleh didapati di kedai dekorasi seperti

Kaison, Romantika dan SSF. Anda juga boleh memasang wallpaper bagi menonjolkan kelainan di

dalam hiasan dalaman homestay anda.

Pelbagai Pilihan Frame gambar yang Menarik

JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

Sarung kusyen corak moden

Pemilihan corak cadar dan tuala juga merupakan elemen penting dalam menaikkan seri homestay

anda. Berhati-hati agar jangan terpilih corak cadar old style . Pilihlah corak yang moden dan terkini.

Corak cadar moden mampu mempengaruhi suasana dan menaikkan seri homestay anda.

Cadar old style nampak suram

Cadar yang moden menjadikan homestay anda eksklusif

JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

PELARIS #2 : PEMILIHAN WARNA TEMA

Pemilihan warna penting kerana ia berhubung kait dengan nilai-nilai homestay yang dibawa di

samping membantu memperkukuhkan hiasan homestay anda. Setiap warna mempunyai maksud dan

emosi yang tersendiri. Oleh itu pemilihan warna haruslah betul dan tepat dengan konsep homestay

yang dibawa.

Biasanya, jumlah warna yang digunakan adalah di antara dua hingga ke tiga warna sahaja. Menurut

Robert Plutchik, seorang pakar psikologi dan pengarang buku terkenal, setiap warna mempunyai

maksudnya yang berbeza dan ia mampu mempengaruhi emosi dan persepsi seseorang. Berikut saya

kongsikan beberapa tip warna sebagai panduan anda :

Merah (Berani dan Aktif)

Biru (Jujur dan Taat)

-Kuning (Optimistik dan Menarik)

Hijau (Bertenaga dan Semulajadi)

Oren (Kreatif dan Sihat)

Purple (Mewah dan Unik)

TIPS: Pemilihan warna cadar dan tuala juga memainkan peranan penting. Pastikan warna

cadar dan tuala sesuai dengan warna tema dan tidak bercampur-campur warna agar

nampak eksklusif.

JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

PELARIS #3: PEMILIHAN PERABOT MODEN

Pemilihan perabot yang moden adalah penting kerana ia merupakan elemen yang paling besar serta

menentukan tema hiasan dalaman homestay anda. Pemilihan yang salah akan memberikan impak

yang negatif kerana anda perlu bersaing dengan homestay lain yang mungkin menawarkan hiasan

yang lebih menarik.

JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

PELARIS #4: GAMBAR YANG MEMUKAU

Sebaik-baiknya dapatkan perkhidmatan jurugambar profesional kerana gambar merupakan penarik

utama yang akan membuatkan pelanggan teruja untuk menempah homestay anda.

Lihat perbezaan antara dua gambar di bawah:

Gambar yang diambil menggunakan smartphone.

Gambar yang diambil oleh photographer profesional.

Tentunya gambar yang diambil oleh jurugambar profesional lebih menyerlah dan mengujakan, bukan?

JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

PELARIS #5: JAGA KUALITI DAN TAHAP KEBERSIHAN

Jaga tahap kebersihan homestay anda, jangan nampakan sampah kecil atau besar walaupun seurat

rambut. Dua elemen ini adalah faktor utama yang memberi kepuasan kepada pelanggan yang

menginap. Bayangkan jika seseorang menginap di homestay anda untuk pertama kalinya untuk

bercuti. Sekiranya mereka mendapati homestay anda kotor dan tidak dicuci dengan sempurna,

sudah tentu ini akan merosakkan mood percutian mereka. Anda rasa adakah mereka akan kembali

untuk menginap? Sudah pasti tidak!

Malah lebih buruk lagi, jika mereka mem’viral’kan tentang kekotoran homestay anda di media-media

sosial. Oleh itu, sentiasa pastikan dua elemen ini dijaga dengan baik.

PELARIS #6: UNSUR-UNSUR KREDIBILITI

Sesetengah OTA (Online Travel Agency) memberi pengiktirafan kepada host yang mendapat rating

yang tinggi daripada pelanggan. Antaranya Airbnb menganugerahkan gelaran Superhost kepada host

yang menepati syarat-syarat kelayakan. Tripadvisor pula menganugerahkan Traveller’s Award

kepada pengusaha homestay yang mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Anda disyorkan untuk

mendapatkan anugerah-anugerah seperti ini bagi meningkatkan kredibiliti homestay anda.

PELARIS #7: PENYEDIAAN SNEK DAN MINUMAN SECARA PERCUMA

Pelanggan akan merasa dihargai jika mendapati terdapat snek dan minuman disediakan untuk

mereka sebaik sahaja melangkah masuk ke homestay anda. Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang

tinggi untuk penyediaan snek dan minuman. Beli secara pukal di pasaraya atau hypermarket bagi

JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

mengurangkan kos. Nilai tambah ini akan membuatkan pelanggan berasa sangat gembira dan

dihargai.

PELARIS #8: POST MORTEM

Sentiasa membuat post morterm tahap kelebihan dan kekurangan homestay anda, seperti

menambahkan idea baru atau added-value ke dalam homestay anda. Borang maklumbalas yang

anda berikan kepada penginap anda adalah sangat penting untuk perkara ini. Baca setiap

maklumbalas yang mereka berikan. Sedikit sahaja kelainan yang boleh anda tonjolkan berbanding

dengan pesaing anda, walaupun sekecil 10% sahaja, ianya mampu memberikan impak yang besar.

PELARIS #9: VOUCHER DISKAUN

Untuk membuatkan pelanggan anda rasa dihargai, anda boleh menyediakan voucher diskaun

kepada pelanggan ulangan anda kerana mereka adalah prospek pelanggan yang tinggi. Ini adalah

kerana mereka telah merasai keselesaan menginap di homestay anda dan tentunya dengan

memberi voucher tersebut, akan menjadi daya penarik untuk mereka kembali menginap di

homestay anda.

PELARIS #10 : JAGA HUBUNGAN DENGAN PEMBERI REZEKI

Harta dan kekayaan yang kita miliki adalah milik Allah, harta milik Allah harus digunakan untuk

mendekatkan diri kepada sang pencipta supaya memberi manfaat kepada kita di dunia mahu pun di

akhirat.

Salah satu caranya adalah dengan bersedekah. Betulkah sedekah boleh menderaskan rezeki?

Jawapan saya adalah YA dan YA!

Saya kongsikan kisah saya dalam menguruskan homestay. Saya pernah mengalami kekosongan

tempahan menyebabkan saya mengalami kerugian dan kekurangan profit, dan apabila saya

mengkaji semua teknik marketing telah saya lakukan dengan baik dan sempurna.

Namun, saya terlupa seperkara iaitu hubungan dengan Allah melalui solat dhuha dan sedekah

adalah pelaris utama marketing kita kepada manusia. Apabila hubungan kita dengan Allah erat

seeratnya, insyaAllah kita akan berjaya di dalam hidup. Akhirnya, homestay saya telah diterima oleh

masyarakat tempatan mahu pun di luar negara.

JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

Benarlah Allah berfirman dalam al-Quran... ’Dan barangsiapa yang sedang disempitkan rezekinya,

maka hendaklah ia bersedekah sebahagian rezeki yang Allah berikan kepadanya’ [Al-Talaq;7

JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

Itulah 10 pelaris bisnes homestay yang boleh anda guna dan amalkan di dalam mengurus homestay anda.

Selamat mencuba!

Jangan Lupa!

Like dan Follow Fanpage Kami!

FANPAGE JUTAWAN HOMESTAY

Pelbagai lagi tips & ilmu berkaitan homestay akan kami kongsikan

disana!

JUTAWANHOMESTAY.COM - #1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN

JUTAWANHOMESTAY.COM

#1 PANDUAN BISNES HOMESTAY GAYA JUTAWAN YANG PASTI

MENJADI PUNYA BEB!